projek pantry

assalamualaikum

dulu dah pernah buat projek pantry ni tapi kecundang di tengah jalan sebab malas dan entry tu pon aku dah delete.. terasa sayang pulak delete entry lama tapi takpe la.. hidup kena teruskan.. usah dikenang benda yang dah lepas.. 😅

pantry ni bukan kat rumah ye tapi kat tempat kerja.. agak bertuah jugak aku kerja as a lab assistant ni sebab dapat bilik sendiri macam boss.. bilik aku pulak luas jugak ada ruang untuk berehat dan solat.. dan ada lebihan ruang boleh dijadikan pantry.. waktu rehat aku takde keluar merayap pon maklum saja la ye kerja kat sekolah, sekolah pulak bukan kat bandar tapi kat kampung je.. kat kampung celah mana nak datang mall? waktu rehat berkurung jela dalam bilik.. tapi syok jugak boleh tidur boleh tergolek golek boleh buat sukati kau la.. 😂

ni la ruang yang aku maksudkan kat atas tu.. konsep ruang ni warna warni asal hadooo.. 😆

waktu rehat aku suka lepak kat kerusi malas tu sambil peluk olaf wahhh heavennya.. ekeke.. kadang kadang baca novel, kadang kadang main handphone, kalau mengantuk sangat aku tidur je kejap.. syok wooo sangat privacy.. 😁 untuk jadikan ruang pantry, aku pisahkan ruang rehat dan ruang pantry guna troli tu.. berguna jugak troli usang ni.. walaupon usang masih berfungsi.. haha.. atas tu letak printer so kalau nak print duduk je situ.. printer jarang jarang guna jadi takde masalah kalau letak situ..

close up sikit ruang pantry ni..

kisahnya pantry aku tak lengkap lagi pon sekarang tengah survey heater kat shopee.. ada yang menarik nanti aku beli.. senang nak buat kopi.. banyak lagi benda aku nak buat kat ruang pantry ni.. nak cari meja makan.. meja makan tu nanti guna meja budak yang rosak je.. mintak tolong makcik cleaner carikan.. 😄 lepas tu nak beli alas meja kat kedai eco, kat dinding tu nanti nak hias hias sikit.. ish tak sabar nak siapkan ruang pantry ni!

dah siap nanti insyaAllah aku akan update.. kalau tak terupdate tu maknanya pantry tu kecundang lagi la.. 😂😂😂😂😂

bye!
xoxo

Planner 2020 Giveaway by Messarah

assalamualaikum

sejak aktif balik dalam dunia blogging ni aku tak pernah lagi join mana mana giveaway ataupon segmen.. so kali ni terbuka hati nak join sebab giveaway ni macam menarik pulak.. tambah lagi kalau bertuah dapat planner.. siapa tak nak oi! 😁

nak join boleh klik banner comel ni 😊

sempena birthday tuan punya giveaway ni pada 27 Disember 2019, sebulan lagi ye 😉 aku nak ucapkan happy birthday in advance buat messarah! semoga murah rezeki dan diberi kesihatan yang baik.. 😍

😉

oh lupa.. jom tengok syarat syarat penyertaan :

1) Beralamat di Malaysia
2) Merupakan follower blog Messarah
3) Ada blog

macam mana nak join?

1) Like page Princess Serra di sidebar blog
2) Create satu blog post bertajuk "Planner 2020 Giveaway by Messarah"
3) Masukkan banner giveaway
4) Backlink gambar tersebut ke link blog post giveaway ni [KLIK SINI]
5) Dalam blog post tu ikut korang lah nak share quotes ke, puisi favourite korang ke, ucapan untuk upcoming birthday (27 december), nak share goals 2020 ke, ikut korang lah.
6) Tinggalkan link blog korang kat entry ni [KLIK SINI]

bye!
xoxo

teringin nak makan mac and cheese

assalamualaikum

walaupon tengah gigih jaga makan, sekali sekala teringin jugak nak makan benda benda mengarut.. kebetulan ke giant masa hari sabtu lepas, aku beli la sos prego baru mac and cheese tu.. tekak teringin sangat, kita masak la sendiri.. disebabkan makaroni takde aku hentam je guna pasta seashell.. janji sedap.. 😋

ni bahan bahan yang aku guna :
garlic
sos prego mac and cheese
pasta seashell
sosej blackpepper ayamas

