birthday girl belanja makan

assalamualaikum

semalam birthday salah sorang ahli geng GG kitorang, so dia nak belanja kitorang makan la.. haha.. pagi tu dia dah bawak pulut kuning dengan rendang ayam.. sedap sangat wehhh.. lepas tu tengah hari kitorang keluar makan.. lepak dekat kedai celup tepung tepi pantai dekat je dengan sekolah ni..

berlima aje.. lagi tiga orang tak dapat join.. sorang cuti bersalin.. sorang terlajak kenyang dan sorang lagi takde sebab munasabah.. 😆

plan asal nak makan megi telur sotong, tapi takde rezeki.. dapat makan megi sup dan ikan celup tepung je.. syukurla dapat makan jugak dari tak dapat langsung.. sedap ke? boleh la.. sedap lagi megi yang kita masak sendiri.. 😂

dalam geng GG ni, siapa punya birthday dia kena belanja.. bukan peraturan pon sekadar suka suka je.. ini cara kitorang meraikan hari lahir kawan kawan.. kejam tak? takde la kejam ni orang kata sweet.. haha.. benda ni tak jadi masalah pon kat kitorang.. yang jadi masalah bila ada orang busuk hati sibuk nak kecam.. *tetiba

birthday girl yang pakai tudung hitam tu.. happy birthday sis liana gojes.. semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik.. terima kasih belanja kitorang semalam.. 😘

bye!
xoxo

minggu yang sibuk

assalamualaikum

sejuk pagi ni kat sini, otak pun membeku.. jadi nak update cerita yang minggu lepas punya sebab tak tau nak update apa dah sekarang ni.. haha.. minggu lepas berlangsungnya hari kokurikulum kat sekolah kat aku selama dua hari iaitu pada hari selasa dan rabu.. aku dah start busy hari ahad lagi tapi sempat je pon potluck kejap.. 😄

aku sibuk uruskan hadiah bersama seorang cikgu je.. tapi aku just tolong tolong mana yang perlu jela.. kerja belakang tabir memang macam ni..

yang pakai baju oren tu orang kuat sekolah.. haha

penuh la bilik aku ni dengan lambakan hadiah yang super banyak.. letih kot nak siapkan semua tapi aku happy.. bila kita ikhlas dalam melakukan sesuatu tu pasti kita happy.. ewah tetiba hakak bermotivasi pehal.. 😆

petang selasa tu cuma berlangsung acara sukan kat padang, tapi ada jugak yang bukak gerai jualan.. macam macam hado.. tinggal sediakan duit je nak shopping.. 😁😁😁 hari rabu pulak bermula dari pagi sampai petang tapi takde la petang sangat.. dalam pukul dua petang macam gitu dah tutup semua gerai..

senamrobik di pagi hari.. muncung teruk mulut aku dah kenapa.. 😂

abang abang JPAM bersama binatang peliharaan mereka.. 😅
aku mampu tengok dari jauh je.. berdiri bulu roma tengok ular.. 😩

ni tugas aku masa hari rabu tu.. jaga booth sains dan matematik.. 😊

banyak sangat acara masa hari kejadian tu sampai aku lupa nak update apa kat sini.. kahkahkah.. gambar banyak kat facebook sekolah aku malas nak download banyak banyak lepas tu kena upload kat sini banyak banyak.. aku kemalasan sangat ni.. haha

kami berbaju merah

so itu jela cerita aku.. nak buat penulisan yang agak meletup hari ni idea tak keluar sebab otak tengah membeku.. hujan kat sini elok berhibernasi la kejap.. hee..

bye!
xoxo

bawak bekal pergi kerja

assalamualaikum

ikutkan masa zaman sekolah dulu aku antara manusia yang malu nak bawak bekal pergi sekolah.. konon tak gengster la bawak bekal, tapi hakikatnya banyak kebaikan bawak bekal sebenarnya.. yela zaman tu kan zaman tidak matang lagi.. haha..

