wall decoration ala kadar

assalamualaikum

cuti sekolah ada la masa sikit nak mendeco workstation.. kali ni aku deco dinding sikit buang yang lama gantikan dengan yang baru.. aku banyak cari idea kat pinterest.. lepas tu buat sendiri ikot bajet yang ada..

ni gambar lama tahun lepas punya.. buku buku tu semua aku dah lama alih, langsir pon dah tukar.. cumanya nak tunjuk perkataan "preparation room" tu sebelum dimakeover.. hehe

tadaa~ dah siap makeover secara ala kadar.. ihiks
frame gambar beli kat kedai eco je.. lepas tu print je quote guna kertas A4..
dinding nampak kotor dah tak tau nak buat macam mana.. cover setakat mampu jela..

drawer besi dua ketul aku alihkan masuk dalam stor.. baru la tak semak mata memandang.. aku suka bilik ni lapang je tak banyak barang.. lagi senang nak buat kerja, nak bancuh larutan kimia, nak sediakan barang barang amali.. haa gittew..

disebabkan terlalu lama drawer kat situ, kena tempias hujan makanya ada la kesan karat kat jubin.. stress jugak tengok lantai tak bersih.. gigih jugak aku menyental lantai boleh sado lengan.. tak perlu pergi gym dah.. 😅

dasyat jugak kesan karat ni..

selepas disental.. haa nampak? baru la sedap mata memandang..

aku guna stain remover bau lavender ni je.. beli kat kedai eco..
harga murah tapi berbaloi!

walaupon tak la cantik mana hasil deco aku tu tapi aku suka je.. orang lain tak suka lantak la dia yang penting aku suka.. hidup ni bukan untuk orang lain.. jenuh la nak puaskan hati semua pihak.. eh tiberr! kehkehkeh.. bajet untuk hiasan dinding tak mahal mana pon.. bawah RM50 jeeee.. 😄

minggu depan minggu last cuti sekolah tak tau la sempat ke tidak nak mendeco makmal pulak.. huhu.. rasa macam sekejap je masa berlalu.. tup tup nak bukak sekolah dah.. pejam celik nak masuk tahun baru dah kita..

bye!
xoxo

majlis hujung tahun : blackgold 2021

assalamualaikum

seperti yang sedia maklum sebelum ni aku busy dengan urusan majlis yang aku dah gebangkan dalam entry lepas, hari ni nak story mory sikit la pasal majlis tu.. berlangsung pada 8/12/2021 bertempat di sutra beach resort, setiu ala dekat je pon dengan sekolah aku.. ihiks.. pagi hari kejadian kitorang geng AJK dah busy dengan angkut angkut hadiah.. lepas tu busy dengan segala persiapan majlis.. majlis bermula tepat jam 2.00 petang waktu malaysia.. eh tiberr.. 😆

muka tengah marah angin sebab rosakkan tudung i.. dengan angin pon nak cari gaduh pehal budak ni..

my OOTD 💕
crown : kedai pengantin era nona
baju : icahfa (tapi i punya beli kat butik KTCC mall)
kasut : spiffy KTCC mall
beg comel : pinjam akma punya

oh lupa pulak nak bagitau, majlis kali ni bertema warna black dan gold ala sama dengan tema ex-sekolah aku tahun lepas.. tapi gigih jugak beli baju baru.. 😅 aku memang macam ni tau, kalau ada majlis apa apa akan beli baju baru.. entah la perempuan memang perangai macam ni ke? ke aku sorang je? hehe

majlis berjalan dengan lancar dan selesai pada jam 4.30 petang.. aku hidangkan korang dengan gambar gambar di hari kejadian je okay.. tapi takde la banyak pon gambar.. boleh la dua tiga ketul.. eh sebelum tu nak cakap pasal menu.. makanan semua nampak sedap sedap tapi disebabkan aku kena handle hadiah cabutan bertuah dan hadiah hadiah lain makanya tak la berkesempatan aku nak merasa semua menu.. yang sempat aku makan mee sup dan buah buah jee.. sadis bukan? tapi takpe la janji enjoy dengan majlis itu hari.. 😁

geng AJK..
teamwork yang awesome!

