shopping kat kedai eco dan Mr.D.I.Y

assalamualaikum

dah gaji kan? wajib la habiskan duit kat kedai kedai yang sepatutnya selain dari habiskan duit kat mall.. hari jumaat lepas aku ke kedai eco dan jugak mr.diy.. lama tak lama adalah dekat sebulan lebih tak menyinggah kat kedai eco.. rasa macam dah banyak terlepas nak rembat barang barang viral.. 😅

sebelum ke kedai eco, aku singgah mr.diy dulu.. tujuan utama masuk situ nak beli botol air size 3L.. aku sekarang on diet ok.. wajibla beli botol air besar.. haa gitu.. tapi yang aku beli botol air size 2L ajeee.. kisahnya yang 2L lagi cantik dari yang 3L.. aku ni kalau beli barang wajib beli yang comel yang cute yang cantik.. haha.. macam korang jugak nak cari pasangan mesti pilih yang elok.. betul kan? 😁😆😂

hasil menjala~ kengkonon nak beli botol air je kan, sekali terbeli selipar pulak.. 😙

dah settle shooping kat mr.diy, ke kedai eco la pulak kita.. masuk sini pulak bertujuan nak beli barang deco untuk makmal, tapi banyak barang dah habis.. 😔

hasil menjala~ pelangi + klip cactus + blusher + stokin + kerongsang

barang untuk deco makmal dapat 2 benda aje.. nanti hasil deco aku tunjuk kat blog.. sebab sekarang mood mendeco makmal sudah menyerap masuk dalam jiwa aku ni.. haha.. kerongsang kedai eco takde la cikai cikai sangat, tahan lama jugak.. aku dah pernah beli sebelum ni.. stokin kedai eco pon best je pakai.. yang blusher tu sebab cute je aku beli tapi dah try pakai pagi tadi.. memang lawa kaler blusher tu.. 😄

tak berhabis banyak pon.. macam aku cakap tadi la, barang banyak dah habis.. rak banyak kosong.. tunggu jela diorang restock barang.. tu pon sempat ke tak aku grab.. biasa habis je manjang.. stress kejap.. 😩

bye!
xoxo

melepak la kejap

assalamualaikum

semalam curi masa kejap keluar makan dengan member member baik aku.. memandangkan yang sorang tu bakal meletup tak lama lagi dan akan bercuti selama 3 bulan, kami berlima setuju la untuk keluar makan makan sambil membawang kejap.. nanti rindu la 3 bulan geng tak cukup korum.. 😁

kami sepakat memilih nak makan kat nabila celup tepung.. dekat je dengan tempat kerja aku ni.. memula nak makan kat mr celup tepung station, tutup la pulak.. no choice, nabila celup tepung pon on jela.. kat tempat kerja aku ni tepi pantai, so tak heran la sini bersepah kedai makan yang jual makanan celup tepung.. haha..

sementara tunggu masakan panas sampai, kami wefie wefot dulu..

yang kitorang makan semalam aku listkan kat sini ye..
  • udang celup tepung 15 ekor
  • ikan celup tepung 5 ekor
  • keropok lekor goreng
  • maggi telur
  • maggi telur sotong
  • nasi goreng kerabu
  • nasi goreng ikan masin
jujur cakap kalau nak datang makan sini, elok la tak payah order masakan panas.. semua out! haha.. tapi still boleh telan.. yela tengah lapar mungkin.. kahkah.. kalau celup tepung dengan keropok tu sedap.. 😋

total makan semua tu dalam RM70++ macam tu.. bagi aku takde mahal sangat pon, makan berlima kot, bukan makan sorang.. 😅

kitorang kalau lepak sama sama memang tak cukup 24jam.. ada je benda nak diborakkan, nak digosipkan.. haha.. alhamdulillah, aku selesa berkawan rapat dengan diorang.. sebab kawan kawan aku ni jenis satu kepala, takde mengata belakang, takde jenis muka bertalam talam dan paling penting sentiasa ada masa susah dan senang.. ala rindu pulak dekat cik hani.. 😄

