onde onde dua versi

assalamualaikum

sedar sedar je esok dah masuk bulan ogos.. berlalu macam tu jela tahun 2021 penuh cabaran dan dugaan ni.. hehek.. semoga tahun 2022 memberi sinar baru buat kita semua.. eh tiberrr macam ucapan nak masuk tahun baru.. padahal masuk bulan baru je kot esok.. 😅

aku mudah terpengaruh dengan resepi kat tiktok.. baru baru ni viral resepi onde onde guna wanda coffee.. macam menarik je kan aku pon try jugak buat.. intinya letak coklat cadbury.. hipstur sangat kan onde onde pon! tapi rasa sedap.. cumanya manis coklat tu aku tak tahan.. manis sangat semanis wajah aku kalau senyum.. kehkehkeh

ni rupa onde onde wanda coffee tu aku beri nama onde onde mocha.. sukati jeeee.. haha.. onde onde ni disaluti nestum.. so yummy!

memandangkan tepung pulut ada lebih, makanya aku pon buat la onde onde original.. yang inti gula melaka tu.. datang la pelbagai versi onde onde pon yang original ni jugak paling sedap.. paling power.. paling mabeles! 😁

disaluti kelapa yang enak! bila makan teringat kat arwah abah.. arwah abah aku memang suka kuih ni.. wajib beli untuk buka puasa.. 😄

tu jela kisah onde onde aku.. dua tiga hari ni takde idea sangat nak update blog.. rutin harian pon sama je.. bangun-makan-makan-makan-layan anak-makan-main dengan anak-skipping-makan-tidur.. banyak makan betol la sekarang.. effect vaksin ke hape ni? tiberr nak salahkan vaksin.. 😂

bye!
xoxo

bed sheet clip

assalamualaikum

selain casing handphone yang comel comel, aku ada jugak beli barang lain masa sale 7.7 itu hari.. korang pernah tengok tak bed sheet clip? mesti pernah kan.. oleh kerana terpengaruh dengan dak dak tiktok tak pasal pasal aku terbeli bed sheet clip..

berbaloi sangat beli benda alah ni sebab buatkan pagi korang ceria dan tak huru hara.. bangun pagi walaupon tidur korang umpama raksasa kelaparan tapi cadar korang maintain kedudukannya tak bergerak langsung.. bukan ke itu buatkan hidup korang bahagia? kehkehkeh

aku pilih pink colour.. hehe
dak ezy dan pink berpisah tiada..

bed sheet clip ni murah je boleh cari kat shopee.. aku beli dari oversea.. yang kedai local pon bersepah je jual tapi sebab nak kan free shipping aku order je dari mainland china.. postage pon berkira ke? bukan diknon.. kakak kan nak jadi pengguna yang bijak.. harusla buat pilihan terbaik.. harga murah dan free shipping tak perlu gigih beli benda lain semata mata nak cukupkan RM15 baru dapat free shipping.. faham ke tak faham? 😆 eh tak marah pon.. kakak nasihat jerr.. *tiber

untuk 4 ketul bed sheet clip ni harganya cuma RM6.37 sahaja.. dah la harga murah lepas tu sangat berbaloi untuk dibeli.. mampu ke korang tengok je? haaa pergi terjah shopee sekarang! #donemeracun

*pic from google
ni cara pasang.. klip je dekat setiap penjuru cadar di bawah tilam..
ada 4 penjuru kan? sebab tu kena beli 4 ketul.. hehe

aku ni kadang kadang tak sempat nak betulkan cadar di pagi hari.. pergi kerja keluar lepas subuh cadar tu terbiar je bergumpalan sampai la aku balik kerja di petang hari.. dengan badan letih lepas tu masuk bilik tengok cadar macam tu sakit mata oi! haha.. mujur la ada bed sheet clip ni selesai segala masalah.. 😆😆😆

