eh eh ada suprise lagi

assalamualaikum

okay janji ni last episod drama birthday ku disambut tujuh hari tujuh malam.. pagi semalam tengah lepak kat meja makan tiba dengar bunyi pin pin pin motosikal abang posmen.. amboii tak reti sabar ke bang? kehkehkeh.. dalam hati duk fikir parcel apa benda la pulak ni bila masa aku order barang.. punya la terkejut dapat parcel sampaikan abang posmen tu tanya aku masih terpinga pinga.. dalam hati mesti abang posmen bermonolog yang bukan bukan pasal aku.. eh tiberrr.. 😝

dapat kotak cantik.. ihiks.. masih lagi tertanya tanya siapa la yang bagi aku hadiah ni..

buka je kotak wahh berseri seri wajah i dapat tudung.. rupanya ni suprise daripada makteam aku.. ehe

tahun lepas dia bagi aku sepasang baju kurung.. ponnnnn buat suprise jugak tiba tiba dapat parcel.. tahun ni dia bagi tudung kekaboo pulak dua helai.. Ya Allah.. beruntungnya aku dikelilingi sahabat yang baik baik.. pinjam bahu jap nak nangis terharu..

kitorang kenal kat instagram je.. asalnya follow memollow atas sebab kitorang sama sama pembantu makmal.. lepas tu dia start jual hasnuri.. aku pon jadi regular customer dia.. tak lama lepas tu dia tarik aku jadi dropship bawah dia.. makanya terjalin la sebuah ikatan persahabatan di alam maya.. 😄 kitorang tak pernah bersua muka lagi walaupon bertugas di daerah yang sama dan duduk di negeri yang sama.. 😅

thank you so much my makteam yang sangat comel! comel sangat awak ni buat suprise kat kita.. kehkehkeh.. semoga makteam sentiasa dimurahkan rezeki.. aamiin.. 💗

bye!
xoxo

13 comments:

  1. Ooo hepi besday awak!
    Biasa la kan, bila buln besday je konpom citer ni akan berlanjutan berhari2 hahaha :)

    ReplyDelete
  2. Tak ingat akak dah wish ke belum. Happy belated birthday, ezy! Bestnya dapat banyak kejutan. Moga ukhuwah yang terjalin akan berkekalan :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dapat hadiah terkejut.

    ReplyDelete
  4. dapat kawan baik juga satu rezeki kak cikezy?

    ReplyDelete
  5. Syoknya dapat surprise lagi. Rezeki sangat kan dikelilingi dengan orang yang baik baik. Berkongsi rezeki bagi hadiah. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  6. kalau mcm tu korang dua kena jumpa..pasti lg byk benda nk story mory..tambah lg sama bidang..kim slm kat kawan tu yer heheee ^_^

    ReplyDelete
  7. happy belated b'day. moga sentiasa dirahmati Allah.
    alhamdulillah..dpt hadiah. seronok dpt surprise ni kan..

    ReplyDelete
  8. Seronoknya dapat hadiah, happy belated birthday untuk awak..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah rezeki lagi dapat hadiah sempena hari jadi, bukan selalu dapat surprise kannn hahaha

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!