OOTD mur mur #1

assalamualaikum

disebabkan aku selalu belanja korang OOTD murah murah je kat blog ni jadi aku kena wujudkan satu segmen yang diberi nama OOTD mur mur.. gempak tak? kehkehkeh.. ok la untuk episod pertama ni aku nak belanja korang OOTD yang memang murah je sempena khamis is batik's day.. haa gittewww..

tudung kekaboo mirabelle RM25
blouse jenama salbiha RM39
kain batik free pengetua hadiahkan masa raya puasa itu hari

kain batik tu umi aku tolong jahitkan.. 😅 aku pernah pakai masa sambut aidilfitri kat sekolah itu hari, boleh jenguk entry ni.. untung jugak la sebab boleh matchkan dengan baju lain dah la dapat free.. 😂 jimatkan? 😎

nak bergaya ala ala model tak pandai, macam ni pon boleh kan?

kalau korang dapat gift kain batik lepas tu korang pulak sejenis yang memang tak pakai kain batik walaupon duk rumah macam aku ni, haaa kekdahnya boleh la jahit kain batik tu jadikan kain dan boleh pakai dengan blouse.. ala beli je blouse murah murah kat shopee berlambak.. 😁 boleh je bergaya macam beli baju mahal, jimat poket sendiri jimat jugak poket suami.. suami pon sayang sebab tak banyak duit dia habis.. 😂

bye!
xoxo

beli lipmatte lagi??

assalamualaikum

sebelum ni aku dah bagitau yang aku ni memang terlalu gilakan lipmatte.. kalau nampak lipmatte mesti nak beli.. nak nak lagi kalau packaging lipmatte tu so shomelllll ya ampun memang aku beli jugak macam mana pon.. sejenis yang sukakan benda benda comel macam gini la.. 😄

semalam datang kerja pagi hari dah tershopping lipmatte dengan geng pembantu makmal aku.. kali ni beli lipmatte sobella yang dalam kotak tu, ada tiga ketul dalam satu kotak.. harganya RM50.. mula mula macam nak kongsi dengan mira dan akma tapi tak jadi la sebab colour lipmatte tu semua cantik cantik.. ekeke.. aku tamak jadi aku beli untuk aku sorang.. 😂

tadaA~ so shomelllll kan? 😁

muka bahagia dapat beli lipmatte

apa yang aku suka pasal lipmatte sobella ni, yang pertamanya colournya cantik cantik dan yang paling penting sangat ringan kat bibir macam tak pakai lipstick.. lebih kurang rasa tu macam pakai matte junkie silkygirl.. haaa gittew.. bila best hari hari pon rasa nak pakai.. 😊 ini review ikhlas dari lubuk hati aku tau bukan kena bayar dengan seller suruh promote.. 😂 benda baik harusla dikongsi bersama..

maka dengan ini bertambah lagi la koleksi lipmatte aku.. haha.. nasib baik suami tak marah.. dia tengok sekilas pandang je.. 😆

bye!
xoxo

aku pon layan bundle

assalamualaikum

aku sekarang ada masalah kekurangan baju untuk jalan jalan.. maklomla dulu badan mengembang kalau nak beli baju memang susah takde size.. kesian kat diri sendiri.. dah diet dah hilang 16kg baru susah hati bukak almari baju tak berapa banyak.. bagitau suami ajak pegi bundle, dia on je.. terus bawak aku ke DC Bundle.. bundle febret aku la ni..

DC Bundle banyak cawangan, yang aku selalu pegi ni apa nama kampung entah.. aku lupa.. 😂

kat sini baju memang banyak pilihan, baju kemeja ada, baju kanak kanak ada, baju untuk perempuan pon banyak sebab tu aku suka ke sini.. tapi seluar jeans tak banyak sangat.. ada tu memang ada tapi kena betul betul cari baru jumpa yang sesuai.. agak malas la aku nak belek satu satu..

pilih punya pilih, belek punya belek, selam punya selam akhirnya dapat la aku rembat 4 helai baju.. cantik cantik lagi oi.. kalau kat pasar malam pon belum tentu dapat baju cantik harga murah.. 😁 ikotkan hati banyak lagi aku nak rembat tapi nanti nanti la dulu.. banyak lagi nak kena pakai duit ni.. 😅 nanti gaji bulan depan kita datang menyelam lagi..