*pic from google
yang ni pon aku letak jugak tapi lupa amek gambar.. haha

aku kalau masak pasta memang suka tumis bawang putih dulu.. nak kata tambah sedap mungkin la kot.. tak tau la memang suka tumis tumis dulu.. korang taknak tumis pon takpe masak je ikot keselesaan korang.. haha.. aku bukan pakar sangat bab memasak ni tapi suka je main campak campak.. sedap tak sedap tekak sendiri jugak merasa.. 😆

ni la hasilnya.. banyak kuah dari pasta.. tapi takpe yang penting suami aku cakap sedap! 😂
si sofia pon suka.. kembang hati mommy.. 😙

korang dah try belum sos prego mac and cheese ni? kalau belum boleh la try.. sedap jugak layan anak tekak sekali sekala.. ekeke..

bye!
xoxo

photobook lagi??

assalamualaikum

sebelum mulakan kerja aku nak update entry dulu la.. kali ni nak share pasal photobook lagi.. ye photobook yang percuma tu.. macam mana boleh percuma pulak sedangkan sekarang ni masuk toilet pon kena bayar? haa rilex rilex jangan gelabah.. seperti yang aku gebangkan dalam entry sebelum ni [KLIK SINI] kalau korang nak photobook percuma jugak cepat cepat pergi beli biskut munchy's lexus tu sebelum masuk tahun 2020 okayyyy.. 😁

😎

sebelum ni buat photobook banyak muka si sofia je, untuk kali ni mommy buat takde muka sofia.. ada muka mommy and friends je.. haa gittew.. sofia punya photobook dah banyak bagi peluang kat mommy pulak sekali sekala ok.. haha

bajet untuk seketul photobook ialah biskut RM5 (tak ingat harga sebenar) + postage RM8.. mur mur je kan? mampu milik je kan? haaa cepat la pergi order jugak! 😄 untuk yang tak tau kenapa mesti beli biskut untuk order photobook, meh kakak bagitau lagi sekali.. dalam biskut tu ada baucer untuk dapatkan photobook free.. kalau tak beli biskut takde la baucer dan tak dapat la photobook free.. sekarang dah faham? bagus..

dah jom sambung kerja..

bye!
xoxo

OOTD mur mur #3

assalamualaikum

sementara anak tengah tidur, elok la aku update seketul entry.. kebiasaannya payah sikit aku nak update blog masa cuti ni tapi kebetulan hari ni ada masa terluang sikit boleh la update entry untuk tatapan korang.. tehee.. OOTD kali ni takde la gempak sangat biasa biasa je pon tapi saja la nak share dengan korang.. mana tau korang nak jadikan aku idola ke.. kahkahkah.. kbye

ada budak kecik kacau mommy la.. nasib baik comel.. 😄😅😘

skirt beli kat pasar pagi RM15
blouse takde jenama beli dengan kakak ipar RM25
tudung adijuma preloved RM10

aku lupa dah gambar ni bila, 2-3 minggu lepas kot.. urat banyak putus mudah lupa la sekarang.. hari ni baru teringat nak update.. 😁 tak kisahla janji boleh share dengan korang.. walaupon skirt tu harganya murah je tapi selesa sangat pakai.. kain sejuk dan tebal.. berbaloi beli dengan harga murah tapi kualiti macam harga mahal.. 😊

bye!
xoxo

jamuan akhir tahun

assalamualaikum

biasa la hujung hujung tahun ni memang banyak jamuan.. tambah lagi nak cuti sekolah ni memang banyak sangat jamuan sampai diet pon ke laut dalam.. tapi takpe, tak salah sekali sekala meraikan kawan kawan kan.. baru la hidup bahagia.. haaa gitttewww.. 😄

semalam aku dijemput untuk ke jamuan akhir tahun PPKI bagi tahun 2019 di Quinara Alsafir Resort.. kenapa aku sebagai pembantu makmal yang takde kaitan langsung pon dengan PPKI tapi dapat jemputan istimewa ni? haaa sebab aku terlalu istimewa bagi diorang.. tanpa aku tak berlangsung la majlis.. 😂😂😂 ok perasan!

