melawat masjid kristal

assalamualaikum

jumaat lepas dah takde idea nak bawak sofia jalan jalan, lepas lepak kat pantai terus ajak suami pergi taman tamadun islam.. last pergi situ teman suami vaksin tu pon tunggu dalam kereta je.. boleh kata agak lama tak jejak kaki ke situ.. kalau dulu meriah betul kat masjid kristal tu, masa aku pergi tak ramai sangat orang.. mungkin bukan musim cuti sekolah kot kurangla pengunjung.. tapi dulu tak ikut musim asyik ramai je orang.. entahla malas nak fikir.. haha

lupa bawak tripod, nasib baik ada tangga.. bolehla rakam gambar bertiga.. ihiks..

untung jugak la datang sini orang tak ramai.. bebas sikit sofia berlari ke hulur ke hilir.. takde la mommy risau di musim musim covid ni.. huhu.. seronok tengok sofia.. happy je dia amek angin sambil tengok bot lalu lalang..

cantik betul masjid kristal ni kan.. 😊

tengok bot lalu.. hehe
cantiknya permandangan kat sini..
aku dulu outdoor masa kahwin kat sini la..
patutla jadi pilihan pasangan pengantin untuk outdoor sebab cantik sangat views.. 😍

macam macam aktiviti boleh buat kat sini.. berkelah, beriadah, berphotoshoot.. kalau nak merasa makan kat tepi laut sambil ditemani angin sepoi sepoi bahasa, restoran pon ada kat sini.. nak memancing tu tak pasti la boleh ke tidak.. sepanjang duk situ takde pulak aku nampak orang memancing.. 😅

kalau nak pusing pusing atas air, boleh la naik bot yang disediakan.. dulu dulu aku pernah naik sekali best jugak la layan angin atas air.. untuk aktiviti lain, memanah pon ada.. boleh bawak anak anak datang sini confirm diorang happy!

last sebelum balik amek gambar kat sini.. sofia cakap ni istana.. entahla anak aku tu suka berangan jadi princess.. 😆

hujung minggu korang ke mana? bersantai santai kat rumah? berjalan jalan menuju ke kota di tangan penuh bunga di hati penuh cinta.. eh baca je jangan nyanyi! 😝

bye!
xoxo

sofia pergi kenduri!

assalamualaikum

punya la lama tak makan nasi minyak orang kawen dia punya teringin kalah orang mengidam.. bagaikan terasa kesedapan nasi minyak ayam masak merah tu.. walaupon kat warung tepi jalan ada je jual pagi pagi tapi perasaan makan nasi minyak orang kawen ni lain.. tak sama dengan nasi minyak biasa.. 😅

jumaat baru ni papa sofia ada cakap nak ke kenduri kawan tempat kerja dia.. aku pon laju jela nak mengekor dah memang nak sangat makan nasi minyak orang kawen, ni la masanya.. hihik.. elok lepas sembahyang jumaat terus siap siap lepas tu gerak ke tempat kenduri.. best jugak la kenduri di musim virus covid jahat ni sebabnya tak ramai orang nak makan pon selesa.. anak anak pon tak buat perangai..

mommy tak masuk frame kali ni sebab tukang amek gambar.. takpe mommy is pasrah.. 😅
pengantin perempuan tu kawan tempat kerja papa sofia.. yang baju hitam tu pon kawan dia jugak..
sebab tu la aku malu nak bergambar.. #tiberrrr

happy la budak ni dapat doorgift..
dalam tu ada banyak makanan.. ada pengetip kuku dan jugak keychain..
mommy pon tumpang happy! 😁

dah kenyang, dah dapat doorgift haa jom la balik! tak boleh lama lama musim musim virus ni.. huhu
comel pulak tengok sofia jalan terkedek kedek dengan skirt labuhnya.. siap bertudung bagai.. 😄

lepas balik dari kenduri, pecut ke giant kejap nak cari barang dapur.. ataupon lebih spesifik cari barang barang untuk bekal mommy.. dah kembali rajin bawak bekal ke tempat kerja sekarang.. ihiks.. nanti kalau rajin aku update pasal bekal okay..

bye!
xoxo

farewell akma

assalamualaikum

tau akma dapat tukar masa dia tengah buat umrah.. sedih memang sedih walaupon kitorang bukan lagi satu sekolah tapi happy jugak untuk dia.. sebab takde la dia terpaksa berulang alik jauh dari sekolah ke rumah.. kalau dulu dapat jugak jumpa sesekali, kitorang masih satu daerah.. tapi sekarang dah payah nak jumpa.. akma dah masuk daerah lain..

bila dapat tau je berita pertukaran akma, kitorang seramai tujuh orang berpakat nak bagi hadiah kat dia.. aku tolong orderkan.. kebetulan pulak itu hari dia ada majlis dekat sutra beach resort, jadinya berdesup la aku ke sana semata mata nak serahkan hadiah kat dia.. gigih kan? ihiks.. yela kalau tak bagi hari tu, agak agak bila lagi nak bagi? lambertttt lagi nak jumpa..

angkut anak sekali.. umi pon aku angkut sekali ada tunggu dalam kereta..😄
selamat bertugas di tempat baru bff.. 😘

nak dijadikan rezeki, tengah duk berborak dengan akma ada la cikgu ni datang.. dia kelek hadiah banyak banyak.. si akma ni duk membodek nak periuk.. sekali cikgu tu bagi kuali kat aku jugak.. tak pasal pasal dapat hadiah kat majlis orang.. haha.. majlis tu sebenarnya majlis perpisahan untuk cikgu cikgu dan staff yang dapat tukar.. aku tak boleh la nak join sebab majlis tu bukan sekolah aku punya.. 😅

untuk akma, (walaupon dia tak baca pon blog aku 😝) selamat maju jaya, semoga bahagia di tempat baru.. walaupon kita jarang sekali dapat bersua muka lepas ni, tapi kita tetap boleh bergosip dalam whatsapp group.. haha.. jangan lupakan i kat sini ye.. love u bff!

bye!
xoxo 

happy new year!

assalamualaikum

tak terlambat lagi kan nak ucap selamat tahun baru kat korang semua.. ihiks.. semoga di tahun 2022 ni tiada lagi sekatan pergerakan dan kita boleh hidup bebas dengan norma baru.. please la aku nak raya oi! eh tiberr.. kehkehkeh.. sama sama doakan yang terbaik untuk tahun ni okay.. 😘


azam tahun baru? entah la.. tiap tiap tahun berazam untuk kurus tapi dietnya asyik ke laut.. semoga tahun ni aku dapat kembali semangat untuk turunkan berat badan.. semoga aku terus istiqomah.. huhu..

bye!
xoxo