kasi redah jela

assalamualaikum

aku ni sebenarnya paling malas nak berurusan kat kaunter.. kalau aku malas, kau rasa yang kerja customer service tu rajin sangat nak melayan aku? kehkehkeh.. nak tak nak terpaksa redah jugak sebab kad bank aku dah hampir tamat tempoh.. sementara masih lagi berwork from home ni curi masa sekejap pergi bank..

memula aku pergi bank yang dekat dengan rumah.. pagi pagi dah semangat keluar dari rumah dengan harapan tak ramai la orang, sekali tengok fuhhh panjang betol barisan.. so aku patah balik, siap breakfast kat rumah tengah hari baru keluar balik.. pergi bank cawangan lagi satu dalam giant.. sampai sampai je fuhhhh panjang jugak barisan.. nak tak nak aku beratur jela sebab hari ni je aku ada masa nak tukar kad bank..

kesabaran yang tinggi diperlukan.. 😅
aku start beratur pukul 12PM

dapat nombor hampir pukul 2PM.. kau rasaaa?
ye hampir dua jam aku berdiri naik lenguh kaki woi!
dan urusan untuk tukar kad hanya 5 minit diperlukan..
mari menangis bersama sama.. 😕

demi sekeping kad yang sangat berharga aku rela.. nasib baik dah breakfast kenyang kenyang kat rumah kalau tak mesti jadi naga aku kat situ.. 😈 disebelah bank ni ada kedai big apple.. masa beratur tu dah aim lepas settle je urusan ni aku nak jugak beli kopi kat situ.. upah untuk diri sendiri sanggup berdiri selama hampir dua jam.. ihiks..

so dapat la hazelnut latte tanpa gula.. 😋

walaupon agak kepenatan beratur tapi lega sangat rasa sebab dah settle tukar kad.. alang alang dah keluar ni kan sebelum balik rumah sempat je aku menyinggah kat kedai eco.. beli stok makanan sikit dan barang barang lain.. rasa nak update jugak entry haul tapi tengok la kalau rajin.. kot takde idea lain boleh buat entry haul.. ekeke..

urusan urusan penting kat luar zaman pandemik ni memang mencabar.. macam mana la nanti nak hidup di fasa endemik dengan SOP macam macam.. harap kita semua diberi kekuatan dan ketabahan yang sangat tinggi..

bye!
xoxo

18 comments:

  1. Oh ramai tu, terima kasih kongsi keadaan sekarang ni. Moga dipermudahkan urusan kita semua inshaAlkah. Bagus reward diri dengan latte, sedap..

    ReplyDelete
  2. alamak kad bank islam saya pun expired bulan 10 tahun ni juga. malehnya nak pergi kaunter sobs

    ReplyDelete
  3. Kad bank PH pun ada satu yg dah expired, last month. Tak taulah bila rajin nak ke bank sbb setiap kali lalu bank2 nampak panjang je barisannya :(

    ReplyDelete
  4. memang boring betul kalau kena menunggu lama atau beratur panjang

    ReplyDelete
  5. Alamak, bila baca entri awak nie, akak terus teringat pada kad bank akak.. nanti nak check.. Sekarang nie memang kat mana-mana pun kena beratur, silap haribulan kalu tak sempat kena pergi hari esoknya.. nak buat camne, pandemik sekarang nie yang memaksa keadaan kita sekarang.. nak tak nak kenalah hadap...

    ReplyDelete
  6. bersabar ya ezy..biasalah semua skg kemana2 kena beratur..aduhai huhuu
    nasib ade coffee dapat la pujuk hati tu kan ^_^

    ReplyDelete
  7. Ramai bebenor yang beratur. Lama tak singgah kat Big Apple sejak PKP ni.

    ReplyDelete
  8. Bila kad ammi expired ntah.. Lupa pulak nak check

    ReplyDelete
  9. x kena buat app ek? kat sini semua urusan bank kena buat appt...tapi still kena beratur & tunggu turn jugak cuma x de la lama sangat... jenuh kan? btw upah tu..emm, menariks.

    ReplyDelete
  10. Mahu tak mencabar kena tunggu lama untuk proses 5 minit cuma tu. Memang kena bekal semangat kesabaran yang tinggi betul. Mujurlah ada big apple situ dapat jugak upah diri sendiri. Terus rasa nak check kad bank bila expired. Penting ni.

    ReplyDelete
  11. Pemandangan biasa di kaunter bank pada masa PKP queue forever panjang.
    Terus check kad bank Mrs. A tadi hahahaa cimb dengan maybak oct 2022 expired ada masa setahun lagi huhuhuu

    ReplyDelete
  12. Mama pun sejenis mala's nak beratir kat kaunter melainkan terpaksa huhuu

    ReplyDelete
  13. aku hari tu bulan 7 kad expired. beratur luar tau tengah panas. 3jam setel. demi sekeping kad. kalau tak, memang takdenya nak g beratur kalau setakat urusan nak kluarkan duit mmg takdenya nak bratur. tp sbb klau tak tukar kad, kad takleh guna,nak taknak aku beratur la jugak..

    ReplyDelete
  14. aduh zaman pandemik ni memang mencabar. renew lesen ke apa buat lama-lama sikit supaya berbaloi spend masa beratur

    ReplyDelete
  15. Memandangkan zaman covid sekarang ni memang malas la nak bersesak2 dengan orang ramai

    ReplyDelete
  16. Aduuu lama gila beratur tunggu nak dapat nombor, saya punnn nak pergi tukar card bank jugak ni sebab tamat tempoh bulan 11 ni. Malasnyaaaa nak pergi >.<

    ReplyDelete
  17. kalau 2 jam tu sy mau dah guling2 atas lantai kt situ heheehe

    ReplyDelete
  18. sama lah kita, memang menyampah betul kalau kena pergi ke kaunter haha

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!