4 helai ni berharga RM16 sahaja..

baju sofia sempat jugak rembat 3 helai tapi lupa nak amek gambar.. si kecik tu sibuk pegang baju dia punya la kedekut mommy nak amek gambar pon dia tak bagi.. 😅 aku satu family memang layan bundle jela, suami aku pernah  borong baju sofia satu plastik besar masa kat shah alam tahun lepas.. haha.. jimat okayyyy..

tapi kalau nak bandingkan harga bundle kat terengganu ni dengan bundle kat luar, lagi murah kat luar kot aku rasa.. sini paling murah RM3 sehelai tu pon tak banyak pilihan.. kalau korang tau kat mana bundle murah area terengganu ni bagitau aku ok.. aku nak pegi menyelam.. 😁

bye!
xoxo

pesta buku lelong

assalamualaikum

gigih update blog malam malam ni sebab takot nanti banyak cerita tertunggak.. anak tengah main kat luar dengan sepupu dia elok la aku update laju laju sebelum budak kecik tu buat perangai nak tido.. 😆 pesta buku lelong ni berlangsung pada 24 oktober hingga 27 oktober, kiranya hari ni dah habis la.. haha.. bertempat di tingkat 1 mydin mall gong badak.. 😄 sempat jugak aku ke sana hari jumaat lepas..

oh lupa pulak, ni pesta buku lelong anjuran SMObookstores.. 😁

harga memang murah melampau? ye memang betul ada buku harganya RM1 je uolsss.. kalau beli banyak lagi murahhhhhssss.. haa ni bukan sembang kosong ni betul betul bukan cubaan.. disebabkan harga murah melampau ni la ramai manusia bersesak kat situ.. 😅 cadangnya nak beli buku untuk sofia tapi tak jumpa yang best, yela dah ramai sangat orang macam mana nak cari.. huhu.. sudahnya aku terjah bahagian novel je..

ok ni harga novel, murah nak pengsan la..

aku beli 2 ketul ni je walaupon harga tu agak menggoda tapi bila fikir balik aku memang tak sempat nak baca kalau beli novel banyak banyak.. yang beli kat BBW itu hari tu pon tak sempat lagi aku nak habiskan..

cinta aku kepada novel dah tak seteguh dulu.. yela dulu hidup berdua je dengan suami agak agak bosan mengadap muka suami boleh mengadap novel.. sekarang ni tak boleh dah, baru pegang novel sofia dah datang kacau.. macam mana nak fokus? haha.. aku sempat belek novel pon kat tempat kerja tu pon masa rehat je.. dah ada anak memang terpaksa korbankan hobi aku nan satu ni la.. 😁

harga novel di atas RM7 je setiap satu.. korang kira sendiri la berapa aku dah habiskan untuk beli 2 ketul novel tu.. haha.. ok la nanti nak update pasal bundle pulak.. happy deepavali! 🙏

bye!
xoxo

acara kemuncak setiap tahun

assalamualaikum

jamuan akhir tahun merupakan acara kemuncak sekolah setiap tahun dan event yang paling dinanti nantikan oleh warga sekolah.. boleh melaram sakan dan paling penting banyak hadiah menanti.. haha.. tahun ni jamuan kat sutra beach resort, setiu bertemakan bollywood.. korang pon dah sedia maklum kan sebab aku dah gebang dalam blog sebelum ni.. 😆

nah OOTD aku yang korang tertunggu tunggu tu.. persiapan bukan main gempak tapi sudahnya tak gempak pon.. aku bollywood kampung je.. 😂

majlis start pukul 2.30PM, aku sampai awal jugak la sempat berdondeng dondang bergedik santai tepi kolam.. hee.. aku tak sempat nak make up pon sebab rasa macam kelam kabut dengan kawan aku duk push suruh cepat.. ya ampun aku rasa macam tengah berlari 4 x 400m.. sudahnya macam gitu jela rupa aku.. nasib baik memang dah cantik.. kahkahkah

ni dua orang yana yang sporting.. yang baik.. yang comel.. yang cantik..