sebelum masuk ke dewan makan, aku nampak vespa ni.. harusla bergambar dulu seketul dua..

majlis bermula agak lewat sikit sebab tunggu pengetua sampai.. boleh pulak pengetua sesat nasib baik sampai jugak walaupon lewat sikit.. haha.. tapi alhamdulillah walaupon agak lewat majlis tetap berjalan lancar dan meriah! bagos anak anak PPKI ni pandai uruskan majlis.. paling respect diorang punya keberanian boleh jadi pengerusi majlis.. anak anak PPKI ni sangat istimewa dan banyak kelebihan disebalik kekurangan diorang.. 😊

duk semeja dengan VIP tapi masa ni pengetua tak sampai lagi.. 😁

macam biasa aku sentiasa lupa nak amek gambar makanan.. 😆 menu semalam ada mee kari, nasi goreng, mee goreng, popia, buah buahan dan macam macam lagi la.. semua sedap! aku makan takde la banyak sangat sebab masih mampu mengawal nafsu makan.. aku yang dulu kuat makan tapi sekarang tidak lagi.. ekeke..

majlis selesai lebih kurang pukul 3.30 pm macam tu.. lepas tu sesi bergambar.. gambar aku tak banyak sebab aku tolong amek gambar je pon.. lagi pon ni majlis diorang bukan majlis aku.. orang dah jemput tu kira syukur la.. 😂

nak balik bergambar lagi kat vespa ni.. 😆

dengan akma ni wajib la bergambar.. kemain merenyih kat belakang.. haha

terima kasih buat geng PPKI sebab sudi jemput iols insan kerdil ni.. tahun depan jemput lagi ok.. kalau boleh tiap tiap tahun pon jemput la.. syok boleh makan free! 😂

bye!
xoxo

jamuan perpisahan

assalamualaikum

semalam ada sikit jamuan perpisahan kat bilik guru untuk raikan cikgu cikgu yang dapat tukar.. dan aku masih mereput di sekolah ni tak tau la bila pulak giliran aku nak tukar.. 😭 *tiberrr nak sedih.. ok berbalik kepada jamuan tadi, maka rosakla diet aku untuk semalam.. hari ni pon diet akan rosak jugak sebab ada lagi jamuan.. yang hari ni punya majlis nanti aku update lain..

ni la cikgu cikgu yang dapat tukar tu.. kak wan dan jugak nor.. yang si yana tu sibuk jugak nak menyelit pantang nampak camera.. 😆
ada sebab kukuh kenapa diorang dapat tukar.. alhamdulillah rezeki mereka.. 😊

acah acah big hug~
dan macam biasa aku, yana dan akma memang giler bergambar.. mana mana ada je muka kitorang.. 😂

selamat maju jaya dan selamat bertugas di tempat baru buat kak wan dan jugak nor.. sedih la lepas ni tak boleh nak menggedik dah dengan diorang.. diorang tak gedik aku je yang gedik.. kikiki.. semoga kalian bahagia di sekolah baru.. jangan lupakan aku di sini.. 😢 *beriya bagi ucapan takde nya diorang baca blog picisan aku ni.. haha

gambar makanan lupa amek sebab sibuk nak makan lepas tu sibuk nak bergambar.. menu semalam nasi putih, gulai kuning ikan tongkol, sambal belacan, pengat ubi, pengat durian, kuih muih dan macam macam lagi la.. tapi aku makan sikit je sebab masih sedar diri yang aku ni tengah berusaha untuk nipiskan badan.. 😆

bye!
xoxo

lepaking at Seoul Garden

assalamualaikum

untuk penutup tahun 2019 ni, kitorang geng GG sepakat nak makan makan kat Seoul Garden.. sebenarnya dah lama plan jadi kitorang kumpul duit start dari bulan 8 sampai la bulan 11.. untuk penutup kengkonon nak la makan sedap sikit, so kitorang pilih Seoul Garden.. ini cerita minggu lepas okayy baru nak up sini.. 😁