bye!
xoxo

aku dak dak sinovac

assalamualaikum

siapa dak dak sinovac meh kumpul sini.. nanti ada masa free kita open table.. eceh kemain rasa macam zaman myspace dulu dulu je perangai.. vaksin je pon boleh tubuh fanclub ni "SINOVAC FC"

semalam aku ke PPV untuk temujanji dos kedua vaksin sinovac.. semangat tu tak payah cakap memang dah sedia semangat dari dos pertama dulu lagi.. so dah lengkap vaksin ni boleh renats negeri tak? kehkehkeh

peneman 😁 thanks encik suami
member muka stress tak dapat vaksin lagi.. 😆

untuk dos kedua ni tak banyak checkpoint macam dos pertama dulu.. masuk masuk je isi borang penilaian kesihatan lepas tu terus ke tempat untuk disuntik.. kat situ kena tunggu lama sikit tapi tak la lama sangat.. ala kadar je.. 😅

sambil sambil tu sempat la update instagram story seketul..

tiberrrr eh dah siap? kehkehkeh

dah siap cucuk kena rehat kejap lepas tu check tekanan darah.. alhamdulillah semuanya okay je.. lepas tu abang JPAM tu pesan suruh laminate sijil vaksin dan simpan dalam beg duit.. dan sepantas kilat jugak aku pergi laminate kat kedai buku.. mengikut arahan sangat kan? 😄

kalau dos pertama lepas vaksin auto jelita, dos kedua pulak lepas vaksin bertambah jelita.. tak percaya? try la vaksin dulu.. haha.. okay gurau.. lepas cucuk serta merta bahu aku terasa berat.. nak angkat tangan sakit tapi tak sakit melampau sangat.. dia macam nak sakit tapi taknak sakit.. haa gitu.. 😆 malam tadi tido pon tak berapa lena sebab bahu rasa macam sakit sakit menyucuk nyucuk gitu.. dan alhamdulillah pagi ni okay je.. harapnya tak demam dan terus sihat selamanya.. 😀😊

lega rasanya dah completed vaksin ni.. tak sabar nak tunggu malaysia capai herd imunity.. rindu sangat kehidupan sebelum covid menyerang.. 😔

bye!
xoxo

salam aidiladha 2021

assalamualaikum

harapnya ni adalah raya PKP kita yang terakhir.. letih la raya macam ni.. hilang kemeriahan lepas tu paling sadis tak boleh berkumpul adik beradik dan saudara mara.. nangis bucu katil.. walaupon raya PKP tapi baju raya aku satu family tetap onz.. biar anak anak kita merasa raya tu kena pakai baju cantik cantik.. tetap sambut walau macam mana sekali pon.. 😊

tema : dusty orange
baju tiga beranak dari koleksi hasnuri je.. hehe
sendiri jual sendiri beli sendiri pakai..

sebenarnya baju tiga beranak ni dah lama beli.. kononnya nak pakai masa majlis nikah sepupu aku lepas raya puasa itu hari tapi tak jadi sebab lockdown kan.. sebarang majlis tidak dibenarkan.. makanya berhuhu la aku yang rindukan nasi minyak orang kawen ni.. tapi takpe, boleh pakai baju ni untuk raya haji.. orang lain kelam kabut cari baju raya, aku masih mampu bertenang.. kehkehkeh

dia ni memang tak bagi chance langsung mommy nk posing sorang sorang

sebab gambar ni comel.. 😍

menu raya kitorang simple je iaitu bihun goreng.. haha.. sebabnya tak sempat nak beli barang barang untuk raya.. tak merasa la makan ketupat rendang bagai.. nasib baik ada bihun.. boleh jugak makan di pagi raya yang sendu.. syukurla nak oi dari tak boleh makan langsung.. 😁

nak cerita banyak banyak pasal raya pon takde yang menarik.. raya kat rumah je apa je yang menarik selain daripada bergambar sampai bateri handphone low.. 😆 so raya korang macam mana? sendu ke sepi bagai angin lalu?