geng AJK wanita wanita solehah.. ihiksss

lagi wanita wanita solehah kemain bergambar.. haha

setahun sekali dapat bergalok berjimba dengan kawan kawan sekerja

dengan cikgu fizik..
dia orang pertama bekerjasama dengan aku kat sekolah ni.. 😄

kitorang menang best dress award

ni hadiah yang aku dapat
walaupon takde rezeki nak dapat hadiah paling grand tapi syukurla dapat jugak hadiah.. hee

dan dapat karpet 😅

penat lelah sepanjang urusan untuk majlis ni bagaikan tak terasa bila semua orang happy dengan hadiah masing masing.. syukur alhamdulillah majlis berjalan seperti yang dirancang.. walaupon ada sikit dugaan yang datang dapat jugak kami hadap dengan tabah..

memang dah jadi budaya, orang baru masuk akan jadi AJK.. terima je dengan hati terbuka.. paling suka sebab dapat teammate yang sangat sporting dan awesome! seronok sangat bekerja dengan diorang semua.. alhamdulillah.. terima kasih geng AJK untuk tahun 2021 yang penuh suka duka.. 😊

bye!
xoxo

done booster!

assalamualaikum

bahu tempat cucuk ni terasa sakit lagi, tapi takde la teruk sangat.. aku kan manja sakit sikit suruh suami hantarkan pergi kerja.. konon lenguh tangan nak bawak kereta.. kehkehkeh.. ala dah kebetulan dia cuti, sekali sekala bermanja apa salahnya.. hari lain pandai pandai la bawak kereta sendiri.. 😅


dapat surat cinta daripada MySejahtera

bangun pagi nak mandi, tengok handphone terkejut dapat message daripada MySejahtera.. aku takde la mohon nak amek booster, tapi setuju je kalau orang nak bagi kan.. dapat temujanji 20/12/2021 kat klinik swasta.. kiranya aku pergi cucuk dalam keadaan bersedia tapi still rasa berdebar dan takut.. ramai orang cakap effect booster lain macam.. nasib baik tak bertukar jadi lobster.. 😆

seawal pukul 10 pagi aku dah gerak dari rumah walaupon appointment aku pukul 12 tengahari.. nampak sangat bersemangat bukan? dalam hati berdebar weh.. bagai nak gugur jantung.. sampai sampai je kat klinik tengok orang ramai.. rupanya yang datang walk in pon sekali kat situ.. membara jugak hati ni, yela kita datang dari jauh tiba tiba yang dapat appoinment kena tunggu sama macam yang walk in.. baik tak payah buat appointment macam ni.. fight pon tak menang jadi tunggu jela kat situ..

walaupon dalam keadaan tak puas hati, borang tetap kena isi.. ihiks

hampir dua jam menunggu akhirnya tiba giliran aku.. settle daftar semua terus masuk kat tempat cucuk.. cucuk sekejap je tak sampai 10 minit tapi azab betol masa menunggu tu.. memang sistem hancur betol la untuk pemberian vaksin ni.. sepatotnya kena bukak lagi satu kaunter khas untuk orang yang ada appointment.. tapi malas nak marah lama lama, vaksin pon dah dapat.. alhamdulillah..

gambar tak ready pon aku tetap nampak cantik.. 😊

apatah lagi dah ready macam ni lagila cantik.. kehkehkeh

setakat ni effect booster takde teruk.. alhamdulillah syukur sangat.. cumanya macam aku bagitau tadi bahu je sakit kat tempat cucuk tu.. masa dos kedua sinovac itu hari tempat cucuk bukan main menyucuk.. tapi yang booster ni bengkak je sikit.. lepas cucuk auto rasa lapar dan mengantuk.. petang semalam terasa lenguh lenguh badan sikit tapi hari ni dah okay.. harapnya tak demam tapi aku dah standby panadol.. 😅

untuk booster aku dapat vaksin pfizer.. jadinya secara rasmi aku bukan lagi dak dak sinovac.. dah kacuk dengan pfizer mungkin jadi warga sinozer? ataupon pfizvac? 😆

korang dah dapat appoinment untuk booster? kalau belum boleh je korang walk in kat mana mana klinik yang terpilih.. sama sama kita putuskan rangkaian covid 19.. usaha dah selebihnya tawakal kepada Allah SWT..