aku tak pernah jejak kaki pon lagi kat Seoul Garden, agak excited jugak dan jakun sikit.. kahkahkah.. aku dengan yana satu kereta, jadi sampai lewat sikit dari yang lain.. lewat tu sebab cari parking satu hal.. lepas tu cari tiket parking pulak katanya kat kaunter khidmat pelanggan tapi cari satu bangunan tak jumpa.. last sekali turun bawah tanya kat kaunter pertanyaan lepas tu naik balik tingkat 2.. dah dapat tiket parking turun pulak tingkat 1 nak ke Seoul Garden.. macam masuk acara lari 400m dah aku rasa.. 😓






aku sampai sampai je dengan yana, diorang dah start makan.. perot tengah lapar apa lagi serbu makanan jela.. haha.. agak penuh jugak Seoul Garden itu hari sebab ada sekolah mana entah buat jamuan  kat situ.. mewah betol budak budak zaman sekarang, kecik kecik dah merasa makan kat Seoul Garden.. aku dulu jamuan akhir tahun buat kat sekolah je makan ramai ramai dalam kelas.. 😆 *tibeerrrrr nak jeles dengan budak

disebabkan agak jakun, aku makan tak ingat dunia lepas tu rasa perot macam nak meletup.. rupanya dah kenyang.. 😂 alhamdulillah.. puas hati sangat dapat makan sedap, dapat berkumpul dengan geng GG kitorang ni.. bukan senang tau nak lepak macam ni..

ni jela gambar paling cantik.. 😂
geng geng jejaka jadi photographer kitorang.. 😎

sangat enjoy lepak dengan diorang ni, penuh dengan gelak ketawa je.. tahun depan ke mana kita? jom start menabung! 😁

bye!
xoxo

dedaunan merimbun

assalamualaikum

kalau tengok pada tajuk macam nak buat novel dah gayanya tapi sebenarnya aku nak cerita pasal daun daun yang aku beli kat kedai eco je pon.. 😆 biasala nak bagi nampak gempak tajuk kena mantap.. daun daun ni aku beli untuk hias makmal.. salah satu projek makmal yang akan aku laksanakan masa cuti sekolah nanti.. jangan tak tau ye, aku ni kerja kat sekolah tak bermakna cuti sekolah aku pon cuti.. nan hado.. tetap kena kerja dek non.. nama pon kuli je.. ok dah melalut pulak.. 😁

ni rupa daun daun tu.. nanti nak cucuk dalam pasu je.. asalnya nak buat macam pokok tapi takut tak jadi.. ni pon tak tau la macam mana rupanya bila dah siap.. 😅

nak jugak enterframe disebalik dedaunan merimbun..

aku beli dalam 7 set je dedaunan ni.. dalam 1 set tu ada 5 helai.. tak pasti la cukup ke tak agak agak tak cukup nanti terjah lagi la kedai eco.. tapi daun ni viral jugak, barang barang viral payah sikit nak dapat.. kalau tak cukup berhuhu jela aku kat bucu meja makmal..

agak banyak jugak projek yang nak aku buat masa cuti sekolah ni.. macam macam idea berlegar legar dalam kepala otak ni.. harap boleh buat mengikut perancangan asal la.. nanti dah siap aku update ok!

bye!
xoxo

OOTD mur mur #2

assalamualaikum

sambil breakfast dengan secawan kopi O suam suam sambil jari menari nari di atas keyboard maka terhasillah seketul entry untuk tatapan anda semua peminat peminat dak ezy.. kehkehkeh.. acah acah artis ada peminat..

aku ada beli sehelai maxi dress kat shopee bagi aku dress ni agak murah la dan paling penting boleh mix match dengan pelbagai gaya.. haa gittew.. kalau mahal idoknya iols beli.. iols bukan taraf taraf datin nak pakai barang mahal mahal.. bawak sedar diri yang iols ni rakyat marhaen kerja pon makan gaji je uols.. 😆 ok sebelum makin jauh aku melalut jom aku belanja korang OOTD mur mur jeeee.. 💁

OOTD #1

OOTD #2

jom semak harga :
tudung bawal airis premium RM10
cardigan colour grey takde jenama lupa harga.. yang pasti harga bawah RM30
maxi dress RM29
cardigan colour peach dapat free adik aku bagi..

ni la rupa maxi dress aku tu.. kalau korang nak beli boleh KLIK SINI!
selain maxi dress ni ada banyak lagi pilihan kat kedai dia.. so terjah jela.. 😄

amacam ok tak OOTD kali ni? on ke tak on? 😁 ada banyak lagi OOTD aku nak kongsikan dengan korang yang pastikan semua murah murah aje.. mampu milik.. tunggu episod seterusnya okayyyyy!