salam aidiladha.. 💖

bye!
xoxo

koleksi casing handphone

assalamualaikum

aku ada satu hobi iaitu suka tukar tukar casing handphone.. handphone ada satu je tapi casing ada banyak.. setiap hari aku akan tukar sebab aku rasa buat benda tu hidup aku ceria.. orang cakap kalau nak hidup bahagia buat je apa yang kita suka.. dan sekarang ternyata hidup aku lebih bahagia dengan hobi ni.. kehkehkeh.. so jom tengok koleksi casing handphone aku..

yang lima ketul ni dah lama beli.. semua beli kat shopee je kecuali yang colour hitam corak love tu.. tu beli kat kedai handphone dalam mydin..

kat shopee memang murmur je casing ni.. harga semua bawah RM5 dan semua dari china.. aku akan borong casing ni bila waktu sale sahaja sebab nak dapat free shipping.. free shipping sangat berbaloi kalau barang tu dari oversea ye adik adik.. sebab korang faham faham sendiri la shipping dari oversea macam mana.. takkan barang harga RM3 lepas tu nak bayar shipping lagi mahal dari harga barang kau? jadilah pengguna yang bijak.. 😄

empat ketul ni aku borong masa sale 7.7.. yang gambar buaya dan gajah tu baru je sampai kejap tadi.. panas panas keluar dari parcel terus amek gambar dengan kawan kawan yang lain.. 😆

memang casing handphone dalam shopee ni semua cute cute nak mati.. dah la harga murah lepas tu corak comel oi! siapa je tak tergoda.. kalau nak cari casing yang comel dan murah kat kedai biasa memang tak dapat deknon.. yang ada pon jenis biasa biasa lepas tu harga mesti RM10 ke atas.. apa guna ada shopee kalau tak memborong kat situ.. jauh lebih murah.. lagi sekali jadilah pengguna yang bijak.. 😜

sambil sambil mengadap blog ni aku tershopping lagi casing kebetulan hari ni global shopping day free shipping minimum spend RM0.. kau beli barang harga 1sen pon dapat free shipping ye.. janji barang tu dari oversea.. haa tunggu apa lagi cepat terjah shopee sekarang! #donemeracun

bye!
xoxo

mr.diy haul & watson haul

assalamualaikum

sebabkan sofia buat perangai semalam terpaksa la aku menapak ke mr.diy.. kisahnya dia tak bagi papa dia pergi kerja suruh layan dia nak main.. lepas tu terpaksa la aku umpan dia dengan mainan.. kononnya kalau bagi papa dia pergi kerja nanti mommy belikan mainan.. time tu jugak dia suruh aku pergi beli mainan dia.. haha.. bertuah punya anak.. tapi okay la boleh mommy keluar ambil angin kejap.. anak tinggal kat rumah pengasuh.. 😁

ni la hasilnya yang kononnya tadi kena beli mainan anak je.. 😆

1. mainan anak - request nak mainan masak masak colour pink 😏
2. face towel
3. headphone comel untuk work from home banyak google meet la sekarang 😅
4. mekap bag - terpaksa pilih colour putih sebab yang tu paling murah dan cantik
5. beg serbaguna
6. handphone stand letak dalam kereta
7. kitchen towel tapi takde dalam gambar la pulak.. 😄

alang alang keluar tu kan singgah la ke watson kejap.. nasib baik senang nak parking.. niat hati nak cari toner tapi bila dah masuk watson toner tak beli benda lain yang aku beli.. watson ni kategori kedai bersaka jugak sama macam mr.diy dan kedai eco.. tapi watson ni kedai bersaka kayangan.. lain macam betol penangan dia.. 😂

tiga benda ni je pon aku beli.. 😅
acne patch, hydrating lotion hada labo dan sanitizer..

barang barang dibeli memang nampak sikit tapi nak membayar tu haa sikit ni je pon dah habis hampir RM80.. huhu.. bertabahla zaman sekarang semua benda mahal..

