wall decoration ala kadar

assalamualaikum

cuti sekolah ada la masa sikit nak mendeco workstation.. kali ni aku deco dinding sikit buang yang lama gantikan dengan yang baru.. aku banyak cari idea kat pinterest.. lepas tu buat sendiri ikot bajet yang ada..

ni gambar lama tahun lepas punya.. buku buku tu semua aku dah lama alih, langsir pon dah tukar.. cumanya nak tunjuk perkataan "preparation room" tu sebelum dimakeover.. hehe

tadaa~ dah siap makeover secara ala kadar.. ihiks
frame gambar beli kat kedai eco je.. lepas tu print je quote guna kertas A4..
dinding nampak kotor dah tak tau nak buat macam mana.. cover setakat mampu jela..

drawer besi dua ketul aku alihkan masuk dalam stor.. baru la tak semak mata memandang.. aku suka bilik ni lapang je tak banyak barang.. lagi senang nak buat kerja, nak bancuh larutan kimia, nak sediakan barang barang amali.. haa gittew..

disebabkan terlalu lama drawer kat situ, kena tempias hujan makanya ada la kesan karat kat jubin.. stress jugak tengok lantai tak bersih.. gigih jugak aku menyental lantai boleh sado lengan.. tak perlu pergi gym dah.. 😅

dasyat jugak kesan karat ni..

selepas disental.. haa nampak? baru la sedap mata memandang..

aku guna stain remover bau lavender ni je.. beli kat kedai eco..
harga murah tapi berbaloi!

walaupon tak la cantik mana hasil deco aku tu tapi aku suka je.. orang lain tak suka lantak la dia yang penting aku suka.. hidup ni bukan untuk orang lain.. jenuh la nak puaskan hati semua pihak.. eh tiberr! kehkehkeh.. bajet untuk hiasan dinding tak mahal mana pon.. bawah RM50 jeeee.. 😄

minggu depan minggu last cuti sekolah tak tau la sempat ke tidak nak mendeco makmal pulak.. huhu.. rasa macam sekejap je masa berlalu.. tup tup nak bukak sekolah dah.. pejam celik nak masuk tahun baru dah kita..

bye!
xoxo

majlis hujung tahun : blackgold 2021

assalamualaikum

seperti yang sedia maklum sebelum ni aku busy dengan urusan majlis yang aku dah gebangkan dalam entry lepas, hari ni nak story mory sikit la pasal majlis tu.. berlangsung pada 8/12/2021 bertempat di sutra beach resort, setiu ala dekat je pon dengan sekolah aku.. ihiks.. pagi hari kejadian kitorang geng AJK dah busy dengan angkut angkut hadiah.. lepas tu busy dengan segala persiapan majlis.. majlis bermula tepat jam 2.00 petang waktu malaysia.. eh tiberr.. 😆

muka tengah marah angin sebab rosakkan tudung i.. dengan angin pon nak cari gaduh pehal budak ni..

my OOTD 💕
crown : kedai pengantin era nona
baju : icahfa (tapi i punya beli kat butik KTCC mall)
kasut : spiffy KTCC mall
beg comel : pinjam akma punya

oh lupa pulak nak bagitau, majlis kali ni bertema warna black dan gold ala sama dengan tema ex-sekolah aku tahun lepas.. tapi gigih jugak beli baju baru.. 😅 aku memang macam ni tau, kalau ada majlis apa apa akan beli baju baru.. entah la perempuan memang perangai macam ni ke? ke aku sorang je? hehe

majlis berjalan dengan lancar dan selesai pada jam 4.30 petang.. aku hidangkan korang dengan gambar gambar di hari kejadian je okay.. tapi takde la banyak pon gambar.. boleh la dua tiga ketul.. eh sebelum tu nak cakap pasal menu.. makanan semua nampak sedap sedap tapi disebabkan aku kena handle hadiah cabutan bertuah dan hadiah hadiah lain makanya tak la berkesempatan aku nak merasa semua menu.. yang sempat aku makan mee sup dan buah buah jee.. sadis bukan? tapi takpe la janji enjoy dengan majlis itu hari.. 😁

geng AJK..
teamwork yang awesome!

