yeaa~ mr.diy haul!

assalamualaikum

gelas yang biasa aku buat kopi pecah itu hari.. nawaitu nak ke mr.diy tu memang nak cari gelas je pon.. tak pon kalau ada tumbler cute cute boleh jugak beli.. ihiks.. semalam alang alang teman sepupu pergi vaksin, melencong la kejap ke mr.diy.. sejam membuang masa dalam kedai mr.diy, gelas tak beli tumbler pon tak beli.. takde yang menarik dan tak banyak pilihan.. nampak gaya kena pergi mr.diy kat ktcc mall jugak ni.. tunggu encik suami habis pantang dulu.. 😄

untuk elak rasa bersalah keluar kedai dengan tangan kosong, aku beli la benda benda tak berfaedah.. menghabiskan duit yang ada.. duit berkepuk sangat kan, kalau dibiarkan dalam akaun tak terusik nanti duit tu merajuk.. kehkehkeh.. memandai je reka alasan..

untuk sofia

drawing book - anak aku suka sangat menconteng.. dinding dalam bilik tu penuh dengan hasil seni dia.. jadinya elokla biarkan dia luahkan hasil seni dia tu kat tempat yang sepatutnya.. 😅

gunting - untuk sofia belajar menggunting.. tak tajam pon gunting tu untuk gunting kertas ok la.. hasilnya semalam habis bersepah atas katil dengan kertas.. good job anakku.. tak perlu berlatih bersungguh sungguh untuk belajar menggunting.. haha.. nasib baik tak jadi singa je mommy awak ni sofia..

mainan - perangai mak mak memang macam ni ke.. selalu beli mainan untuk anak.. ke aku je macam ni sebab anak sorang?

untuk diri sendiri

note book - kononnya nak tulis hasil jualan baju hasnuri dalam tu.. masih valid ke tulis dalam buku? tak kisah la janji aku suka.. 😜

hand sanitizer - salah satu barang keperluan penting di zaman sekarang.. macam mana kita perlukan beras, macam tu jugak kita perlukan hand sanitizer.. kalau habis gelabah la beli..

kacang tumbuk - makanan lejen! lama betol tak makan kacang tumbuk.. ni namanya mengidam anak tekak.. kemain kau ye tekak nak makanan yang manis manis je.. aku gemok nanti siap kau! *tiberr

sepit buaya - walaupon namanya buaya tapi percaya la dia bukan buaya.. 😁

macam sia sia je korang baca entry aku yang tak berfaedah ni kan.. kehkehkeh.. takpela buat modal nak bercerita.. ada jugak bahan bacaan baru untuk tatapan korang.. datang ke blog aku tak la ngadap entry lama je.. 😝

bye!
xoxo

16 comments:

  1. kalau gi Mr. DIY, Eco bagai ni...mmg ko lupakan jelah hasrat nak beli satu je barang. Cara taknak beli banyak bawak duit cecukup je. wallet, kad bank semua tinggal dlm kereta hahah

    ReplyDelete
  2. heheheh masuk mr diy jarang tak beli apa-apa

    ReplyDelete
  3. cik ezy masuk mana2, mana pernah keluar tangan kosong.ada je habuannya.
    aku pun baru g mr diy. nanti aku buat haul mr diy jugak. hehehe

    ReplyDelete
  4. niat tak menghalalkan cara. Mana gelasnya? Hahahah bukan 1 tapi banyak geng hangkut bawak balik. Mak mak memang macam tu beli untuk anak anak. Yang tak ada anak ni pun kadang membeli untuk anak buah. hihi

    ReplyDelete
  5. Sedapnya kacang tumbuk tu. Lama tak pergi Mr Diy. Kalau masuk lama juga duduk duk memilih barang dan kadang kadang sampai tak terpilih dan akhirnya keluar tangan kosong.

    ReplyDelete
  6. akak masih suka conteng² dlm buku nota tau.. walau dh instal apps tp buku catatan kecik jugak yg jd mangsa contengan

    ReplyDelete
  7. mesti happy tak terkata kan bila barang2 dah sampai

    ReplyDelete
  8. favorite ayah busyra tu kacang tumbukk

    ReplyDelete
  9. Mengelakkan rasa bersalah ������ funny la akak nii. Kita pun suka tulis dalalm buku. Rasa puas. Kalau note dalam phone ke rasa mcm mehhhhh

    ReplyDelete
  10. Masuk mana2 kedai mr.diy, eco dan seangkatan mesti angkut banyak2 haha

    ReplyDelete
  11. Nampak kacang tumbuk ezy tu, akak jadi teringin kacang tumbuk yang satu lagi. Yang dibungkus dalam kertas putih tu.

    ReplyDelete
  12. Memang berhantu kalau masuk mr diy ni, niat nak beli 1/2 barang je, sekali keluar penuh plastik hahahaa. Sama hantu dengan kedai eco :D

    ReplyDelete
  13. Kalau pergi MR.Diy memang mula mula rancang nak beli satu benda, tapi tahu tahu dekat dalam bakul ada lebih satu benda hahahah.

    tengok barang barang yang dibeli saya rasa nak beli colour book pulak hahahah

    ReplyDelete
  14. Mmg comey2 brg yg ezy beli..beli online ke bi

    ReplyDelete
  15. Mr.diy ni pun salah satu kedai saka, pantang masuk je kan macam2 nak dibeli

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!