bye!
xoxo

my journey diet - testimoni diri sendiri

assalamualaikum

aku ada up kat facebook, instagram story, whatsapp status dan jugak instagram post pasal gambar testimoni aku sendiri sepanjang berintermittent fasting.. bukan nak bangga diri tapi sekadar nak bagi motivasi kat diri sendiri dan jugak orang lain yang masih struggle nak kurangkan berat badan.. lepas tu sekarang ni aku nak up kat blog pulak.. aku kan suka gebang.. kehkehkeh




ni kalau aku keluarkan produk kurus mesti ramai terpedaya.. haha.. ingat diknon oi.. nak kurus bukan boleh kurus sekelip mata je.. dah dah jangan duk percaya dengan ubat kurus tu.. semua tu mengarut.. nak kurus secara sihat kena jaga pemakanan.. lepas tu jangan lupa bersenam.. 30 minit sehari pon dah cukup.. dah membebel pulak kakak kau ni.. 😅

dulu aku sebesar raksasa sekarang dah halus sikit.. masih lagi struggle nak capai target.. korang tolong doakan aku kuat semangat ye.. dugaan bila duduk rumah ni kejap kejap cari makan kat dapur.. pintu peti ais esok esok boleh tercabut..

kelebihan bila amalkan intermittent fasting ni pertamanya mesti la boleh kawal nafsu makan.. dah set dalam kepala otak waktu waktu tertentu je boleh makan automatik aku jadi disiplin.. kalau dulu makan bagaikan tiada hari esok, sekarang alhamdulillah aku makan bila perlu.. keduanya aku jadi makin cergas dan badan terasa ringan.. paling penting makin awet muda.. 😂

nanti entry lain aku story lagi okay.. kalau rasa nak tau apa apa pasal intermittent fasting ni korang boleh je tanya.. insyaAllah aku akan cuba jawab.. jangan malu jangan segan.. kehkehkeh

bye!
xoxo

sunday blues ke?

assalamualaikum

aku bersiaran dari pejabat tempat kerja.. otak jem sikit hari ni entah la nak gerak pergi kerja pon aku tak ingat pukul berapa sepatutnya kena gerak.. dia macam blur tak tahu nak mula dari mana.. nasib baik jalan ke tempat kerja masih ingat.. kehkehkeh..

aku mulakan hari aku yang agak blur harini dengan seketul mirror selfie..
menyempat je.. di mana ada cermin besar di situ aku akan ambil kesempatan.. 😄

nak ke makmal macam malas pulak sebab takde geng.. sudahnya melepak je aku kat pejabat ni sambil layan blog.. nanti agak agak bosan dah dengan blog aku layan drama korea pulak.. jenuh jugak nak tunggu waktu balik kerja ni.. makan gaji buta la hari ni ye.. 😆

makmal aku tu kan nun jauh di hujung bangunan sana lepas tu sorang sorang pulak kau rasa aku ada keberanian yang tinggi ke nak melepak kat makmal sampai petang? memang tak la.. aku bukan takut dan bukan berani sangat.. suam suam kuku je.. bila tempat sunyi terasa jugak weh.. macam macam dalam fikiran.. haha.. haa gigih aku taip alasan kenapa aku patut makan gaji buta hari ni.. harap korang memahami.. kahkahkah

tapi nanti rasa nak menjenguk jugak makmal seminit dua nak lepaskan rindu kat workstation.. ambil barang apa yang patut sebab aku masih lagi kena work from home.. jadual aku untuk bulan ni tiga kali je aku masuk kerja.. letih jugak macam ni.. bila la boleh masuk kerja sepenuhnya ni.. 😅

bye!
xoxo

modem baru lebih canggih

assalamualaikum

baru je update pasal wifi dan modem, eh sekali modem lama buat hal la.. nak taknak terpaksa order modem baru kat shopee sambil sambil order barang lain yang takde keperluan pon tapi sebenarnya lebih kepada terapi minda.. kehkehkeh.. eh tiberrr.. so modem yang baru tu jenis pocket modem.. memang senang nak bawak ke mana mana sebab kecik, comel dan ringan je!

panas panas keluar dari parcel terus ambil gambar..