geng AJK wanita wanita solehah.. ihiksss

lagi wanita wanita solehah kemain bergambar.. haha

setahun sekali dapat bergalok berjimba dengan kawan kawan sekerja

dengan cikgu fizik..
dia orang pertama bekerjasama dengan aku kat sekolah ni.. 😄

kitorang menang best dress award

ni hadiah yang aku dapat
walaupon takde rezeki nak dapat hadiah paling grand tapi syukurla dapat jugak hadiah.. hee

dan dapat karpet 😅

penat lelah sepanjang urusan untuk majlis ni bagaikan tak terasa bila semua orang happy dengan hadiah masing masing.. syukur alhamdulillah majlis berjalan seperti yang dirancang.. walaupon ada sikit dugaan yang datang dapat jugak kami hadap dengan tabah..

memang dah jadi budaya, orang baru masuk akan jadi AJK.. terima je dengan hati terbuka.. paling suka sebab dapat teammate yang sangat sporting dan awesome! seronok sangat bekerja dengan diorang semua.. alhamdulillah.. terima kasih geng AJK untuk tahun 2021 yang penuh suka duka.. 😊

bye!
xoxo

done booster!

assalamualaikum

bahu tempat cucuk ni terasa sakit lagi, tapi takde la teruk sangat.. aku kan manja sakit sikit suruh suami hantarkan pergi kerja.. konon lenguh tangan nak bawak kereta.. kehkehkeh.. ala dah kebetulan dia cuti, sekali sekala bermanja apa salahnya.. hari lain pandai pandai la bawak kereta sendiri.. 😅


dapat surat cinta daripada MySejahtera

bangun pagi nak mandi, tengok handphone terkejut dapat message daripada MySejahtera.. aku takde la mohon nak amek booster, tapi setuju je kalau orang nak bagi kan.. dapat temujanji 20/12/2021 kat klinik swasta.. kiranya aku pergi cucuk dalam keadaan bersedia tapi still rasa berdebar dan takut.. ramai orang cakap effect booster lain macam.. nasib baik tak bertukar jadi lobster.. 😆

seawal pukul 10 pagi aku dah gerak dari rumah walaupon appointment aku pukul 12 tengahari.. nampak sangat bersemangat bukan? dalam hati berdebar weh.. bagai nak gugur jantung.. sampai sampai je kat klinik tengok orang ramai.. rupanya yang datang walk in pon sekali kat situ.. membara jugak hati ni, yela kita datang dari jauh tiba tiba yang dapat appoinment kena tunggu sama macam yang walk in.. baik tak payah buat appointment macam ni.. fight pon tak menang jadi tunggu jela kat situ..

walaupon dalam keadaan tak puas hati, borang tetap kena isi.. ihiks

hampir dua jam menunggu akhirnya tiba giliran aku.. settle daftar semua terus masuk kat tempat cucuk.. cucuk sekejap je tak sampai 10 minit tapi azab betol masa menunggu tu.. memang sistem hancur betol la untuk pemberian vaksin ni.. sepatotnya kena bukak lagi satu kaunter khas untuk orang yang ada appointment.. tapi malas nak marah lama lama, vaksin pon dah dapat.. alhamdulillah..

gambar tak ready pon aku tetap nampak cantik.. 😊

apatah lagi dah ready macam ni lagila cantik.. kehkehkeh

setakat ni effect booster takde teruk.. alhamdulillah syukur sangat.. cumanya macam aku bagitau tadi bahu je sakit kat tempat cucuk tu.. masa dos kedua sinovac itu hari tempat cucuk bukan main menyucuk.. tapi yang booster ni bengkak je sikit.. lepas cucuk auto rasa lapar dan mengantuk.. petang semalam terasa lenguh lenguh badan sikit tapi hari ni dah okay.. harapnya tak demam tapi aku dah standby panadol.. 😅

untuk booster aku dapat vaksin pfizer.. jadinya secara rasmi aku bukan lagi dak dak sinovac.. dah kacuk dengan pfizer mungkin jadi warga sinozer? ataupon pfizvac? 😆

korang dah dapat appoinment untuk booster? kalau belum boleh je korang walk in kat mana mana klinik yang terpilih.. sama sama kita putuskan rangkaian covid 19.. usaha dah selebihnya tawakal kepada Allah SWT..

