sekadar throwback : first time sofia tidur kat hotel

assalamualaikum

disebabkan sofia asyik tanya je bila nak tidur hotel lagi, jadinya aku throwback la sikit kisah buat pertama kalinya sofia tidur hotel sebelum lockdown itu hari.. suami awal awal lagi dah book hotel.. aku pilih hotel tanjung vista kononnya nak mengimbau kenangan la lapor diri kat situ sebelum kerja sebagai pembantu makmal.. situ la kenal kawan kawan seangkatan ada yang kekal berkawan sampai sekarang ada yang dah lost contact.. 😅

berbalik kepada cerita hotel, kitorang check in petang jumaat dan hari sabtu tu check out lepas tu terus ke zoo kemaman.. boleh la kan merasa tidur hotel walaupon hanya satu malam.. masa tu rentas negeri tak dibenarkan jadinya duk jela hotel yang jarak sekangkang kera dari rumah.. asalkan anak happy, mommy okay je.. nanti dah boleh rentas negeri panjang sikit langkah kita.. buat masa sekarang sabar jela dulu.. hee

budak paling excited nak masuk hotel.. masa ni tengah tunggu papa amek kunci bilik

yeaa dah masuk bilik! isi minyak dulu.. 😅
teddy bear dia tu memang tak boleh tinggal.. bff dari kecik.. 😆

dah lepak santai dalam bilik hotel masa tu baru terasa lapar.. silapnya kat sini tak beli makanan dulu sebelum check in.. tak pasal pasal kena keluar balik cari makanan.. dah la parking kereta kat situ susah nak dapat.. redha jela lepas tu tak dapat parking yang elok dah.. kitorang beli KFC makan kat bilik hotel je.. memang tujuan utama kitorang nak melepak kat bilik hotel je pon.. bukan nak bercuti sakan sangat.. nak bagi sofia merasa macam mana perasaan dapat tidur kat hotel.. ihiks

wajibla ada seketul OOTD di depan cermin..

OOTD dengan si anak dara pulak..

malam tu takde aktiviti yang menarik main main je dengan anak sampai dia letih.. lepas tu layan movie sampai bosan.. kata nak melepak macam tu jela gayanya.. 😄 aku yang nak mengarang cerita ni pon terasa bosan apatah lagi korang yang baca entry ni.. takpe kenangan punya pasal gigih aku taip sampai habis.. 😜

hotel tanjung vista ni letaknya berhampiran dengan KTCC Mall.. kalau tengok view kat tingkap pon nampak pantai lepas tu nampakla seketul KTCC Mall kat situ.. nak kata menarik sangat takla hotel tengah tengah bandar je kot..

OOTD lagi sebelum tinggalkan hotel tanjung vista

pagi esoknya sebelum check out kitorang breakfast dulu.. punya la ramai orang nak breakfast pon kena tunggu turn.. lagi sekali kitorang buat silap sepatutnya lepas dah setel kemas baru la turun breakfast.. ni kalut nak breakfast tak pasal naik bilik balik kemas barang lepas tu baru turun check out.. entah apa la aku fikir masa tu.. maklumla jakun bukan selalu tidur hotel ye makcik.. 😂

setel semua kitorang terus gerak ke zoo kemaman.. tercapai hasrat sofia nak tidur hotel.. dah tidur sekali nak tidur lagi.. sekarang ni hari hari duk tanya bila lagi nak ke hotel.. sabarla nak oi.. papa tak habis pantang lagi 14 hari tau.. 😆

bye!
xoxo

fenomena pandan coconut

assalamualaikum

benda benda viral ni kalau tak join rasa tak bestla duduk malaysia.. kena join baru la boleh riak kat media sosial.. kehkehkeh.. setelah roti dipandan kelapakan, coklat pon tak ketinggalan untuk dipandan kelapakan sekali.. aku terpengaruh dengan fiza, lantas ke mydin mall demi mencari sesuap coklat pandan coconut.. yang roti tu aku dah rasa, sekali hadap je habis sebungkus.. 😅 dasar pelahap..