ni la rupa modem yang comel sangat tu.. sebesar tapak tangan korang je..

aku beli kat shopee dengan harga RM130 dapat free benda alah letak simkad tu apa ke nama la benda tu.. haha.. lepas tu dapat wayar kabel untuk caj.. modem ni pakai bateri macam bateri handphone tu tau.. sebelum guna elok la caj sampai penuh dulu.. 😊

setakat seminggu lebih dah aku guna so far sangat okay la.. tapi bateri memang tak tahan lama maksud aku tiap tiap hari pon kena caj.. modem lama yang aku guna tu wifi boleh je connect kat handphone tapi internet sangat la slow nak mati rupanya modem lama tak support 4G/5G okay nangis bucu katil.. kehkehkeh.. so guna modem ni baru okay.. 😁

banyak jenis modem ada jual kat shopee tapi aku pilih yang jenis ringan dan mudah nak bawak ke mana mana.. nanti bawak pergi kerja pon tak susah.. sumbat dalam handbag pon boleh.. haa gittew..

bye!
xoxo

first dose vaksin sinovac

assalamualaikum

dalam pada sibuk check tarikh setiap hari kat mysejahtera, akhirnya dapat jugak tarikh untuk divaksin.. bukan melalui mysejahtera tapi melalui PPD.. excited je aku nak pergi vaksin.. lepas dapat call dari pihak sekolah, otak ni dah bekerja fikir nak pakai baju apa.. pakai tudung apa.. kena mekap ke tak.. elok ke tak muka aku ni.. nampak gemok ke.. haha.. melampau bukan? 😎

kebetulan suami aku tak masuk kerja lagi, aku gunakan dia untuk bawak aku ke tempat vaksin.. dalam pukul 8AM dah gerak dari rumah.. sampai tempat vaksin kena ambil kupon dulu dari guard.. lepas tu melangut tunggu sebabnya dapat masuk ke PPV ikut masa kupon tu.. nasib baik jumpa geng sekolah lama dulu boleh la berborak sekadar mengisi masa lapang..

sampai tempat vaksin pukul 9AM lepastu kena tunggu sampai pukul10.30AM baru dapat masuk.. kau rasa? mujur tahap kesabaran aku tinggi.. tapi sebenarnya tak rasa nak marah pon lebih kepada excited nak divaksin je.. kehkehkeh

masa yang ditunggu dah tiba, ayuh kita berjuang! eh tiberr.. mula mula rasa berdebar jugak.. lepas tu okay je sebab nurse yang check tekanan darah aku tu cakap aku ni nampak muda.. tak percaya umur aku dah 36tahun.. tersipu malu aku di situ.. kahkahkah.. dah settle segala mak nenek zupzapzupzap lepas vaksin rehat 15minit lepas tu check tekanan darah lagi sekali.. siap! boleh dah ambil gambar kecekak kecekak sambil pegang kertas yang ditulis "SAYA TELAH DIVAKSIN".. 😁

sebelum ni tengok gambar orang lain je.. sekarang aku pon hado.. haha

aku dapat vaksin sinovac.. semua vaksin okay je takde masalah yang penting aku nak divaksin.. dapat tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat malaysia pon rasa syukur dah.. lindungi diri, lindungi keluarga.. haa gittew!

side effect lepas vaksin sinovac dos pertama? AUTO JELITA! kahkahkah.. ok gurau.. alhamdulillah takde apa apa effect yang merisaukan.. semuanya baik baik je.. jangan takut untuk divaksin okay! 😊 untuk dos kedua aku dapat tarikh 24 Julai 2021.. nanti aku update..

bye!
xoxo

my journey diet - jadual intermittent fasting

assalamualaikum

sepanjang kena lockdown ni aku selalu buat IF 20jam tapi kadang kadang ada jugak 12jam sebab tak tahan nafsu tengok makanan sedap.. kehkehkeh.. yang tu dipanggil cheatday kononnya tapi tak boleh amalkan selalu nanti diet kelaut lagi.. sekali sekala reward diri sendiri okay la.. hehe.. IF 20jam tu macam mana kakak ezy? meh sini kakak share jadual.. tiber jadi kakak korang..

