makan makan kat jiwa

assalamualaikum

macam biasa kalau hujung minggu jarang sangat makan kat rumah kecuali hujung hujung bulan tengah tunggu gaji masuk.. kehkehkeh.. so semalam lepas ambil sofia kat pusat tuisyen, tiga beranak ni pergi la makan.. aku cadangnya nak makan ayam penyet tapi si anak dara request nak makan pizza pulak.. terus ke cafe jiwa, kopi dan bingsu sebab pizza kat situ kegemaran sofia.. ikut tekak anak dara jela dulu.. nanti nanti baru makan ayam penyet.. 🤧

chicken pepperoni pizza - sofia punya

nasi ayam berempah - papa sofia punya
bapaknya tekak melayu memang nak nasi je manjang 😆

chicken wrap with nancos cheese - aku punya

iced lemon tea untuk anak dan bapak
maknya minum air soda peach
kek tu penyeri nak jugak manis manis di hujung sebuah kepahitan.. lahhh tiber.. 😂

kami tiga beranak memang suka makan kat cafe jiwa ni sebab sedap.. biasa aku order kopi tapi kali ni malas nak mengopi tu yang try air soda peach sekali sakit perut pulak berulang ke tandas tiga empat kali.. kehkehkeh.. menu menu kat sini memang dah jadi kegemaran kami tiga beranak.. anak aku tak payah cakap la selain spageti dan pasta dia memang suka pizza je.. ihiks..

harga taraf taraf cafe kalau nak makan hari hari memang takla noks.. sebulan sekali dah memadai.. kalau nak jimat lagi datang la setahun sekali takde siapa nak marah.. 😝

bye!
xoxo

hadiah untuk cikbibah

assalamualaikum

itu hari dah hadiahkan diri sendiri dengan seketul tablet, eh cikbibah pon kemain mintak hadiah jugak dengan aku ye.. so tunaikan permintaan cikbibah yang dah lama mintak tukar exzos dan radio.. kehkehkeh..

rabak dah exzos pon.. 🤧

pagi sabtu suami bawak cikbibah tukar exzos.. masa check kat perodua katanya bocor kat belakang je.. sekali operate nahh kau banyak jugak bocor.. alang alang tukar jela seketul terus..

done tukar!

aku pilih exzos biasa biasa je janji ada exzos cikbibah aku tu.. kalau ada colour pink harus aku pilih pink tapi takpe la biru pon comel.. ihiks.. dah settle tukar exzos, petang tu pulak tukar radio.. kalau tak rosak memang takdenya aku tukar baru.. amekla radio yang jenis android tu boleh connect wifi boleh install apps macam macam..

tukar kasi cun cun okay! 😙

random je masuk kedai nak tukar radio ni sebab tak tau kat mana paling terbaik dan murah.. nampak kedai aksesori kereta kira yela tu.. masa ni dah petang sangat banyak kedai dah tutup.. jadinya malas nak memilih sangat mana yang nampak masih bukak kita terjah.. 😁

anak aku dah rasmi tengok youtube upin ipin..

puas hati sangat dapat tukar apa yang patut kat cikbibah ni.. dah sebelas tahun cikbibah berkhidmat untuk aku memang banyak benda la kena tukar.. nak tukar semua sekaligus mana nak cekau duit.. dapat tukar sikit sikit syukurla tu.. asalkan cikbibah masih gagah perkasa bawak aku ke sana sini mencari rezeki demi sesuap nasi.. kehkehkeh..

kita struggle tau kumpul duit tapi orang tak nampak.. yang orang nampak kita beli macam macam.. lepas tu nak kondem sana sini.. huhu.. nasib baik aku penyabar orangnya kalau tak dah lama mulut mulut manusia yang takde insurans tu makan penumbuk.. 😜

bye!
xoxo

hello july!

assalamualaikum


pejam celik sudah masuk bulan ke tujuh tahun 2024.. pejam celik lagi masuk tahun 2025.. begitu pantas masa berlalu.. sedar sedar dah tua.. kehkehkeh.. macam mana bulan jun korang? dipenuhi dengan benda benda yang manis ke? harapnya bulan julai lebih baik untuk kita semua..