bye!
xoxo

GM diet batch dua

assalamualaikum

minggu lepas aku buat GM diet tapi untuk lima hari sahaja mula pada hari ahad dan berakhir pada hari khamis.. memandangkan hari jumaat tu hari cuti lepas tu macam banyak pulak plan dalam pale otak ni jadi aku putuskan untuk tidak meneruskan GM diet untuk hari keenam dan hari ketujuh.. total lost untuk lima hari berGM diet ialah 1.8kg.. 😄 untuk batch satu korang boleh klik sini!

jom tengok menu GM diet aku untuk kali kedua ni..

my bento : apple + mangga + buah naga putih + oren
pinjam bekas makanan anak.. 😂

my bento : sweet potato + tomyam sayur dan cendawan
sepatutnya ubi kentang tapi aku tukar ubi keledek.. sukati je kan? jangan ikot perangai iols ok.. 😆

my bento : sup sayur dan cendawan + buah naga putih + pear + kiwi

my bento : susu farm fresh low fat + pisang

my bento : ikan kukus serai + air asam tomato

semua sedap sedap sebab aku masak sendiri lepas tu mulut aku yang telan.. haha.. yang di atas tu la bento aku bawak ke tempat kerja selama lima hari.. nampak macam senang je GM diet ni tapi sebenarnya mencabar jugak.. yela tengok orang lain boleh makan macam macam, kau pulak terpaksa makan apa yang telah ditetapkan jeeeee..

kalau nak cuba GM diet ni boleh je, pastikan mental dan fizikal kuat ye.. tekadkan dalam hati yang kita nak sihat! kuatkan iman dan jangan mudah tergoda dengan makanan yang sedap sedap.. 😆

bye!
xoxo

sofia happy di planet animasi

assalamualaikum

ini cerita hari ahad lepas, sebelah pagi sambut birthday sofia petang pulak bawak dia ke animation planet bertempat ni terengganu trade center (TTC).. masuk je dalam tu bukan main seronok dia.. maklumla macam macam animasi ada dengan lagu didi and friends lagi berkumandang.. siap berjoget joget.. haha

tiket masuk RM5 seorang dan kanak kanak bawah 3 tahun percuma saje.. 😊
planet animasi ni berlangsung pada 1 november 2019 hingga 31 disember 2019..
masih punya banyak masa nak bawak anak anak datang sini..

macam macam acara menarik ada kat planet animasi ni antaranya pertandingan mewarna, bergambar bersama maskot, ada jugak permainan video untuk kita yang dewasa ni, ada cabutan bertuah dan macam macam lagi la.. kalau nak listkan kat sini, 4 entry pon belum tentu cukup.. 😂 alang alang nak cuti sekolah ni, apa kata bawak anak anak datang sini ok! 😁

jom layan gambar!



 masuk masuk je nampak ni.. haruslah bergambar dulu kat patung besar didi dan nana ni.. jojo mana jojo? haha





 wajib la ada gambar iols sorang sorang.. 😄



 masa kitorang kat dalam tu, kebetulan ada maskot cik bee dan didi je.. ok la boleh bergambar jugak dengan maskot.. 😁

mommy pon nak jugak.. senyum simpul gittew.. 😂





alhamdulillah.. boleh nampak yang sofia happy sangat datang ni.. mommy pon tumpang happy.. haha.. bagi anak anak mungkin seronok la kan dah dunia diorang ni.. bagi aku yang dewasa ni agak boring sikit tapi ok je layan anak anak main.. yang penting anak happy mommy pon happy.. 😆

bye!
xoxo

beg bekal yang comel

assalamualaikum

sekarang aku memang hari hari bawak bekal pergi kerja, agak susah kalau takde beg bekal *alasan sebenarnya nak beli beg bekal comel 😂 ok sebelum ni aku letak bekal bekal aku dalam beg yang dapat free masa buat spek itu hari.. beg tu agak nipis jadi bekal kena letak menyenggeng habisla bento aku dah tak cantik.. 😕