bye!
xoxo

sekadar throwback : sambut birthday atas air

assalamualaikum

cerita bulan lepas baru berkesempatan nak update.. memula plan nak sambut birthday sofia kat tepi pantai.. kononnya nak berkelah dengan adik aku.. itu hari bila sempadan negeri dah bukak, adik aku amek peluang balik kampung.. dah plan elok elok, sekali dah sampai kat kampung tak jadi pulak.. sudahnya sambut birthday sofia atas houseboat je..

dia nak jadi princess.. bolehla nak.. eee comel!

aku tak bermalam pon atas houseboat ni sebab esoknya suami aku kerja.. pergi pagi, balik petang.. boleh ke macam tu? boleh je kalau houseboat tu abang ipar aku punya.. kehkehkeh.. seronok la sekali sekala dapat berkumpul ramai ramai macam ni.. adik beradik aku lapan orang, dua orang tak dapat join atas sebab sebab tak dapat dielakkan.. tapi takpe, enjoy je!

semangat nak tiup lilin.. haha

menu makan tengahari aku lupa amek gambar, yang penting semuanya sedap sedap.. dah nampak makanan sedap pedulikan pasal diet.. rugi la tak makan.. haha.. lepas siap makan baru la sesi tiup lilin dan potong kek untuk sofia.. lepas tu bergambar dua tiga empat lima enam ratus, lepas tu aku gerak balik.. letih tapi seronok.. kalau dapat bermalam atas houseboat lagi seronok.. tapi apakan daya, demi mencari sesuap nasi aku redha.. 😅

love you anak mommy.. 😘

tahun depan nak sambut birthday sofia kat mana pulak? atas awan? atas pokok? 😆 walaupon birthday dah lepas tetap nak wish, semoga anak mommy menjadi anak yang solehah dan menyenangkan hati semua orang.. 😊

bye!
xoxo

punca kenapa lama menghilang

assalamualaikum

sebenarnya bukanlah menghilang sebab aku ada je online blog, approve komen, baca blog orang sepantas kilat tapiiiii tak sempat je nak update entry seketul dua.. banyak benda nak diceritakan rasa sangat rugi kalau tak abadikan segala kenangan dalam blog.. cuti sekolah ni baru la aku kurang busy sikit.. ada masa nak mengadap blog.. 😄

tahun ni kat sekolah aku jadi AJK kelab guru dan kakitangan, akhir tahun memang akan ada jamuan la untuk kitorang jadinya busy la sikit dengan segala persiapan majlis.. walaupon majlis tu santai santai je tapi bukan senang nak handle oi.. kena fikir banyak benda.. yela aku AJK je tapi banyak jugak benda aku kena settlekan..

ni bukan acah acah busy, ni memang betol betol busy.. haha

yang penting kerjasama dalam satu team.. chewahhh.. 😆

dan majlis tu dah selesai pada minggu lepas iaitu 8/12/2021.. alhamdulillah semuanya berjalan seperti apa yang dirancang.. ada sikit cacat cela biasala kan manusia mana tak pernah buat silap.. ihiks.. pasal jamuan tu nanti aku update lain..

dalam pada duk sibuk dengan persiapan majlis, aku busy jugak dengan persiapan amali sains untuk peperiksaan percubaan SPM baru baru ni.. fuhh sangat mencabar aku rasa.. bagaikan tak cukup kakitangan nak settlekan semua.. tapi nasib baik ada kakak kakak pembantu makmal yang banyak sangat tolong aku.. alhamdulillah.. rezeki dikelilingi orang yang baik baik..

amali sains untuk subjek fizik, kimia dan biologi

haa jangan meniru! 😆

amali sains dah selamat dijalankan pada 5/12/2021.. kitorang guna dua buah makmal dan buat dua sidang sebabnya ada barang tak cukup yang kena kongsi.. kalau sebelum ni boleh buat satu sidang je, tapi biasala dugaan sikit sikit datang.. yang penting semuanya dah selesai..

bila dah selesai semuanya ni, rasa lega sangat dan rasa ringan je kepala.. kalau sebelum ni rasa macam duk pikul batu besar atas bahu.. boleh bayang la macam mana aku rasa.. 😆

selingan sikit, semalam baru dapat surat dari google adsense.. dah settle pon aku verify address.. punya la risau duk tunggu surat tak sampai sampai.. akhirnya dah boleh bertenang sekarang.. fuhh legaaa.. 😄 kembali bersemangat nak update blog.. harapnya bukan hangat hangat tahi ayam je aku ni! 😂

bye!
xoxo