eco shop haul yang tertangguh

assalamualaikum

bersiaran langsung dari workstation sendiri

settle kemas workstation sambil sambil makan update seketul entry pasal aku terjah kedai eco itu hari.. tapi serius la walaupon penat mengemas aku happy sangat sebab dapat buat kerja kat tempat sendiri.. seindah mana pon tempat orang, lagi selesa kat tempat sendiri kan.. ihiks.. menyanyi riang hati kecil ku ini..

ok jom tengok apa aku memborong kat kedai eco!

apa apa jela aku beli ni.. kehendak melebihi keperluan.. 😅

1. pokok tiruan beli untuk jadikan hiasan dalam bilik.. naik seri la sikit bilik aku yang suram tu.. memang aku tak berapa suka bunga sebab tu suka beli pokok tapi tak reti nak tanam pokok hidup.. 😁

2. notepad ke apa benda entah tu sebab comel aku beli.. boleh la sekadar nak menconteng conteng apa yang perlu..

3. mainan sofia wajib beli walaupon murah dia tetap happy selagi benda tu namanya mainan.. haha

4. headband comel telinga rabbit untuk sofia jugak walaupon dia tak mintak tapi sebab comel aku beli.. see pantang nampak benda comel semua nak beli.. 😆

5. frame gambar ni kena beli dulu, nanti berguna di masa akan datang.. hanya perempuan je faham situasi ni.. 

sedap betol benda alah ni tu aku repeat beli untuk kali ke lapan ratus..

sofia suka sangat makan kuih pau jadi aku beli buat stok.. dia mintak nak makan, kukus je kejap dah boleh ngap! semua dah rasa, semua pon sedap weh! tapi sizenya kecik comel je berpadanan dengan harga RM2.10 satu pek..

kuih bulan ni selalu jugak beli tapi kali ni nak try rasa durian dan coklat.. yang durian tu sedap jugak tapi rasa durian tu di hujung hujung je tak kuat sangat..

yang ni beli tapi tak terbuat lagi.. ada je tersimpan rapi dalam kabinet kat dapur.. 😅
dua dua ni memang sedap dan paling penting senang nak masak.. hehe

akibat terlalu happy update blog kat workstation sendiri sampaikan otak aku jem sikit nak mengarang ayat.. asalkan blog aku terupdate sudah.. banyak lagi entry tertangguh ni.. haha.. ok la aku nak sambung mengemas makmal..

bye!
xoxo

20 comments:

  1. Haaaa.. memang seronok pergi eco ni, hari tu sy pergi eco plus, hampir seratus terbang 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. konon nk beli 1 brng je. skali kuar abs la duit terbang beratus.. haha

      Delete
  2. Kita jarang pegi eco.. Rsnya br 2 ke 3 kali jejak.. Msk situ mcm tetiba x tau nak beli apa haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. limited edition ni masuk eco xtau nk beli ape.. haha

      Delete
  3. Tepung pancake tu jgn jadi tukun je dlm cabinet pulak nanti tau mommy

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkih.. rsnya esok blh buat pancake kot utk breakfast

      Delete
  4. Dah masuk Eco kemahuan melebihi keperluan itu sudah pasti. Jarang masuk Eco sebab MR DIY dekat lagi. Untuk Sofia memang wajib ada, kan..Nanti merajuk Sofia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sni dua2 dekat.. ke kanan eco ke kiri mr.diy.. haha..
      sofia mmg akn mtk mmg menangis la dulu kalo xbeli mainan..

      Delete
    2. Hahaha..besar dugaan tu tak tahu nak kekiri ke kekanan pusing.

      Delete
  5. Kedai berhantu, masuk nak beli 2/3 barang je, sekali keluar berplastik plastik hahaha.

    ReplyDelete
  6. Yaaa.. tengok barang comel, memang terdorong rasa nak beliii ajeee.. Kann

    ReplyDelete
  7. Pergi eco memang tak keluar dengan banyak barang, tak sah! Akak cari kuih bulan tu, jumpa yang Teratai je. Perasa lain dah habis.

    ReplyDelete
  8. best pergi eco ni , setip barang nak dicapai masuk dalam raga ,sedar-sedar dah penuh

    ReplyDelete
  9. suka pegi kedai eco sbb mcm2 ada & memang confirm terjebak la .. he he he...

    ReplyDelete
  10. tak pernah try kuih bulan tu.
    Pancake tu sedap dan dimsum tu pun sedap !

    ReplyDelete
  11. Eco ni memang berhantu. Hahah masuk mesti tak keluar2

    ReplyDelete
  12. shida kalau kat eco shop..jrg beli makanan..kdg2 keropok pun mcm bisan pula hahaa ^_^

    ReplyDelete
  13. rajin betul menyinggah kedai eco ya ;-)

    ReplyDelete
  14. Eh!! Ada eh pau dengan siew mai tu.. Nape kat tempat Sha tak ada..
    Kuih bulan dia not bad lah.. Rasa durian dengan coklat tu tak ada pula jumpa..

    ReplyDelete
  15. tak pernah pulak nampak dumpling kedai eco tu. nanti nak try jugak lah

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!