pengalaman yang sangat berharga

assalamualaikum

tak sangka sangat aku dapat kutip pengalaman yang sangat berharga dan aku rasa tak semua orang boleh rasa.. kira aku ni di kalangan manusia yang bertuah la kan.. 😆 kisahnya macam ni, hari ahad lepas kak yana ada ajak aku ikot dia ke setiu wetlands openday.. ada program untuk budak budak ni la antaranya explore race, kutip sampah kat persisiran pantai dan jugak tanam pokok bakau.. aku ni pantang orang ajak laju je setuju tapi masa tu tak terfikir pulak dengan baju kurung ni aku tak sesuai nak ke tempat macam tu.. tapi alang alang dah join redah jela cik kak oi! 😂

sampai sampai je kat sana aku breakfast dulu lepas tu dengar taklimat pasal pokok bakau.. aku tanya kak yana kat mana nak tanam pokok bakau tu, dia jawab kena ke seberang sungai sana naik bot.. pehh cuak dah aku masa tu yela pakai baju kurung kot.. kalau aku tau la, awal awal lagi aku pakai tshirt dengan seluar.. tapi tu la, benda tak rancang, nak sangat ikot kan.. dah siap taklimat bagai kitorang gerak la ke jeti, jalan kaki je sebab dekat je pon.. hee..

kat jeti sementara tunggu bot sampai..

kak yana dengan budak budak semua duk kalut tukar kasut khas untuk tanam pokok bakau ni, aku boleh rilex lagi.. siap cakap taknak tukar la sebab nanti kononnya nak tunggu dalam bot je.. haha.. masa ni duk fikir la naik bot pelancong yang ada atap tu.. sekali datang bot APM je weh baru la aku kalut nak tukar kasut tapi malangnya kasut dah takde size.. mampu lagi ke aku nak nangis bucu katil?

dalam hati alang alang dah sampai tak kan nak patah balik, redah jela weh! bila lagi nak merasa semua ni kan.. kat jeti takde masalah nak naik bot, sampai kat tapak pokok bakau tu bermasalah sebab bot tak boleh berhenti betul betul kat tepi sungai tu kawasan berpasir nanti bot sangkut, jadi kena redah air paras lutut la weh.. masa ni aku dah nekad, takpe boleh redah ni.. orang lain ok je redah dengan pakai seluar, aku kena angkat kain paras lutut sambil meredah air ala ala perempuan melayu terakhir dengan handbagnya tersangkut kat bahu.. kahkahkah.. kau mampu?

sampai kat tapak penanaman pokok bakau, pegawai kat sini bagi taklimat lagi sekali.. lebih detail sikit daripada taklimat mula mula tadi.. aku dengar tak dengar je sambil amek gambar dengan panas terik lagi memang tak boleh fokus.. haha.. dah la aku sorang je berbaju kurung memang jadi perhatian ramai la.. i tak suka macam ni i lagi suka low profile.. 😂 *tiberrrr

diorang dah start menanam pokok bakau.. main lumpur la korang sis tunggu kat tepi je.. haha

untuk hari tu hanya ada lebih kurang 50 anak pokok bakau je tak banyak jadi tak amek masa yang lama sangat untuk tanam.. dah siap semua kitorang gerak balik ke jeti.. walaupon aku duk tepi je tapi tetap penat.. yela dengan cuaca panas lagi, mau tak penat tapi lagi kesian kat budak budak ni dah la penat menanam, habis kotor pulak dengan lumpur.. bau pon boleh tahan menusuk hidung.. 😂

ni nak balik sempat je bergambar atas bot.. kehkehkeh

sampai kat jeti berehat kejap lepas tu ke dewan untuk majlis penyampaian hadiah.. sekolah kitorang dapat la tempat kedua untuk acara explore race.. alhamdulillah.. walaupon penat tapi seronok! pengalaman ni sangat berharga boleh buat kenangan di hari tua.. 😁

bye!
xoxo

guardian and watson haul

assalamualaikum

hari selasa aku apply cuti sebab untuk tahun 2020 ni aku tak pernah cuti lagi.. sesaja la nak cuti kononnya lagi pon suami aku offday, jadi boleh la bawak si sofia jalan jalan.. pagi tu balik rumah abah mertua dulu lepas zohor baru gerak ke bandar.. memula pergi la watson dulu sementara si sofia tidur dalam kereta.. alhamdulillah masuk watson takde nak shopping bukan bukan.. saka tak menghasut aku.. haha.. aku just beli shampu dan perapi je.. lepas tu baru gerak ke giant angkut la sofia tengah tidur.. masuk giant pon tak shopping banyak beli peanut butter je lepas tu baru la singgah guardian kejap.. masuk guardian pon aku tak shopping banyak beli perfume je.. bagus sangat aku ni.. 😂

hasil shopping yang tak berapa meriah

perfume tu dah masuk botol kedua aku guna, memang best walaupon harga murah tapi baunya tu tahan lama jugak.. lagi berbaloi beli masa sale boleh dapat separuh harga tapi aku beli ni takde sale.. harganya dalam RM15 lebih macam tu la.. mampu milik lagi kan.. 😁

syampu dan perapi baru nak try yang ni sebelum ni aku guna safi shayla tapi macam tak sesuai je dengan aku.. rambut aku gugur banyak.. ramai cakap syampu ni bagus jadi kita try tengok macam mana nanti.. 😄

sebenarnya aku tak shopping banyak sebab hari kejadian tu aku tak berapa sihat.. tu pasal mood shopping takde.. asyik nak marah je kesian suami aku jadi mangsa.. 😂😂 ni kalau sihat banyak lagi benda aku borong..