bulan lepas aku berjaya hadiahkan diri sendiri dengan seketul gadget.. memandangkan laptop pink aku selalu sangat hang dan slow, laptop kakak aku bagi pulak skrin dah rosak jadi agak susah untuk aku buat kerja.. so slow slow kumpul duit akhirnya berjaya membeli sebijik tablet.. kenapa bukan laptop? sebab laptop sekarang sangat mahal.. setakat nak buat kerja kerja microsoft aku pilih tablet jela.. lagi pon senang nak on off.. macam handphone.. kehkehkeh..

hello my honor pad x9 =')

dapat beli tablet pon rasa nak menangis.. hati tisu sangat ke aku ni? penat kumpul duit tak terasa bila dapat beli apa yang kita nak.. dengan adanya tablet ni mudah la aku nak buat kerja.. senang jugak nak bawak ke hulu ke hilir.. nak update blog lagi la senang.. zap zap terus on.. ihiks.. alhamdulillah syukur dengan rezeki yang Allah SWT bagi.. ☺

setakat ni puas hati guna honor tab ni walaupon kualiti camera biasa biasa je.. aku beli bukan untuk ambil gambar so tak penting sangat kualiti camera tu.. nak tengok kdrama pon syok sebab ada enam speaker.. skrin agak besar jugak 11 inci, lepas tu dapat pulak keyboard original free.. ciri ciri yang aku nak ada pada honor tab ni.. 😁

lepas ni nak hadiahkan diri sendiri apa pulak? haha.. botak la kepala tiap tiap bulan nak hadiah.. boleh jadi miskin kalau asyik self reward je.. 😂

bye!
xoxo

santai santai di J.CO Donut & Coffee

assalamualaikum

semalam lepas ambil sofia kat tuisyen terus ke KTCC mall sebab ada sedikit urusan kat situ.. dah settle segala urusan perut pon memanggil manggil mintak diisi tapi taknak makan berat berat sebab balik rumah baru nak makan nasi.. so makan jela donut dulu sambil mengopi.. ihiks..

dua ketul donut buat raso raso

aku suka gila donut kat jco ni tau sebab tak manis sangat dan gebu gebas.. makan sebijik tak cukup tapi mengenangkan diri ni tak kurus kurus cukup la sekadar makan setengah je.. yang pink tu macam biasa la kepunyaan princess.. anak aku kan semua benda nak pink.. bukan ke tu perangai aku? kehkehkeh.. macam tengok diri sendiri.. kfine!

sampingan seketul croissant.. ihiks

alang alang tu order sekali butter croissant pon buat raso raso.. sedap betul nikmat dunia.. 😆 order air lemon tea untuk si sofia, latte pulak untuk suami kongsi dengan aku.. melepak je tiga beranak kat situ sambil perhati orang lalu lalang.. dah settle makan kitorang gerak balik..

dulu aku tau dunkin donut dan big apple je.. tapi sejak sejak bff aku perkenalkan jco ni terus tak pandang lain dah.. kemain kau ye ezy.. haha.. tapi serius jco ni paling sedap!

bye!
xoxo

parcel out for delivery

assalamualaikum

weekend baru ni takde keluar pergi mana mana sebab aku tak berapa sihat.. tapi tetap happy sebab semua barang yang aku beli berstatus "parcel out for delivery" kehkehkeh.. perasaan excited nak tunggu barang sampai depan mata tu bukan main lagi ye.. happy tak boleh diucap dengan kata kata.. yang tengah demam pon boleh jadi sihat.. melampau sangat ke statement aku ni? ala korang pon macam tu kan.. dapat parcel macam dapat hadiah padahal semua beli dengan duit sendiri.. itu hari menyesal duit habis tapi dapat barang je penyesalan tu hilang begitu je.. 😂

parcel pertama sampai.. tadaaaaaaa!
carpet untuk sofia.. 😁

sejak si sofia ada bilik sendiri bukan main ye mintak macam macam dengan mommy.. carpet la, cadar baru la, tapi takpe demi anak mommy turutkan asalkan benda tu tak mahal dan tak membazir.. kalau mommy membazir untuk diri sendiri takpe.. boleh dimaafkan.. kehkehkeh.. carpet ni murah je gais RM18 sahaja.. tapi jangan la expect carpet ni gebu gebas macam mahal punya.. cukup la tu sekadar nak buat hiasan atas lantai.. ihiks.. tapi comel kan? sofia pilih sendiri.. biasa la anak dah besar pilihan mak mak dah tak laku.. 😔

