anakku berbaju kelawar

assalamualaikum

baju kelawar ataupon bahasa sainstifiknya orang panggil kaftan, memang popular sekarang.. maklumla duduk rumah je 24 jam baju apa lagi yang selesa dipakai kalau bukan baju kelawar.. aku pon taknak ketinggalan berbaju kelawar tapi untuk si anak la.. untuk aku macam malas pulak nak beli.. haha.. macam biasa aku beli kat shopee je..

panas panas keluar dari parcel, time tu la budak ni nak try..
link shopee : kaftan budak

sofia suka kartun little pony, bila nampak baju ni dia teruja macam dapat harta karun.. itu yang tak menyabar nak pakai.. sebelum basuh elok je tak senteng, bila dah basuh dia pakai senteng pulak jadinya.. takpela nak oi.. untuk pakai kat rumah je pon.. mommy is redha.. mungkin lepas ni kena beli size besar sikit.. 😅

budak budak pakai cute comel je geram pulak aku tengok.. kalau aku pakai macam bibik.. kehkehkeh

bye!
xoxo

12 comments:

  1. Comey jee si kecik ni pkai baju kelawar kan
    kalau reen bukan mcm bibik da,lagi teruk dri tuu.. haha

    ReplyDelete
  2. Comel! Betul tu, kalau budak budak pakai, nampak la terletak cantikkk, cuba kita pakai, tak macam bibik, macam makcik pun ado >.<

    ReplyDelete
  3. omeynyaaaa dia pakai baju kelawar unicorn hehe

    ReplyDelete
  4. Cantiknya Sofia. Kalau Naura dapat baju fav dia memang lepas mandi, nak pakai baju yang sama tu lagi.
    Sebut kaftan moden sikit .. Hehe

    ReplyDelete
  5. comel. takpe senteng sikit, biar xrimas dia nk berjalan.
    seksi2 pia pun kat rumah aje.. Hehehe..

    ReplyDelete
  6. comel je kalau budak pakai kaftan ni.... akak dulu minat jugak pakai baju kelawar ni tapi sebab sejenis ganas selalu bahagian ketiak tu terkoyak... udahnya pakai baju tido biasa yg ala-ala mcm bibik filipin tu je hehehehe...

    ReplyDelete
  7. budak-budak pakai apa pun comel. Waima nak pakai baju kelawar gi mall pun takde orang kutuk. hehe.

    ReplyDelete
  8. Saya pun suka baju kelawor! Selesa buat tidooo.. Angin masukkkk.. Hehe

    ReplyDelete
  9. Saya ada baju kelawar, lama dah beli tapi segan nak pakai hahaha, sebab mcm alamak nampak ketiak. haha

    ReplyDelete
  10. masa anak dara ammi kecik, ammi pun suka pakaikan dia kaftan ni. tp bila dia dah besar takmau lak dia. dia lebih selesa berseluar kat rumah...

    ReplyDelete
  11. Comel je baju kelawar Sofia gambar kartun unicorn. Kemain nak nama saintifik jugak. Nama moden tu. hihi..tahu takpe, lepas basuh memang senteng jadinya.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!