sofia grad pra 5 tahun!

assalamualaikum

tahun ni sofia baru masuk 6 tahun, belum pon tamat pra sekolah tapi dah dapat gambar graduasi.. tahun lepas ada la cikgu dia bagi info suruh pakai kemas kemas untuk sesi bergambar ni.. mungkin nak meraikan semua murid tak kira 5 tahun mahupon 6 tahun.. bila gambar tu dah siap, sofia bawak balik la.. aku tengok kemain comel anak dara aku ni.. haha puji ank sendiri.. eh biarla anak kita.. 😝

comel macam mommy 😊

bila post gambar ni kat facebook ramai yang ucap tahniah.. begini rupanya perasaan mak mak bila anak dah grad walaupon hanya grad pra 5 tahun.. ihiks.. tahniah anak mommy berjaya habiskan sesi persekolahan ni walaupon banyak ragam dan drama sepanjang tahun.. nanti masuk pra 6 tahun tak tahu la drama apa lagi yang akan jadi.. bertabah jela mommy.. 😅 semoga anak mommy terus sukses dan dapat banggakan mommy papa.. 😊

eeeeee comel sangat kenapa!!!!
obses dengan anak sendiri..

bye!
xoxo

majlis graduasi

assalamualaikum

hujung hujung penggal persekolahan ni banyak la sekolah adakan majlis graduasi.. untung budak budak sekarang kan, tak perlu tunggu nak pegang diploma ijazah, dah boleh merasa pakai jubah convo.. kakak kau dulu, struggle belajar tiga tahun kat politeknik baru la merasa pakai jubah convo tu pon takde topi.. sadis betul.. tak boleh nak photoshoot campak campak topi.. 😆

lepas cuti chinese new year itu hari, sekolah aku adakan majlis graduasi.. untuk majlis ni memang ditetapkan tema iaitu emerald green tapi diwajibkan untuk perempuan pakai tudung emerald green dan lelaki pulak tali leher emerald green.. ikut fahaman aku, baju tu tak kisahla warna apa asalkan tudung ikut tema.. so aku pun belila baju berwarna hijau muda dan elok je parcel baju tu sampai, baru aku dapat info yang baju kena ikut warna yang ditetapkan iaitu colour mustard.. baju dah beli, enjoy jela kan.. 😏

ni namanya baju kebarung khalsom by colorblast closet.. fall in love dengan design baju ni bagi effect slim dan tiba tiba cantik.. kehkehkeh
tudung tu raya haji punya beli kat booth dalam ktcc mall.. handbag murah beli kat tiktok shop.. hee

wefie satu kali

walaupon baju aku agak lari tema tapi tetap kena jalankan tugas.. kehkehkeh.. untuk hari majlis tu aku ditugaskan di bahagian pendaftaran bersama empat lagi kawan kawan yang lain.. sambil sambil tunggu kehadiran ibu bapa, sempat la menjenguk ke gerai sebelah.. ada jual pelbagai jenis dessert dan jugak bouquet.. kan dah cakap budak budak sekarang banyak untung, grad tingkatan lima pon dapat bouquet dari family.. kakak kau dulu tak dapat apa apa, tapi dapat banggakan umi abah dengan segulung diploma je.. eh tiberr! gurau je dik.. gurauuu.. 😜

oh lupa, majlis ni diadakan pada hari sabtu.. gigih la kan hari cuti kena bangun awal pergi kerja.. rugi masa tidur aku diwaktu cuti.. apakan daya aku hanya menjalankan amanah.. haha.. majlis selesai dalam tengahari gitu, lepas tu dapat la lunch free nasi beriyani.. sebelum gerak pergi makan ada la cikgu offer bagi pinjam jubah.. aku pon apa lagi, rebut peluang yang datang tanpa fikir panjang.. dioffernya pulak nak tolong amek gambar.. ini baru kena dengan peribahasa bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal.. boleh? haha

akhirnyaaaa dapatla kakak kau merasa pakai jubah convo untuk kali kedua beserta topinya sekali.. cuma sedikit terkilan sebab lupa nak posing sambil campak topi ke awan.. 😆
boleh la ni buat rasa rasa.. ihiks

bye!
xoxo

random aktiviti cuti CNY!