parcel kopi ni sampai serentak so kira parcel kedua la.. 😜

topap kopi la pulak.. dulu dulu suka nescaffe gold tak pernah tukar tapi dah boikot kita tukar la pulak.. terjatuh cinta dengan kopi beanies dan kopi nogula.. kopi beanies macam macam perisa ada tau korang boleh try.. setakat ni paling aku suka nutty hazelnut dan creamy caramel.. kopi nogula tu pon sedap yang amat! hari hari minum tak pernah bosan.. 😋

dan parcel terakhir! lampu study comel-nak-picit!

lampu ni untuk sofia jugak.. kan dah cakap budak ni macam macam mintak dengan mommy.. meja study dia mengadap dinding terlindung sikit dari cahaya lampu, kalau buat homework selalu cakap gelap tak nampak tapi bukan gelap gelita pon.. alih sikit kepala dia boleh je nampak tapi tu la mengada lebih nak jugak lampu study kita layankan je selagi mampu.. benda ni pon bukan mahal sampai harga beratus.. tapi comel weh aku pon rasa nak beli satu.. kehkehkeh..

korang tau tak kenapa aku shopping barang barang ni walaupon bukan masa sale? ye sebab aku tengah bosan scroll scroll handphone lepas tu tercheckout.. bukan salah aku kot.. ni semua salah bosan.. kalau nak bosan boleh tak time aku takde duit dalam akaun? huh..

bye!
xoxo

kisah gigi sofia

assalamualaikum

masa kecik si budak sofia ni lambat tumbuh gigi.. gigi pertama dia keluar masa umur dia dekat setahun dah.. dia boleh berjalan dulu baru gigi tumbuh.. bila dah besar ni orang lain dah keluar gigi kekal dia baru nak tanggal gigi susu.. 😆

gambar tak senonoh sikit tapi takpe la sebab gambar sofia bukan gambar mommy.. 😂

asalnya macam tu la gigi kekal tumbuh kat dalam berlapis pulak dengan gigi susu.. aku cadangnya nak bawak dia ke klinik jela nak cabut gigi susu tu.. risau nanti gigi kekal tumbuh tak cantik tapi tu la tak sempat cari masa nak bawak ke klinik, gigi susu dia dah bergoyang goyang.. ihiks..

umur 7 tahun 7 bulan gigi susu pertama sofia tercabut.. yeaaa! anak mommy dah besar!

aku kan mak mak yang berjiwa lembut benda macam ni pon boleh buat aku rasa nak menangis.. haha.. lepas tu post semua kat media sosial beritahu gigi anak tercabut.. kehkehkeh.. eh ni semua kenangan tau esok esok anak dah besar panjang boleh tunjuk kat dia.. ni haa gigi kau tercabut masa umur kau sekian sekian.. 😂 tapi aku mak mak yang comel kan? 😊

malam tadi sebelum nak tidur sofia cakap gigi dia nak tercabut lagi sebatang.. cepat cepat bangun settlekan gigi dia lagi satu.. alahai comel anak mommy rongak dah.. 😆

geram nak picit!

tapi tak nampak sangat rongak tu sebab gigi kekal kat dalam pandai cover.. kehkehkeh.. lepas ni takde la susah sofia nak makan ayam goreng.. kalau sebelum ni susah nak gigit sebab gigi goyang.. so sofia boleh makan ayam goreng dengan bahagia.. 😜

bye!
xoxo

program korban dan merentas desa

assalamualaikum

naik je cuti raya minggu lepas terus kena hadap dua program sekolah.. mabuk daging tak hilang lagi kena kerja dah tapi kalau tak kerja siapa nak bagi kita duit nanti? kalau takde duit macam mana nak shopping? kalau tak shopping nanti kita stress.. haa sudah.. kehkehkeh.. so aku update sekaligus dua program sekolah dalam satu entry sebab aku dah malas nak tangguh tangguh update.. risau nanti sampai ke tahun depan tak berupdate..

