Showing posts with label racun shopee. Show all posts
Showing posts with label racun shopee. Show all posts

sale 6.6 punya penangan

assalamualaikum

dah pesan kat diri sendiri jangan buka shopee jangan buka shopee tapi tu la lagi dilarang lagi dibuat.. kehkehkeh.. kita ni sejenis mudah terpengaruh kalau dah cuci mata kat shopee tak kan takde beli apa apa kan.. sikit banyak ada la jugak tiga empat barang tercheckout.. ihiks.. jom tengok apa aku beli masa sale 6.6 itu hari..

dah lama aim nak beli keyboard comel-nak-pengsan macam ni, akhirnya dapat jugak beli.. itu hari ada beli dah tapi tak function so hantar balik kat seller.. rezeki dapat beli masa sale 6.6.. hee.. laptop stand tu pon dah lama jugak duk aim nak beli.. macam gini baru semangat nak update blog kan? 😚
link : laptop stand

kitonyo suko kopi.. ihiks

comel jugak kan pen ni? ada je kaler pink tapi lebih tertarik dengan kopi.. 😆
link : pen kopi

serius cakap aku beli cawan ni sebab ada teddybear je kat situ.. 😅

barang barang yang aku beli ni idokla mahal, total semua tak sampai pon seratus.. beli semata mata dapat free shipping kecuali keyboard tu je beli sebab harga murah dari harga asal.. so berbaloi ke tidak beli masa sale? bagi aku berbaloi je kot.. kalau pandai godek godek shopee tu silap silap dapat free je semua.. aku takla serajin itu nak menggodek.. dapat beli harga murah sikit pon happy dah.. kehkehkeh

bye!
xoxo

shopee haul~ versi pink colour

assalamualaikum

aku punya style la kalau nak naikkan semangat kerja aku akan cari stationery, notebook atau apa apa saja yang berguna untuk buat kerja yang berwarna pink.. sebab warna pink tu bagi mood aku happy dan semangat untuk bekerja berkobar kobar.. haa kemain warna pink mempengaruhi hidup aku macam tu sekali ye.. 😄

aku scroll shopee nak cari pencil case murah murah tapi nampak comel, lepas tu add on barang barang lain sekali sebab nak dapat free postage.. aku berkira sikit dengan postage ni nak free je manjang.. kehkehkeh.. total semua barang aku beli RM15 something so dapat la free postage.. kalau beli pencil case je, postage tu lagi mahal dari harga barang.. tak kuasa aku nak bayar lebih.. korang pon macam ni kan? baik ngaku! 😝

beli pencil case add on sekali keychain comel comel dan bunga crochet.. yang mouse pad tak add on sekali, beli kat kedai shopee lain.. hee
LINK KEDAI PENCIL CASE : https://my.shp.ee/6waz4X5
LINK KEDAI MOUSE PAD : https://my.shp.ee/t9k82py

memula check out pencil case and the geng dulu, lepas tu masa sale hari gaji baru la beli mouse pad.. dapat free postage laju laju check out.. semalam dua dua parcel ni sampai sekaligus.. lepas tu terbeli keyboard pink colour pulak yang tu tak posout lagi.. tak sabar nak tunggu parcel sampai.. 😅

aku ni dapat shopping barang barang murah macam ni pon dah happy, apatah lagi kalau dapat beli warna kesukaan kita, double happy jadinya.. korang suka warna apa eh? ada tak geng minat colour pink kat sini? give me five sikit.. ihiks..

bye!
xoxo

cawan air terapung

assalamualaikum

korang pernah tengok air terapung dalam cawan tak? tak pernah? huh lemahhhhh~! kehkehkeh.. ala gurau je jangan marah.. 😉 ni haaa aku nak meracun korang lagi.. aku beli cawan untuk kopi kopi kat tempat kerja tapi cawan tu harusla nampak aesthetic.. kalau buat video nampak wow sangat.. boleh je beli cawan kat kedai eco tapi aku nak cawan yang lain daripada kebiasaan.. 😁

comel tak? cantik tak? bergaya tak? cukup aesthetic tak? 😜
aku beli kat shopee.. beli pon seketul je cukup la tu untuk aku sorang..

dah tu kat mana air terapung nya? kau sabar jap.. kau sabar jap.. aku nak explain pasal cawan ni.. cawan ni aku tengok elok duk lalu lalang kat tiktok.. itu yang aku teracun lalu terbeli.. bila angkat cawan ni eh ringan je.. risau jugak kot kot pecah bila letak air panas.. tapi semalam dah test buat air kopi, alhamdulillah cawan ni tahan panas! sis suka! nah sis bagi 10/10 bintang! 😄

tadaa~ air terapung.. teruja tak kawan kawan? ihiks..
aku sorang je kot duk teruja kat sini.. 😆

untuk yang nak kan kelainan, boleh la try beli cawan ni.. untuk yang rasa macam tak berbaloi nak beli boleh terjah kedai eco.. kat sana cawan pon comel comel.. tapi itu la, citarasa masing masing.. raikan sajerrrrr!

