resepi : chicken mango ezy style

assalamualaikum

bila perot berbunyi automatik kaki melangkah ke dapur tangan laju bukak peti ais.. nampak ada buah mangga yang aku beli minggu lepas.. picit picit sikit haish helok lagi ni.. ini la masalah aku beli buah banyak tapi lupa nak makan.. beberapa ketika terdetik di hati nak buat chicken mango sambil berkira kira resepi chicken mango boleh dijadikan content blog.. jadi blogger macam ni la otak laju kena fikir untuk cari idea..

simple je bahan bahannya, guna apa yang ada.. 😊

  • buah mangga
  • daun salad (tak kisah jenis macam mana pon)
  • olive grove classic spread (untuk goreng ayam.. guna minyak masak biasa pon boleh.. hehe)
  • isi ayam
  • tepung serbaguna (untuk salut isi ayam)

isi ayam potong kecik kecik macam ni.. aku dah perap dengan serbuk lada hitam dan garam pink sikit

cara caranya :

  • cairkan olive grove classic spread.. agak agak dah panas goreng isi ayam yang telah disalut dengan tepung serbaguna.. nak guna tepung bestari pon boleh asalkan jadi ayam celup tepung..
  • dah masak, ketepikan isi ayam tadi..
  • potong buah mangga ikot citarasa, aku potong dadu sebab nampak comel.. sebenarnya malas nak sajat eh sagat.. 😁 kalau sagat lagi helok kejadiannya
  • hiris daun salad nipis nipis, sebab ni kan resepi style aku jadi aku hiris tebal tebal..
  • di dalam pinggan lain, satukan isi ayam, buah mangga dan daun salad lepas tu gaul sebati.. siap! sedap dimakan dengan sos..

walaupon isi ayam dah rupa cekodok tapi sedap.. ehe
tiga bahan ni gaul gaul je sebati ala bukan susah pon.. 😜

tadaaa~ dah siap.. nampak bahan tadi sikit sekali dah gaul jadi selambak.. makan kongsi dengan umi

chicken mango ni sedap kalau makan dengan sos.. sos ni korang boleh buat macam macam style.. aku just guna sos cili thai bancuh dengan air panas.. kalau nak manis korang boleh tambah gula sikit.. aku punya tak tambah gula dah.. lepas tu curahkan je atas chicken mango tu.. sedap weh! try la buat.. hehe

bye!
xoxo

16 comments:

  1. menarik, menu sihat nih... udah rupa mango salad hehehe... layan makan gitu je

    ReplyDelete
  2. Ohh ini yang dikatakan chicken mango tu eh. kena cari mangga masak sikit kalau nak buat macam ni. Mudah dan sedap nampaknya tu. Boleh cuba. Thanks share resipi Ezy :)

    ReplyDelete
  3. sedapnya..salad ayam + mango..

    ReplyDelete
  4. haihhh sedapnyaa mkn dgn salad segar pulak tuu

    ReplyDelete
  5. Dok imagine mango ni masam. Terliur sis tau...haha. simple je bahan2 dia.Nak kena cuba la kalau simple ni. Senang sis jugak...Haha

    ReplyDelete
  6. Tak pernah pula terfikir nak buat chicken mango.. Boleh la cuba lepas ni..

    ReplyDelete
  7. Nampakkkk sedappp! Cara buat pun simple je, ni makan tak payah sos pun takpe kot hehehe

    ReplyDelete
  8. selalu je termengidam nak buat chicken mango salad ni..tapi asyiklah lupa beli mangga. Acano tu??

    ReplyDelete
  9. Aduh.. mudah dan sedap.. Ratah macam nie pun best..

    ReplyDelete
  10. Saya dapat rasakan ini adalah makanan sihat. Okay catat dalam menu saya patut makan!

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!