BFF aku si yana bawak bekal letak dalam beg comel tu, aku berkenan pulak tengok.. dia cakap beli kat DIY je.. kebetulan masa pergi rumah atok sofia, singgah la DIY.. gigih aku cari beg bekal tu oi.. akhirnya jumpa jugak! yahoooo.. 😍

comel tak? heee.. ada banyak pilihan warna dan pastinya aku pilih warna pink.. i is peminat colour pink okayyyy.. 😎

beg ni agak lebar lepas tu kat dalam ada apa benda orang panggil tu ala susahnya nak sebut.. haha.. yang colour silver tujuannya untuk bagi makanan tu kalau panas tahan la panas tu.. kalau sejuk tahan la sejuk tu.. haaa kemain aku explain harap korang faham la.. 😂 lebih kurang macam cooler bag untuk letak susu yang sudah dipam.. haaa gittewww..

harganya lebih kurang RM7 lebih lebih.. takde la mahal sangat kan boleh la setakat letak bekal bawak pergi kerja.. ekeke.. beg ni boleh muatkan dalam tiga bekas kecik kecik kalau bekas agak besar boleh la muat dua je.. 😊 ok la kan.. berbaloi beli..

tu je nak share.. 😁

bye!
xoxo

happy birthday anak mommy!

assalamualaikum

rasa macam nak update pengalaman bersalinkan sofia je tapi biar la dulu.. ada je entry tu kat draft biar terperuk kat situ.. aku nak cerita pasal sambut birthday anak dara aku ni, birthdaynya hari ni tapi dah tiga kali sambut.. untung sofia ye, mommy punya birthday sekali je sambut tau.. tu pon sambut kat sekolah bukan dengan papa.. 😂

ni sambut kat rumah pengasuh akhir bulan 10 aritu.. pengasuh nak sambut awal mommy ok je.. janji anak mommy happy.. 😊

ni pulak sambut kat rumah atok sofia hari sabtu lepas.. makan kek dan crepe durian je.. haha

semangatnya nak potong kek.. 😆

dan last sekali sambut semalam kat rumah.. hari ni birthday sofia mommy kerja la pulak..

sampai terpejam la mata punya semangat tiup lilin.. haha
kek tu dah lari dari kedudukan asal sofia punya kerja la.. dia tarik kek dari atas meja belakang tu lepas tu heret pulak.. nasib baik kek ok lagi tapi comot sikit.. 😖

love u so much anak mommy! 😘

selamat ulang tahun kelahiran yang kedua untuk anak mommy yang comel sangat ni.. semoga sofia membesar dengan sihat dan jadi anak yang solehah ye sayang.. mommy sayang sofia sangat sangat.. sofia nyawa mommy.. 💖

kejap je dah masuk 2 tahun anak mommy.. pejam celik tup tup dah sekolah.. 😭 tapi sofia tetap baby bagi mommy ok! 😁

bye!
xoxo

shopping lagi di kedai eco

assalamualaikum

aku selalu sangat ke kedai eco ni kadang kadang tak tau nak beli apa tapi nak jugak ke kedai eco.. macam satu terapi pulak bila masuk kedai eco hati yang gundah gelana tiba tiba jadi happy.. ekeke.. ok ini cerita minggu lepas.. aku nak cari cermin kecik je sebenarnya tapi macam biasa la mesti terbeli jugak barang lain.. normal kan? korang pon macam tu.. eleh ngaku cepat! 😆

ni la cermin kecik yang aku nak sangat tu.. senang nak mekap.. 😁

dah beli cermin, aku terbeli pulak benda alah ni.. 
ni namanya eraser tau.. comel tak? haha.. aku nak buat hiasan kat meja kerja..

ni anak dara i punya..
bukan main lagi dia nak cermin mata hitam.. 😎
tengok aku beli eraser, dia pon nak jugak.. nak donut katanya.. amek la nak oi nasib baik murah je.. 😂

bagi aku satu kepuasan yang tak boleh diungkap la bila dapat masuk kedai eco ni.. walaupon masuk hanya untuk cuci mata.. tapi setakat ni tak pernah lagi aku masuk kedai eco tangan kosong keluar dengan tangan kosong.. paling kurang pon mesti tersangkut satu barang nak beli.. bersaka betul la kedai ni! 😆

bye!
xoxo