bye!
xoxo

aktiviti hujung minggu

assalamualaikum

disebabkan minggu lepas lepas tak keluar hari minggu, umi aku demam masa tu tambah lagi mak sedara aku buat kenduri, hari jumaat itu hari gigih jugak keluar bawak si sofia jalan jalan.. budak kecik tu sekarang bukan main suka berjalan macam mommy.. kahkah.. so hari jumaat jela ada masa nak keluar.. hari sabtu papa sofia kerja la pulak.. nak harapkan aku je bawak sofia keluar memang tak jadi.. sebab budak kecik tu tak reti duduk diam.. biasala tengah membesar.. 😁

kitorang singgah dekat tapak drawbridge je untuk amek gambar.. niatnya nak bergambar dekat signboard miami beach seberang takir tu je, sekali tengok ramai pulak manusia di situ.. 😪

ingat senang ke nak bergambar elok elok? 😐

gigihla aku letak handphone dekat tayar kereta lepas tu setting selftimer selfie semata mata nak gambar bertiga.. sekali anak buat perangai nak turun pulak taknak dukung.. rosak gambar.. haha.. tapi nasib baik gambar tetap nampak cantik.. 😂

haa yang ni elok sikit.. 😁

tak nampak pulak drawbrigde kebanggaan rakyat terengganu.. haha.. banyak gambar rosak disebabkan budak kecik tu taknak duduk diam.. takpe mommy maafkan.. nanti besar sikit harap suka la bergambar macam mommy.. lepas posing helok sikit..

korang kalau rasa nak datang terengganu, jemputla singgah sini.. nanti aku usaha jugak amek gambar dekat miami beach seberang takir pulak.. pasti korang jatuh cinta.. haaa gitteewwww.. 😜

bye!
xoxo

khamis is batiks day

assalamualaikum

taknak cerita banyak pon arini sebab takde idea sangat nak karang ayat panjang panjang.. aku belanja OOTD jela.. hari khamis wajib pakai batik ok! tapi kadang kadang ada jugak aku curang tak pakai batik.. malas tu la nak iron baju batik.. 😁

merah kuning 💗

meriah sangat batik kitorang hari ni.. dari jauh dah nampak menyerlah.. so selftimer selfie jela satu kali.. 😆

nah lagi..

nah lagi sekali..

diulangi, selftimer selfie je ok sebab takde orang nak layan kitorang pagi pagi nak amek gambar.. kahkah..

bye!
xoxo

meriahnya aidilfitri

assalamualaikum

raya kan sebulan.. selagi tak habis bulan syawal selagi tu kita beraya.. entry kali ni aku nak cerita meriahnya sambutan aidilfitri yang aku sambut kat sekolah hari khamis minggu lepas.. setiap tahun memang wajib sambut kat sekolah! 😁

jadi ini la masanya cikgu cikgu, budak budak dan staff staff nak melaram.. bukan selalu pon setahun sekali jeee.. aku pon tak lepaskan peluang ni.. melaram sakan la walaupon OOTD aku murah murah je.. asal cantik.. 😂

nah belanja OOTD dulu..
tudung murah.. blouse murah.. kain batik free.. haha
murah takpe asal cantik.. 😚

raya kan? makan laaa.. 😆

booth pertama kitorang serang ialah booth form 6.. tiap tiap tahun makanan diorang sedap.. mahu tak serbu dulu.. haha..

sekolah aku ni takde dewan besar, so buat majlis dekat dataran perhimpunan je.. untuk majlis raya ni, garaj kereta dijadikan booth booth untuk setiap kelas.. kira macam rumah rumah la.. kitorang boleh je nak pergi beraya kat booth mana mana.. 😊

aku sempat singgah 2 booth je.. mana nak sempat sebab sibuk bergambar.. haha.. makan makan lepas tu bergambar lapar cari makanan dah kenyang sambung bergambar..

