assalamualaikum
aku dan suami memang satu negeri tapi daerah lain lain.. sepanjang PPN fasa satu dan fasa dua kitorang tak boleh rentas daerah untuk balik kampung.. walaupon itu hari aku dah lengkap vaksin tapi suami pulak masih dalam tempoh berpantang 14 hari.. ngam ngam dia habis pantang, sehari dua lepas tu terengganu pon masuk fasa tiga jadi boleh rentas daerah dah.. berdesup balik kampung suami..
orang paling excited nak balik kampung mestila sofia.. dia dah rindu sangat kat atok dia tu.. last jumpa sebelum raya puasa.. memang excited la budak kecik tu dah berbulan tak jumpa.. dalam kereta bukan main menyanyi nyanyi dia gembira punya pasal.. elok sampai kat rumah atok sofia, hujan turun dengan lebatnya.. maka mereput la kami dalam rumah sambil makan makan..
kesian dia tak boleh main kat luar.. main colour colour buku doraemon jela ye anak.. 😄
sebelum tu sempat singgah kat rumah kakak aku kejap amek kopi ni nak try rasa.. anak saudara aku yang jual.. fuhh sedap betol! rasa kopi creamy creamy memang padu..
aktiviti kitorang balik kampung itu hari borak-makan-borak-makan sampai la menginjak ke waktu asar.. memang tak dapat buat apa sebab hujan lebat sangat pakej sekali dengan guruh dan kilat.. nak layan tv pon tak boleh.. sabar jela.. lepas solat asar kitorang gerak balik.. tak dapat nak tidur sana esoknya suami aku kerja.. tak dapat nak berlama lama tapi takpe la asalkan dapat jenguk orang tua kita kira syukur dah tu.. lain kali boleh balik kampung lagi.. 😉
sebelum sampai rumah, singgah taman kejap sofia nak bergambar katanya sebab pakai baju cantik matchy matchy dengan mommy.. ihiks.. menurun perangai siapa lagi kalau bukan perangai maknya.. kehkehkeh.. suka sangat la bergambar kalau pakai cantik cantik.. alahai anak..
anak dara sorang ni kalau boleh semua benda nak sama macam mommy.. beli baju sedondon senang.. 😆
walaupon kisah balik kampung macam gini je tetap nak abadikan dalam blog.. untuk kenangan akan datang.. kadang kalau bosan belek blog sendiri sambil tunjuk gambar kat anak.. ada la modal sikit nak story kenangan dulu dulu kat anak.. 😁
untuk korang yang tak dapat rentas negeri nak jenguk mak ayah, sabar ye.. insyaAllah nanti dapat balik kampung.. kita doa sama sama semoga kita semua berkesempatan untuk jumpa dengan orang orang yang kita sayang.. aamiin.. 💗
bye!
xoxo
bestnya..dah boleh balik kpg...
ReplyDeletesuka tengok mommy & girl kecik sedondon..sweet!
Alahai! comelnya sedondon-dondon gitttewww...
ReplyDeleteSamalah dengan Mrs. A bila boleh rentas daerah aje terus berdesup balik kampung dulu ngeh! ngeh! ngeh!
dah pandai nak melawa dak kecik tu ye.
ReplyDeleteyelah ezy, dah lama tak balik kampung rugilah kalau tak letak kat blog
Alhamdulillah dapat peluang jumpa mak ayah.
ReplyDeleteComel je berbaju sedondon dua beranak ni :D
Wah krmbar baju seronok tgk sedondon. Bestnya balik kg
ReplyDeleteAlhamdulillah, dah boleh rentas daerah jenguk family di kampung kan. Terubat juga rindu, boleh jumpa depan-depan :)
ReplyDeleteuntung kawen satu negeri.. aku dulu susah sebab kampung suami di perak. sekarang dah senang sbb mentua serumah. tapi aku pulak yang jarang balik sebab PKP.
ReplyDeleteAlhamdulillah boleh jugak balik jenguk kampung..
ReplyDeleteseronoknya ezy dah dapat balik kg..shida belum lg..tak lgkap lg dua dos huhuu
ReplyDeleteWah seronok si kecik ye dapat balik kampung. Kami hari tu pun baru balik rumah in law . Rentas daerah je. Tapi suami baru complete 2nd dose
ReplyDeletealhamdulillah...seronok dpt balik kg kan.
ReplyDeletebestnya dapat balik kampung! Air tu nampak sedap sangat!
ReplyDeleteseronoknya kan yang dapat senegeri dengan family, bila-bila boleh balik... huhuuhuhu
ReplyDeletesuka tgk ezy dengan anak dara berbaju sedondon tu
bestnya, bila la bole rentas negeri, dah lama sgt x balik
ReplyDeleteBestnya dapat balik kampung..
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat juga jengah balik. ada hikmahnya hujan, dapat jugak berlama lamaan berborak panjang. Hehe..menurun perangai mak sangat Sofia ni. Suka OOTD macam mommy. Macam sedap je air kopi tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat merentas junpa ibu bapa kat kampung .
ReplyDeleteAlhamdulillah, sukalah sofia dapat balik kampung jumpa atok dia tuuu. Hahahaha gegirl memang selalu nak matchy matchy dengan mak nyaaaa.
ReplyDeleteComelnya dua beranak ni berootd sedondon! Suka akak tengok :)
ReplyDeleteyg belum lps utk balik kampung mesti geram je baca entry ni hehehehe
ReplyDeleteHalah.. halah.. comelnya sedondon camtu..
ReplyDeleteWah.. kopi.. ohsem..
anak perempuan memang suka matchy2 dengan maknya kan. Cantik baju tu
ReplyDelete