19 Jun 2024 : PROGRAM KORBAN



untuk program korban ni alhamdulillah dua ekor lembu tumbang.. ada beberapa orang cikgu dan staff yang masuk bahagian korban.. daging tu agih agihkan dulu, yang selebihnya kita masak.. dua menu utama yang kita masak iaitu daging singgang dan jugak daging goreng.. seronok merewang sesekali macam ni.. ihiks..

tugas aku ialah membawang.. 😆

dan jugak membelacan.. 😁
ala acah acah je tu padahal tak buat apa pon.. 😝

daging goreng

daging singgang

siap semua masak, agih agih kan pulak lauk ni untuk semua pelajar.. kitorang cikgu dan staff makan je kat situ.. alhamdulillah, dapatla merasa sikit sorang.. hilang penat merewang kalau tengok semua berselera jamah makanan.. ihiks

20 Jun 2024 : MERENTAS DESA


esoknya kena bertugas untuk kejohanan merentas desa pulak tapi takpe aku suka je benda benda macam ni.. kadang kadang boleh hilangkan stress hadap kerja 24jam.. kehkehkeh.. tugas aku jaga checkpoint.. trek merentas desa untuk tahun ni agak mencabar berbanding tahun lepas..

kalau korang kenal kawasan lembah bidong ni, korang tau la kawasan sini kawasan kuda.. so trek merentas desa budak budak kali memang trek kuda la.. ihiks.. ala nama pon merentas desa kan, baru la mencabar! 😄

sebelum gerak ke lokasi bertugas masing masing, bergambar la dulu.. kecekak kecekak 40 kali..
mula mula bertiga..

lepas tu beramai ramai.. 😜

ni lokasi checkpoint aku kena jaga.. depan parit menghijau ni haa..

dah selesai jaga checkpoint kat sini, gerak la pulang ke sekolah.. rehat rehat dulu kejap, hilangkan dahaga kat kantin lepas tu ke dewan untuk acara penutup.. 


meriah acara penutup dengan sorakan pelajar sokong rumah sukan masing masing.. macam macam ragam ada nak raikan kawan kawan diorang naik pentas.. untuk tahun ni aku takde semangat nak join bebudak ni.. entahla, rasa macam dah tua kot.. kehkehkeh.. so perhati jela gelagat budak budak ni dari belakang..

keputusan merentas desa untuk tahun ni :
juara : rumah lambda (kuning)
naib juara : rumah sigma (merah)
ketiga : rumah beta (biru)
keempat : rumah alpha (oren)

bye!
xoxo

eid al adha 1445H

assalamualaikum

belum terlambat lagi kan nak ucap selamat hari raya aidiladha.. ihiks.. kita ni busy sangat la wakkk dengan program sekolah lepas raya itu hari tak sempat nak update blog.. kalau kat rumah tak dapat nak update sebab takde laptop.. nak update guna handphone tak feel langsung.. 😁

family potrait 😄

kurang meriah raya haji tahun ni sebab ada adik beradik aku tak dapat balik kampung cuti tak banyak katanya.. terengganu dengan kelantan je kot cuti raya haji lama.. tiba tiba rasa beruntung sangat menetap di bumi terengganu.. kehkehkeh.. tambah pulak kakak dan umi aku tak berapa sihat masa raya itu hari.. so berhuhu jela kami tiga beranak..

bercakap pasal tema pulak, sebenarnya tak plan pon nak tema hitam tapi tiba tiba je jadi hitam.. memandangkan suami aku punya kurta dah ada so on jela tema hitam.. just beli baju untuk sofia sepasang dan blouse untuk aku sehelai.. kain batik tu dapat free.. jimat sungguh raya haji tahun ni.. tak keluarkan banyak modal.. 😆

lepas bergambar hampir seratus keping, kami tiga beranak pergi beraya rumah pengasuh sofia, lepas tu rumah kakak sulong aku dan last sekali lepak rumah abah mertua.. abah mertua aku ada masuk korban satu bahagian.. harap tahun depan ada rezeki aku pulak nak masuk korban.. doakan aku ye korang!

gitu jela ceritera raya haji kitorang.. memang betul betul rasa tak meriah tahun ni.. tapi takpe meriah ke tak meriah kita tetap raikan raya aidilfitri mahupon aidiladha.. hee..