bye!
xoxo

makcik peminat drama korea baru nak up

assalamualaikum

seingat aku sepanjang hidup menghampiri 35 tahun ni, tiga je drama korea yang aku layan iaitu winter sonata, autumn in my heart dan jugak my girl.. paling banyak aku tengok cerita my girl la.. ulang tengok beratus kali tak pernah bosan.. tiap kali tengok, tiap kali tu la aku menangis.. entah pape makcik ni.. 😂 dan sekarang aku terjebak pulak dengan cerita lawless lawyer.. baru je habis tengok dan sumpah weh cerita ni best giler! menyesal pulak tak minat korea dari dulu.. kehkehkeh

*pic from google

senarai pelakon :

1) Lee Joon Gi sebagai Bong Sang Pil (Peguambela)
2) Seo Ye Ji sebagai Ha Jae Yi (Pendakwaraya / Peguambela)
3) Lee Hye Young sebagai Cha Moon Sook (Hakim)
4) Choi Min Soo sebagai An Oh Ju (Datuk Bandar)
5) Yum Hye Ran sebagai Nam Soon Ja (Setiausaha Hakim)
6) Cha Jung Won sebagai Kang Yeon Hee (Pendakwaraya)
7) Ahn Nae Sang sebagai Choi Dae Woong (Ketua Gangster)
8) Park Ho San sebagai Chun Seung Bum (Pendakwaraya)
9) Baek Joo Hee sebagai No Hyun Joo (Mak Ha Jae Yi)

tergerak hati aku nak layan drama ni hari tu tengok IG story sapa entah ada share pasal cerita ni lupa pulak aku sebab dah lama.. kebetulan pulak masa tu aku tengah busy mendownload drama korea yang orang cakap best, jadi download la sekali cerita lawless lawyer ni.. hero tu aku kenal dia berlakon dalam cerita my girl tu kan.. tu jela aku kenal.. biasa la baru nak up.. 😂 bila dah download amek masa jugak nak layan sebab busy dengan kehidupan seharian.. ni pon curi curi masa nak tengok masa anak tidur.. 😁

serius la jalan cerita drama ni memang best.. korang patut layan cerita ni.. cara nak balas dendam tu bukan guna keganasan semata mata.. tapi guna otak, guna undang undang.. bagi aku bong sang pil ni gila betul cerdik dia.. masa kecik dia makan apa entah bila besar cerdik yang amat.. 😂😂

sinopsis lawless lawyer :

Sang-pil kembali ke Kisung untuk membawa mereka yang bertanggungjawab di atas kematian ibunya ke muka pengadilan. Beliau mengambil alih perniagaan pinjaman wang dan menukarkannya ke Firma Undang-Undang Lawless. Jae-yi digantung sebagai peguam kerana menyerang seorang hakim, kehilangan pekerjaannya, dan juga pulang ke Kisung. Beliau tidak lama kemudian bekerja untuk Sang-pil, dan kemudian menjadi rakan kongsinya selepas penggantungan beliau tamat. Selepas mempelajari kebenaran tentang Moon-sook, beliau menyertai Sang-pil dalam usaha mengejar keadilan untuk ketidakadilan yang berlaku keatas kedua ibu-ibu mereka. Bersama-sama, mereka menggunakan undang-undang untuk melawan Moon-sook dan rakan-rakannya. Lama kelamaan, mereka jatuh cinta.

Moon-sook, Oh-joo, dan rakan-rakan mereka menentang Firma Undang-Undang Lawless. Mereka memalsukan kes mahkamah, membunuh Dae-woong sambil memfitnah Sang-pil, dan menyerang Jae-yi. Sementara itu, mereka semakin berpengaruh dan membina kuasa politik. Oh-joo menjadi datuk bandar Kisung dan Moon-sook dicalonkan untuk ketua hakim di Mahkamah Agung. Walaupun terdapat halangan dalam perjalanan mereka, Sang-pil dan Jae-yi berjaya mendedahkan jenayah Moon-sook. Moon-sook dan rakan-rakannya berakhir di penjara, sementara Oh-joo bunuh diri. Jae-yi dan Sang-pil kemudian kembali ke Seoul untuk membantu Pendakwa Cheon Seung-beom melawan pegawai-pegawai korup.

sumber : wikipedia

untuk korang yang tak minat nak layan drama korea macam aku dulu dulu, aku cadangkan korang layan cerita ni dulu.. mana tau lepas ni boleh join aku jadi geng makcik peminat drama korea baru nak up.. 😂

bye!
xoxo