assalamualaikum
sempat la bawak sofia jalan jalan minggu lepas ke zoo kemaman.. kebetulan pulak papa sofia cuti jadi on jela.. pergi sekali dengan abang aku sefamily dan jugak kakak aku yang sorang tu.. kehkehkeh.. pergi zoo hari sabtu, hari jumaat tu bawak sofia tido hotel kat bandar.. yela nak merentas negeri tak dapat, tido jela kat hotel yang sekangkang kera je jaraknya dari rumah.. asalkan si sofia happy, tapi sebenarnya aku yang terlebih happy.. 😆
lepas siap breakfast, check out dari hotel terus zupp zapp sampai zoo kemaman.. agak ramai jugak orang mungkin masing masing amek peluang bawak family jalan jalan sebelum puasa kan.. tiket masuk RM5 je sebab ada diskaun harga asal RM10.. untuk kanak kanak bawah 5 tahun masuk free.. zoo kemaman ni takde la besar mana cukupla untuk happykan kanak kanak.. makpak tumpang happy.. 😁 walaupon tak besar tapi penat jugak la jalan jalan dalam zoo.. huhu
tepi sikit makcik nak posing dulu..
lepas tu si anak pon nak join.. dia memang tak boleh tengok mommy posing sorang sorang..
kat dalam zoo kemaman ni banyak burung je.. macam macam jenis burung ada.. burung besar burung kecik.. haha.. tapi ok la enjoy la jugak.. jangan la expect macam masuk zoo negara pulak ye.. dapat masuk zoo kecik dah syukur sangat dah.. boleh jugak hilangkan bosan musim musim covid ni.. haa gittew.. fikir positif selalu baru bahagia.. eh tiberrrr
sedang elok la lalu kat tempat gajah ni si anak gajah tengah main air.. aku suruh sofia berdiri sana nak amek gambar dengan gajah, dia takot pulak..
last last mommy jugak kena bergambar dengan anak gajah ni..
eh hai kawan lama.. kehkehkeh.. teringat pulak dulu dulu masa gemok orang pangil aku anak gajah.. sedih.. 😢
ok la ok la.. belanja satu gambar sofia dan papa.. 😊😚
nak masuk ke tempat haiwan haiwan ni korang boleh pilih la nak naik train ke nak jalan kaki.. jaraknya takde la jauh sangat.. masa sampai tu orang ramai berebut nak naik train so kitorang pakat nak jalan kaki je sambil tengok burung unta.. letih jugak tapi tak pela demi lelemak yang bertenggek kat badan ku gagahi jugak melangkah.. 😆
member marah aku ajak ootd.. eleh tu pon nak membebel!
lebih kurang dua jam berpusing pusing tengok segala haiwan yang ada, kitorang pon nak berangkat pulang.. anak anak pon dah letih.. dengan cuaca panas lagi.. nak berjalan kaki rasanya dah tak larat, so kitorang pilih naik train jela.. walaupon orang ramai duk berebut rebut tapi ok masih mematuhi SOP yang ditetapkan.. berebut di norma baru ni agak lain sikit caranya.. ni namanya berebut secara matang.. kehkehkeh
buat kenangan naik train dalam zoo.. masa kecik kecik tak merasa.. 😆
keluar dari zoo terus cari makan.. lapar oi! sampai kat kedai order nasi ganja.. nasib baik sedap walaupon masa menunggu kehadiran nasi agak lama.. pulak tu ais takde, kena order air panas je.. membara jugak dalam hati sikit.. sikit jela tahap kesabaran masih tinggi.. 😅
selamat berpuasa semua! semoga ramadhan kali ni lebih indah buat korang.. jom pakat pakat doa semoga raya nanti dapat berkumpul semua ahli keluarga.. harapnya dapat la merentas negeri.. aaminnnn.. 💕
bye!
xoxo