bye!
xoxo

sekadar throwback : sambut birthday atas air

assalamualaikum

cerita bulan lepas baru berkesempatan nak update.. memula plan nak sambut birthday sofia kat tepi pantai.. kononnya nak berkelah dengan adik aku.. itu hari bila sempadan negeri dah bukak, adik aku amek peluang balik kampung.. dah plan elok elok, sekali dah sampai kat kampung tak jadi pulak.. sudahnya sambut birthday sofia atas houseboat je..

dia nak jadi princess.. bolehla nak.. eee comel!

aku tak bermalam pon atas houseboat ni sebab esoknya suami aku kerja.. pergi pagi, balik petang.. boleh ke macam tu? boleh je kalau houseboat tu abang ipar aku punya.. kehkehkeh.. seronok la sekali sekala dapat berkumpul ramai ramai macam ni.. adik beradik aku lapan orang, dua orang tak dapat join atas sebab sebab tak dapat dielakkan.. tapi takpe, enjoy je!

semangat nak tiup lilin.. haha

menu makan tengahari aku lupa amek gambar, yang penting semuanya sedap sedap.. dah nampak makanan sedap pedulikan pasal diet.. rugi la tak makan.. haha.. lepas siap makan baru la sesi tiup lilin dan potong kek untuk sofia.. lepas tu bergambar dua tiga empat lima enam ratus, lepas tu aku gerak balik.. letih tapi seronok.. kalau dapat bermalam atas houseboat lagi seronok.. tapi apakan daya, demi mencari sesuap nasi aku redha.. 😅

love you anak mommy.. 😘

tahun depan nak sambut birthday sofia kat mana pulak? atas awan? atas pokok? 😆 walaupon birthday dah lepas tetap nak wish, semoga anak mommy menjadi anak yang solehah dan menyenangkan hati semua orang.. 😊

bye!
xoxo

punca kenapa lama menghilang

assalamualaikum

sebenarnya bukanlah menghilang sebab aku ada je online blog, approve komen, baca blog orang sepantas kilat tapiiiii tak sempat je nak update entry seketul dua.. banyak benda nak diceritakan rasa sangat rugi kalau tak abadikan segala kenangan dalam blog.. cuti sekolah ni baru la aku kurang busy sikit.. ada masa nak mengadap blog.. 😄

tahun ni kat sekolah aku jadi AJK kelab guru dan kakitangan, akhir tahun memang akan ada jamuan la untuk kitorang jadinya busy la sikit dengan segala persiapan majlis.. walaupon majlis tu santai santai je tapi bukan senang nak handle oi.. kena fikir banyak benda.. yela aku AJK je tapi banyak jugak benda aku kena settlekan..

ni bukan acah acah busy, ni memang betol betol busy.. haha

yang penting kerjasama dalam satu team.. chewahhh.. 😆

dan majlis tu dah selesai pada minggu lepas iaitu 8/12/2021.. alhamdulillah semuanya berjalan seperti apa yang dirancang.. ada sikit cacat cela biasala kan manusia mana tak pernah buat silap.. ihiks.. pasal jamuan tu nanti aku update lain..

dalam pada duk sibuk dengan persiapan majlis, aku busy jugak dengan persiapan amali sains untuk peperiksaan percubaan SPM baru baru ni.. fuhh sangat mencabar aku rasa.. bagaikan tak cukup kakitangan nak settlekan semua.. tapi nasib baik ada kakak kakak pembantu makmal yang banyak sangat tolong aku.. alhamdulillah.. rezeki dikelilingi orang yang baik baik..