sekarang dah dapat kesedaran yang sebenarnya bawak bekal tu lagi cool.. datang kerja dengan bekal kat tangan selain handbag tersangkut di bahu, bukan ke itu sangat cool? 😎 serius la orang akan pandang kau dan akan cakap kau seorang yang rajin.. dah la muka cantik, pandai bergaya, rajin pulak tu.. kahkahkah.. melampau sangat ke aku puji diri sendiri?

ni bekal aku minggu lepas.. tehee

bila dah start bawak bekal ni, aku dapat rasa yang aku dah buat satu keputusan bijak demi menjaga kebajikan duit di dalam purse.. ye salah satu kebaikan bawak bekal ni ialah kita dapat berjimat.. kalau sebelum ni aku beli makanan kat kantin satu hari boleh habis RM10 dah.. kalau seminggu tak ke dah habis RM50? 😑 kalau beli barang barang untuk masak bekal pon takde la sampai RM50.. see jimat banyak sangat kan.. *kadang kadang duit sendiri tak habis pon, yang habis duit suami la.. 😂😂😂😂

since aku tengah diet ni memang bagus sangat la kalau dapat masak sendiri.. aku boleh elak penggunaan bahan bahan yang tak sepatutnya.. dan paling penting terjamin kebersihan.. haa gitu.. macam bagi ceramah tentang penjagaan makanan pulak rasanya.. 😆

dulu masa aku kerja dekat klang, tinggal serumah dengan cik hani, tiap tiap hari jugak aku bawak bekal pergi kerja.. masa tu gaji tak seberapa.. nak makan kat kedai hari hari matilanak oi.. jadi bawak bekal jela mampu.. beli barang kongsi dengan cik hani lepas tu masak sama sama.. sweet sangat kan.. rindu pulak zaman tak matang dulu.. haha

korang rasa bawak bekal ni cool ke tak cool?

bye!
xoxo

potluck kecil kecilan

assalamualaikum

plan asal nak  buat potluck kat makmal masa raya itu hari, tapi dah tersasar jauh dari plan asal maka terjadi la potluck lepas raya.. tempat pon berubah buat kat kelas PPKI, sebab kat kelas diorang serba lengkap ada pinggan mangkuk singki bagai.. siap ada dapur lagi.. jadi senang buat kat situ jela..

bawak sikit sorang, banyak pulak makanan.. 😅

menu utama sepatutnya ada nasi lemak, tapi disebabkan cikgu yang buat nasi lemak tu tak sihat kitorang teruskan je majlis tanpa nasi lemak dan makan jela apa yang ada.. aku buat puding biskut tiger.. first time buat cuak jugak nak bagi orang makan.. nasib baik sedap tapi kastard tu jadi lembik pulak.. nanti aku up resepi kat sini..

dah kenyang, selfie la.. muka bahagia lepas makan.. 😆

takde jemput ramai pon, potluck untuk kita kita je sebenarnya ni sebab tu dipanggil potluck kecil kecilan.. yang mana rapat dengan kitorang je bertuah dapat makan.. nampak kejam tak? 😂

sekali sekala berpotluck macam ni best jugak kan tapi masalahnya geng GG aku ni setiap bulan ada je agenda makan makan.. takpe kami bahagia macam ni, itu pasal ada je yang jeles dengan kami.. *tetiba ajak membawang

tengok muka bahagia kami ni..😄

bahagia je kan kami? 😋

perlu ke nak mention bahagia banyak kali? perlu sebab nak bagitau kami bahagia dapat makan banyak dan kami bahagia walaupon makan banyak kami tetap nampak kurus dalam gambar.. kahkah..

lagi sorang ahli geng GG tak dapat join sebab masih dalam pantang.. dia tengah happy dengan baby baru, dan kitorang kat sini happy bersama makanan.. 😆

bye!
xoxo

resepi : roti pita telur

assalamualaikum

sekarang aku tengah diet, jadi terasa jugak nak try menu eat clean.. tapi tak tau la eat clean ke tidak.. sekadar mencuba ikot tekak sendiri.. haha.. kali ni aku kongsi satu resepi mudah untuk orang orang yang sedang berdiet macam aku ni.. mudah, ringkas dan sangat cepat untuk sediakannya..

bahan bahan
2 keping roti pita wholemeal
2 biji telur
serbuk paprika
salad
unsalted butter

cara cara
1. cairkan unsalted butter, lepastu goreng telur sampai jadi telur hancur.. eh lupa pulak, sebelum tu jangan lupa pukul telur dulu ye..
2. telur yang dah siap masak taburkan dengan serbuk paprika.. gaul sikit sampai sebati..
3. balut telur tadi bersama salad dengan roti pita.. kalau rasa nak lipat je pon boleh.. janji korang kenyang..
4. siap!