bye!
xoxo

beli drawer besi ikea dan bekas tisu kat shopee!

assalamualaikum

lamanyaaaaaa rasa tak meracun korang shopping kat shopee 😜 aku duk meracun kat instastory je kadang kadang malas nak bukak laptop itu yang terabai je blog.. kihkihkih.. alang alang takde kerja nak dibuat, racun korang la kejap..

bergaya je kan bekas tisu aesthetic ni.. sis budak tiktok baru nak up, baru kenal binatang apa aesthetic tu.. kehkehkeh

aku beli bukan untuk rumah tapi letak kat workspace aku.. takde rumah sendiri nak mendeco deknon.. deco jela workspace yang sekangkang kera itu.. 😄 ikutkan boleh je beli bekas tisu kat kedai eco tapi biarlah.. aku nak jugak beli yang nampak macam aesthetic.. tak habis habis dengan aesthetic dak ezy ni.. kahkahkah

kacak sungguh drawer ni.. ihiks

dah lama mengidam nak drawer besi ikea ni, ada rezeki lebih dapat la beli.. yang ni pon aku letak kat tempat kerja.. boleh letak barang barang peribadi aku.. nampak la kemas sikit workspace tu dan tak makan ruang sangat.. sebelum ni letak rak kat belakang meja, tapi nampak serabut itu yang tukar letak drawer besi ni.. nanti aku update pasal workspace aku ni, sekarang dalam proses nak ubahsuai sikit sikit banyak benda lagi tak siap.. hee..

kadang kadang benda macam ni pon boleh buat aku happy dan bahagia.. semangat nak pergi kerja bila workspace kita cantik dan kemas.. ada orang berpendapat, ala tempat kerja je pon buat apa membazir beli tu semua, tapi pendapat aku pulak lain.. jadi raikan saja perbezaan ni.. yang penting tak guna duit orang.. 😝

bye!
xoxo

zanzea collection haul!

assalamualaikum

dalam dua minggu lepas kot ke tiga minggu lepas macam tu la aku ada order beberapa helai baju daripada zanzea.. saje nak try zanzea ni kan popular jugak.. siapa je tak kenal zanzea kan? hehe.. koleksi zanzea semua cantik cantik kot, bukak je kedai kat shopee fuhhh rambang mata.. semua nak dibelinya.. 😅

aku grab empat helai je ni pon dah habis RM150 lebih kurang.. berbaloi sebab murah dan berkualiti.. yang penting sedap mata memandang.. 😁

ala baju ni tak nampak full.. tak sempat nak OOTD dengan baju ni.. 😅

*pic from shopee
ni rupa sebenar baju tu.. macam baju melayu versi muslimah.. 😆
harga : RM34.49

baju ni memang ramai je aku tengok orang pakai.. aku terpengaruh makanya aku pon terbeli..
harga : RM27.00

melaram atas houseboat dengan baju zanzea.. eh nanti aku story pasal houseboat ni.. 😁
harga : RM39.98

ni kemeja labuh.. aku berkenan dengan coraknya je.. comel!
harga : RM34.99

puas hati dengan baju baju yang aku beli daripada zanzea ni.. kualiti memang awesome jugak walaupon harga marhaen.. paling aku suka cutting loose.. kalau pakai tak la menampakkan segala lelemak yang ada.. aku pakai size L dengan tinggi 160cm dan berat 77kg.. bolehla buat rujukan untuk korang mana tau berminat jugak nak beli.. ekeke.. aku racun korang ni tau! nanti sale 11.11 cepat cepat la terjah shopee.. haha

bye!
xoxo

shopee haul~ baju baju anak

assalamualaikum

hello november.. pejam celik dah masuk bulan sebelas.. november ni bulan kelahiran sofia, jadi mommy mulakan entry di bulan november ni dengan shopee haul baju baju sofia.. mommy letak sekali gambar OOTD beliau yang memang mengalahkan mommy dia punya posing tu alahai anak.. 😅

posing tunjuk mini love kau hado? hehe
baju ni besar dengan sofia, size untuk budak 4 tahun dah tapi badan dia kecik so baju jadi besar.. mommy tuck in je untuk nampak helok.. 😊

posing sandar kat dinding ni mommy tak pernah ajar tau.. mana dia belajar eh? 😆
yang ni baju besar jugak dengan dia tapi tak pe budak budak cepat besar boleh pakai lama sikit..