amali sains untuk subjek fizik, kimia dan biologi

haa jangan meniru! 😆

amali sains dah selamat dijalankan pada 5/12/2021.. kitorang guna dua buah makmal dan buat dua sidang sebabnya ada barang tak cukup yang kena kongsi.. kalau sebelum ni boleh buat satu sidang je, tapi biasala dugaan sikit sikit datang.. yang penting semuanya dah selesai..

bila dah selesai semuanya ni, rasa lega sangat dan rasa ringan je kepala.. kalau sebelum ni rasa macam duk pikul batu besar atas bahu.. boleh bayang la macam mana aku rasa.. 😆

selingan sikit, semalam baru dapat surat dari google adsense.. dah settle pon aku verify address.. punya la risau duk tunggu surat tak sampai sampai.. akhirnya dah boleh bertenang sekarang.. fuhh legaaa.. 😄 kembali bersemangat nak update blog.. harapnya bukan hangat hangat tahi ayam je aku ni! 😂

bye!
xoxo

badminton

assalamualaikum

kali terakhir aku join main badminton masa zaman bujang dulu.. tu pon sekadar suka suka nak bersosial kononnya sebab baru posting kat tempat kerja lama.. nak mengeratkan silaturahim tapi main badminton bukan terer sangat.. hehe.. tapi boleh la sekadar dapat tempat ketiga masa tu..

minggu lepas kelab guru dan kakitangan ada anjurkan pertandingan badminton untuk warga sekolah.. selaku salah seorang AJK kelab, aku wajibla kena join.. alasan yang sama jugak nak mengeratkan silaturahim walaupon kau tak pandai main pon.. saja nak memeriahkan suasana tapi tak disangka sangka aku dapat naib juara.. 

esoknya sakit urat sampai ke hari ni masih terasa.. urat pon terkejut takde angin takde ribut tiba tiba kena bekerja keras.. masuk masuk dewan pegang raket takde warming up dulu terus main.. kau rasa? haha.. padan muka diri sendiri.. tapi tak kisah tu semua janji enjoy je main.. 😁

ni kakak partner aku.. dia terer main, aku sekadar tolong mana yang mampu.. eh tiber.. kehkehkeh

si juara dan si naib juara
kalau main badminton harusla kena posing pegang raket.. 😎

para pemain.. tapi ada yang dah balik masa ni.. 😅

seronok la dapat bersosial macam ni.. yela tahun lepas aku masuk sekolah ni musim PKP, PKPB, PKPP memang tak sempat nak jumpa semua.. yang selalu jumpa, cikgu cikgu yang guna makmal je.. ada peluang aku join je, dapat la kenal mana yang belum berkenalan.. haa gitu.. nak kata aku peramah sangat tak la kot tapi adab masuk tempat baru, elokla bersuai kenal.. tak kan nak jadi kera sumbang menyepi je kat makmal.. tak elok aihhh jadi kera.. 😆

bye!
xoxo

11.11.2021~ sofia turns 4!

assalamualaikum

kebusyan semenjak dua menjak tiga menjak dengan macam macam benda nak kena settlekan.. hal kat tempat kerja, hal kat rumah.. baru sempat nak mengadap blog sekejap.. kononla nak update macam macam kenangan, last last blog terabai.. kehkehkeh.. dasar blogger sembang lebat gajah pon boleh terbang.. 😆

happy birthday princess mommy!
love you so much.. 😘

rasa macam baru beranakkan budak kecik ni, sedar sedar dah masuk empat tahun.. tahun depan nak sekolah dah anak mommy sorang ni.. tiberrr mak dia sebak.. 😅 semoga membesar dengan sihat ye sayang.. dan semoga menjadi anak yang solehah..

banyak benda nak update, kisah sambut birthday sofia atas houseboat pon tak sempat lagi nak update.. insyaAllah nanti dah settlekan semua hal, aku akan rajin update segala entry yang tertangguh.. hehe.. doakan aku tak malas ye! 😆

bye!
xoxo

zanzea collection haul!

