parcel keriangan daripada blogger shikin razali

assalamualaikum

abang j&t datang semalam siap tanya tengah buat apa tu.. mentang mentang dah selalu datang rumah hantar barang aku, bukan main ramah tamah sekarang.. haha.. belek belek parcel nampak nama wahhh ini parcel keriangan daripada blogger shikin razali.. ihiks.. terus bersinar sinar mata tanda keriangan yang terbit dari hati.. tak payah terbit sangat boleh kot.. 😆

first time dapat hadiah sebagai top commentator sebab aku kadang tak sempat nak tinggal jejak kat blog kawan kawan.. ni dikira sangat bertuah..

yea~ dapat sheet mask dan jugak eye mask! nanti boleh manjakan muka.. 😚

dapat bekas cantik ni.. cantik betol lahai ni baru bersinar mata tengok.. hihi
boleh letak bunga baru berseri sikit.. 😄

thank you so muchhhhh blogger shikin razali bagi hadiah ni.. alhamdulillah rezeki dalam dunia blogging.. semoga shikin sentiasa dimurahkan rezeki.. aamiin!

bye!
xoxo

17 comments:

  1. Tahniah Sis..

    Blink2 hadiah..

    Mask tu makin cantek la dak ezy nnt

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..
    Tahniah,dapat rezeki barangan dan kegembiraan

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Memang betul-betul memberi keriangan..
    Tahniah sis..

    ReplyDelete
  4. Wahhh tahniah ezy... cantik hadiah yg dapat

    ReplyDelete
  5. Wahh tahniah! boleh la buat sesi spa di rumah nanti hehe

    ReplyDelete
  6. cantiknya botol tu... tahniah ezy

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..rezeki sampai ke alamat yang betul. Tahniah Ezy. Cantik bekas tu.

    ReplyDelete
  8. Tahniah, Ezy. Selamat merawat dan memanjakan wajah.

    ReplyDelete
  9. Bagusnya awak rajin komen. Ammi ni kadang2 leka baca pastu lupa komen hahaha

    ReplyDelete
  10. congrats!!! rajin blogwalking.. baru nak start balik ni...mengaktifkan diri balik.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, selamat sampai hadiah akak pada awak.. hihi selamat ber 'spa'...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!