angkat angkat kening tanda eksyen dengan korang.. 😆

untuk rasa coklat ni, aku bagi 9/10 memang kena dengan tekak aku.. terasa kelapa tu dalam coklat perghhh nikmat yang tidak boleh digambarkan.. tapi aku tetap tercari cari mana perginya rasa pandan.. adakah disembunyikan oleh rasa kelapa.. 😄 mari sama sama kita fikirkan..

disebabkan aku agak rajin, aku buatla roti coklat.. ala guna roti putih biasa je sebab roti pandan kelapa takde.. asyik sold out je rakyat malaysia ni buat mandi ke hape dengan roti pandan kelapa tu.. 😅 tak kisahla asalkan kau guna roti bukan guna biskut..

hasilnya~ roti coklat yang tak seberapa tapi sedap.. nampak tak kat coklat tu ada kelapa? tu yang sedap sangat tu! hehe

cara buat ni senang sangat la dik non.. kapitkan dua keping roti yang telah diisikan coklat kat dalam tu lepas tu tekap dengan gelas hasilnya akan jadi bulat bulat macam kuih dorayaki.. lepas tu goreng je.. aku goreng tanpa minyak sebab nak garingkan roti kat luar tu sikit dan nak cairkan coklat kat dalam.. takde la goreng beriya sangat ala kadar je.. 😁 then siap! sungguh enak dimakan begitu saja~ baca je takyah nyanyi.. 😜

bye!
xoxo

ovochi

assalamualaikum

korang tau tak ovochi tu apa? bukan main nama nak bunyi jepun.. eh pehal aku nak marah.. haha.. okay meh nak explain.. ovochi ni sejenis snek yang menggunakan buah buahan dan sayur sayuran yang dikeringkan menggunakan teknik pengeringan vacum dried.. eceh macam tau sangat padahal aku baru je google tadi sebelum taip entry ni.. 😆 aku kenal ovochi ni dari tiktok lepas tu terus order kat shopee.. kuat meracun betol la dak dak tiktok ni..

ovochi ni macam menarik sangat bagi aku tau sebab dia macam kau nak makan jajan tapi kau nak jajan yang sihat.. ovochi la jadi pilihan.. ke aku sorang je rasa ovochi ni menarik? 😅 disebabkan dah kena racun dengan dak dak tiktok terpaksa aku beli nak merasa jajan mahal ni.. mahal la kot kalau sepaket harganya RM19.90.. masa kecik kecik dulu beli jajan baru harga 20sen.. 😁

kotak je dah menarik.. isi dalam tak tengok lagi ni
link shopee : snek ovochi
harga : RM19.90

haa ni la isi dalamnya.. berwarna warni.. macam mana tak teracun.. 😑

yang aku beli ni jenis mix chips tau campur sayur dan buah.. dalam tu ada bendi, cendawan, terung, kurma, pisang, nangka dan banyak lagi la.. semua sedap dan terpaling aku suka bendi dan pisang.. makan ovochi ni fefeeling kau makan sayur dan buah tapi jenis rangup kruk krak bunyinya.. lepas tu bila dah start makan tak boleh berhenti mengunyah! aku makan kongsi empat orang sekali hadap je habis.. menyesal pulak beli satu je.. nak kena order lagi ke macam mana ni? 😓

aku rasa sangat berbaloi la rasa benda alah ni dengan harga.. so korang kalau teracun jangan lupa check out shopee sekarang.. nampak tak link kat atas tu haa tekan la tunggu apa lagi.. kehkehkeh.. ni bukan review berbayar pon.. saja suka suka nak racun korang.. supaya aku tak keseorangan diracun oleh dak dak tiktok.. ihiks

bye!
xoxo

suamiku si pfizer boy

assalamualaikum

sambungan daripada kisah renew lesen semalam, suami aku ada temujanji untuk dos kedua vaksin.. dos pertama dapat 5/8/2021 itu hari.. aku tak dapat teman sebab masa tu PKPD.. tak boleh naik dua orang untuk satu kereta.. untuk dos kedua ni dapat la teman walaupon aku menunggu je dalam kereta.. lepas zohor turun dari rumah, singgah amek anak dulu kat rumah pengasuh lepas tu terus ke PPV kat taman tamadun islam.. dekat je dengan rumah sekelip mata sampai.. 😅