selamat hari raya aidiladha korang semua!

bye!
xoxo

sale 6.6 punya penangan

assalamualaikum

dah pesan kat diri sendiri jangan buka shopee jangan buka shopee tapi tu la lagi dilarang lagi dibuat.. kehkehkeh.. kita ni sejenis mudah terpengaruh kalau dah cuci mata kat shopee tak kan takde beli apa apa kan.. sikit banyak ada la jugak tiga empat barang tercheckout.. ihiks.. jom tengok apa aku beli masa sale 6.6 itu hari..

dah lama aim nak beli keyboard comel-nak-pengsan macam ni, akhirnya dapat jugak beli.. itu hari ada beli dah tapi tak function so hantar balik kat seller.. rezeki dapat beli masa sale 6.6.. hee.. laptop stand tu pon dah lama jugak duk aim nak beli.. macam gini baru semangat nak update blog kan? 😚
link : laptop stand

kitonyo suko kopi.. ihiks

comel jugak kan pen ni? ada je kaler pink tapi lebih tertarik dengan kopi.. 😆
link : pen kopi

serius cakap aku beli cawan ni sebab ada teddybear je kat situ.. 😅

barang barang yang aku beli ni idokla mahal, total semua tak sampai pon seratus.. beli semata mata dapat free shipping kecuali keyboard tu je beli sebab harga murah dari harga asal.. so berbaloi ke tidak beli masa sale? bagi aku berbaloi je kot.. kalau pandai godek godek shopee tu silap silap dapat free je semua.. aku takla serajin itu nak menggodek.. dapat beli harga murah sikit pon happy dah.. kehkehkeh

bye!
xoxo

breakfast kat kedai kopi ngabang

assalamualaikum

cerita ni kalau ikutkan dah basi, makanan yang aku makan tu pon dah hadam elok tapi macam biasa la aku kan penulis blog yang busy.. ni baru ada masa nak update.. ihiks.. cuti sekolah seminggu itu hari ada la bawak sofia teman aku kat tempat kerja.. alang alang dah bawak dia, bawak la breakfast kat kedai kopi bukan selalu pon dapat peluang macam ni.. gunakan masa yang ada.. haa gittew..

kedai kopi ngabang ni tak jauh pon dengan tempat kerja aku.. buka awal pagi dan tutup dalam pukul 11 pagi macam tu.. memang dibuka untuk makan pagi jela.. kebetulan pulak kedai tu letaknya dekat sangat dengan office kawan aku, so ajak dia join sekali.. nasib baik dia tak busy, aku main ajak je kan.. 😁

aku pilih nasi lemak si sofia nak makan roti bakar katanya..

gembira dapat roti tapi sudahnya mommy yang kena habiskan.. dia paw nasi lemak mommy.. 😑

aku pernah datang breakfast kat kedai ni dua tiga kali jugak dan akan repeat lagi lain kali sebab roti bakar dan nasi lemaknya sedap! kopi kat sini pon not bad kena dengan tekak.. harga pulak sangat berpatutan dan paling suka dekorasi kedai ni sangat sangat unik! tapi tu la lupa pulak nak snap gambar suasana dalam kedai.. ihiks

bye!
xoxo

11 years 💕

assalamualaikum

gaduh baik gaduh baik, dah sebelas tahun rupanya aku kahwin.. ihiks.. terasa baru je lagi naik pelamin kepak kepung kepak kepung bunyi kompang.. sebelas tahun bagi aku belum cukup matang.. orang kata baru je kenal pasangan.. sebab tu banyak gaduh tapi alhamdulillah suami selalu mengalah.. kita orang perempuan mana pernah salah.. beras kita yang tanak.. kehkehkeh..

pandai jugak anak aku snap photo ni.. 😏

sempena anniversary kitorang semalam yakni 8 Jun 2024, kitorang pusing pusing dalam mall je.. tu pon sebab perut lapar belum lunch lagi.. pagi semalam aku ke sekolah sofia ada mesyuarat PIBG lepas tu terus keluar.. takde beli kek bagai, entahla laki aku ni tak reti reti nak buat suprise sikit ke? 😆

walaupon suami aku tak romantik tak reti nak bersweet bagai tapi aku bersyukur sebab dia sentiasa meringankan beban aku dari segala hal.. banyak tolong dalam urusan rumah dan anak.. kalau bergaduh memang dia banyak mengalah.. aku ni jenis degil jugak nasib baik dia boleh handle.. ihiks.. nanti raya i mintak maaf lagi okay.. 😜

happy anniversary untuk kami laki bini!