link : dress kanak kanak RM17.52
ni kat rumah pengasuh mintak tolong pengasuh amekkan gambar dia.. baru balik jalan jalan, beriya nak pakai baju princess.. eee comel! geram mommy..
baju ni kat kedai lain, size memang ngam ngam..

banyak sangat pilihan baju baju untuk anak rambang mata jugak mommy dibuatnya.. ikotkan hati nak borong semua.. tapi masih boleh berfikir dengan waras.. haha.. blouse dua helai kedai yang sama, dress je kedai lain.. semuanya dari mainland china.. murah dan berbaloi dengan free postage lagi.. cumanya kalau dari oversea ni kena sabar sikit menunggu ketibaan parcel.. makan masa hampir dua minggu jugak.. ada lagi yang tak sampai nanti aku buat entry haul lagi.. 

sakan memborong baju anak bulan ni.. bukak almari dia, baru perasan baju anak aku semuanya baju tshirt ada la sehelai blouse.. tu papa dia punya kerja borong semua tshirt dia ingat anak dia boboy ke hape.. sofia pulak sekarang dah pandai nak matchy matchy dengan mommy.. apa yang mommy pakai tu la dia nak pakai jugak.. so kena la beli banyak baju jenis gegirl gegirl ni.. 😁

korang biasanya shopping baju anak kat mana? jom share.. 😄

bye!
xoxo

9.9 shopee haul

assalamualaikum

untuk bulan ni kurang sikit habiskan duit kat shopee.. banyak habiskan duit beli baju baru sebab nanti sekolah nak buka dah kan.. haruslah berbaju baru ke tempat kerja.. tapi setakat baju kurung murah murah jela aku mampu beli banyak pasang.. lepas tu kan mula la merungut ruang dalam almari dah penuh tak muat nak letak baju dah.. ni semua salah siapa? salah almari tula perempuan mana pernah salah.. 😎

shopee sale 9.9 itu hari aku order casing handphone lagi.. tapi tiga ketul jela.. harga bawah RM5 je pon.. saja nak habiskan duit dalam shopeepay.. walaupon rasa menyesal beli tapi aku rasa lagi menyesal kalau tak beli.. kehkehkeh.. kan dah cakap perempuan memang tak pernah salah..

dua ketul ni dapat semalam ABX Express yang hantar.. superman tu kan bukan pilihan hati tapi sebab harganya murah RM0.98 je dan corak pon random so aku check out sajooo..

yang seketul ni pulak baru dapat siang tadi shopee express slow sikit perjalanannya.. ihiks..
sukanyaaaa spongebob! comel! 😁

total duit habis tak sampai pon RM10 dah la dapat free shipping.. hehe.. berbaloi ke tidak hanya yang terjebak dengan sale ni je tau.. casing handphone ni semua dari mainland china.. yang local banyak jugak pilihan tapi harga tu la mahal sikit dan payah nak dapat minimum RM0 free shipping.. ehe.. eh bukan taknak support local tapi aku kedekut bab shipping.. kahkah..

bye!
xoxo

anakku berbaju kelawar

assalamualaikum

baju kelawar ataupon bahasa sainstifiknya orang panggil kaftan, memang popular sekarang.. maklumla duduk rumah je 24 jam baju apa lagi yang selesa dipakai kalau bukan baju kelawar.. aku pon taknak ketinggalan berbaju kelawar tapi untuk si anak la.. untuk aku macam malas pulak nak beli.. haha.. macam biasa aku beli kat shopee je..

panas panas keluar dari parcel, time tu la budak ni nak try..
link shopee : kaftan budak

sofia suka kartun little pony, bila nampak baju ni dia teruja macam dapat harta karun.. itu yang tak menyabar nak pakai.. sebelum basuh elok je tak senteng, bila dah basuh dia pakai senteng pulak jadinya.. takpela nak oi.. untuk pakai kat rumah je pon.. mommy is redha.. mungkin lepas ni kena beli size besar sikit.. 😅

budak budak pakai cute comel je geram pulak aku tengok.. kalau aku pakai macam bibik.. kehkehkeh

bye!
xoxo

ovochi

assalamualaikum

korang tau tak ovochi tu apa? bukan main nama nak bunyi jepun.. eh pehal aku nak marah.. haha.. okay meh nak explain.. ovochi ni sejenis snek yang menggunakan buah buahan dan sayur sayuran yang dikeringkan menggunakan teknik pengeringan vacum dried.. eceh macam tau sangat padahal aku baru je google tadi sebelum taip entry ni.. 😆 aku kenal ovochi ni dari tiktok lepas tu terus order kat shopee.. kuat meracun betol la dak dak tiktok ni..