dengan artis artis bollywood, aku make up artis je.. 😂

event ni bermula macam biasa la dengan ucapan ucapan orang orang besar, lepas tu makan makan.. masa orang lain sibuk makan, aku sibuk bergambar.. sudahnya dapat makan dessert dengan buah je sikit.. sempat merasa kambing golek sikit.. haha.. aku ni kalau dapat bergambar tak makan pon takpe.. nanti kenyang la tengok gambar sendiri cantik.. 😆

masa makan makan tu jugak berlangsung la acara paling ditunggu tunggu iaitu cabutan bertuah.. banyak hadiah best best weh.. tapi kecewa sebab tak dapat hadiah paling grand.. haha.. aku dapat hamper dan jugak tangga.. 😑 yang untungnya suami aku la sebab tangga tu sah sah aku bagi kat dia..

sis dapat tangga, korang dapat apa? 😂
bolehla sis menuju puncak kejayaan dengan tangga ni..

habis majlis dalam pukul 5.30PM macam tu, pengetua ajak bergambar ramai ramai tapi masa ni ada yang dah balik.. 😊
alhamdulillah best sangat semua sporting habis!! 😍

dak akma ni menang lagi tahun ni.. tahun lepas dapat award saloma, tahun ni dapat award kajol pulak.. haha.. untuk kategori staff takde tahun ni.. kalau ada pon aku tak menang sebab ada yang lagi gojes dari aku.. 😆

BFF 💗

agak terkilan sebab tak sempat nak bergambar dengan geng GG aku.. masa dah habis majlis tu memang dah plan nak bergambar sama sama tapi agak kelam kabut sikit.. ramai pulak yang tarik kajol nak bergambar.. haha.. dah glemer macam tu la.. 😂 sudahnya takde gambar geng GG untuk tahun ni.. cuba lagi la tahun depan.. agak agak tahun depan tema apa pulak ye.. 😁

p/s : gambar tak cantik sebab amek kat facebook je malas nak transfer gambar ke laptop.. huhu

bye!
xoxo

koleksi lipmatte seorang ezy

assalamualaikum

sejuk pagi ni hujan renyai renyai membasahi bumi terengganu.. cerita pasal majlis akhir tahun nanti aku update lain sebab gambar belum transfer ke laptop lagi.. jadi takde la cerita panas dari oven.. tunggu suam suam sikit baru update.. 😁

hari ni nak cerita pasal lipmatte.. perempuan dengan barang make up ibarat kawan baik.. dan aku pulak sejenis manusia yang suka kumpul lipmatte.. pantang nampak nak beli tapi bukan jenis yang pakai lipmatte tukar tukar setiap hari.. haha.. aku kalau suka dengan yang tu, sampai sudah duk pakai yang tu je.. yang lain lain buat pekasam.. 😂

setakat hari ni, ini jela koleksi lipmatte yang aku ada.. hajatnya nak tambah lagi.. kikiki

lipmatte silkygirl matte junkie paling mendapat tempat di hati aku.. paling best pakai memang terasa ringan kat bibir.. hari hari duk pakai yang tu je.. lipmatte sobella pon best jugak.. sebab kecik, aku letak dalam handbag je lepas makan boleh touch up.. pon rasa ringan kat bibir.. yang lain lain aku jarang sangat pakai buat hiasan je.. 😄😅

lepas ni cadangnya nak beli lipmatte sobella lagi maklumla yang jual pon geng pembantu makmal aku jugak.. tak payah pos bagai cakap je nak terus dapat.. tunggu hulur duit je.. haha.. oh lupa pulak nak bagitau, lipmatte ehrara tu aku dapat free hari tu foundernya ada buat contest kat facebook aku terjoin dan terus termenang.. dapat la lipmatte free seketul.. alhamdulillah rezeki.. 😊

bye!
xoxo

misi mencari kasut dan beg bollywood

assalamualaikum

kiranya ni misi terakhir sebelum menjelangnya majlis akhir tahun yang akan diadakan pada 21 oktober 2019.. so hari jumaat lepas alang alang dah keluar cari barang dapur, aku teruskan misi mencari kasut dan beg bollywood.. bukan main sampai ke kasut nak dibollywoodkan.. kata semangat kan.. 😆

banyak kedai jugak aku singgah nak cari kasut tapi tak jumpa yang berkenan di hati.. nak cari kasut betul betul bollywood elok ke mumbai jela.. tapi bagi aku semua kasut sama je.. 😂 disebabkan event ni setahun sekali je pon terjadi, kali ni aku nak kasut dan beg yang merelip merelap sikit.. tak over sangat kira nice jela..

