assalamualaikum
ihiks.. dah september kan hari ni.. baru nak wish selamat hari merdeka.. semalam aku rasa busy semacam je sampaikan tak sempat nak bukak laptop untuk update seketul entry.. nak kata kerja, semalam kan cuti.. entah la aku pon tak tahu apa benda yang aku busy sangat.. buat buat busy mungkin.. 😄
64 tahun~ semoga cepat sembuh malaysiaku.. 💗
di fikiran sofia mungkin hari merdeka ni sejenis hari raya kot.. dia punya excited macam nak sambut raya la gayanya.. lepas tu menangis nak bendera malaysia.. oh anak gigihla mak dia ni pergi amek bendera malaysia kat tempat kerja bapak dia.. nasib baik jalan tak busy dan ada tempat parking.. aku ni jenis kalau bawak kereta memang akan fikir tempat parking dulu.. complicated kan seorang ezy ni.. 😁
gigih jugak la bergambar sebelum hujan turun dengan lebatnya petang semalam..
perangai ni kan sebijik menurun mak dia.. kahkah
selamat hari merdeka korang! semoga malaysia kita cepat pulih dan bebas dari jajahan virus covid-19.. 😊😊
bye!
xoxo
Moga negara cepat pulih... kesian tengok banyak business, hotel, tempat pelancongan yg tutup dek kerana covid
ReplyDeleteAamiin aamiin ya rabbal alamin, moga moga Malaysia cepat cepat merdeka daripada Covid19. Rindu kehidupan before Covid menjelma :')
ReplyDeletealahai.. kalau tak covid, dah tentu boleh tengok pembarisan kan.. kesian budak2 yg tgh membesar..
ReplyDeletesemoga Merdeka dari ketakutan dek Covid ni
ReplyDeleteSelamat Hari Merdeka ke-64. hari untuk cuti dan berehat. tak busy, tapi kita buat buat busy pun boleh. Semangat Sofia nak kibarkan bendera. Gigih ibu pergi mencari bendera.
ReplyDeletehahaha..perangai sofea tu mcm anak buah akak... asik tanya bila hari merdeka ni habis.. sbb paginya pakai bj melayu attend prgm sekolah di google meet so dia fikir hari merdeka ni sejenis perayaan mcm hari raya
ReplyDeletebila dngar lagu patriotik rasa lain dlm hati ni.. sayu je
ReplyDeleteMerdeka dr thn lps kibar bendera jelah.. sayu suasana merdeka
ReplyDeleteCantik gambar anak dara oegang bendera
ReplyDelete