ovochi ni macam menarik sangat bagi aku tau sebab dia macam kau nak makan jajan tapi kau nak jajan yang sihat.. ovochi la jadi pilihan.. ke aku sorang je rasa ovochi ni menarik? 😅 disebabkan dah kena racun dengan dak dak tiktok terpaksa aku beli nak merasa jajan mahal ni.. mahal la kot kalau sepaket harganya RM19.90.. masa kecik kecik dulu beli jajan baru harga 20sen.. 😁

kotak je dah menarik.. isi dalam tak tengok lagi ni
link shopee : snek ovochi
harga : RM19.90

haa ni la isi dalamnya.. berwarna warni.. macam mana tak teracun.. 😑

yang aku beli ni jenis mix chips tau campur sayur dan buah.. dalam tu ada bendi, cendawan, terung, kurma, pisang, nangka dan banyak lagi la.. semua sedap dan terpaling aku suka bendi dan pisang.. makan ovochi ni fefeeling kau makan sayur dan buah tapi jenis rangup kruk krak bunyinya.. lepas tu bila dah start makan tak boleh berhenti mengunyah! aku makan kongsi empat orang sekali hadap je habis.. menyesal pulak beli satu je.. nak kena order lagi ke macam mana ni? 😓

aku rasa sangat berbaloi la rasa benda alah ni dengan harga.. so korang kalau teracun jangan lupa check out shopee sekarang.. nampak tak link kat atas tu haa tekan la tunggu apa lagi.. kehkehkeh.. ni bukan review berbayar pon.. saja suka suka nak racun korang.. supaya aku tak keseorangan diracun oleh dak dak tiktok.. ihiks

bye!
xoxo

lagi koleksi casing handphone

assalamualaikum

terfikir jugak di minda aku ni buat apa la selalu beli casing macam membazir pon ada.. tapi bila belek shopee add to cart jugak la seketul dua.. bila nafsu menguasai diri persetankan jela persoalan di minda.. 😈 benda comel depan mata memang tak la aku tengok saja.. mesti nak beli! hihikk

makanya terbeli la 6 ketul casing tanpa rasa bersalah

harga dalam RM5 ke bawah je semua.. aku beli masa shopee buat sale 8.8 dan jugak global shopping day.. masa tu dapat free shipping untuk minimum RM0.. memang kat kedai luar tak kan dapat harga macam ni untuk casing comel comel.. comel je semua ni kan? paling aku suka yang starbuck tu la.. 😄

sekadar hobi untuk hiburkan hati sendiri.. lain orang lain hobinya.. so, raikan diri sendiri dengan hobi korang yang pasti akan bahagiakan diri korang..

bye!
xoxo

ruang WFH sebesar hama

assalamualaikum

gembira hari ni sebab dapat jenguk dunia luar kejap tu pon atas alasan teman sepupu pergi vaksin.. idoknya aku mengekor dia sampai ke dalam, tunggu dalam kereta jela sambil menikmati udara panas ditemani cahaya terang.. kehkehkeh.. sementara anak kat rumah pengasuh ni, izinkan sis mengapdet entry seketul.. nak cerita pasal meja je pon mukadimah panjang.. 😜

dalam keadaan kerja tak menentu ni kejap pergi sekolah, kejap kerja kat rumah jadi aku ambil keputusan untuk beli meja study seketul.. beli yang size comel comel je muatla untuk letak laptop sebijik.. yela kerja kat rumah pon sekadar mengadap laptop sambil berkursus online.. nak beli meja besar membazir je kan.. makanya terhasillah ruang kerja sebesar hama..

workstation serabai

letak meja sebelah almari dengan wayar berserabut, tu je ruang kosong yang ada.. boleh la kan? bilik aku kecik je uols.. asalkan ada ruang yang selesa syukur dah tu.. kerusi tu pulak sementara je nanti aku godek shopee lagi cari kerusi yang lebih selesa.. macam panjang lagi masa kena bekerja dari rumah ni kan? aduhai rindu betol workstation kat makmal.. ihikss.. *tiberr

