happy birthday my mom!

assalamualaikum

agak busy sikit sejak dua menjak tiga menjak ni.. maaf tak sempat nak blogwalk.. semalam ada buat makan makan sikit kat rumah sempena birthday umi.. ikotkan hati aku nak sambut empat beranak je dengan sebijik kek tapi abang aku la siap kirim duit, katanya buat la makan makan sikit untuk birthday umi.. dah ada yang nak sponsor aku on sajeee.. ihiks

pagi semalam sebelum keluar pergi beli kek.. comel sangat lahai anak mommy.. 😘

tugas aku hanya belikan sebijik kek untuk birthday umi.. masak masak pulak aku serahkan kat kakak ipar aku sebab dia terer masak aku terer makan.. menu semalam nasi ayam so delicious! sampingan puding roti anak saudara aku yang buat.. menu tak meriah sangat jemputan pon ada la dua tiga ketul manusia.. 😅

abang aku suruh beli kek secret recipe.. mementang dia tukang sponsor suka hati dia je arah aku gitu gini.. 😝 so aku belikan kek pilihan hati sendiri kek laici rose.. sedap! 😋

sesi potong kek.. selaku tukang beli kek harusla kena ada gambar aku.. 😆

the only one adik umi yang ada.. adik beradik umi yang lain dah takde.. 😢

happy birthday umi.. semoga umi diberi kesihatan yang baik.. dan dimurahkan rezeki selalu.. nanti dapat berkumpul adik beradik umi la orang paling gembira.. sabar ye sikit je lagi boleh rentas negeri.. hehe..

bye!
xoxo

14 comments:

  1. Hepi besday aunty!! Semoga murah rezeki auntybsekeluarga.. Diberi kesihatan yg baik2 selalu

    ReplyDelete
  2. Happy birthday aunty! Comel birthday cake, tukang beli cake pum comel hehehehe

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lahir buat bonda sis, moga dirahmati Allah swt. Senyum manis anak mommy.

    ReplyDelete
  4. selamat hari lahir Umi. semoga panjang umur murah rezeki :D
    sama la semalam pun buat sambutan hari lahir juga tp utk anak buah hehe

    ReplyDelete
  5. Selamat hari lahir Umi
    Semoga dianugerahi keafiatan yang berpanjangan

    ReplyDelete
  6. Semoga Ibu diberikan kesihatan dan kesejahteraan..

    ReplyDelete
  7. Aaminnnn semoga umi awak terus sihat, panjang umur dan dikelilingi anak2 yg tak jemu menemaninya

    ReplyDelete
  8. Selamat hari lahir umi akak! Moga moga dikurniakan kesihatan yang sihat sihat selalu dan dilimpahkan rezeki yang berterusan! ;)

    ReplyDelete
  9. Happy belated birthday buat umi ezy. Moga sentiasa dirahmati dengan kesihatan yang baik, kebahagiaan dunia akhirat dan dikurniakan keberkatan rezeki yang melimpah ruah.

    ReplyDelete
  10. Selamat Hari Lahir Ummi Ezy. Semoga sihat dan gembira selalu. Seronoklah ada anak cucu sambut birthday sama.
    Belum cuba lagi kek laici rose SR tu.

    ReplyDelete
  11. selamat hari lahir , semoga panjang umur murah rezeki , dan diberikan kesihatan yg berpanjangan

    ReplyDelete
  12. selamat hari ulangtahun buat umi ezy semoga sihat selalu

    ReplyDelete
  13. Selamat ulang tahun kelahiran auntie..

    ReplyDelete
  14. wahhh nampak sedap kek tu. Happy belated birthday untuk mak akak :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!