amboi dak dak pfizer banyak eksyen eh sekarang.. 😏

dan sekelip mata jugak suami aku setel vaksin dos kedua.. laju sangat tak sempat aku nak bergosip dengan anak dalam kereta.. haha.. alhamdulillah lega rasa hati ni bila suami dah completed vaccine! tunggu habis pantang 14 hari dapat la balik kampung suami.. lama sangat dah tak jumpa abah dan mak mertua.. last jumpa sebelum raya puasa itu hari.. 😕

banyak masa terluang petang semalam bawak la anak ronda ronda bandar.. singgah kat tepi pasar payang untuk amek gambar.. ihiks.. seorang ezy memang suka bergambar.. cari port takde orang kecekak kecekak empat puluh das, setel! jom balik.. 😆

sofia si diva 😘

setakat hari ni takde effect yang teruk lepas vaksin.. suami aku cakap bahu je rasa lenguh dan rasa berat nak angkat.. sama macam aku rasa masa cucuk second dose itu hari.. walaupon vaksin kitorang berbeza tapi effect yang kitorang hadap adalah sama.. ni dikatakan sehati sejiwa.. kehkehkeh.. harapnya suami aku tak demam dan sihat sihat je hendaknya.. kita dah ikhtiar dengan vaksin sekarang tawakal dan doa je harap dengan usaha ni dapat hapuskan covid dari muka bumi.. aamiin! 💗

bye!
xoxo

yahoo! dah renew lesen..

assalamualaikum

aku ada buat temujanji untuk renew lesen.. temujanji tu pulak pukul 8.40 pagi tadi.. agak kelam kabut bersiap lepas tu tak sempat sarapan kat rumah.. ala biasa la orang cantik selalu bangun lambat.. kehkehkeh.. kebetulan hari ni suami aku cuti dah alang alang tu aku suruh dia temankan aku je.. lepas dah setel lesen, baru la cari sarapan.. malas fikir nak makan apa, drive thru je ke mcd..

cadangnya nak latte ais tapi dah habis.. coklat pon boleh..

makan ni je kongsi dengan suami..
anak kat rumah pengasuh.. kalau tak, banyak ni mana cukup.. 😜

dah lapar sangat kan parking kereta dalam kawasan mcd lepas tu makan je situ.. 😆 dah kenyang terus gerak ke mydin mall.. shopping barang dapur oi peti ais dah kosong.. aku rasa ada la hampir sebulan tak masuk mydin mall.. itu hari pkpd.. lepas tu mydin mall tutup sebab ada kes covid kat situ.. hari ni baru dapat jejak kaki.. boleh la lepas kan rindu kat mydin mall.. *tiberr

siap shopping barang dapur, ajak suami cari port nak ootd kejap.. sis jual baju hasnuri, sis jugak jadi model sebab nak yakinkan customer yang baju sis jual tu elok, cantik, meletopsss.. haaa gittew.. jadinya memang perlu la amek gambar ootd cantik cantik.. sis kena gigih demi sesuap nasi.. jom la support sis beli baju hasnuri dengan sis.. ihiks.. 😚

berdas das jugak suami aku tolong amek gambar tadi tapi cukupla satu je aku letak kat blog.. 😆
orang terengganu mesti kenal tempat ni.. cuba teka kat mana.. 😁

menyanyi nyanyi pulak perot aku tengok gambar takoyaki ni.. cehsss~

dah penat bergambar sakan, singgah la kejap tepi jalan beli takoyaki ni.. boleh tahan sedap jugak la.. kalau makan sorang memang tak habis sebab banyak.. cheese pon melimpah ruah.. isi takoyaki tak kedekut.. memang puas hati! lain kali boleh repeat lagi.. hehe..

kisahnya nak cerita hari ni renew lesen je dah alang alang tu update jela apa aku buat hari ni.. ada jugak modal nak story kat blog.. hehe.. lepas tu kan hari ni suami aku vaksin dos kedua.. pasal tu nanti aku update lain.. baru la sentiasa berupdate blog aku ni.. kalau cerita kat satu entry je esok esok nak update apa? ye tak? jadi blogger kena bijak.. 😜 eh gurau je jangan marah..