assalamualaikum

banyak aktiviti jugak cuti sekolah sempena chinese new year itu hari.. kebetulan pulak dapat gaji awal + dapat bonus.. syukur alhamdulillah.. bawakla sofia pergi shopping kat mall.. memang cadangnya nak habiskan sikit duit bonus untuk beli baju dia.. memandangkan baju aku je banyak, kesian jugak kat anak dara sorang tu.. kehkehkeh.. dasar mommy tak sedar diri.. 😆

lepas tu bawakla kakak aku yang baru balik dari selangor pergi makan makan.. tau je aku dapat bonus sibuk jugak nak mengepaw.. takpe la sekali sekala belanja makan, jangan mintak hari hari botak kepala aku.. 😝 bawak dia ke cafe jiwa kopi & bingsu.. anak aku pulak sibuk nak makan kfc, so sebelum ke cafe tapaukan kfc dulu untuk dia..

sedapnya mengopi

dah kenyang dia makan kfc dalam kereta, mintak nak rainbow cake pulak.. 
dia memang obses dengan rainbow 😏

next day pulak adik aku dari selangor balik.. petang tu ajak cari makan.. bawak la ke pantai teluk ketapang.. tapi agak kurang bernasib baik sebab banyak gerai dah tutup.. masa tu dah petang sangat dah pun.. lepas tu bawakla pulak ke pulau warisan.. kat situ memang syurga makanan.. cakap je nak makan apa, semua ada.. memborong la makanan kat situ..

the cousins
budak berdua ni kadang baik kadang bergaduh..

the next next next day pulak ada kenduri.. pagi tu ke kenduri dulu lepas tu ajak suami aku pusing pusing bandar.. kebetulan ada barang aku nak beli kat kedai buku.. lepas tu adik aku whatsapp ajak ke rumah kakak aku pulak kat bukit payung.. melepak la kat sana sambil bergosip anak beranak..

mak-mak-anak sepupu

dah penat bergosip, adik aku ajak pulak ke bandar baru kuala nerus.. maklumla dia kan jakun kat kampung sendiri.. tu la sibuk je ajak aku ke situ ke sini.. kehkehkeh.. jarang jarang dia balik kampung so kita layankan jela.. paling happy budak budak la, dapat main jumpa sedara mara.. kita yang dah tua ni tumpang happy sekali.. haa gitu.. 😃

mak-mak-pak-anak sepupu

kemain ramai umat manusia kat bandar baru kuala nerus ni.. dulu masa mula mula tempat ni buka, ada la manusia dua tiga ketul.. sendu jangan cakap la.. sekarang bukan main meriah.. macam macam gerai jualan ada.. tempat baru nak membangun, elok jugak kita tolong majukan tempat ni.. kehkehkeh.. memasing dah penat sorang sorang buat perangai, haa jom la kita balik..

gambar tak banyak, ni je yang ada.. aku rasa itu hari bukan main posing sakan.. ni mesti adik aku delete.. dengki betul tengok gambar aku cantik, gambar dia buruk.. itu yang laju laju dia delete.. cehsssss!

bye!
xoxo

tanda aku masih wujud

assalamualaikum

weh korang! aku ni dilanda kebusyan betul la.. lepas je cuti chinese new year aritu, aku dah start busy kat tempat kerja.. dengan ujian amali sains lagi, program bermacam program kat sekolah.. ni baru rasa nak bernafas kejap.. lepas tu yang buat aku sakit hati, wifi aku ni macam nak kena sebat je.. tengah syok syok baca blog korang, tiba tiba line putus.. penat aku! 😒

nanti cuti sekolah aku rasa baru boleh bertenang.. insyaAllah nanti aku update lagi.. banyakkkkk benda nak cerita kat korang.. korang tunggu tau! ihiks.. terasa macam orang nak tau sangat kisah hidup kita, padahal kita berangan sorang sorang konon ada peminat yang ramai macam artis.. 😆

jaga diri korang semuaaaaaaa! jumpa nanti!

bye!
xoxo

sekadar throwback : year end event! whitegrey 2022 😍

assalamualaikum

macam biasala seorang ezy kalau lama tak update blog, dia throwback jela mana mana kisah yang tertinggal kat belakang.. ini kisah yang terjadi bulan disember itu hari.. mujur jugak tak throwback kisah januari tahun lepas.. kehkehkeh.. event besar macam ni paling dinantikan setiap tahun.. dapat tahu je tema gigih la aku mencari baju.. mula mula tema white silver, lepas tu tukar ke white grey.. mungkin susah nak cari colour yang betul betul silver.. aku dah order tudung silver, redha jela sebab grey dengan silver tak jauh beza pon.. ihiks..

