assalamualaikum
rasa macam busy sangat tu yang tak update blog dan tak blogwalk sangat tapi aku tak tau la apa benda yang aku duk busykan sangat tu.. mungkin busy body pasal kehidupan orang lain? eh tu bukan aku.. kehidupan sendiri pon kadang tak berapa betol.. ihiks..
nak jugak ada muka sendiri.. haa gittew.. 😆
aktiviti di hari malaysia pagi tu je suami bawak keluar breakfast kat tepi pantai, amek angin kononnya tapi angin pon takde sebab panas.. 😅 bukan tepi pantai hakikatnya tepi jalan je tapi kawasan pantai.. haa baru betol sebab umi tak larat nak jalan jauh.. okay je janji dapat breakfast sambil tengok orang lalu lalang.. petang tu mereput kat rumah sebab suami aku kerja.. tu jela kisah kami di hari malaysia yang indah..
dan terengganu jugak dah beralih fasa.. dari fasa dua ke fasa tiga bermula semalam.. yea!
sempena bermulanya peralihan fasa semalam, aku balik kampung.. lama tak balik kampung suami last jumpa abah mertua masa sebelum raya itu hari.. sofia menanyi nanyi nak jumpa atoknya.. kisah balik kampung ni nanti nanti jela aku update lain.. 😅
semalam jugak birthday my bff iaitu cik hani! dia pon seorang blogger apa kata korang ramai ramai terjah blog dia dah wish happy birthday untuk dia.. 😄
untuk cik hani :
our friendship is like gold..
strong, bright and exclusive..
i hope that it never ends..
be happy, my lovely bestfriend..
happy birthday hani!
stay safe.. ❤️
bye!
xoxo
Makan tepi jalan pun okay juga kan, janji dah dine in. Hahaha
ReplyDeleteTahniah terengganu dh fasa 3 dh.. hv a nice weekend ezy
ReplyDeleteWah, bestnya Terengganu dah fasa 3. Happy belated birthday untuk Cik Hani!
ReplyDeleteWahhhh dh masuk Fasa 3. SOP tetap jaga ya sisturrr
ReplyDeletebestnya da masuk ke fasa 3..sabah ne hari2 ada je kes naik..geram btl a.
ReplyDeletekadang tu lah busy tak tahu busy ape entah kan. Alhamdulillah dah beralih fasa dapatlah rentas daerah balik kampung. Betul betul seronok Sofia dapat balik kampung.
ReplyDeleteSelamat Hari Malaysia ..nk wish juga walau dh tlepas ^_^
ReplyDeletetenkiu dak ejyyyyy.. wish besday dan doakn yg baik2..
ReplyDeleteAku baru buka blog musim2 WFH ni. hehehe..
btw, sofia tak sempat jumpa aboh. so dia xsempat kenal atuk sini. Ada atuk side ayah dia, memang dia suka la kalau jumpa. dah lama xjumpa kan
sama la dgn N9..but still x berani nak meraya sgt...stay safe key!
ReplyDeleteSelangor baru melangkah ke fasa 2 tapi akak tak ke mana-mana pun sebabnya masih paranoid lagi.. hihi, lagipun banyak masa lagi..
ReplyDelete