bye!
xoxo

sekadar throwback : suka suka makan bubur lambuk

assalamualaikum

mampu hasilkan entry edisi throwback jela dulu.. nak ke mana mana pon tak boleh lagi.. so kali ni aku nak story pasal bubur lambuk.. kejadian ni sumpah aku tak ingat bila yang pastinya masa cuti sekolah.. kitorang gotong royong masak dan makan makan bubur lambuk secara bersuka ria untuk hilangkan penat bekerja.. boleh eratkan tali persaudaraan antara staff.. *tiberrr

tanpa daun daun ni semua siapalah bubur lambuk.. ahaks

pagi hari datang sekolah terus berkumpul kat pejabat.. setelkan semua bahan bahan untuk masak bubur lambuk.. di antara kitorang ni ada yang terer masak tau yang pastinya bukan aku la.. aku tukang makan je tau.. 😆 yang pandai masak tu dia akan jadi ketua chef.. sebab kalau tak lantik dia jadi ketua memang tak kan jadi bubur lambuk.. risau jadi bubur nasi la nanti.. 😅

sesi mengacau bubur lambuk.. siapa rajin tolong kacau siapa malas duk tepi tolong amek gambar je.. kehkehkeh

tadaa~ siap bubur lambuk terengganu style!! 😋

part paling best makan ramai ramai bersila atas tikar sekali dengan pengetua kitorang.. tiberr rindu pulak suasana macam ni.. makan makan sambil bergurau lepas tu aku kutuk kau, kau kutuk aku.. tanpa fikir masalah kerja.. bahagianya.. *nangis bucu katil

teka la mana satu pengetua kitorang.. ihiks.. sporting betol beliau..

tak muat kat atas tikar, dekat meja makan pon boleh.. 😄

aku masuk sekolah ni musim musim tengah berperang dengan virus, agak terhad la aku nak join majlis sosial.. lagi pulak tak banyak aktiviti boleh buat dengan keadaan kejap sekolah bukak kejap sekolah tutup.. jadinya mana sempat lagi aku nak bersuai kenal dengan warga sekolah.. agak sadis di situ ye.. haha.. pejam celik dah setahun lebih aku tukar tempat kerja.. sekejap sangat masa berlalu.. 😅

ok la tiber takde idea dah nak menaip..

bye!
xoxo

parcel keriangan daripada blogger anies

assalamualaikum

aku baru je setel mengangkut air untuk penuhkan dalam tong tong yang ada.. sakit pinggang oi.. masalah bekalan air kembali menghantui rakyat terengganu.. semoga aku tabah dalam menghadapi krisis air yang melanda ni.. kadang confius la aku ni duk terengganu ke selangor? 😆 baru teringat ada parcel yang abang posmen hantar tadi.. yiehaaa dah dapat hadiah daripada blogger anies! macam mana boleh dapat hadiah? haa sebab aku teka vaksin dia dapat dengan betul.. tak sangka pulak dia sinovac clan macam sis.. ihiks.. sep sikit! ✋

riang gembira dapat parcel hari ni.. 😚😚

thank you anies 💗 semoga dimurahkan rezeki.. 😊

ni hadiah yang aku dapat :
1. notebook cantik
2. pen - dah selamat jadi hakmilik sofia
3. serum rambut
4. mask merdeka 
5. yang colour hitam ni tempat letak mask eh? sorry i tak tau.. hihiks

aku jarang join contest kat blog sebab kadang tak sempat.. nak jugak support blogger lain buat contest tapi tu la.. nak update pasal kehidupan seharian pon kadang kadang tertangguh lagi la nak join contest bagai.. ni pon kebetulan je anies buat kuiz aku pon komen dan tak sangka pulak betol.. ni la dikatakan rezeki yang tak disangka sangka.. 😆 alhamdulillah..

aku nak betolkan urat urat yang tergeliat masa mengangkut air tadi.. harap tak sakit urat la oi esok nak masuk kerja.. huu..