my outfit 💓
blouse : zanzea shopee
tutu skirt : kedai dalam ktcc mall
tudung : tiktok shop
kasut : kedai kasut dan's
handbag kecik : shopee
headband bunga : shopee

pagi kerja macam biasa, event start pukul 2.00 petang.. tengahari tu aku bersiap kat sekolah je lepas settle semua terus gerak ke tempat event di Quinarra Al-Safir Resort.. sampai sampai je dah kecekak kecekak dua tiga ketul ambil gambar OOTD.. lepas tu baru sibuk daftar, masuk dewan.. sementara tunggu kawan kawan lain sampai, duk kecekak kecekak pulak kat photobooth berhampiran pintu masuk dewan.. 😅

my bigboss yang sangat sporting 😊

beramai ramai dengan kawan kawan..

gambar kat photobooth ni banyak sangat tak larat nak letak satu satu.. sejenis yang suka bergambar, dengan sape sape pon yang lalu situ aku ajak bergambar.. kena cipta banyak kenangan, mana tahu nanti dapat tukar sekolah, ada jugak benda nak dikenang.. ihiks.. comel kan aku? eh tibeerrrr..

bila semua dah ada, barula majlis bermula.. sebelum boleh makan, ada sesi potong kek birthday dulu.. tak sangka pulak aku salah seorang yang terpilih untuk naik ke pentas bagi sesi potong kek ni..

lepas potong kek, sesi suap menyuap kek.. maaf ye kawan kawan, kami yang terpilih ni dapat rasmi makan kek dulu.. kehkehkeh

lepas tu baru la boleh makan.. macam biasa sambil sambil makan tu ada sesi penyampaian hadiah dan jugak cabutan bertuah.. cabutan bertuah ni ada tiga pusingan.. pusingan pertama semua dapat, hadiah pon biasa biasa je.. untuk pusingan pertama guna sistem nombor.. nombor yang disebut beratur je kat tepi stage untuk tuntut hadiah.. kaedah macam ni digunakan untuk jimatkan masa ye.. hehe.. pusingan kedua pon semua dapat hadiah tapi hadiah macam wow sikit.. last sekali pusingan ketiga.. yang ni untuk hadiah grand tapi maafla seorang ezy tak pernah bertuah dapat hadiah grand.. menangis kat bucu katil..

makanan semua okay tapi untuk datang makan lagi tu aku rasa tak la kot.. ihiks..

tengah makan pon cantik eh pehal budak ezy ni.. 😝

dapat hadiah main bola jaring walaupon tempat keempat.. 😅

hadiah cabutan bertuah pusing kedua dapat sejadah hasnuri.. alhamdulillah

majlis berakhir dengan perlantikan KKGS yang baru untuk tahun 2023.. aku memang tak terpilih sebab tahun 2021 dah jadi AJK.. mana mungkin kena lantik banyak kali dalam masa terdekat.. tahniah semua yang terpilih.. harapan aku untuk tahun 2023, majlis akhir tahun nanti pastikan makanan tu sedap.. walaupon aku ni makan sikit sibuk bergambar je banyak tapi nak jugak tekak ni merasa makanan yang super sedap.. kehkehkeh..

alhamdulillah.. selesai majlis akhir tahun yang cukup meriah! hadiah pon best best tapi tu la tetap tak dapat hadiah grand.. takde rezeki kau la ezy.. ihiks.. semua sporting ikut tema yang ditetapkan.. macam biasa sebelum masing masing balik sambil kelek hadiah, jom la bergambar barang seketul dua..

LeBESTians 2022

geng staff tapi tak cukup ahli.. 😅

fuhhh lega dapat habiskan entry ni.. bukan senang ye nak ingat kembali apa yang berlaku lepas tu nak karang ayat bagi sedap dibaca.. berjam jugak aku duk melangut siapkan entry ni sambil sambil belek handphone cari idea.. akhirnya siap jugak.. selamat membaca!

bye!
xoxo

sekadar throwback : movie time!

assalamualaikum

si sofia duk berzikir kat telinga mommy nak tengok movie mechamato.. kesian jugak kat anak aku ni, sepanjang hidup lima tahun tak pernah lagi dia masuk panggung dengan mak bapak kandung sendiri.. sebelum ni dia pernah masuk panggung dengan pengasuh dia.. ihiks.. demi anak dara seketul ni mommy tunaikan permintaan dia.. happy la budak tu tapi sebenarnya mommy lagi excited sebab dah lama tak tengok wayang oi! 😆

17 Disember 2022, hampir sebulan yang lalu baru nak update.. maafkan saya.. 😅

gigih tiga beranak ni keluar awal dari rumah di hujung minggu kononnya nak dapatkan tiket awal sekali dah penuh.. tiket untuk pukul 11.45am ada jenuh nak melangut sebab dapat seat depan.. mahu habis movie tengkuk sakit.. kehkehkeh.. so kita amek la yang tengahari pukul 1.25pm.. kebetulan masa tu si robot mechamato ni ada mungkin diorang tengah buat sesi jumpa peminat.. suruh si sofia bergambar, dia tak nak.. katanya takut.. amenda la budak ni takut tak bertempat.. 😆

sudahnya bapak ko jela bergambar tu pon dari jauh.. masa ni mechamato dah bergerak nak balik.. ke nak masuk pangggung? entahla..