kalau IF 20jam sepatutnya kena start pukul 3PM lepas tu boleh makan pukul 11AM esoknya tapi jadual ni ada sedikit ralat.. malas pulak nak betolkan.. ihiks..

first meal : biasanya makanan untuk breakfast yang simple simple je macam roti sapu peanut butter ataupon pancake atau apa saja ikot selera masing masing..

second meal : selalunya buah, kacang kacang.. kalau craving aiskrim boleh la try makan yogurt letak buah campur madu sikit.. hihi

last meal : ni menu berat sikit.. kadang kadang makan mee takpon spageti.. pasta pon boleh.. ikot tekak la nak makan apa janji makanan tu cukup portion suku suku separuh.. haa gittew..

contoh first meal - pancake oat pisang dengan hot coffee

contoh last meal - chicken mango.. boleh add on karbo macam suhun ataupon potato wedges.. yummyy!

entry sebelum ni aku dah explain pasal intermittent fasting ni.. dalam entry ni just share jadual mungkin korang lebih faham kalau tengok jadual tu.. kalau nak join sama pon boleh.. sangat sangat dialukan.. 😁

bye!
xoxo

si tripod

assalamualaikum

seperti yang dijanjikan muncul la entry pasal si tukang amek gambar OOTD aku ni.. kehkehkeh.. nak glamour katanya tu sibuk nak enterframe dalam blog aku ni walaupon blog aku suam suam kuku ajer famousnya..

handsome ke tak si beliau ni? tak handsome takpe janji pandai amek gambar OOTD.. 😆

aku beli tripod ni sebelum raya itu hari.. kengkonon la nak amek gambar OOTD pagi raya kan.. raya PKP sape je nak layan kitorang satu family bergambar kalau bukan si tripod ni? haha.. aku beli kat mr.diy harganya dah lupa mungkin dalam lingkungan RM20 ke RM30 macam tu.. takde la mahal sangat tapi berfungsi dengan helok.. ada bluetooth senang nak kecekak kecekak.. lepas tu kakinya tu boleh ditarik.. ikot ketinggian korang nak la.. dan boleh jugak jadi monopod.. haa berbaloi ke tidak? mesti la berbaloi.. #doneracun

dengan adanya si tripod ni senangla aku nak berOOTD tanpa menyusahkan sape sape.. gambar pon helok je kejadian.. tapi kalau tempat orang lalu lalang segan jugak nak berOOTD dengan tripod.. haha.. kalau keadaan terpaksa boleh guna kehebatan suami untuk amek gambar isteri.. 😆

bye!
xoxo

get ready untuk masuk kerja

assalamualaikum

terengganu dah masuk fasa dua PPN bermula hari ni.. bila dah beralih fasa ni ada sektor yang di buka dan ada lagi yang masih tutup.. untuk yang bekerja macam aku ni kena get ready la.. bila bila masa je akan dipanggil kembali bekerja..


tapi masih ada lagi kena bekerja dari rumah sebab bukan 100% pon boleh hadir ke tempat kerja.. sekarang aku tengah tunggu jadual kerja.. so kena ready dari segi mental dan fizikal.. ewah kemain kau.. haha.. yela duk rumah sebulan lebih tiba tiba kena kembali ke rutin biasa kau rasa? first sekali kena cari semangat bekerja.. macam mana? haa baju baru la.. baju baru yang tak sempat pakai tu bersepah dalam almari.. try dulu kot kot dah tak muat.. 😜

bila semangat dah datang baru la senang hati nak pergi kerja.. korang punya seruan semangat tu macam mana? macam aku jugak ke? semua nak baru.. haha.. ops jangan lupa patuh SOP di tempat kerja okayyy.. 😉

selamat kembali bekerja untuk korang yang akan bekerja!

bye!
xoxo

OOTD dengan si anak

assalamualaikum

dah lama rasanya tak post gambar OOTD.. banyak je OOTD aku bersepah dalam handphone yela sejenis suka bergambar kan.. lepas tu perasan cantik terus post gambar OOTD dalam instagram mengharapkan pujian daripada netizen tapi nan hado.. ada kejian je.. haha ok tipu!