bye!
xoxo

sekadar throwback : makeover workstation

assalamualaikum

sesi throwback kembali lagi untuk kenangan di masa hadapan sebab taknak kisah sedih berulang kembali.. 😅 aku pernah cerita pasal workstation aku, tapi perjalanan makeover workstation tak sempat lagi nak aku coretkan kat sini.. jadiiiiii, hari ni adalah masa yang sesuai untuk aku storykan kat korang.. walaupon views tak gempak tapi takpela, esok esok aku bosan aku sendiri yang baca blog aku.. 😆

ni adalah rupa workstation aku sekarang.. sangat cantik kan? *puji diri sendiri..
nak jadi secantik ni bukan mudah ye tuan tuan dan puan puan..

ni rupa asal tapi tak asli sangat sebab masa ni aku dah tukar alas meja kepada wallpaper.. dah kemas sikit sikit.. rupa sebelum aku lupa nak amek gambar..

perjalanan makeover bermula bila aku cabut notice board yang warna grey kat belakang tu.. cabut je mengucap panjang aku sebab dipenuhi dengan kesan double tape.. urut dada sambil tenangkan fikiran.. 😄 nak taknak memang terpaksa cat dinding belakang tu.. aku beli cat paling murah dan colour putih je sebab malas nak fikir colour lain..

aku memang seorang yang gigih.. 😆
semua aku buat sorang sebab aku suka buat sorang sorang.. 😜

bilik ni luas, lepas tu cat memang tak cukup untuk keseluruhan dinding jadi aku cat dinding depan dan dinding belakang saje.. dinding tepi kiri kanan tak perlu usik sebab tak nampak sangat kesan double tape.. untuk makluman korang la kan bilik ni memang dipenuhi kesan double tape.. sangat sangat tak sedap mata memandang.. solutionnya memang kena cat.. itu sajoooo! 😁

dinding depan sebelum dikerjakan oleh aku..
korang rasa aku ada masa nak tengok je? 😅

hasil selepas beberapa ketika aku bermandi peluh
putih bersih suci murni..
yang aku tak faham sampai ke pintu pon main double tape.. naya pak karim..

maaf kalau entry ni panjang tapi takpe mari kita teruskan.. aku berusaha nak ringkaskan cerita ni.. haha.. pintu pon ada kesan double tape memang tak la aku beli cat kayu.. mahal woiii.. lantas otak ni memberikan idea yang cukup bernas iaitu tampal wallpaper beli kedai eco.. walaupon murah tapi hasil menawan..

pintu sebelum diwallpaperkan.. 😆

pintu selepas diwallpaperkan..
amacam sisturrr? 😎

ruang tengah antara pintu kosong je kan aku tambah hiasan sikit.. aku memang tak suka bunga, lebih tertarik dengan dedaunan.. comel tak aku deco? 😙

okayy kita teruskan.. ni pulak bahagian kiri..
p/s : aircond sekadar hiasan tak berfungsi pon.. 😅

tengok langsir pon sedih! bahagian sini aku just tukar langsir ikot tema iaitu pink lepas tu rak dengan timbunan buku aku alih letak bahagian depan.. buku buku semua tu aku letak dalam almari dalam makmal.. baru la tak serabut..

ihiks.. nak puji diri sendiri lagi la.. comel sangat kenapa? 😂

kain untuk langsir beli yang murah je RM3.50 semeter.. aku lupa la beli berapa meter.. lepas tu gigih mintak tolong umi jahitkan.. just jahit tepi je taknak berbulu bulu nanti.. walaupon ada rel langsir kat situ tapi aku tak guna rel tu.. aku pasang langsir guna dawai je.. jimat cost.. 😅

untuk tingkap tu pulak aku beli wallpaper untuk cermin kat kedai eco.. susah gilerrrr weh nak pasang.. dari jauh nampak smooth je tapi kalau dekat, stress tengok dengan bubble bubble banyak sangat.. sebab aku dah letih jadi malas nak fikir.. lantak kau la bubble.. bahagiala kau kat situ..