ini la hasil pencarian aku.. 😁 cukup bollywood ke tak? ke laut je kan? 😂
kasut aku beli kat kedai kasut vern's berharga RM45
beg comel tu beli kat kedai aksesori lupa nama kedai berharga RM45
ni kalau tahun depan tema merelip aku recycle pakai yang ni je.. jimat duit.. haha

dah selesai misi bollywood aku jadi tunggu jela aku pakai masa hari kejadian nanti.. korang tak sabar, aku lagi la tak sabar.. entah macam mana rupa aku nanti tak tau la.. harap harap boleh jadi kajol.. tak pon boleh la macam juhi chawla.. kalau pandai menari macam karisma kapoor.. 😆😆

bye!
xoxo

terjatuh cinta dengan kopi pulak!

assalamualaikum

aku ni bukan manusia penggemar kopi tapi sejak mula diet aku dah jatuh cinta dengan kopi ni.. mula mula memang rasa pelik sebab kopi kosong je kan tapi lama lama rasa sedap pulak.. setiap hari mesti nak minum kopi ni.. sangat sesuai la untuk orang yang tengah diet sebab kalorinya sangat rendah satu sachet 7kcal sahaja.. 😊

*pic from google
ini la rupa kopi sedap tu.. kopi essenso nama diberi.. 😆

antara biru dengan pink aku lebih suka pink.. rasanya lembut tak strong sangat.. kalau biru tu memang kaw tapi tak berapa kena dengan tekak aku.. mungkin aku ni bukan penggemar kopi tegar.. haha.. kalau korang suka kopi kaw boleh try yang biru punya.. 😄

ni kopi kosong tau memang rasanya pahit pahit sikit tapi sedap! aku selalu minum kosong macam tu je kadang kadang campur dengan susu farm fresh.. Allahu.. sedap sungguh! dan kopi ni jugak sesuai untuk sahur.. serius sangat mengenyangkan.. perut takde meragam pon masa puasa tu.. tambah bertenaga lagi ada la.. 😁

hari hari bawak bekal kopi essenso pergi kerja letak dalam termos pink ni.. 😋

sejujurnya ini bukan paid review ye.. aku saja share dengan korang sebab ni je datang idea nk update blog.. tengah rajin mengupdate ni, kang datang malas sebulan tak berupdate.. 😆😆

bye!
xoxo

DIY aksesori ala ala bollywood

assalamualaikum

majlis jamuan akhir tahun sekolah tinggal beberapa hari je lagi uols.. sis dah nervous ni.. segala persiapan masih lagi berjalan.. ewah macam nak urus majlis kahwin je gayanya.. jamuan akhir tahun je pon.. i is over.. 😆

seperti yang sedia maklum, jamuan akhir tahun untuk tahun ni bertemakan bollywood.. pecah kepala jugak fikir nak pakai baju apa.. tapi aku happy dah sekarang ni sebab baju bollywood aku dah settle.. yahooo! semalam sepupu aku whatsapp bagitau skirt dah siap.. balik kerja semalam berdesup pergi amek skirt.. dan alhamdulillah.. cantik sangat skirt i tu uolss.. tak boleh tayang kat sini lagi, tunggu nanti aku pakai hari kejadian.. ekeke..

baju dah settle, kita beralih kepada aksesorinya pulak.. korang pon tau kan kalau bollywood memang banyak aksesori.. tapi bergantung kepada outfit kita jugak.. kalau dah merelip, boleh kurangkan sikit aksesori.. macam outfit aku tak berepa merelip, so aku nak add on aksesori sikit.. dannnn kalau korang nak tau, aksesori bollywood ni sangat la mahal kekdahnya.. aku tak mampu, jadi marila kita DIY secara sederhana dan bawak bawak sedar diri yang kita ni tak kaya.. 😂

segala perkakas ni semua aku beli kat kedai eco kecuali gelang india tu apa ke nama entah, tu kak yana belikan untuk aku.. mahal oi seketul tu.. 😓

setelah berhempas pulas sampai sakit jari, ni la hasil pertama.. ni nak letak kat dahi, orang panggil tikka kot.. haha.. boleh la dari takde.. 😂

dan ini hasil kedua.. ni nak buat harness bracelet tapi aku buat simple simple je sebab nanti nak pakai henna lagi.. taknak sarat sangat macam nak kahwin dah gayanya.. 😅
harness bracelet ni gelang yang bersambung dengan cincin.. harap korang boleh bayangkan la bentuknya macam mana..

