adakah sudah bersedia?

assalamualaikum

tak lama lagi dah sekolah akan dibuka, memandangkan terengganu berada di fasa tiga jadinya pelajar tingkatan lima dan enam akan masuk sekolah dulu la.. sekolah aku akan terima bebudak form 5 je sebab form 6 memang takde.. hehe.. kena get ready dari segi kebersihan dan jugak SOP sekolah.. untuk makmal, aku just topap mana yang perlu dan kemas apa yang patut..

rasmi mop baru beli kat mr.diy.. memudahkan kerja guna mop ni spray spray je uols.. ihiks..

ni paling best boleh cabut je kain mop tu lepas tu keringkan.. tak payah guna tenaga yang banyak.. 😜

menyempat je aku promot mop.. berbalik kepada cerita kita tadi, disebabkan lama sangat sekolah tak berpenghunikan segala mak nenek habuk pon muncul.. bersihkan apa yang patut, menyapu, mengemop work station tapi mop lantai makmal tak sempat lagi.. nanti esok kita sambung mengemop guna mop spray psst psst siap! oh by the way harga mop tu murah je bawah RM30 pergi beli sekarang kat mr.diy! 😂



tak sempat lagi nak mengemop lantai makmal, so aku just topap tape kat lantai je yang mana dah rosak aku tukar letak tape baru.. penting ni segala SOP makmal nanti orang atasan akan datang check nak memastikan semuanya berjalan lancar dan paling penting bebudak nanti dapat patuh SOP untuk elakkan terjadi lagi kluster sekolah.. doa yang baik baik untuk anak anak kita ye.. 😊

aishh budak kecik ni sibuk jugak dia nak menolong.. haha

petang semalam bawak sofia teman mommy buat kerja kejap.. walaupon aku work from home tapi semalam pergi jenguk makmal jugak, kena siapkan apa yang perlu takut nanti kelam kabut sebab banyak lagi kerja tak siap.. nasib baik sofia okay je happy pulak dia dapat teman mommy work.. 😄

sempat jugak hias meja guru dalam makmal.. comel tiga ketul ni beli kat kedai eco.. 😁

banyak lagi kerja tak siap risau jugak fikir dah tak lama sangat sekolah nak buka harap sempat la aku siapkan semua.. nanti aku update lagi okay! harapnya sesi persekolah ni berjalan lancar dan pelajar semua dapat belajar dengan tenang.. semoga Allah lindungi kita semua.. aamiin!

bye!
xoxo

18 comments:

  1. semoga dipermudahkan urusan semua pihak samada murid atau pihak sekolah. doa yang baik-baik. Insha Allah mereka tahu patuh SOP

    ReplyDelete
  2. Baguslah sedia awal Ezy. Tak kalut kan bila semua dah siap sedia dan bersihkan. Rajin Sofia tolong mommy. Tolong ke tolong sibuk tu. hehe..ada peneman tak lah bosan. Sofia pun seronok.
    Hahah tu meracun suruh beli mop ke macamana?

    ReplyDelete
  3. Aamiin. Nampak mudah mop berspray tu. Comel Sofia nolong mommy.

    ReplyDelete
  4. yeah senang guna mop tu, masuk air liquid pencuci pastu pam2 dan mop. boleh tuk menyapu sekali tapi dlm keadaan kain tu kering lah kan.

    ReplyDelete
  5. oh dkt diy pn ada jual mop mcm ni....smoga dipermudahkan utk buka sekolah xlama lg

    ReplyDelete
  6. insyallah semoga semuanya dipermudahkan ezy

    ReplyDelete
  7. semoga dipermudahkan segala urusan Ezy..
    Murah juga ye mop tu dibawah RM30. Lama tak pergi DIY..

    ReplyDelete
  8. PH pun suka guna mop tu. Senang sangat, tak payah nak perah-perah.
    Dah 3x beli kot :)

    ReplyDelete
  9. semoga semua persiapan berjalan lancar ye :)

    ReplyDelete
  10. macam menarik je mop tuu.nak carii laa

    ReplyDelete
  11. Semoga urusan dipermudahkan.. ramai parents risau nk bg anak masuk sekolah.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan ezy ya :)

    ReplyDelete
  13. Okay saya rasa tertarik dengan mop tu, nak cari lah dekat Mr Diy nanti

    ReplyDelete
  14. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan urusan sis.. Aamiin..

    ReplyDelete
  15. rasanya cikgu2 lain pun rasa mcm ezy rasa... nebes and eksaited hehheeh

    ReplyDelete
  16. Akak pula tumpang excited tengok ezy buat persiapan tu semua :)

    ReplyDelete
  17. Bestnya lab sekolah ni ada lab asst yg dedicated

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!