shopee haul~ versi pink colour

assalamualaikum

aku punya style la kalau nak naikkan semangat kerja aku akan cari stationery, notebook atau apa apa saja yang berguna untuk buat kerja yang berwarna pink.. sebab warna pink tu bagi mood aku happy dan semangat untuk bekerja berkobar kobar.. haa kemain warna pink mempengaruhi hidup aku macam tu sekali ye.. 😄

aku scroll shopee nak cari pencil case murah murah tapi nampak comel, lepas tu add on barang barang lain sekali sebab nak dapat free postage.. aku berkira sikit dengan postage ni nak free je manjang.. kehkehkeh.. total semua barang aku beli RM15 something so dapat la free postage.. kalau beli pencil case je, postage tu lagi mahal dari harga barang.. tak kuasa aku nak bayar lebih.. korang pon macam ni kan? baik ngaku! 😝

beli pencil case add on sekali keychain comel comel dan bunga crochet.. yang mouse pad tak add on sekali, beli kat kedai shopee lain.. hee
LINK KEDAI PENCIL CASE : https://my.shp.ee/6waz4X5
LINK KEDAI MOUSE PAD : https://my.shp.ee/t9k82py

memula check out pencil case and the geng dulu, lepas tu masa sale hari gaji baru la beli mouse pad.. dapat free postage laju laju check out.. semalam dua dua parcel ni sampai sekaligus.. lepas tu terbeli keyboard pink colour pulak yang tu tak posout lagi.. tak sabar nak tunggu parcel sampai.. 😅

aku ni dapat shopping barang barang murah macam ni pon dah happy, apatah lagi kalau dapat beli warna kesukaan kita, double happy jadinya.. korang suka warna apa eh? ada tak geng minat colour pink kat sini? give me five sikit.. ihiks..

bye!
xoxo

hantar anak tuisyen seawal umurnya 6 tahun

assalamualaikum

selalu aku up status kat whatsapp mesti orang akan tanya kenapa hantar anak pergi tuisyen awal sangat sedangkan anak aku baru darjah satu.. jawapannya satu je, anak aku tak nak belajar dengan maknya.. mungkin maknya belum cukup singa untuk dia.. kehkehkeh..

masa umur dia 5 tahun aku dah start ajar dia membaca tapi struggle sangat sangat sebab dia banyak main dan langsung tak nak dengar aku cakap.. yang dia percaya hanyalah apa yang cikgu dia ajar.. apooo anak aku ni? dia tak tau ke dulu maknya cerdik sangat masa kat sekolah.. dia tak tau ke maknya ni dapat A+ SPM untuk subjek bahasa melayu.. 😏

masuk umur dia 6 tahun lagi la buat aku risau sebab dia still tak pandai membaca.. kalau dulu tak kisah umur 6 tahun tak pandai membaca sebab nanti darjah 1 akan belajar membaca jugak tapi bukan untuk zaman sekarang.. silibus sekarang sangat merisaukan makpak.. pengasuh anak aku cadangkan untuk hantar dia pergi tuisyen memandangkan dia ada kenal dengan cikgu tuisyen tu so aku pon setuju..

nak pergi tuisyen je pon tapi melawa bukan main.. kihkihkih..
aku suka siapkan dia cantik cantik.. suka tengok anak sendiri kemas je..
dan dia pon suka berjangok macam maknya.. 😂

untuk umur macam sofia ni kat tuisyen belajar dua subjek je iaitu bahasa melayu dan matematik.. nanti masuk darjah 2 akan belajar ikut subjek yang dia belajar kat sekolah la.. sofia tuisyen 2 kali je seminggu hari jumaat dan hari sabtu.. yuran pon tak mahal sangat dan bagi aku sangat berbaloi la.. sofia pon cepat je boleh membaca.. so far sangat puas hati.. alhamdulillah..

comel macam mommy 😊

pusat tuisyen tu dekat je dengan rumah takde la kena redah jem bagai.. dekat jugak dengan kedai runcit, tiap kali habis je kelas mesti sofia ngepaw bapaknya ajak pergi kedai runcit.. nasib baik 2 kali je seminggu kalau hari hari botak jugak kepala bapak.. 😆

apa je yang terbaik untuk sofia, akan mommy usahakan.. semoga sofia diterangkan hati untuk menimba ilmu.. semoga sofia berjaya di dunia dan di akhirat..

bye!
xoxo

meraikan hari guru 16 Mei 2024

assalamualaikum

bekerja satu bumbung dengan insan bergelar guru ni memang boleh tengok macam mana strugglenya cikgu cikgu nak hadap anak murid.. dengan kerja kerja perkeranian lagi, belum lagi dengan nak hadap kursus, latihan dalam perkhidmatan dan macam macam lagi la.. bila orang tak tengok situasi ni, orang cakap senang jadi cikgu cuti pon banyak.. tapi tu la mulut manusia mana boleh tutup.. try dulu apply jadi cikgu baru komen macam macam.. so bila tiba hari guru, kami bukan guru ni turut meraikannya.. bagila cikgu cikgu happy setahun sekali kan.. ihiks..