*pic from google
ni rupa sebetolnya meja aku beli tu.. guna kat katil tapi bilik aku takde katil yang ada hanya tilam senipis kulit bawang.. 😆
link shopee : meja laptop
harga : RM34.88

dah banyak aku racun korang dengan barang barang kat shopee.. agak agak lepas ni boleh jadi duta shopee tak? 😝

bye!
xoxo

parcel kegembiraan

assalamualaikum

bila dapat parcel ni umpama dapat hadiah gembira bukan main walaupon guna duit sendiri untuk shopping.. perasaan teruja masa bukak parcel tu tak boleh nak gambarkan macam mana.. betapa bahagianya rasa.. korang faham tak? korang pon macam ni kan? lepas tu sengih sorang sorang.. kehkehkeh..

sabtu itu hari empat parcel sampai, empat kali kena keluar masuk amek parcel sebab courier yang berlainan.. memula datang si shopee express lepas tu j&t tak lama lepas tu datang pulak abx express last sekali ninja van.. rasa macam meriah pulak abang courier datang silih berganti.. 😆

parcel pertama : tali skipping digital
puas hati sangat guna yang ni sebab boleh kira sekali kalori yang terbakar..
lepas tu tak payah susah susah kira berapa kali melompat dah sebab dah tertera kat skrin.. haa gittew
harga : RM25.88
link shopee : digital jump rope

parcel kedua : facemask
sangat diperlukan untuk pergi beli barang dapur kat mydin ataupon giant..
kena pakai double mask eh sekarang sebab virus makin mengganas.. 😰
harga : 3 helai RM50
nak beli boleh contact i yerr.. i jual i beli i pakai sendiri.. i DS hasnuri.. kehkehkeh

parcel ketiga : handsocks cotton
best giler pakai ni cotton sejuk dan sangat soft.. paling penting serap peluh jadi takde masalah gatal gatal sebab kulit aku sensitif.. tak kena gaya habisla jadi gatal gatal.. 😓
harga : RM5.90 sepasang
link shopee : handsocks cotton

last parcel : cadar
ni kali kedua aku repeat beli cadar ni sebab serius best giler! dah la murah lepas tu kain tebal dan tak panas.. tidur pon jadi lena je.. kehkehkeh.. ni betol weh serius tak tipu.. korang pon patut beli..
harga : RM17.79
link shopee : bedsheet single/queen

saje nak kongsi kegembiraan dapat parcel hasil habiskan duit sendiri lepas tu menyesal pon tak guna bila dah takde duit.. orang cakap shopping terapi minda taknak stress.. bahaya tau kalau terlalu stress.. jadinya elokla korang shopping untuk hidup lebih bahagia.. 😆

aku dah racun korang ni siap letak link lagi tu.. apa lagi jom la sama sama teracun! 😝

bye!
xoxo

bed sheet clip

assalamualaikum

selain casing handphone yang comel comel, aku ada jugak beli barang lain masa sale 7.7 itu hari.. korang pernah tengok tak bed sheet clip? mesti pernah kan.. oleh kerana terpengaruh dengan dak dak tiktok tak pasal pasal aku terbeli bed sheet clip..

berbaloi sangat beli benda alah ni sebab buatkan pagi korang ceria dan tak huru hara.. bangun pagi walaupon tidur korang umpama raksasa kelaparan tapi cadar korang maintain kedudukannya tak bergerak langsung.. bukan ke itu buatkan hidup korang bahagia? kehkehkeh

aku pilih pink colour.. hehe
dak ezy dan pink berpisah tiada..

bed sheet clip ni murah je boleh cari kat shopee.. aku beli dari oversea.. yang kedai local pon bersepah je jual tapi sebab nak kan free shipping aku order je dari mainland china.. postage pon berkira ke? bukan diknon.. kakak kan nak jadi pengguna yang bijak.. harusla buat pilihan terbaik.. harga murah dan free shipping tak perlu gigih beli benda lain semata mata nak cukupkan RM15 baru dapat free shipping.. faham ke tak faham? 😆 eh tak marah pon.. kakak nasihat jerr.. *tiber

untuk 4 ketul bed sheet clip ni harganya cuma RM6.37 sahaja.. dah la harga murah lepas tu sangat berbaloi untuk dibeli.. mampu ke korang tengok je? haaa pergi terjah shopee sekarang! #donemeracun

*pic from google
ni cara pasang.. klip je dekat setiap penjuru cadar di bawah tilam..
ada 4 penjuru kan? sebab tu kena beli 4 ketul.. hehe

aku ni kadang kadang tak sempat nak betulkan cadar di pagi hari.. pergi kerja keluar lepas subuh cadar tu terbiar je bergumpalan sampai la aku balik kerja di petang hari.. dengan badan letih lepas tu masuk bilik tengok cadar macam tu sakit mata oi! haha.. mujur la ada bed sheet clip ni selesai segala masalah.. 😆😆😆

bye!
xoxo

koleksi casing handphone

assalamualaikum

aku ada satu hobi iaitu suka tukar tukar casing handphone.. handphone ada satu je tapi casing ada banyak.. setiap hari aku akan tukar sebab aku rasa buat benda tu hidup aku ceria.. orang cakap kalau nak hidup bahagia buat je apa yang kita suka.. dan sekarang ternyata hidup aku lebih bahagia dengan hobi ni.. kehkehkeh.. so jom tengok koleksi casing handphone aku..

