suprise birthday untuk yana

assalamualaikum

hai korang.. masih ingatkah siapa saya? ye saya la blogger yang sekejap tenggelam sekejap timbul.. kehkehkeh.. sibuk dengan pelbagai urusan duniawi.. sampai terlupa sekejap hal blogging.. 😆

hari ni birthday bff i iaitu si yana.. so dah plan untuk suprisekan dia dari minggu lepas lagi dah.. agak mencabar sebenarnya nak suprisekan dia, first sekali takot terkantoi.. lagi satu si yana ni sejenis yang susah sikit nak tengok fon, kalau call dia memang payah nak berjawab.. jadi kitorang call siapa siapa je yang ada di bilik guru untuk bagitau dia suruh turun tengok tengokkan kereta dia.. nasib baik dia turun jugak tapi hampir kantoi sebab ada cikgu bagitau nak kek.. nasib baik lagi jugak dia tak perasan sangat.. 😂

bila dia dah turun tengok kereta tu, aku dengan si akma berlari lari pergi amek kek dan jugak bouquet coklat.. kat dataran perhimpunan tu jugak si yana kena kejutan dari kitorang.. haha.. hampir menangis jugak budak tu kami kerjakan.. 😆 alhamdulillah.. menjadi plan kitorang..

birthday girl sis liana gojes.. 😘

we love you yana 💗
jangan sedih sedih ok i nak pindah sekolah ni.. haha
lagi sorang bff tukang amek gambar.. 😆

aku gubah khas untuk yana.. walaupon agak kucar kacir hasil tangan aku tapi ok jela.. haha.. spesel untuk bff gituuu~

untuk yana, selamat hari lahir.. semoga diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki.. aminnnn.. walaupon i duk sekolah lain nanti harap hubungan kita kekal selamanya ok.. 😘

bye!
xoxo

eco shop haul~ yeaaaa!

assalamualaikum

sepatutnya aku update entry ni hari ahad lagi dah tapi disebabkan aku busy dari hari ahad tu sampai la semalam, makanya terbitlah entry ni di hari selasa nan indah.. busy apa? haa nanti aku update.. ada la sedikit projek makmal guna barang yang aku beli kat kedai eco ni haaa.. jom layan haul aku~

banyak jugak aku memborong rupanya.. rasa macam sikit, mesti ada saka mengekor ni.. kehkehkeh

box ni aku berkenan sangat sebabnya penutup tu colour kuning menepati tema makmal aku ni la.. dan aku beli untuk letak stock stationery..

penyangkut tu untuk letak tuala kecik lap muka.. aku dah lekat kat dinding memang helok kejadiaanya cuma malas nak amek gambar tunjuk kat korang.. 😅
door stopper tu tak berfungsi langsung untuk pintu makmal.. 😒 mungkin berfungsi untuk pintu korang.. dah rugi RM2.10~

bunga bunga cinta, dedaunan berjuntai dan jugak span semua ni untuk projek makmal aku.. nanti aku update.. kalau korang tak sabar sangat nak tau projek apa haaa jemput follow ig aku.. aku dah update kat ig : https://www.instagram.com/ezy.fia/

last sekali pasu pasu comel ni.. untuk letak bunga dan dedaunan tu la.. hee

itu jela untuk haul kali ni harap korang enjoy dengan entry aku yang tak seberapa ni.. eh lupa nak cakap sebelum korang tanya aku boleh claim ke tak dengan sekolah, sini aku jawab siap siap.. aku memang tak claim anggap jela ni amal jariah dari aku.. kehkehkeh.. dah tak jadi sedekah sebab duk heboh kat blog.. soalan ni banyak sangat orang tanya jadi aku jawab jela.. 😂

bila aku happy buat sesuatu aku tak rasa terbeban.. jadi aku nak cakap memang aku happy buat semua ni..

bye!
xoxo

makan laksa dalam tempurung

assalamualaikum

macam mana la aku nak diet, asyik makan je kerja.. nak dijadikan cerita semalam elok dah aku bawak bekal pergi kerja tapi dak akma tetiba je ajak keluar lepak sambil makan laksa.. aku ni pantang orang ajak terus on je.. diet? esok jela.. 😂 sudahnya makan bekal kat rumah lepas balik kerja..

dah nama pon ajak melepak tak syok la kalau berdua je kan, maka beramai ramai la kitorang melepak kat kedai yang katanya viral makan laksa dalam tempurung.. kedai tu tak jauh sangat dari sekolah tempat aku kerja ni, dalam lebih kurang 10 minit je sampai.. walaupon dekat, tapi serius la aku tak tau pon kedai tu viral.. nampak tak aku ni memang tak ambik tau pon pasal dunia luar? kehkehkeh

sedap ni aku bagi 4.5 bintang.. 😋

kalau orang tanya apa istimewanya makan dalam tempurung, aku pon tak tau nak jawab macam mana.. bagi aku la lagi syok makan laksa dalam mangkuk.. mungkin nak nampak rare dan lain dari yang lain maka tercetusnya idea owner kedai ni nak guna tempurung untuk makan laksa.. menu lain elok je makan dalam pinggan mangkuk.. 😅 tapi laksa kedai ni memang sedap! cukup rasa!