assalamualaikum

dalam dua minggu lepas kot ke tiga minggu lepas macam tu la aku ada order beberapa helai baju daripada zanzea.. saje nak try zanzea ni kan popular jugak.. siapa je tak kenal zanzea kan? hehe.. koleksi zanzea semua cantik cantik kot, bukak je kedai kat shopee fuhhh rambang mata.. semua nak dibelinya.. 😅

aku grab empat helai je ni pon dah habis RM150 lebih kurang.. berbaloi sebab murah dan berkualiti.. yang penting sedap mata memandang.. 😁

ala baju ni tak nampak full.. tak sempat nak OOTD dengan baju ni.. 😅

*pic from shopee
ni rupa sebenar baju tu.. macam baju melayu versi muslimah.. 😆
harga : RM34.49

baju ni memang ramai je aku tengok orang pakai.. aku terpengaruh makanya aku pon terbeli..
harga : RM27.00

melaram atas houseboat dengan baju zanzea.. eh nanti aku story pasal houseboat ni.. 😁
harga : RM39.98

ni kemeja labuh.. aku berkenan dengan coraknya je.. comel!
harga : RM34.99

puas hati dengan baju baju yang aku beli daripada zanzea ni.. kualiti memang awesome jugak walaupon harga marhaen.. paling aku suka cutting loose.. kalau pakai tak la menampakkan segala lelemak yang ada.. aku pakai size L dengan tinggi 160cm dan berat 77kg.. bolehla buat rujukan untuk korang mana tau berminat jugak nak beli.. ekeke.. aku racun korang ni tau! nanti sale 11.11 cepat cepat la terjah shopee.. haha

bye!
xoxo

gubah daun daun

assalamualaikum

sunyi sekolah hari ni sebab budak budak dah start cuti sempena deepavali.. aku kembali tak busy untuk sehari dua, sementara tak busy gubah daun daun kejap untuk hias atas almari dalam makmal.. orang lain gubah bunga, aku hanya mampu gubah daun je ye.. maklumla orangnya tak kreatif tapi acah acah pandai pulak.. 😅

hasil gubahan yang tak seberapa.. lantak la kau kat situ asalkan aku happy.. tiberr..

daun daun dan pasu macam biasa la aku beli kat kedai eco je.. ihiks.. kenapa tak beli bunga? haa yang kenal aku memang tau la aku kurang suka bunga bungaan ni.. bunga memang cantik, bunga tak salah tapi entah la aku kalau bab deco memang kurang sikit dengan bunga.. hehe..

dari jauh nampak okay sangat..

kalau dekat macam hurmm.. takpe la.. haha

yang ni kalau dari jauh okay jerrrr..

kalau dekat okay sikit dari yang tadi kan.. 😆

untuk dua buah makmal ada tiga almari.. aku gubah tiga pasu dengan design daun yang berlainan.. nampak berbeza sikit.. bagi aku okay jela asalkan tak kosong sangat atas almari tu.. orang tengok pon macam berseri sikit kan.. tak perlu beriya sangat pon sekadar termampu sudah.. kalau letak banyak banyak pasu macam tak sesuai, dah tak rupa makmal tapi jadi macam taman pulak.. 😅

masa cuti sekolah macam ni jela sempat nak mendeco makmal.. aku buat sikit sikit, ada duit lebih baru beli barang.. kadang kadang ada jugak cikgu bagi duit.. alhamdulillah rezeki.. sama sama berkongsi demi keselesaan pelajar pelajar nak belajar dalam makmal.. aku happy dengan apa yang aku buat.. kalau happy, baru seronok bekerja kan? 😊

happy deepavali!

bye!
xoxo

Mummy Ayu's Birthday Giveaway

assalamualaikum

baru sudah makan macam macam kat bilik guru tadi ada jamuan sikit hari ni, dah sampai kat makmal blur pulak tak tau nak update pasal apa.. jamuan tadi pon tak amek gambar.. handphone simpan elok elok dalam laci.. 😅 ternampak entry kawan kawan duk lalu lalang pasal giveaway mummy ayu, haa moh la kita join.. ada jugak benda nak diupdate.. mukadimah panjang ye.. ihiks..