lepastu kan rak buku tadi tu pon aku deco.. kata tak suka bunga tapi ada jugak bunga.. yela nak naikkan seri je sikit.. jangan la marah.. 😝
semua ni pon dari kedai eco.. hihik

perjalanan makeover workstation aku ni bukan la amek masa satu hari je.. berminggu jugak nak siapkan semua.. aku buat sikit sikit, lepas tu keluarkan modal sikit sikit bukan beli sekaligus matilanak mana nak carik duit.. haha.. ada duit lebih aku beli dan aku buat..

so far memang puas hati dengan hasil kerja aku.. yela kalau orang lain tak puas hati kisah pulak aku.. yang hadap bilik ni aku jugak bukan orang lain.. 😆 cumanya aku suka keadaan yang kemas dan teratur supaya mood cantik je tiap kali datang kerja.. kalau korang follow aku dari dulu memang korang kenal la aku ni camne.. deco dan ezy berpisah tiada.. 😁

untuk deco deco lain aku story lagi.. banyak sangat deco yang aku buat nanti aku update sikit sikit.. terima kasih sudi baca entry ni sampai ke hujung.. sayang korang! 😘

bye!
xoxo

kisah sedih

assalamualaikum

sedih di sini yang aku maksudkan bukanla sedih beriya sampaikan kena menangis meratapi nasib tapi boleh dikategorikan sebagai sedikit sedih tapi masih sedih.. kisah sedih aku ni terjadi semalam dan jugak hari ni.. jom aku story sikit..

KISAH SEDIH SATU :

pagi semalam ikot suami pergi pasar cari lauk dan jugak makanan untuk breakfast.. saja jela nak tengok dunia luar.. duk dalam kereta je pon suami aku keluar sorang.. aku bagitau suami nak makan nasi kerabu lauk ayam bakar lepas tu tambah solok lada dan jugak telur masin..

*pic from google
sedapnya nasi kerabu 😋

nak dijadikan cerita tu sedih, balik balik rumah cari nasi kerabu tak jumpa.. beli nasi kerabu tapi tertinggal kat kedai pulekkkkkk.. aku tak tau aku patot nangis ke gelak.. 😅 ni la orang kata kalau memang bukan rezeki kita, nak masuk mulut pon boleh terkeluar balik.. anggap jela ni ujian untuk aku.. 😆

KISAH SEDIH DUA :

dah boleh move on dengan nasi kerabu, aku rasa terlebih rajin hari ni.. nak clearkan handphone kononnya aku transfer gambar gambar dalam handphone ke external hard disk.. dah setel semua eh tiber tengok folder "satusyawal2021" takde gambar.. kosong weh.. kosong! cemas sekejap sambil pegang pipi.. mana pergi gambar gambar aku? sampai sekarang menjadi misteri..

nak kata aku terdelete takde pulak dalam recycle bin.. dah belek dalam handphone pon takde jugak.. lepas tu malas nak fikir dah.. lantak lahh kau situ.. 😅 sedih jugak tapi tak nak stress sangat sebab gambar tu ada je aku upload kat instagram, kat blog pon ada kira boleh la tu buat kenangan masa depan.. huu..

pengajaran kat sini, update jela banyak banyak kenangan kat media sosial.. akan datang tak tau handphone nak jadi apa.. tiber jadi peti ais kang hilang semua gambar baru la menangis kat bucu katil.. 😆

bye!
xoxo

sekadar throwback : majlis hi-tea 2020

assalamualaikum

tujuan asal aku berblogging pon sekadar nak buat kenangan akan datang jadi ada baiknya aku abadikan segala kenangan yang tak sempat nak update tu kat blog tercinta ni.. kita mulakan dengan majlis yang selalunya gilang gemilang tapi jadi agak sendu bila majlis tu berlaku di musim covid.. 😅

tarikh kejadian : 15 disember 2020
tempat kejadian : sutra beach resort, setiu
tema kejadian : black and gold

my outfit 😄
tudung : beli kat booth tepi kedai eco RM10
blouse : beli kat ktcc mall lupa harga
skirt : beli kat kedai dalam giant RM45

ni adalah majlis terakhir aku bersama warga SMKP sebab aku kan tukar tempat kerja tahun lepas.. aku agak excited dengan majlis ni sebab tak sabar nak jumpa kawan kawan lama.. macam biasa persiapan memang taknak kalah.. dah tau tema siap google bagai outfit mana yang meletops gojes hot.. sudahnya pakai biasa biasa jugak.. 😆

dia macam "wehh excitednya jumpa geng geng jom bergambar dulu" walaupon tengah panas..