punya banyak beli perkakas, sekali hasilnya dapat dua je.. haha.. aku DIY amek situ sikit, amek sini sikit tu yang dapat dua benda je.. ok la tu kan.. nanti tengokla macam mana aku pakai.. on ke tak on.. bollywood ke ke laut.. 😂😂😂

bye!
xoxo

shopping di guardian

assalamualaikum

petang semalam keluar niatnya nak ke karnival buluh gading, tapi tak jadi memikirkan kat situ padat dengan manusia tambah lagi cuaca panas.. kesian pulak kat sofia.. jadi aku pilih nak ke tempat berhawa dingin iaitu giant.. 😁 dalam giant tu ada guardian, entah la rasa macam tertarik nak ke guardian sebab dah lama sangat aku tak shopping barang mekap.. busy dengan diet je.. 😅

sementara aku pilih belek barang dalam guardian tu, suami aku berpeluh berkejaran dengan sofia..  budak kecik tu semakin lasak sekarang.. haha.. alhamdulillah.. syukur sangat dikurniakan seorang suami yang sangat memahami isteri.. 😂 bagi peluang kat isteri untuk me time sekejap walaupon kejap kejap sofia datang kacau.. 😆

ni hasil setelah setengah jam berhempas pulas melawan nafsu shopping..😆
perfume inspired by gucci flora RM 7.65
maskara maybelline magnum big shot RM19.15
micellar water loreal paris RM14.90
semua harga di atas after less kecuali micellar water tu.. tak pasti pulak ada less ke tak.. haha

tak banyak pon aku shopping setelah berjaya menyekat nafsu untuk shopping banyak banyak.. aku tak tau pulak guardian tengah sale sekarang.. bila bagitau kat member member kengkonon nak hebohkan pasal sale ni sekali diorang jawab sale dah lama berlangsung.. apakah aku telah ketinggalan zaman? 😐 jarang sangat terjadi, biasanya kalau pasal sale aku antara orang terawal tau.. faktor usia la kot.. 😂

perfume ni puas hati beli sebab wangi sangat.. harga asal aku lupa berapa, tapi boleh dapat dengan harga murah ni sangat berbaloi la! kalau banyak duit aku rembat sampai 10 botol.. haha

maskara maybelline tu baru je pakai tadi, sangat best! rasa ringan macam tak pakai maskara pon.. yang macam ni aku suka! boleh bagi 5 bintang.. disebabkan harga murah jugak aku rembat.. dan kalau aku kaya boleh rembat banyak banyak.. masalah sekarang aku tak kaya pon.. 😆

micellar water loreal paris tu pulak memang aku dah guna sebelum ni.. tapi yang botol colour biru ni baru nak try.. sebelum ni guna yang colour pink.. sangat serasi dengan muka aku.. paling best lepas remove mekap, kulit muka rasa lembut dan lembab! tu yang colour pink la.. yang colour biru ni harap sama jugak resultnya macam colour pink.. 😁

total habis duit semalam RM46.90 termasuk palstic bag guardian yang berharga RM0.19 dan jugak seketul barang suami..

bye!
xoxo

berhuha - horay di KFC

assalamualaikum

setelah sekian lama merancang, akhirnya semalam jadi jugak kitorang geng GG ni melepak kat KFC.. memandangkan tiga orang yang birthdaynya jatuh bulan september termasuk aku la tu, jadi kitorang sepakat nak makan sedap sikit la.. tiga orang tuan punya birthday yang kena belanja.. enjoy la kitorang semalam walaupon KFC tempat budak budak katanya.. 😆

sebelum sampai kat KFC, singgah pasar ikan kejap.. si akma nak beli ikan.. sempat jela wefie kejap.. 😁
geng gegirls bertemakan colour merah.. 😄

wefie lagi kat KFC pulak.. 😆

ada jemput dayah jugak, dia sampai lewat sikit semalam..

dah siap makan tu berhuha kejap sambil sambil bincang pasal tema bollywood untuk jamuan akhir tahun nanti.. haha.. bukan selalu pon geng GG dapat kumpul semua macam ni.. riuh KFC semalam dengan suara kitorang.. bebudak sekolah kat meja sekolah perati je orang orang tua ni melepak.. kahkahkah..

