my new workstation

assalamualaikum

sebelum ni aku pernah cerita yang aku kena duduk sementara kat makmal atas.. dan sekarang aku dah pindah turun ke makmal bawah.. secara officialnya aku bertugas untuk jaga makmal kimia la.. haa gittew.. sejenis aku ni kalau korang kenal la memang suka deco deco.. nak lagi deco workstation.. kenapa workstation? sebab aku nak mood aku sentiasa onz untuk buat kerja.. workstation kemas baru semangat nak kerja kan.. tak caya? cuba la.. 😉

bertemakan warna merah jambu kesukaan aku.. kihkihkih

gambar sebelum deco aku lupa nak snap.. dah siap deco baru teringat.. haha.. modal nak mendeco ni tak la besar mana, aku buat sekadar termampu je.. kebanyakkan barang yang aku guna tentulah dari mr.diy dan jugak kedai eco! 😁

dinding belakang tu aku cat sikit dengan warna putih sebab terlampau banyak kesan double tape buat aku rasa stress.. dinding tepi tak sempat nak cat sebab cat dah habis tapi okay je kan tak ketara sangat kesan double tape tu.. walaupon sakit mata jugak tengok tapi buat buat tak nampak je..

meja kerja aku balut je dengan wallpaper beli kat kedai eco.. skirting meja tu pulak memang dah ada, jadi pasang jela.. nampak cantik lagi kan.. jangan membazir.. kita bukan orang kaya duit kepuk kepuk semua benda nak beli baru.. *tiberrr! kehkehkeh

pasal deco deco ni aku banyak up kat instagram sebab senang tak perlu bukak laptop amek gambar terus zappp masuk instastory.. 😆 amacam okay tak workstation aku? janji kemas okay je kan..

bye!
xoxo

eh aku ada blog rupanya

 assalamualaikum

haiiiiii korangggggggggg~!! masih ingatkah korang dengan seketul ezy ni? yang ingat tu aku hargai.. yang agak dah lupakan aku takpe aku maafkan sebab aku pon kadang kadang tak ingat member.. kehkehkeh.. lama betol tak menari narikan jemari atas keyboard untuk mengupdate entry.. last update kisah beli kasut kat shopee.. eh kasut tu pon dah rosak.. dah beli kasut baru dah pon! #tiberr

aku sekarang banyak kekangan untuk sama sama menyelami dunia blogger.. internet tu satu hal dah.. rindu sekolah lama yang boleh dapat internet free kiri kanan belakang depan.. sekolah sekarang semua guna internet sendiri dik.. tapi hidup mesti diteruskan.. yang lama biarkan berlalu.. yang baru ni kita kena sesuai diri mengikut keadaan semasa.. dah kenapa cerita pasal sekolah pulak.. 😅

banyak benda nak share dengan korang tapi bagi aku rilex rilex dulu okaaayyy! line internet pon aku dah upgrade.. agak agak cukup la kot secebis data untuk blog aku ni.. kesian dia selalu dianaktirikan.. eh btw aku selalu update kat IG pasal life aku.. jemput la follow ezy.fia 😙

dannn aku jugak ada bisnes kecik kecik jual baju hasnuri.. kalau nak cari baju raya contact aku weh! kita bincang sampai jadi.. nak colour apa? design macam mana? nak baju nampak kurus? nak cantik? haa boleh.. jemput join channel aku kat telegram t.me/mekhiLmaLL 😄 support la sis ok.. alang alang nyempat je promot.. gitteww..

ok la sampai sini dulu aku update.. jumpa lagi next entry yang tak tau bila akan wujud.. kehkehkeh

bye!
xoxo