aku tak ingat sangat la perjalanan cerita ni sebab dah lama berlalu kan.. otak kerja keras nak ingat tapi memang tak ingat.. yang aku ingat segala juadah hari tu memang sedap nak nak lagi ada kambing golek.. disebabkan aku terlalu excited dan terlampau suka bergambar, pelbagai menu sedap yang terhidang langsung tak menarik minat aku.. sudahnya perut aku kenyang dengan bergambar je.. kehkehkeh

my bffs~ 😊 ni gambar paling favourite
masa ni orang lain sibuk dengan makanan, kami sibuk dengan gambar 😅

bukan main mendongak kau ye ezy.. haha

ni dah selesai majlis.. pengetua ajak bergambar ramai ramai..
yang sedihnya ada jugak tak masuk sebab balik awal.. huhu

majlis ni agak sendu bagi aku sebab utamanya takde award untuk best outfit.. bukan la cakap aku nak menang sangat tapi sekurang kurangnya hargai la mereka yang berusaha tampil handsome dan cantik ikot tema semata mata nak memeriahkan majlis.. tu jela aku tak puas hati.. haha.. cabutan bertuah tetap ada tapi aku tak bertuah sangat.. dapat set senduk sudip colour pink je.. boleh la buat masak masak.. huhu.. nasib baik dapat colour pink.. ceria sikit hidup aku.. 😆

*pic from google
gini la rupanya.. menawan kalbu jugak la

banyak lagi gambar yang ada tapi patot ke tidak upload semua? jap fikir 5 minit.. 😶

setelah difikir fikir malas pulak nak upload banyak banyak.. takot nanti entry jadi meleret.. bila meleret dah tentu la pembaca naik bosan.. dah la penulisan tak best lepas tu ada hati nak buat entry panjang panjang.. kehkehkeh.. ok la lain lain gambar aku simpan untuk tatapan sendiri.. cukup sekadar entry ni jadi kenangan akan datang..

bye!
xoxo

baking kek coklat semudah ABC!

assalamualaikum

cuaca kat sini sejuk je dengan hujan membasahi bumi lepas tu kan semalam basuh kain baju hari ni pon tak kering kering lagi.. hihiks.. lantak dia kat situ.. duk la kat jemuran sampai kering.. nak dijadikan cerita lagi semalam anak aku beriya nak pergi rumah pengasuh.. katanya nak main aku pon hantar jela dari dia bosan main ngn mommy dia ni.. sudahnya aku pulak kebosanan tak boleh bergaduh dengan anak.. 😅

disebabkan tak tau nak buat apa, setel kerja turun dapur ternampak la tepung kek coklat segera yang aku beli kat kedai eco itu hari.. muncul mentol kat kepala tanda idea sudah datang.. dengan kerajinan senipis kulit buah mempelam aku pon membaking la kek coklat itu semudah membaca ABC..

adunan segera ni memang betol betol segera.. tambah bahan bahan yang diperlukan lepas tu bancuh..

manual je noks malas nak keluarkan mixer.. ala segera je kan? 😆

tajuk kat packaging tu kemain kek coklat kukus sudahnya aku malas nak kukus.. masuk je dalam oven.. kenapa kukus malas sedangkan panaskan oven aku rajin? entah la kawan kawan.. sis pon takde jawapan untuk persoalan itu.. 😜

tadaa~ dah siap kek coklat! bukan setakat siap masak, siap potong sekali dah.. tunggu nak ngap je..

jangan risau ye kawan kawan, belakangnya ada disediakan cara cara nak masak kek coklat ni.. just follow je memang auto jadi! yang tak reti masak macam aku ni pon boleh buat apatah lagi mereka yang dah terer.. ihiks.. aku buat ni ejas sikit bahagian gula sebab anak aku memang diva sikit tak suka manis manis.. alhamdulillah sekelip mata je habis kek ni.. pelahap sangat ke? ke kek ni terlampau sedap? 😆

kawan kawan cari je tepung kek ni kat kedai eco ye harganya RM2.10 je.. selamat membaking kek sambil membaca ABC!