ni geng aku tapi tak cukup sorang ahli.. yang sorang tu katanya kursus.. hehe

jangan memain weh, aku kat sekolah siap ada geng bagai.. kalah budak budak punya perangai.. kahkah.. geng aku ni dinamakan geng GG.. GG tu hanya kitorang je tau apa maksudnya.. geng aku ni bukan la gengster pon, geng makan makan je.. selalu buat makan makan kat sekolah.. maklumla kitorang suka makan.. 😅

BFF~ 💗
yang baju kuning tu tak lama dah nak beranak.. haha

tak sempat nak bergambar dengan boss.. dengan kereta boss pon jadilah.. 😂

gambar banyak aku upload kat facebook je.. nak letak banyak banyak kat blog rasa malas pulak.. letak dua tiga ketul pon boleh la.. asalkan boleh dikenang kenang di masa depan.. haha..

p/s : gambar tak clear sebab screenshot je kat IG.. i is malas nak transfer gambar.. 😂

bye!
xoxo

salam lebaran

assalamualaikum

alhamdulillah.. tahun ni tahun kedua beraya bersama fia anak mommy.. bila raya bersama anak ni lain sikit persiapannya.. lebih kepada anak sebenarnya.. macam aku, kalau nak shopping raya, kena pastikan persiapan anak siap 100% dulu lepas tu baru fikir untuk aku dan suami.. yela kan, raya untuk budak budak.. kita yang dewasa ni raya sekadar raya je..

tahun ni aku pilih tema royal blue.. suami aku memula nak pakai baju melayu recycle je, tapi sebab sayangkan bini dia ni, dia ikutkan aje aku nak bertema royal blue jugak.. haha..

sebab malas nak upload satu satu, aku screenshot je dari IG lepas tu letak kat sini.. jadi, ni la gambar raya kami.. kahkah..

raya pertama - royal blue
raya kedua - mustard
raya ketiga - blueblack
raya keempat - pinkpurple

sakan raya sampai raya keempat bertema bagai.. bukan selalu, setahun sekali je.. tehee.. yang cinonet tu pon sakan jugak sampai 2 pasang baju kurung mommy sediakan.. masa nak try pakai itu hari bukan main menangis macam kena dera taknak pakai baju kurung.. mujur dia nak pakai jugak masa hari raya itu hari.. lega mommy.. takde la rosak mood raya mommy.. haha..

raya kelima duk rumah jela mendobi kain baju.. suami aku pulak dah kerja.. hari ni raya keenam dah kembali ke rutin biasa.. aku kerja, suami aku kerja, sofia duk dengan pengasuh.. =)

itu jela cerita raya aku.. takde yang menarik pon.. tapi yang bestnya masa raya ni la dapat kumpul ramai ramai adik beradik kan.. lepas tu dapat jumpa member member yang dah lama tak jumpa.. so, dah fikir tema untuk raya tahun depan ke? hikhik..

ni saja nak throwback sikit.. gambar raya tahun lepas.. =')
masa ni sofia 7 bulan.. sekarang dah besar.. >,<

bye!
xoxo

kembali bersiaran

assalamualaikum..

jap~ izinkan sis kemas blog sis dulu kejap.. berhabuk sangat ni.. hihik..

ok dah buang segala kotoran.. haha.. itu lah tu.. janji nak kembali aktif kononnya tapi ke laut dalam akhirnya.. last update entry tahun lepas.. maafkan sis ye.. sis bukan sibuk tapi malas sebenarnya..

harini terbuka hati nak jenguk blog sendiri.. lepas tu terjenguk blog cik hani, terdetik rasa di hati nak aktif balik macam dulu-dulu.. insyaAllah lepas ni aku update cerita pasal raya.. alhamdulillah, tahun ni tahun kedua beraya dengan si sofia dan beraya sebagai mommy.. =')

ok la blogwalking kejap..

bye!
xoxo