*pic from google
ni roti pita yang aku guna

*pic from google
ni pulak serbuk paprika yang aku guna

sebab menu ni simple, jadi mudahla untuk aku sediakan di awal pagi sebelum pergi kerja.. 😁

selamat mencuba!

bye!
xoxo

segmen mendeko bersama ezy

assalamualaikum

kemain blog aku ni ada segmen bagai.. nama pon blog syok sendiri kan.. sukahati la nak buat segmen macam mana pon asalkan aku bahagia.. 😆

dah bershopping bagai kat kedai eco itu hari, jadi ni la aku nak tunjuk hasilnya.. aku mendeko makmal aje, nak deko rumah, rumah tak beli lagi.. 😄

hasil pertama

pelangi tu je beli kat kedai eco, yang lain lain aku edit sendiri guna microsoft powerpoint.. print lepas tu laminate aje.. tampal atas evo foam (yang ni pon beli kat kedai eco lama dah) lepas tu tampal kat dinding.. jangan tampal guna double side tape.. nanti dinding rosak..

hasil kedua

kepit cactus tu comel yang teramat sebab tu aku beli.. aku kan obses dengan benda comel.. haha.. yang ni sama jugak aku tampal dulu atas evo foam lepas tu baru tampal kat dinding.. ada tali sebenarnya tapi kena paku pulak dinding.. malas pulak nak drill bagai, aku guna cara mudah je.. 😁

aku tampal guna gam ni.. namanya gam polistrin.. dijamin tak merosakkan dinding dan lekatan tahan lama.. 😆

banyak lagi benda nak dideko dalam makmal aku ni.. nanti aku update ok..

bye!
xoxo

tips anak tidur awal dan tak berjaga malam

assalamualaikum

bukan nak kata berpengalaman sangat jadi mak mak, anak baru sorang tapi sekadar berkongsi tips yang aku rasa akan berguna untuk mak mak ataupon bakal mak mak di luar sana.. sharing is caring kan.. 😊

ok tips ni aku amalkan sejak dalam pantang lagi.. alhamdulillah sekarang sofia dah 1 tahun 8 bulan tak pernah berjaga malam dan selalu tidur awal.. bagos ni nanti nak sekolah senang.. waktu tidur dia tak berubah dah..


  • bermula dari dalam pantang kena biasakan anak untuk tidur awal.. macam aku dulu aku tetapkan sofia untuk tidur pukul 8.30 malam.. amalkan selalu dan insyaAllah anak akan ikot waktu tidur dia..
  • bila sampai waktu nak tidur, ajak anak masuk bilik, tutup semua lampu, kalau boleh malapkan je pon ok.. yang paling penting masa anak nak tidur tu kita jangan main handphone dan jangan tengok tv..
  • tukar pampers bagi anak selesa dan susukan dia kenyang kenyang.. bila anak selesa dan kenyang, tidur anak akan lebih lena dan peratusan nak berjaga malam tu kurang..


tiga benda ni aku amalkan dan alhamdulillah menjadi dekat sofia.. sofia memang tidur awal dan hanya akan berjaga untuk susu.. lepas susu dia tidur balik.. paling lewat sofia tidur pukul 10 malam.. mungkin dia faham yang maknya ni kerja jauh dan perlukan waktu tidur yang lebih.. 😂

tapi aku rasa mungkin masa mengandung lagi kena amalkan tidur awal.. sebab anak dalam kandungan akan ikut perangai maknya masa maknya tengah mengandungkan dia.. mungkin jugakla.. sebab aku selalu tidur awal masa mengandungkan sofia.. ke petua aku ni salah? 😆😂

selamat mencuba!

bye!
xoxo