kami 💗

suasana kat kedai ni memang sesuai untuk melepak sebab makan pon bawah pokok ditemani angin sepoi sepoi bahasa tapi kalau hujan tak payah cari penyakit la nak makan bawah pokok.. sis tak dapat nak tolong payungkan.. 😆

kalau korang yang berada kat setiu nak try makan laksa dalam tempurung boleh la singgah kedai ni kat kampung nyatuh..

bye!
xoxo

organize my snowcap

assalamualaikum

selain hobi mengumpul baju penuh satu almari, hobi aku jugak mengumpul snowcap.. snowcap yang paling best aku guna sekarang ni ialah snowcap souk.. dia punya best tu memang tak boleh bawak bincang.. kehkehkeh.. *tiberrr

ni la dia masalah orang perempuan.. kepala ada satu tapi snowcap ada banyak.. 😂
aku beli dengan cikgu kat sekolah aku ni je dan ada jugak 2-3 helai aku beli kat shopee masa PKP itu hari.. 😄

bila dah banyak macam ni, of course la kena organize elok elok kan.. so entry kali ni aku nak tunjuk macam mana cara aku simpan koleksi snowcap aku.. simple je pon just letak dalam bekas plastik yang aku beli dekat mr.diy je.. tapi tetap jugak nak gebang kat korang.. 😆

tadaA~ ok tak? 😎

bekas plastik tu hargnya cuma RM2 dan aku rasa bekas plastik ni sangat berbaloi untuk dibeli.. selain boleh letak snowcap, boleh jugak guna untuk letak barang barang mekap.. dan aku memang puas hati beli bekas plastik ni sebab ngam ngam muat snowcap aku.. ekeke.. walaupon harganya cuma RM2 tapi ok la.. berbaloi baloi.. cepat terjah mr.diy, beli bekas tu banyak banyak.. 😅

bila dah letak dalam bekas macam tu, aku masukkan je dalam almari.. takde la snowcap aku bersepah sepah.. sangat praktikal dan senang untuk diuruskan maksud aku boleh bawak keluar masuk dari dalam almari dengan mudah.. entahla aku pon tak faham apa aku tulis.. 😂

bye!
xoxo

shopee haul : western food ingredient

assalamualaikum

sebenarnya kan banyak je barang barang aku beli kat shopee tapi kadang kadang malas nak up entry haul kat blog sebab aku ni memang blogger pemalas.. 😆 yang hari ni mood rajin datang, so terhasil la entry yang korang tengah baca sekarang ni.. jom tengok apa aku beli~

nama bukan main ada kelas tersendiri kalau bahasa kampung kita panggil rempah ratus jela.. 😆
harga setiap satu item di atas ialah RM6 sahaja

dulu pernah beli jugak kat shopee tapi yang hexa punya boleh tengok entry ni 😄 dua kali jugak aku repeat order kat kedai tu tapi kali ni aku try beli yang murah sikit nanti kita bandingkan kualiti macam mana.. kalau ok aku akan repeat order lagi.. berbaloi ke tidak nanti aku update.. itu pon kalau aku ingat nak update kat korang.. jangan letak harapan yang tinggi sangat ok.. 😂

aku beli rempah ratus ni untuk masak bento.. kalau takde rempah ratus ni serius cakap masakan aku hambar sikit la.. walaupon aku masak tak terer mana tapi tambah rempah ratus boleh la jadi sedap setaraf master chef.. *tiberrrr 😆

berminat nak beli jugak korang boleh terjah kedai ni : https://shopee.com.my/profytrading
aku bagi lima bintang untuk kedai ni sebab barang terima dalam keadaan baik, harga ok dan servis cepat.. tu jela.. kehkehkeh

bye!
xoxo

DIY mask extender

assalamualaikum

seminggu tak muncul kat blog tu perkara biasa bagi blogger suam suam kuku + pemalas macam aku ni.. haha.. nak kata busy, ada la jugak busy dengan eksperimen tapi tak la busy sampai tak boleh bukak laptop.. entahla mungkin kehilangan mood nak mengadap blog.. kena cari balik mood yang hilang tu.. 😄

di musim covid-19 ni aksesori paling top sekarang ialah mask extender.. macam macam bentuk ada dan aku pon tak ketinggalan nak jugak beraksesori dengan mask extender.. dah nama pon perempuan, mask extender harusla kena cantik cantik.. perempuan dan kecantikan tak boleh dipisahkan.. harap kaum lelaki mengerti! kehkehkeh

ni la rupa mask extender aku.. comel je kan.. 😁

mask extender aku ni limited edition memang takde jual kat mana mana.. kemain kan mask extender je pon.. haha.. benda alah ni aku DIY je guna getah rambut kedai eco dan butang baju rembat umi punya.. jimat je kan bermodalkan RM2.10 je.. 😆

cara cara buat senang je, getah rambut aku potong jadikan bentuk panjang macam tu lepas tu jahit butang kat hujung sana dan jugak hujung sini.. senang je ni kalau aku tak explain pon korang boleh buat.. proses DIY mask extender aku lupa amek gambar.. excited sangat balik rumah terus start jahit.. tak nyempat nyempat.. 😂

bye!
xoxo