tema untuk hari guru kat sekolah aku tahun ni ialah colour block.. aku pakai baju mana ada je janji dapat meraikan tema.. lepas dah habis majlis baru teringat aku takde amek gambar OOTD.. 😪 tapi tak mengapa kita tunjuk je gambar yang ada.. hihi.. sebelum mula majlis, cikgu cikgu berarak dulu la dari kawasan pejabat ke dewan besar.. aku tumpang berarak sekali, merasala jalan atas red carpet.. berangan jadi artis.. kau hado? kehkehkeh

dah ready nak berarak

eh kejap, gambar dulu.. 😆

dapat doorgift.. elok sangat la musim panas ni dapat hadiah kipas.. 😇
thank you KKGS..
(KKGS = Kelab Kebajikan Guru dan Staff)

untuk majlis rasmi pagi ni macam biasa ada ucapan ucapan dari pihak pengurusan dan juga bacaan watikah watikah hari guru dari pihak atasan.. lepas tu ada gimik sikit dan cikgu cikgu semua dijemput naik pentas untuk bacaan ikrar dan nyanyian lagu hari guru.. skema sangat ke ayat aku ni? rasa macam tengah taip kertas kerja pulak.. 😆

selesai majlis kita bergambar beramai ramai.. 😊

kitorang breakfast dulu sebelum acara sukaneka bermula.. aku sebenarnya agak tak puas hati nak update pasal hari guru ni tanpa gambar yang cukup.. tapi tu la, tunggu punya tunggu gambar dari official photoG sekolah aku tak dapat dapat sampai ke sudah.. kita update jela dengan gambar yang ada..

sayang sangat rasanya tak dapat nak tunjuk gambar masa main sukaneka tu.. kecewa sikit tapi hidup kena teruskan.. kalau tunggu gambar gambar lain silap silap tahun depan belum tentu aku dapat update.. netizen kena tau semua ni.. eh tiberr.. kehkehkeh..

aku main dua acara iaitu roda berputar dan tarik tisu.. yang roda berputar tu dapat la nombor dua, tarik tisu pulak nombor tiga.. boleh la kan walaupon tak dapat nombor satu tapi tak kalah di nombor terakhir.. gitu prinsip hidup.. 😆

merasala naik pentas amek hadiah sukaneka walaupon bukan juara.. ihiks

lepas sukaneka masuk dewan balik untuk majlis seterusnya.. ada persembahan dari pelajar pelajar, ada jugak penyampaian anugerah untuk cikgu cikgu dan jugak penyampaian hadiah untuk sukaneka.. stress betul aku nak update entry gambar tak banyak.. kahkahkah.. okay okay mari teruskan..

dalam dewan tu jugak pelajar pelajar form 4 bagi hadiah untuk cikgu cikgu.. kita yang bukan cikgu ni pon dapat sekali.. terima kasih adik adik.. kakak is terharu.. ihiks..

majlis tamat lebih kurang pukul 12.30pm, so kitorang dijemput untuk makan tengahari.. seronok dapat makan free.. kehkehkeh.. yang cikgu cikgu dapat balik pukul 1.00pm, kitorang staff dapat balik pukul 2.30pm.. alhamdulillah majlis berlangsung dengan lancar dan sangat sangat best! terima kasih KKGS untuk majlis yang indah ni.. tahun depan please la ye buat tema back to school.. aku teringin nak pakai baju sekolah balik.. 😆

sempatla jugak bergambar kat photobooth yang dipenuhi dengan belon belon ni.. terasa sangat comel di situ..

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU GURU DI SELURUH DUNIA!

bye!
xoxo

rutin pagi pagi di tempat kerja

assalamualaikum

selalunya aku akan sampai sekolah sebelum 7.30am kadang kadang terlewat sikit.. dimaafkan kalau sekali sekala terlewat, tapi kalau hari hari lewat boleh la bina sekolah sendiri.. kau la boss kau la kuli.. kehkehkeh.. lepas thumbprint aku terus ke makmal..

sampai kat makmal kena la buka kunci..

lepas tu buka semua pintu dan tingkap makmal..

lepas tu pergi la isi air kat mesin coway ni.. musim panas wajib isi air sejuk.. 😄
pastikan minum air banyak banyak okay.. haa tiber pesanan penaja..