yang lima ketul ni dah lama beli.. semua beli kat shopee je kecuali yang colour hitam corak love tu.. tu beli kat kedai handphone dalam mydin..

kat shopee memang murmur je casing ni.. harga semua bawah RM5 dan semua dari china.. aku akan borong casing ni bila waktu sale sahaja sebab nak dapat free shipping.. free shipping sangat berbaloi kalau barang tu dari oversea ye adik adik.. sebab korang faham faham sendiri la shipping dari oversea macam mana.. takkan barang harga RM3 lepas tu nak bayar shipping lagi mahal dari harga barang kau? jadilah pengguna yang bijak.. 😄

empat ketul ni aku borong masa sale 7.7.. yang gambar buaya dan gajah tu baru je sampai kejap tadi.. panas panas keluar dari parcel terus amek gambar dengan kawan kawan yang lain.. 😆

memang casing handphone dalam shopee ni semua cute cute nak mati.. dah la harga murah lepas tu corak comel oi! siapa je tak tergoda.. kalau nak cari casing yang comel dan murah kat kedai biasa memang tak dapat deknon.. yang ada pon jenis biasa biasa lepas tu harga mesti RM10 ke atas.. apa guna ada shopee kalau tak memborong kat situ.. jauh lebih murah.. lagi sekali jadilah pengguna yang bijak.. 😜

sambil sambil mengadap blog ni aku tershopping lagi casing kebetulan hari ni global shopping day free shipping minimum spend RM0.. kau beli barang harga 1sen pon dapat free shipping ye.. janji barang tu dari oversea.. haa tunggu apa lagi cepat terjah shopee sekarang! #donemeracun

bye!
xoxo

modem baru lebih canggih

assalamualaikum

baru je update pasal wifi dan modem, eh sekali modem lama buat hal la.. nak taknak terpaksa order modem baru kat shopee sambil sambil order barang lain yang takde keperluan pon tapi sebenarnya lebih kepada terapi minda.. kehkehkeh.. eh tiberrr.. so modem yang baru tu jenis pocket modem.. memang senang nak bawak ke mana mana sebab kecik, comel dan ringan je!

panas panas keluar dari parcel terus ambil gambar..

ni la rupa modem yang comel sangat tu.. sebesar tapak tangan korang je..

aku beli kat shopee dengan harga RM130 dapat free benda alah letak simkad tu apa ke nama la benda tu.. haha.. lepas tu dapat wayar kabel untuk caj.. modem ni pakai bateri macam bateri handphone tu tau.. sebelum guna elok la caj sampai penuh dulu.. 😊

setakat seminggu lebih dah aku guna so far sangat okay la.. tapi bateri memang tak tahan lama maksud aku tiap tiap hari pon kena caj.. modem lama yang aku guna tu wifi boleh je connect kat handphone tapi internet sangat la slow nak mati rupanya modem lama tak support 4G/5G okay nangis bucu katil.. kehkehkeh.. so guna modem ni baru okay.. 😁

banyak jenis modem ada jual kat shopee tapi aku pilih yang jenis ringan dan mudah nak bawak ke mana mana.. nanti bawak pergi kerja pon tak susah.. sumbat dalam handbag pon boleh.. haa gittew..

bye!
xoxo

sale 6.6 - apa aku beli ni?

assalamualaikum

siapa je yang tak terjebak dengan sale 6.6 ni jiwa dia memang kebal.. memang tabik kat dia.. hehe.. aku ni jiwa rapuh mana senang duduk kalau tengok sale sana sini.. nak nak lagi sekarang ni duduk rumah ke nak keluar tak boleh.. bosan je belek shopee.. 😅

apa yang best pasal sale 6.6 kat shopee? haa tentula free shipping.. bukan senang nak dapat tau korang beli barang dengan RM0.10 pon dapat free shipping.. berbaloi ke tidak? bagi aku yang berjiwa rapuh ni akan cakap berbaloi jela.. haha.. so jom tengok aku shopping apa..