OOTD apakah ini?

beratnya kamu anak oi..

anak aku memang suka melayan maknya bergambar.. dia memang akan join sekali kalau aku sibuk nak berOOTD.. lagi best sebab dia pon pandai bergaya.. menurun perangai siapakah? haa dah tau jawapan kan.. kahkahkah..

ni gambar minggu lepas tak silap.. dapat keluar sekejap pergi beli barang dapur je pon sakan bergambar bagai.. yela orang cakap lepas gian.. berbulan duk rumah tak bersiap nasib baik tudung dan baju masih kenal tuan dia.. jadinya dapat keluar sekejap sakan la bersiap.. walaupon takde la gojes sangat pon.. 😆 ala korang macam ni kan jangan tipu.. 😜

agak agak siapalah yang layan kitorang tangkap gambar ni eh? nanti aku cerita next entry.. hehe

bye!
xoxo

my journey diet - mari berskipping

assalamualaikum

lama tak update pasal diet.. last update masa bulan puasa itu hari.. lepas raya diet kelaut sebab duk makan kuih raya yang sendiri beli sendiri makan.. penangan PKP tak boleh raya.. haha.. berat pon naik berkilo kilo menangis di bucu meja terkenangkan lelemak di badan sendiri..

dulu boleh hilangkan lelemak sebanyak 21kg rasa bahagia jugak.. tapi kenapa la sekarang susah sangat nak istiqomah macam dulu dulu.. hey semangat! meresapla ke dalam jiwa ku.. huhu.. tapi walaupon agak susah nak jaga makan, intermittent fasting aku tak pernah tinggal.. paling sikit pon 12 jam tetap aku buat.. gigih sangat bab intermittent fasting ni.. mungkin dah sebati dalam jiwa.. hampir 2 tahun berintermittent fasting mau tak jatuh cinta.. nak tinggal pon sayang oi.. 😄

skipping rope jenis pvc ni beli kat shoppe.. RM11 sahaja tapi jauh dari china.. hikhik

disebabkan aku tak jaga makan sangat dan risau berat makin bertambah aku rajinkan diri untuk bersenam.. duk rumah makan tidur makan tidur bahaya.. kalau boleh taknak jadi gemok macam dulu dulu.. cukup la sekali je berat hampir cecah 100kg.. 😔 pernah cecah berat lebih 100kg sebenarnya tapi tu masa mengandung.. tak dikira sangat.. haha..

senaman yang aku pilih ialah skipping.. kenapa skipping? sebab aku suka.. tak perlu bersenam jauh jauh cukup hanya berskipping di halaman rumah.. ecehhh gittew.. walhal sebenarnya aku malas nak joging.. 😆 tak kisah mana pilihan korang asalkan bersenam.. aku belajar skipping dari tiktok.. ada diajar untuk beginner.. sikit sikit aku cedok ilmu dan sekarang ok la dah pandai skipping berbanding dulu..

masa mula mula start skipping aku mampu buat 50 kali je.. sedihkan? dengan sakit lutut lagi.. bila tengok video kenapa diorang ringan je melompat tapi aku susah? rupanya salah teknik.. patutla sakit lutut.. haha.. dari situ aku belajar dan belajar.. sekarang dah boleh buat 600 kali.. esok lusa berazam nak buat sampai 1000 kali lompatan pulak.. takpe tak perlu ikut orang.. buat slow slow dan steady.. 😉😊

walaupon senaman hanya 20% diperlukan dalam proses turunkan berat badan tapi takpe teruskan bersenam untuk badan lebih fit.. diet bukan semata untuk kurus tapi untuk sihat.. hihik.. macam coach pulak.. *tiber

bye!
xoxo