menu iftar untuk puasa ganti plus puasa sunat syawal

assalamualaikum

alhamdulillah.. hari ni dah selesai puasa ganti plus puasa sunat syawal.. so esok aku boleh raya lagi la kan? dah fikir menu.. maybe buat nasi kuning makan dengan ayam masak merah.. sedapnya.. 😋

kali ni aku nak share menu berbuka puasa aku selama enam hari.. sebelum ni ada share jugak menu untuk iftar tapi sempat share minggu pertama puasa je lepas tu aku ke laut dalam tak timbul timbul.. haha.. puasa enam hari ni pon aku buat intermittent fasting 23 jam dan jugak 24 jam.. sahur air masak je tu pon letak siap siap dalam bilik.. pukul lima pagi bangun teguk air masak lepas tu sambung tidur balik.. buruk betul perangai.. 😂

hari pertama : mee fatboi goreng dan mangga float letak aiskrim vanilla

hari kedua : wrap telur, latte dan anggur.. tu buah anggur yang lama sangat duk dalam peti ais dah rupa buah kurma aku tengok.. 😆

hari ketiga : sandwich ayam, sky juice dan strawberry

ni rupa sandwich ayam dari tepi.. tebal la jugak dah macam burger.. haha

hari keempat : creamy pasta, ayam bakar dan smoothie strawberry

hari kelima : mee goreng, sky juice dan oren

hari keenam : mee sup, pengat pisang dan susu pisang
last day kan spesel sikit ada dessert gitteww.. haha.. bukan aku yang masak pon, mak sedara aku yang bagi.. rezeki alhamdulillah.. hehe

kalau tengok menu menu aku memang takde nasi.. sejak diet aku jarang sangat makan nasi.. memang nasi tak salah, tapi aku risau kalau aku makan nasi jadi bertambah tambah nasi tu nak lagi kalau lauk tu sedap.. orang cakap mencegah lebih baik kan.. tu pasal aku tak makan nasi.. jangan kecam eh? 😜

rajin pulak aku update blog tiap tiap malam.. hehe.. semoga semangat berblogging ni kembali membara dalam diri aku..

bye!
xoxo

sedondon dengan rakan sekerja

assalamualaikum

memandangkan musim PKP 3.0 ni aku banyak bekerja dari rumah, pulak tu jadual kerja langsung tak sama dengan geng geng makmal jadinya sebulan kitorang tak bersua muka.. sobs.. rindu woi dengan kakak kakak makmal.. sebab rindu bertandang aku up entry ni..

sori la wajah kami terlalu mahal untuk dipertontonkan kepada umum.. kehkehkeh..
comel kan kitorang berbaju sedondon? 😊

untuk baju sedondon ni kitorang pakat beli kain batik viral yang sama corak.. harga untuk sehelai kain batik tu RM10 je.. dan ukuran sehelai kain batik dua meter.. untuk jadikan sepasang baju, kena ada empat meter kain.. kesimpulannya sorang kena beli dua helai kain batik.. haa faham tak? macam soalan matematik pulak aku rasa.. murah je tapi upah untuk siapkan sepasang baju tu mahal.. 😂

masa ni on the way ke kantin.. ada cikgu tegur wahh cantiknya baju sama.. sebagai upah dia kena amek gambar kitorang.. kehkehkeh
pakai mask dah cantik tapi lupa jaga jarak.. 🙊

kitorang pakat pakai baju sedondon sempena hari first day sekolah secara bersemuka lepas PKPB itu hari.. konon nak nampak cantik la.. tapi memang cantik pon kan? haha.. seronok jugak sekali sekala berbaju sedondon macam ni kat tempat kerja.. baru la meriah.. ingat raya je ke nak kena sedondon? 😁

rindu kakak kakak makmal.. 😌

bye!
xoxo

aidilfitri 2021

assalamualaikum

belum terlambat lagi nak update pasal raya sebab kita pon masih di bulan syawal.. alhamdulillah.. syukur dapat merasa sambut bulan syawal lagi tahun ni walaupon dalam keadaan sangat sangat bersederhana dan tiada kunjung mengunjung.. jap nangis bucu katil sebab aku beli baju raya banyak.. bukan main cakap bersederhana.. sobs.. ok sambung, tapi kena la bersyukur dapat jugak beraya.. hehe..

tema peach tahun ni ikot colour pilihan si sofia..

ni la family aku ada lapan orang adik beradik semuanya.. family kakak sulung aku je takde dalam gambar sebab dia memang tak suka bergambar.. 😅
walaupon jauh di mata, tapi dekat di hati..
semoga akan datang kita semua dapat beraya bersama sama seperti sediakala.. aaminn

dua syawal bertemakan emerald green..

aktiviti raya tahun ni sangat la menarik.. pakai baju baru lepas tu bergambar sampai handphone nak meletup.. nak ziarah tak boleh, pakai baju cantik cantik masuk dalam kereta pusing pusing jela.. lepas tu balik.. esoknya ulang benda yang sama.. haha.. tapi takpe, raya cara kita.. 😄

disebabkan aku terlampau excited nak raya, banyak jugak aku borong baju raya.. sampai ke hari ni pon masih ada lagi baju raya aku tak sempat pakai.. nak pakai pergi kerja? kerja pon sekali seminggu je diknon.. banyak bekerja dari rumah je.. simpan jela baju baju tu semua dulu untuk raya haji pulak.. 😆

selamat hari raya aidilfitri uols! maafla takde gambar menu raya nak dipersembahkan untuk korang.. tatap jela muka aku yang cantik tu ye.. kehkehkeh.. tiberr

bye!
xoxo