aku dah takde masa nak baca novel tapi terbeli jugak novel ni sebab dah baca mikayla 1.. kena la tau endingnya macam mana.. tak tenang hidup kalau baca novel cerita tergantung ni.. kukuh tak alasan tu? 😜

aku beli plastik yang vacum ni jugak.. entah hape ke nama beliau ni.. 😅
aku beli lima ketul jadi cukup untuk simpan segala mak nenek toto yang ada.. jimat space rasa lapang je tak nampak toto berketul ketul depan mata.. 😁
aku beli sekali dengan pam dia.. tapi pam tu tak berguna langsung.. last sekali guna vacum je untuk sedut udara dalam plastik tu.. rugi duit bayar pam.. 😒

seterusnya aku beli make up brush ni.. tak tau la bila nak bermekap tapi takpe sementara ada sale kita beli dulu menyesal kemudian.. kehkehkeh..
memang aku perlukan make up brush untuk mata ni sebab aku pergi kerja memang pakai mekap.. takde la terer sangat bermekap tapi boleh la sedap mata sendiri memandang..
aku sendiri tak yakin keluar rumah tanpa mekap rupa pon macam mak lampir.. haha..

last sekali beli si sotong talam dua muka ni.. haha..
beli untuk anak dara sorang tu.. dah maknya terliur beli jela.. eee geram betol aku tengok comel sangat kot sotong ni.. dah la gebu! 😄

untuk sale 7.7 nanti tengok dulu la aku terpedaya ke tidak.. kalau terbeli tanpa sengaja nanti aku update haul lagi okay! eh tak letak link shopee pulak kat entry ni.. pemalas betol.. haha.. korang boleh search semua barang ni kat shopee okay.. banyak kedai ada harga pon lebih kurang je.. pastikan tebus baucer free shipping dulu sebelum checkout..

bye!
xoxo

shopee haul versi PKPD

assalamualaikum

dah lama tak buat shopee haul.. ada je beli barang tapi tak selalu sangat.. sejak kawasan aku ni dikenakan PKPD, laju je jari jemari bukak shopee.. klik klik bayar tunggu je abang JNT hantar barang.. kehkehkeh.. duduk rumah memang la kita tak keluar tapi duit yang laju je keluar.. huhu.. untuk sale 6.6 semalam pon banyak duit melayang ke tabung shopee.. yang tu nanti aku buat haul lain okay! 😉

aku beli tepung ayam goreng, rempah ayam madu dan rempah ayam goreng ala mamak.. lepas tu dapat free rempah sate.. hehe.. borong je dulu nanti baru fikir bila nak masak.. 😆
kedai ni member aku punya.. jadi kita support la member sendiri kan!
total semua item di atas RM24.00
banyak lagi item yang member aku jual.. so korang tekan je link tu okay.. boleh cuci mata.. 😄

ok next! aku beli laundry basket dan jugak storage box..
laundry basket RM8.80
storage box RM5.80 x 2 = RM11.60
murah je kan.. puas hati sangat walaupon harga murah tapi berkualiti..

last sekali aku beli beg laptop ni.. colour biru ni menawan hati aku betol la..
harga beg laptop ni RM49.80 - baucer kedai RM5.00 = RM44.50
kisahnya laptop pink aku bermasalah jadi kakak aku bagi je laptop dia kat aku untuk aku buat kerja.. lepastu laptop je dia bagi beg laptop takde.. dah la laptop besar gabak tak muat nak letak dalam beg sedia ada.. terpaksa aku cari dalam shopee..
mula mula dapat macam tak yakin je muat dengan laptop ni.. sekali try alhamdulillah.. ngam! pulak tu beg ni cantik.. siap ada wayar USB lagi tapi aku tak pandai guna.. haha

alhamdulillah.. semua item yang aku beli aku rasa sangat puas hati.. tak rasa satu pembaziran kali ni.. tapi untuk sale 6.6 semalam tu aku rasa sedikit membazir.. terlalu ikot nafsu semua pon rasa nak beli.. haha.. masalah sekarang kalau tak beli lagi rasa menyesal.. 😂 beli dulu menyesal kemudian..

bye!
xoxo

shopee haul~ versi tak sedar diri

assalamualaikum

aku ni bukannya sejenis manusia yang bukak shopee je wajib shopping.. tak tak aku masih sedar diri yang aku bukan golongan kayangan duit berkepuk dalam akaun bank tapi tu la.. tengok title entry pon macam perli diri sendiri.. tau duit tak banyak tapi nak jugak shopping.. ekeke.. ala shopping barang dua tiga ketul je pon.. jom tengok apa aku beli~

aku beli peanut butter yogood dari kedai yaaaybaby harganya RM17.99
aku beli kat shopee pasalnya kat tempat aku payah giler nak jumpa peanut butter versi diet..
aritu ada je kat mydin, giant tapi tiap kali aku pergi mesti habis stock..
sudahnya beli je kat shopee.. 😄

kasut untuk pergi kerja beli kat kedai mykutsu hargnya RM19.90
itu hari dah beli sepasang colour grey, ni repeat order colour black pulak..
alhamdulillah selesa je pakai tumit kasut ni tak tinggi sangat pon..