enjoy sangat semalam sampai lupa la pasal diet.. hari ni kena kembali ke jalan yang benar la.. sebelum tenggelam di laut dalam.. 😆 lepas ni nak makan kat mana pulak? tunggu.. haha

bye!
xoxo

throwback~ jamuan akhir tahun 2018

assalamualaikum

alang alang tengah amek mood untuk majlis akhir tahun ni, aku nak throwback sikit la pasal jamuan akhir tahun yang tahun lepas punya.. tahun lepas tema 60an.. dua bulan sebelum majlis dah kalut bincang nak pakai baju apa, aksesori macam mana, busy buat research.. hari hari datang sekolah cakap pasal tema 60an.. 😆

majlis jamuan akhir tahun untuk tahun 2018 diadakan di TH Hotel, Kuala Terengganu.. majlis start pukul 2.00pm tapi aku sampai lambat.. sebab kalut duk bermekap, iron baju bagai.. nasib baik boleh tumpang bersiap kat kuarters dak mira.. haha.. ok la taknak bebel panjang, aku belanja gambar sikit ok.. 💁

nah OOTD aku.. nak kata saloma bukan.. PA saloma boleh la kot.. 😂

ni baru betul saloma.. aku PA dia.. haha

mekyana my bff

ramainya samseng kampung dusun 😆

alhamdulillah.. aku menang award kategori AKP paling sporting.. berbaloi la beli bulu bulu pink tu.. 😂

disebabkan majlis ni tahun lepas, banyak benda aku dah lupa.. haha.. setahun dah kot mana nak ingat.. nasib baik masih ingat aku menang award tu.. si saloma tu pulak menang award paling grand iaitu P.Ramlee mencari Saloma.. sampai sekarang orang panggil dia saloma.. nanti kalau menang lagi boleh jadi kajol pulak.. 😆

tak sabar nak tunggu majlis akhir tahun nanti .. tak sabar nak melaram dengan baju bollywood pulak.. ekeke..

bye!
xoxo

misi mencari baju bollywood

assalamualaikum

setiap tahun akan diadakan majlis jamuan akhir tahun untuk guru dan staff.. setiap tahun jugak ada tema tertentu.. kalau tahun lepas tema 60an, tahun ni tema bollywood pulak.. maka bermulalah misi mencari baju bollywood.. pening jugak la aku dibuatnya..

survey kat shopee, tapi macam tak yakin nak beli sebab takot tersalah size.. kalau besar boleh la repair balik.. buatnya dapat baju kecik, naya jugak.. survey offline je, jumpa la kat kamdar.. hari jumaat lepas sempat la ke kamdar kejap..

ni punjabi dah elok tapi takde lengan pulak.. boleh pakai inner tapi aku takde keyakinan yang tinggi sebab lengan sado.. 😆
gigih si yana kat belakang belek baju.. 🙊

ni pon sama punjabi jugak.. colour yang ni tak menarik hati sangat.. 😔

last sekali aku beli jugak punjabi yang macam gambar kat atas tu tapi colour bajunya purple.. harga asal RM69.90 lepas diskaun dapat RM55.. harga pon takde mahal sangat.. balik rumah try pakai sekali seluar ketat pulak.. nak duduk pon tak boleh.. 😂 fikir punya fikir akhirnya aku jual baju tu kat cikgu sekolah.. nasib baik dia nak beli..

terdetik di hati nak bukak almari, dan ternampak la baju punjabi colour merah yang kakak ipar aku bagi itu hari.. letak dalam almari sebab masa dia bagi tu baju tu tak muat dengan aku.. aku try la baju tu, sekali muat wehhhh.. datang idea nak pakai baju tu dengan skirt kembang.. wah kerlas gitu.. 😙

bila dah datang idea tu, laju laju contact sepupu aku mintak tolong dia jahitkan skirt.. nasib baik sepupu aku sanggup tolong.. 😅 so semalam balik dari kerja sempat la ke kedai gio, cari kain untuk buat skirt kembang.. fuhh lega~

lebih kurang macam gini la baju aku nanti.. 😅😅
harap cantik la aku pakai.. kalau model pakai semua nampak cantik.. 😣

settle bab baju, misi mencari aksesori la pulak.. eh kasut dengan handbag pon kena cari jugak! 😆 nanti aku update lagi..