sementara nak tunggu waktu tayangan tu, kitorang pusing pusing mall dulu.. lepas tu masuk kedai buku SMO, lepak jela kat situ sambil sambil sofia main kat dalam tu.. nasib baik dalam kedai ada tempat kanak kanak main.. kalau tak mahu mati kutu nak tunggu pukul 1.25pm.. 😅

tanda hadir

movie ni memang best! part kelakar tu anak aku gelak kuat.. aduhla malu mommy, satu panggung dengar suara dia gelak.. kehkehkeh.. sejenis sofia kalau gelak memang padu.. kat rumah pon sampaikan jiran tergelak sekali dengar dia gelak.. 😆 sofia pon behave je dalam tu, dia memang layan betul cerita ni.. tak rugi bawak awak la sofia.. takde merengek ajak balik..

tak perlu promot banyak banyak pasal movie ni sebab aku yakin ramai yang dah tengok.. maklum la update lambat.. kehkehkeh.. movie ni memang terbaik la! siapa siapa yang tak berkesempatan nak tengok kat panggung, boleh la nanti layan kat tv.. okayyyy! 😉

keluar je dari panggung sofia mengadu lapar.. ajak makan dalam mall dia taknak.. katanya nak makan kat luar, nak makan pasta.. kemain selera kau ye anak.. nak western je.. so kitorang decide ke cafe hipstur jela yang berlambak kat terengganu ni.. pilih je mana berkenan..

nah untuk sofia! spageti carbonara.. lapar pulak tengok gambar ni.. 😁

bapaknya pulak order burger.. katanya nak try, aku cubit sikit wahhh sedap!

aku order hotplate.. masa ni perut aku tak berapa selesa, nak makanan yang panas panas je.. air pulak terpaksa order chocolate tak boleh minum kopi risau lagi teruk.. mintak hot chocolate takde.. heran pulak air batu ada air panas takde.. kehkehkeh

permintaan anak ni kadang tak besar mana pon tapi kita je lalai.. anak mintak nak beli mainan kat kedai eco je, tu pon tak boleh nak tunaikan.. aku bercakap untuk diri sendiri tau bukan tuju kat mak mak orang lain.. hehe.. terfikir jugak dalam otak ni, aku anak sorang je tu pon tak boleh nak tunaikan.. sebab tu seboleh bolehnya aku cuba nak penuhi setiap permintaan sofia.. tapi jangan berlebihan.. nanti anak pulak pijak kepala kita.. berpada pada dalam setiap apa yang kita lakukan.. haa gittew.. kadang kadang kena serious talk.. 😝

bye!
xoxo

eh dah tahun 2023 ye?

assalamualaikum

fuhhh berhabuk tebal blog.. lama betul tak update dari malaysia takde perdana menteri, lepas tu dapat perdana menteri ke sepuluh, dah masuk tahun baru minggu kedua baru terhegeh hegeh nak update.. tu pon lepas kena seru dengan cik hani.. kihkihkih.. ketahuila seorang ezy kadang kadang dia pemalas yang amat nak buka laptop.. 😅

masih belum terlambat kan? ihiks

sempena tahun baru ni, jom la imbau sikit kenangan di tahun lepas.. moment paling indah sudah pastinya satu malaysia terkejut dengan kehadiran satu syawal! kalau ingat balik memang kelakar.. sedih pon ada sebab tiba tiba dah habis ramadhan.. kelam kabut semua orang nak buat persiapan raya.. memang akan dikenang sampai bila bila.. 😊

tahun 2022 aku belajar tentang betapa pentingnya utamakan diri sendiri lebih daripada orang sekeliling.. kalau kita jatuh terduduk, percayala kita hanya ada diri sendiri untuk bangkit kembali.. aku jugak belajar untuk tidak hidup dalam pendapat orang lain.. apa kita buat, ada orang suka tak kurang jugak ada yang membenci.. tapi tak payah fikir cakap cakap orang begitu begini, buat je apa yang kita suka.. hidup tak stress, kita pon happy je sepanjang masa..

cukupla dulu bebelan untuk hari ni.. lain kali aku update lagi.. kehkehkeh.. ni pon update sebab nak bagitau followers, i masih wujud lagi dalam dunia ni.. 😆

bye!
xoxo