last item aku beli kasut kerja dari kedai mykutsu jugak harganya RM28.90
aku berkenan tengok tali kat belakang ikat reben tu.. nampak comel sebab tu aku beli.. haha
yang ni tumit agak tinggi tapi selesa jugak pakai.. confident je berjalan macam model.. 😆

takde la banyak sangat aku shopping kan kiranya bukan versi tak sedar diri tapi versi masih sedar diri.. kehkehkeh.. dah lama cari kasut kerja sebenarnya.. tapi susah nak jumpa yang betul betul memikat hati.. sudahnya belek shopee jugak.. tak yakin nak beli online takut tak muat kaki ataupon tersalah size tapi ni aku redha dan pasrah je.. kalau tak muat nangis bucu katil.. nasib baik muat.. 😅

kalau korang berkenan nak beli jugak pergi shopping sekarang kat shopee! ok done hasut korang.. aku kan suka menghasut.. 😂

bye!
xoxo

shopee haul~ sebab nak dapat free postage je

assalamualaikum

first sekali aku nak mintak maaf kat korang yang mana korang singgah ke blog aku tapi aku belum sempat lagi nak melawat blog korang.. buat masa sekarang sempat update entry je lepas tu aku menghilang.. esoknya muncul lagi dengan entry baru lepas tu hilang lagi.. haha.. insyaAllah nanti aku blogwalking secara pukal okay.. kehkehkeh

hari ni nak cerita pasal aku tershopping kat shopee.. kisahnya nak beli case untuk external hard disk je tapi terbeli benda lain pulak gara gara nak dapatkan free postage.. aku terfikir camni, sebab harga barang yang aku nak beli tu lagi murah dari harga postage.. berbaloikah nak beli? berbaloikah abang poslaju ataupon abang j&t nak hantar seketul barang je ke rumah aku? atas faktor tidak berbaloi itulah aku tershopping barang lain jugak.. 😂

beg make up untuk bawak travel colour pink RM7.50
case pouch untuk external hard disk colour merah RM5.86
tempat letak kotak tisu dalam kereta RM4.50

total semua untuk barang barang di atas ialah RM17.46 lepas tu tolak dengan shopee coins RM4.37 jadi aku kena bayar RM13.09 sahaja tidak termasuk harga postage tu la sebab dapat free.. 😁

aku nak tanya korang la.. selalu korang kalau shopping kat shopee memang nak free postage ke? ataupon korang main redah je asalkan korang dapat barang yang korang nak tu? sila sila komen kat bawah.. sebab aku sejenis yang kalau shopping kat shopee manjang nak free postage.. 😂

soooooo, kalau ada yang berminat nak dapatkan barang barang di atas boleh terjah kedai ni https://shopee.com.my/dactech 😄


selamat membeli belah!

bye!
xoxo

shopee haul : western food ingredient

assalamualaikum

sebenarnya kan banyak je barang barang aku beli kat shopee tapi kadang kadang malas nak up entry haul kat blog sebab aku ni memang blogger pemalas.. 😆 yang hari ni mood rajin datang, so terhasil la entry yang korang tengah baca sekarang ni.. jom tengok apa aku beli~

nama bukan main ada kelas tersendiri kalau bahasa kampung kita panggil rempah ratus jela.. 😆
harga setiap satu item di atas ialah RM6 sahaja

dulu pernah beli jugak kat shopee tapi yang hexa punya boleh tengok entry ni 😄 dua kali jugak aku repeat order kat kedai tu tapi kali ni aku try beli yang murah sikit nanti kita bandingkan kualiti macam mana.. kalau ok aku akan repeat order lagi.. berbaloi ke tidak nanti aku update.. itu pon kalau aku ingat nak update kat korang.. jangan letak harapan yang tinggi sangat ok.. 😂

aku beli rempah ratus ni untuk masak bento.. kalau takde rempah ratus ni serius cakap masakan aku hambar sikit la.. walaupon aku masak tak terer mana tapi tambah rempah ratus boleh la jadi sedap setaraf master chef.. *tiberrrr 😆

berminat nak beli jugak korang boleh terjah kedai ni : https://shopee.com.my/profytrading
aku bagi lima bintang untuk kedai ni sebab barang terima dalam keadaan baik, harga ok dan servis cepat.. tu jela.. kehkehkeh

bye!
xoxo