KLIK BANNER UNTUK INFO

syarat syarat penyertaan :

  • buat satu entry bertajuk "Mummy Ayu's Birthday Giveaway" dan link balik ke ENTRY NI
  • tinggalkan link korang kat bahagian komen ENTRY NI so that Mummy Ayu boleh blogwalking ke blog korang dan tinggalkan jejak

syarat pon simple jela diknon rugi kalau tak join laju laju ni.. tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 November 2021.. pemenang dipilih secara cabutan dan harap sangat nama aku bertuah nanti dapat hadiah planner comel.. kan? kan? 😆 

semoga ezy terpilih sebagai pemenang.. aamiin..

bye!
xoxo

shopee haul~ baju baju anak

assalamualaikum

hello november.. pejam celik dah masuk bulan sebelas.. november ni bulan kelahiran sofia, jadi mommy mulakan entry di bulan november ni dengan shopee haul baju baju sofia.. mommy letak sekali gambar OOTD beliau yang memang mengalahkan mommy dia punya posing tu alahai anak.. 😅

posing tunjuk mini love kau hado? hehe
baju ni besar dengan sofia, size untuk budak 4 tahun dah tapi badan dia kecik so baju jadi besar.. mommy tuck in je untuk nampak helok.. 😊

posing sandar kat dinding ni mommy tak pernah ajar tau.. mana dia belajar eh? 😆
yang ni baju besar jugak dengan dia tapi tak pe budak budak cepat besar boleh pakai lama sikit..

link : dress kanak kanak RM17.52
ni kat rumah pengasuh mintak tolong pengasuh amekkan gambar dia.. baru balik jalan jalan, beriya nak pakai baju princess.. eee comel! geram mommy..
baju ni kat kedai lain, size memang ngam ngam..

banyak sangat pilihan baju baju untuk anak rambang mata jugak mommy dibuatnya.. ikotkan hati nak borong semua.. tapi masih boleh berfikir dengan waras.. haha.. blouse dua helai kedai yang sama, dress je kedai lain.. semuanya dari mainland china.. murah dan berbaloi dengan free postage lagi.. cumanya kalau dari oversea ni kena sabar sikit menunggu ketibaan parcel.. makan masa hampir dua minggu jugak.. ada lagi yang tak sampai nanti aku buat entry haul lagi.. 

sakan memborong baju anak bulan ni.. bukak almari dia, baru perasan baju anak aku semuanya baju tshirt ada la sehelai blouse.. tu papa dia punya kerja borong semua tshirt dia ingat anak dia boboy ke hape.. sofia pulak sekarang dah pandai nak matchy matchy dengan mommy.. apa yang mommy pakai tu la dia nak pakai jugak.. so kena la beli banyak baju jenis gegirl gegirl ni.. 😁

korang biasanya shopping baju anak kat mana? jom share.. 😄

bye!
xoxo

apa la yang busy sangat tu

assalamualaikum

dua tiga menjak ni asyik bergotong royong je aku.. ni baru je settle clearkan stor makmal kitorang.. dapat la berehat sambil mengadap blog kejap.. minggu lepas pon busy bergotong royong dekat asrama.. walaupon penat tapi seronok sebab bekerja dalam satu team yang awesome! 😍

geng geng staff semuanya sporting..
wajib la bergambar sebelum berpeluh sakan.. 😃

gotong royong bukan biasa biasa, angkut tilam rosak, angkat meja kerusi, alihkan perabot, cuci dan bersihkan lantai, memang guna tenaga yang banyak.. lepas tu masing masing mengadu sakit urat la sakit pinggang la.. nasib baik gotong royong hari khamis jadinya jumaat dan sabtu dapat la berehat dan hilangkan segala lenguh lenguh yang ada..

penat tak penat bab bergambar sentiasa onz! dah macam cover album ye.. 😆
pengetua dan penolong kanan turun padang sekali.. 😁

merasa la naik triton duk belakang sambil hirup udara segar.. haha.. tu yang sakan ketawa tu..