bye!
xoxo

dapat hadiah birthday lagi

assalamualaikum

walaupon birthday aku dah lama berlalu tapi alhamdulillah, dapat lagi hadiah birthday.. terharu sampai rasa nak menangis.. 😅 seronok sebenarnya dapat hadiah walaupon hadiah dari kedai eco je.. 😆

kali ni dapat hadiah tudung lagi.. yeaa~!

tudung nealofar tu suami aku yang bagi.. dah bulan oktober baru nak bagi kat bini.. 😒 tapi takpe, bulan depan sempena birthday sofia i nak mintak lagi hadiah kat suami.. hadiah beranakkan sofia pulak.. 😂

tudung kekaboo tu pulak dak mira yang bagi.. hari khamis lepas sebelum punch card balik sempat dia hulurkan hadiah kat aku.. happy kemain nasib baik tak lompat bintang kat situ jugak.. aku tak mintak pon tapi kalau orang dah hulur aku terima je dengan hati yang terbuka.. 😆😆

bertambah lagi la koleksi tudung aku.. macam kena beli almari baru untuk tudung je.. 😏

bye!
xoxo

bergaya dengan baju murah

assalamualaikum

alhamdulillah.. sakit gigi aku ni beransur pulih.. semalam dah pergi klinik dan dah amek ubat antibiotik.. tak boleh nak cabut lagi la sebab masih bengkak.. tapi takpe, bersyukur sangat gigi dah ok, dah boleh makan macam biasa, dah boleh senyum gelak ketawa dan dah boleh membawang.. 😂 elok baik nak membawang pulak datang sakit balik nanti baru padan muka aku.. 😆

berbalik kepada tajuk entry.. bukan la kata baju mahal tu tak boleh bergaya, boleh sangat la tapi just nak share dengan korang, nak bergaya tak semestinya kena perabis duit beli baju mahal.. baju murah pon takde hal.. disebabkan aku ni bekerja di sekolah, jadi sangat sangat memerlukan baju yang banyak untuk dipakai.. setiap hari pergi kerja kena pakai baju kurung kotttt.. 😄

so, untuk bulan lepas aku beli la sepasang baju kurung moden.. tak mahal pon harganya cuma RM69 sahaja.. murah kan? berbaloi la beli sebab cantik.. dan paling penting baju tu dipakai oleh aku yang sedia cantik ni.. kahkahkah.. spisis perasan ni sikit sikit nak up diri sendiri.. *sis lapar pujian okehhhhh!

nah sis belanja OOTD.. ni gambar semalam punya tau.. pipi still bengkak, hari ni dah surut bengkak tu.. 😊

simple je baju ni, tapi aku suka.. takde la sarat sangat just ada lace je sikit bawah tu.. sesuai la untuk pakai pergi kerja kat sekolah.. tak over merelip merelap macam artis.. haa gittew.. tujuan utama beli baju ni sebab nak matchkan dengan tudung hadiah birthday.. tu je.. ekeke.. alasan sangat kukuh untuk beli baju baru.. 😚

baju murah, handbag murah? takde halllll! janji selesa.. hee..

p/s : OOTD dalam makmal pon jadi! 😆

bye!
xoxo

welcome back my bff!

assalamualaikum

ini cerita hari ahad lepas, disebabkan sakit gigi dan bengkak gusi, hari ni baru ada mood nak update pasal cerita ni.. bff aku ni cuti bersalin tiga bulan itu hari.. so hari ahad dia kembali bekerja la.. pagi pagi datang sekolah dah ajak bergambar.. sejenis yang pantang nampak camera memang macam ni.. 😆

welcome back akma! makin gojes lepas beranak.. 😆😆

dan jugak last day dayah di sekolah.. dayah cikgu yang ganti akma masa cuti bersalin..
oh dayah si baju purple..
bff tak cukup korum jugak sebab yana tak sihat.. mc pulak dia itu hari..

geng GG dah kembali meriah la lepas ni.. cadangnya hari ni nak pergi makan makan kat KFC sempena birthday geng GG bulan septemper tapi tak jadi pulak.. tambah pulak aku ni masih bengkak gusi lagi.. mujurla sakit gigi tu dah kurang sikit hari ni..

doakan aku cepat sembuh ye!

bye!
xoxo