bye!
xoxo

lagi koleksi casing handphone

assalamualaikum

terfikir jugak di minda aku ni buat apa la selalu beli casing macam membazir pon ada.. tapi bila belek shopee add to cart jugak la seketul dua.. bila nafsu menguasai diri persetankan jela persoalan di minda.. 😈 benda comel depan mata memang tak la aku tengok saja.. mesti nak beli! hihikk

makanya terbeli la 6 ketul casing tanpa rasa bersalah

harga dalam RM5 ke bawah je semua.. aku beli masa shopee buat sale 8.8 dan jugak global shopping day.. masa tu dapat free shipping untuk minimum RM0.. memang kat kedai luar tak kan dapat harga macam ni untuk casing comel comel.. comel je semua ni kan? paling aku suka yang starbuck tu la.. 😄

sekadar hobi untuk hiburkan hati sendiri.. lain orang lain hobinya.. so, raikan diri sendiri dengan hobi korang yang pasti akan bahagiakan diri korang..

bye!
xoxo

pelancaran bulan kemerdekaan

assalamualaikum

kalau tahun lepas merasa la jugak sambut bulan kemerdekaan secara bersemuka.. dapat pakai baju baru colour merah dan tudung merdeka.. meriah jugak ada makan makan.. tahun ni? berhuhu jela depan laptop sambil tengok live sambutan bulan kemerdekaan kat youtube.. sambutan kali ni dianjurkan oleh JPNT.. demi nak merasa semangat kemerdekaan tu aku pon join la sekali.. 😄

part ni paling semangat.. nyanyi lagu negaraku lepas tu lagu jalur gemilang.. membara je jiwa ni.. haha

demi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam jiwa, bubuh la seketul gambar sendiri pakai tudung merdeka.. 😆

sesungguhnya aku sangat sangat rindu nak meraikan bulan kemerdekaan penuh meriah dengan kawan kawan sekerja, budak budak sekolah dan semua warga sekolah tapi apakan daya covid punya pasal semua kena duduk rumah.. sabarla untuk seketika.. sampai masa nanti covid akan lenyap dan kita semua kembali hidup normal.. aamiin! 😊

oh lupa nak cakap, majlis ni semalam punya tau.. hari ni baru nak update.. hewhewhew

bye!
xoxo

beli dumpling kat kedai eco

assalamualaikum

korang.. aku nak tanya ni, dumpling dan dimsum tu adakah benda yang sama? sebelum ni pernah makan dimsum.. lepas tu semalam makan dumpling.. rasa sama bentuk pon sama.. memang benda yang sama ke macam mana eh? haha.. tolong jawab korang supaya persoalan ni tak bermain lagi di fikiran aku.. 😁

ni packagingnya.. comelnya je kan.. satu pack RM2.10 ada 4 ketul..
aku pilih ayam dan ketam..

hasil lepas dikukus.. so yummy!

nak masak benda alah ni senang je gais.. memula keluarkan dari peti ais lepas tu tak perlu defrost.. terus kukus macam biasa selama 10 minit.. lepas tu tadaa~ dah boleh makan sampai kenyang.. walaupon size comel comel je tapi boleh tahan kenyang jugak makan ni.. rasanya pon sedap! aku makan dengan sos cili thai.. fuhh padu.. boleh la korang cuba.. 😋

close up sikit nak bagi korang terliur.. masalah sekarang aku pon terliur sekali.. 
tak boleh jadi ni.. 😅

bila aku post kat status whatsapp pasal dumpling ni ramai je tak percaya kedai eco ada jual.. haha.. cuba korang cari betol betol.. mesti jumpa! dia menyorok dalam peti.. 😛 selain dumpling, ada jugak kuih pau size comel comel.. aku pernah rasa kuih pau pon sedap jugak! dan banyak lagi la makanan lain.. cari kat bahagian makanan frozen insyaAllah ada selagi tak habis stok.. kehkehkeh

bye!
xoxo