bila dah settle bersihkan semua rasa lega yang teramat.. ni antara sebab aku tak dapat nak fokus kat blog sangat.. dah letih kerja balik rumah memang tak bukak laptop langsung la jawabnya.. tergolek macam ikan paus kekenyangan.. 😆

selain gotong royong, aku busy jugak dengan persiapan amali.. cikgu cikgu kejar nak habiskan silibus banyak amali tertangguh.. lepas ni akan busy dengan persiapan amali untuk peperiksaan percubaan SPM pulak.. baru rasa nak bernafas dengan elok, mengah balik.. haha.. tapi takpe, aku suka busy busy macam ni.. dah lama lockdown goyang kaki kat rumah kan, merasa la busy kerja pulak.. dah, jangan merungut! 😜

ada shopee haul nak update tapi tak shoot gambar lagi.. nanti aku update slow slow.. 😊

bye!
xoxo

terjebak dengan indoor plants

assalamualaikum

hai la baru ada masa nak menjenguk blog.. macam ni la gayanya kalau dah start kerja full memang blog dianaktirikan je.. 😅 aku baru je nak berjinak jinak dengan indoor plants ni maklum la sebelum ni kalau nak deco guna pokok palsu je macam kau la bagi harapan palsu kat aku.. kehkehkeh.. *tibeerrrr!

kakak ipar aku ada la jual pokok pokok ni siap dia tanam dalam pasu cantik cantik dah dapat kat kita just siram je seminggu sekali.. dah kalau senang macam tu nak jaga siapa je taknak.. laju laju la aku beli tiga pasu.. nak letak kat workstation aku biar berseri sikit dengan kehadiran pokok pokok ni.. ewahh.. kemain.. kalau mati pokok pokok ni siapla kena tadah telinga dengar leteran kakak ipar aku.. 😆

comel ke comel sangat? ihiks

sejujurnya aku memang tak pandai bercucuk tanam sebab tu aku beli yang dah siap macam ni je.. harganya RM25 jer satu pasu.. berbaloi la bagi aku siap sekali batu batu hiasan dan pasu comel.. tinggal letak je kat tempat yang sesuai.. haa gittew..

hajatnya nanti nak tambah lagi dua tiga pokok.. nak penuhkan ruang ruang yang ada tapi kalau macam nampak serabut cukup la setakat tiga ketul ni je.. nanti kita tengok la macam mana patut tambah ke tidak.. hee..

bye!
xoxo

p/s : nanti ada masa aku nak berjalan jalan kat blog korang.. tunggu kedatangan sister ezy.. kehkehkeh

kotak misteri by shida radzuan

assalamualaikum

jarang jarang join giveaway, sekali terjoin dapat hadiah pulak tu namanya rezeki.. alhamdulillah.. aku dapat hadiah kotak misteri daripada blogger shida radzuan.. parcel sampai hari selasa disebabkan aku busy ni baru dapat update pasal hadiah tu.. 😄

misteri sungguh kotak ni.. jom tengok apa kat dalam..








*
*
*











*
*
*






tadaaa~!!!

  1. sudu kayu comel ala ala korea gittew
  2. mask jovian colour pink sweet sangat
  3. sambal garing waniez.. memang sedap sambal ni makan dengan nasi panas panas perghh padu!
  4. serbuk kari ikan cap O
  5. serbuk kari ayam dan daging cap O
  6. sheet mask
  7. frame gambar comel
  8. seketul penanda buku yang tersembunyi disebalik sheet mask.. ekeke

hadiah dalam kotak misteri ni semuanya best best dan sangat berguna.. terima kasih banyak banyak shida sudi pilih sis sebagai salah seorang pemenang giveaway kotak misteri ni.. merasa jugak dapat hadiah giveaway daripada blogger.. maklum la nak join giveaway selalu pon kadang tak terkejar dek kerana kesibukan dengan hal duniawi.. 😁 

semoga shida sentiasa dimurahkan rezeki.. aamiin.. 😘

bye!
xoxo