bye!
xoxo

cafe hunting!

assalamualaikum

kadang kadang apply cuti bukan nak pergi mana sangat, lebih kepada nak berehat dan santai santai dengan family.. amek peluang hari cuti untuk settlekan beberapa perkara lepas tu ajak suami dan anak lepak cafe.. reward diri dengan makan sedap sedap.. sesekali takpe macam ni kalau hari hari botak jugak kepala.. haha

pilihan kami untuk itu hari, pastelmonomy! erk sebenarnya pilihan aku, suami layankan je.. kehkehkeh

kebetulan tengah scroll tiktok lalu pulak video cafe ni kat FYP aku lepas tu nampak sedap je apa kata kita try jela kan alang alang dah tengok.. ihiks.. terima kasih encik suami sentiasa memenuhi kehendak isterimu ini walaupon aku bersungut itu dan ini.. biasala perempuan bab makan je pon nak cari gaduh.. 😂

sementara tengah que nak mengoder tu kan boleh la cuci mata tengok segala mak nenek pastry ni.. 😋

dan sini jugak.. 😋

aiskrim matcha chibana.. chibana ni owner dia isaac osman tau.. masa khairul aming datang sini idokla kami rajin nak beratur.. ramai sangat umat manusia weh..

anak aku merengek nak aiskrim, tapi dia tak pernah rasa pon aiskrim matcha tapi nak jugak.. faham tak perangai budak budak ni kan kalau nampak aiskrim laju je mintak.. so bapaknya belikan untuk dia tapi tu la rasa sikit lepas tu taknak.. siapa kena habiskan? mestila maknya, bapaknya rasa sikit lepas tu taknak😏 aku sendiri pon tak mampu nak habiskan sebab tak kena dengan tekak.. aku bukan penggemar matcha.. ihiks..

so inilah lunch kitorang..
sweet potato fries, spageti carbonara chicken, salted egg chicken with rice
teh O ais limau, latte ais

ikut tekak aku semua sedap dan boleh repeat lagi insyaAllah.. banyak lagi menu lain yang ada.. pastry dan kek tu pon aku tak rasa lagi.. ni alasan kukuh untuk pergi lagi bulan depan kan? kehkehkeh.. alhamdulillah untuk rezeki yang Allah SWT bagi.. dapat hadiahkan diri sendiri dengan makanan sedap.. ni pon dah cukup membahagiakan.. 😊

tak lupa jugak untuk mencuba makanan viral ni.. soft cookies cicah susu!
pernah je makan soft cookies tapi tak tau pulak lagi sedap kalau cicah susu ais.. korang wajib try okay! haha

bye!
xoxo

12 years as a Lab Assistant

assalamualaikum

31 May 2024 genap la 12 tahun aku berkhidmat sebagai penjawat awam.. ada suka ada duka pelbagai rasa bermain di jiwa.. ewahh ayat kemain macam tengah mengarang novel.. tapi betul baru 12 tahun dah macam macam benda terjadi.. lagi 21 tahun aku nak pencen, esok esok macam mana pulak gayanya ye? malas lagi nak fikir.. 😆

letak la seketul gambar sendiri sempena 12 tahun berkhidmat.. ihiks

ni merupakan sekolah kedua aku berkhidmat.. dah masuk 4 tahun kat sini.. alhamdulillah.. semuanya baik baik je.. semoga aku diberikan kesihatan yang baik untuk terus berkhidmat demi anak bangsa.. walaupon peranan pembantu makmal ni kecik je tapi tetap berusaha nak beri yang terbaik untuk pelajar pelajar sekolah.. 😊

selamat 12 tahun untuk diri sendiri! 😘

bye!
xoxo

shopee haul~ versi pink colour

assalamualaikum

aku punya style la kalau nak naikkan semangat kerja aku akan cari stationery, notebook atau apa apa saja yang berguna untuk buat kerja yang berwarna pink.. sebab warna pink tu bagi mood aku happy dan semangat untuk bekerja berkobar kobar.. haa kemain warna pink mempengaruhi hidup aku macam tu sekali ye.. 😄