kembali ke workstation.. tulis to-do list dalam buku comel kau ni.. ihiks

dah selesai semua boleh la mulakan tugas sebagai pembantu makmal yang berkarisma, anggun dan gemilang.. 😆 nak aku share rutin kerja aku sampai balik ke? kalau rajin nanti aku buat.. kalau malas memang aku tak layan permintaan korang.. 😜

bye!
xoxo

rasa tak berguna

assalamualaikum

tengah syok baring sambil scroll tiktok datangla sofia menangis nangis kat aku.. risau jugak kot terjadi perkara perkara tak diingini.. rupanya dia datang meluah perasaan kecewa sebab aku tak bawak dia pergi tengok lampu.. pesta lampu yang berlangsung baru baru ni kat stadium gong badak, ada la aku janji nak bawak dia tapi atas sebab sebab tak dapat dielakkan janji tu tinggal janji.. alahai kesian anak aku.. 😢

aku pujuk dia cakap mommy minta maaf tak dapat bawak sofia.. lain kali mommy bawak.. sebak tengok dia menangis macam tu dengan aku sekali rasa nak menangis.. tetiba aku rasa aku ni mak yang tak berguna.. sekecil hal macam tu pon aku tak dapat nak tunaikan.. nasib baik dia okay je lepas aku cakap aku ada belikan dia purse comel gambar my melody.. termakan pujuk terus tak menangis.. 😅

meluah perasaan kat blog macam tulis status kat facebook.. kehkehkeh.. lantak dia saja aku nak meluah kat korang.. 😜

bye!
xoxo

beraya kat sekolah

assalamualaikum

majlis raya kat sekolah memang acara wajib tiap tiap tahun.. tahun ni pulak ada tema, tema raya macam dulu dulu.. memikirkan duit dah tak banyak guna untuk raya idokla aku mencari baju baru semata mata untuk majlis tu tapi usaha jugak menyelam dalam lemari cari outfit yang sesuai.. ihiks..

rasa macam cantik sangat dah tu yang penting kena dengan tema.. tapi jenuh jugak fikir orang dulu dulu raya pakai batik ke? 😅

memandangkan cuaca panas walaupon raya dalam dewan berhawa dingin tapi tetap rasa bahang, aku pilih outfit yang selesa.. baju tu beli kat tiktok shop ajeee style loose gitu.. baju aku kadang kadang nampak kebaya, kadang kadang nampak macam kurung kedah.. entah la nak baju pon confius..

selain makan makan, ada la jugak persembahan nyanyian dan lakonan dari pelajar.. seronok raya beramai ramai macam ni lepas tu makanan pulak semua sedap sedap.. enjoy la makan sampai lupa diri.. 😆

bye!
xoxo

aidilfitri 2024

assalamualaikum

belum terlambat nak update pasal aidilfitri kan? ihiks.. ketahuila sebelum ni aku sangat struggle nak login blogspot.. dengan laptopnya buat hal, lepas tu busy dengan kerja lepas raya.. betul ni.. bukan alasan semata mata.. 😙

aidilfitri tahun ni sambut dengan sederhana je almaklumla banyak guna duit dengan anak nak masuk darjah satu lagi dengan nak repair cikbibah aku tu lagi.. tapi alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang Allah bagi.. dapat jugak sambut aidilfitri tahun ni yang penting dapat berkumpul adik beradik dan sanak saudara..

satu syawal
tema : black pink

dua syawal
tema : merah

tiga syawal
tema : purple

cumanya tahun ni tak berjalan sakan beraya rumah orang sebab cuti pendek sangat oi, lima syawal dah masuk kerja anak pon dah start sekolah.. sambung jela beraya kat tempat kerja sampai habis syawal.. 😄

lepas tu sekarang mari kita fikir tema untuk raya aidiladha pulak.. 😎

bye!
xoxo

idea hadiah hari guru

assalamualaikum

sedia maklum hari guru akan tiba tak lama lagi, pastinya kita sebagai mak mak ni akan fikir pasal hadiah hari guru anak anak kita kan.. kat sini aku kongsikan idea hadiah hari guru yang menjimatkan duit poket kita dan tidak akan membebabkan kewangan kita.. haa gittew ada rupa macam pakar ekonomi pulak..

bahan bahan yang kita perlukan semuanya boleh beli kat kedai eco.. hello CEO Eco Shop, tolong amek aku jadi duta pleaseeee 😎

sekadar pendapat dua puluh sen dari aku, kalau boleh elakkan bagi hadiah macam mug ke, tipuware ke, ketahuila seorang cikgu lebih memerlukan stationery dari semua benda tu.. sebagai contoh aku beli pen merah.. seorang cikgu akan guna pen merah sepanjang tahun.. berbaloi ke tak bagi hadiah camni? sangat berbaloi.. ihiks.. sebagai tambahan aku beli tasbih digital jugak.. takla terkontang kanting pen merah sana sorang sorang.. 😆

kad ucapan tu memang takde kat mana mana cawangan eco shop seluruh malaysia la.. kalau rasa kreatif buatla sendiri.. print atas kertas tebal sikit.. tak mahal pon kertas tu aku beli RM4 something dapat 20 keping.. ala guna pon 5-6 keping ajerrr yang lebih simpanla akan datang nak guna lagi..

beginila hasilnya.. sangat simple dan pastinya tidak membebankan poket kita sebagai parents..

dalam masa nak memenuhi kehendak anak, zaman sekarang perlu sangat sangat fikir kewangan kita sendiri.. jangan sampai membebankan kita.. percayala setiap hadiah dari kita walaupon sekecil kecilnya tetap akan dihargai oleh seorang guru.. 💝

bye!
xoxo