aku scroll shopee nak cari pencil case murah murah tapi nampak comel, lepas tu add on barang barang lain sekali sebab nak dapat free postage.. aku berkira sikit dengan postage ni nak free je manjang.. kehkehkeh.. total semua barang aku beli RM15 something so dapat la free postage.. kalau beli pencil case je, postage tu lagi mahal dari harga barang.. tak kuasa aku nak bayar lebih.. korang pon macam ni kan? baik ngaku! 😝

beli pencil case add on sekali keychain comel comel dan bunga crochet.. yang mouse pad tak add on sekali, beli kat kedai shopee lain.. hee
LINK KEDAI PENCIL CASE : https://my.shp.ee/6waz4X5
LINK KEDAI MOUSE PAD : https://my.shp.ee/t9k82py

memula check out pencil case and the geng dulu, lepas tu masa sale hari gaji baru la beli mouse pad.. dapat free postage laju laju check out.. semalam dua dua parcel ni sampai sekaligus.. lepas tu terbeli keyboard pink colour pulak yang tu tak posout lagi.. tak sabar nak tunggu parcel sampai.. 😅

aku ni dapat shopping barang barang murah macam ni pon dah happy, apatah lagi kalau dapat beli warna kesukaan kita, double happy jadinya.. korang suka warna apa eh? ada tak geng minat colour pink kat sini? give me five sikit.. ihiks..

bye!
xoxo

hantar anak tuisyen seawal umurnya 6 tahun

assalamualaikum

selalu aku up status kat whatsapp mesti orang akan tanya kenapa hantar anak pergi tuisyen awal sangat sedangkan anak aku baru darjah satu.. jawapannya satu je, anak aku tak nak belajar dengan maknya.. mungkin maknya belum cukup singa untuk dia.. kehkehkeh..

masa umur dia 5 tahun aku dah start ajar dia membaca tapi struggle sangat sangat sebab dia banyak main dan langsung tak nak dengar aku cakap.. yang dia percaya hanyalah apa yang cikgu dia ajar.. apooo anak aku ni? dia tak tau ke dulu maknya cerdik sangat masa kat sekolah.. dia tak tau ke maknya ni dapat A+ SPM untuk subjek bahasa melayu.. 😏

masuk umur dia 6 tahun lagi la buat aku risau sebab dia still tak pandai membaca.. kalau dulu tak kisah umur 6 tahun tak pandai membaca sebab nanti darjah 1 akan belajar membaca jugak tapi bukan untuk zaman sekarang.. silibus sekarang sangat merisaukan makpak.. pengasuh anak aku cadangkan untuk hantar dia pergi tuisyen memandangkan dia ada kenal dengan cikgu tuisyen tu so aku pon setuju..

nak pergi tuisyen je pon tapi melawa bukan main.. kihkihkih..
aku suka siapkan dia cantik cantik.. suka tengok anak sendiri kemas je..
dan dia pon suka berjangok macam maknya.. 😂

untuk umur macam sofia ni kat tuisyen belajar dua subjek je iaitu bahasa melayu dan matematik.. nanti masuk darjah 2 akan belajar ikut subjek yang dia belajar kat sekolah la.. sofia tuisyen 2 kali je seminggu hari jumaat dan hari sabtu.. yuran pon tak mahal sangat dan bagi aku sangat berbaloi la.. sofia pon cepat je boleh membaca.. so far sangat puas hati.. alhamdulillah..

comel macam mommy 😊

pusat tuisyen tu dekat je dengan rumah takde la kena redah jem bagai.. dekat jugak dengan kedai runcit, tiap kali habis je kelas mesti sofia ngepaw bapaknya ajak pergi kedai runcit.. nasib baik 2 kali je seminggu kalau hari hari botak jugak kepala bapak.. 😆

apa je yang terbaik untuk sofia, akan mommy usahakan.. semoga sofia diterangkan hati untuk menimba ilmu.. semoga sofia berjaya di dunia dan di akhirat..

bye!
xoxo

meraikan hari guru 16 Mei 2024

assalamualaikum

bekerja satu bumbung dengan insan bergelar guru ni memang boleh tengok macam mana strugglenya cikgu cikgu nak hadap anak murid.. dengan kerja kerja perkeranian lagi, belum lagi dengan nak hadap kursus, latihan dalam perkhidmatan dan macam macam lagi la.. bila orang tak tengok situasi ni, orang cakap senang jadi cikgu cuti pon banyak.. tapi tu la mulut manusia mana boleh tutup.. try dulu apply jadi cikgu baru komen macam macam.. so bila tiba hari guru, kami bukan guru ni turut meraikannya.. bagila cikgu cikgu happy setahun sekali kan.. ihiks..

tema untuk hari guru kat sekolah aku tahun ni ialah colour block.. aku pakai baju mana ada je janji dapat meraikan tema.. lepas dah habis majlis baru teringat aku takde amek gambar OOTD.. 😪 tapi tak mengapa kita tunjuk je gambar yang ada.. hihi.. sebelum mula majlis, cikgu cikgu berarak dulu la dari kawasan pejabat ke dewan besar.. aku tumpang berarak sekali, merasala jalan atas red carpet.. berangan jadi artis.. kau hado? kehkehkeh

dah ready nak berarak

eh kejap, gambar dulu.. 😆

dapat doorgift.. elok sangat la musim panas ni dapat hadiah kipas.. 😇
thank you KKGS..
(KKGS = Kelab Kebajikan Guru dan Staff)

untuk majlis rasmi pagi ni macam biasa ada ucapan ucapan dari pihak pengurusan dan juga bacaan watikah watikah hari guru dari pihak atasan.. lepas tu ada gimik sikit dan cikgu cikgu semua dijemput naik pentas untuk bacaan ikrar dan nyanyian lagu hari guru.. skema sangat ke ayat aku ni? rasa macam tengah taip kertas kerja pulak.. 😆

selesai majlis kita bergambar beramai ramai.. 😊

kitorang breakfast dulu sebelum acara sukaneka bermula.. aku sebenarnya agak tak puas hati nak update pasal hari guru ni tanpa gambar yang cukup.. tapi tu la, tunggu punya tunggu gambar dari official photoG sekolah aku tak dapat dapat sampai ke sudah.. kita update jela dengan gambar yang ada..

sayang sangat rasanya tak dapat nak tunjuk gambar masa main sukaneka tu.. kecewa sikit tapi hidup kena teruskan.. kalau tunggu gambar gambar lain silap silap tahun depan belum tentu aku dapat update.. netizen kena tau semua ni.. eh tiberr.. kehkehkeh..

aku main dua acara iaitu roda berputar dan tarik tisu.. yang roda berputar tu dapat la nombor dua, tarik tisu pulak nombor tiga.. boleh la kan walaupon tak dapat nombor satu tapi tak kalah di nombor terakhir.. gitu prinsip hidup.. 😆

merasala naik pentas amek hadiah sukaneka walaupon bukan juara.. ihiks

lepas sukaneka masuk dewan balik untuk majlis seterusnya.. ada persembahan dari pelajar pelajar, ada jugak penyampaian anugerah untuk cikgu cikgu dan jugak penyampaian hadiah untuk sukaneka.. stress betul aku nak update entry gambar tak banyak.. kahkahkah.. okay okay mari teruskan..

dalam dewan tu jugak pelajar pelajar form 4 bagi hadiah untuk cikgu cikgu.. kita yang bukan cikgu ni pon dapat sekali.. terima kasih adik adik.. kakak is terharu.. ihiks..

majlis tamat lebih kurang pukul 12.30pm, so kitorang dijemput untuk makan tengahari.. seronok dapat makan free.. kehkehkeh.. yang cikgu cikgu dapat balik pukul 1.00pm, kitorang staff dapat balik pukul 2.30pm.. alhamdulillah majlis berlangsung dengan lancar dan sangat sangat best! terima kasih KKGS untuk majlis yang indah ni.. tahun depan please la ye buat tema back to school.. aku teringin nak pakai baju sekolah balik.. 😆

sempatla jugak bergambar kat photobooth yang dipenuhi dengan belon belon ni.. terasa sangat comel di situ..

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU GURU DI SELURUH DUNIA!

bye!
xoxo