celebrate birthday yang tertangguh sebab PKP

assalamualaikum

dah plan lama dengan yana nak suprisekan akma masa birthday dia.. tapi sebab PKP tak dapat nak buat, kitorang just ucap kat group whatsapp je.. minggu lepas datang idea nak buat jugak suprise untuk akma walaupon birthday dia dah lama berlalu.. so aku plan dengan yana hari first sekolah nak suprisekan akma.. alhamdulillah plan kitorang menjadi, terkejut jugak budak tu tetiba dapat coklat dan kek.. blur je muka dia, yela birthday dia dah lepas tak sangka dapat jugak hadiah.. haha

sedap kek ni! pakat makan ramai ramai kejap je habis.. 😆

yana tolong settlekan kek, aku pulak buat bouquet chocolate.. gigih sangat okay gubah sendiri walaupon aku ni tak berbakat untuk acara gubah menggubah.. kengkonon sweet sangat buat sendiri special untuk BFF.. haa gitteww~

ni hasilnya~ boleh la kan.. huhu.. riben tu mintak kat cikgu PSS sebab aku lupa nak beli riben.. 😅

happy belated birthday akma.. 😘

kami 😊
aku pakai baju baru mur mur je.. nanti aku update pasal baju tu ok.. hee

simple je celebrate birthday akma.. yang plan semua ni aku dengan yana je yang lain memang tak tahu pape.. jadi takde persiapan tempat bagai la.. bukan akma je tersuprise, orang lain pon tersuprise sekali.. kehkehkeh.. BFF happy aku pon happy.. alhamdulillah..

bulan tujuh birthday si yana pulak aku kena fikir dari sekarang nak suprisekan dia.. kena bijak mengatur rancangan.. kalau tak nanti suprise tak jadi.. 😆

bye!
xoxo

skincare routine : cleanser

assalamualaikum

selamat kembali ke sekolah! *tiberrr 😄dua tiga hari tak update blog sebab aku busy sikit.. hari isnin mak saudara aku meninggal.. semalam pon busy dengan urusan makmal.. hari ni boleh update seketul entry.. tapi pagi pagi macam ni otak beku pulak.. nak karang ayat pon blur ni.. 😓

ni la dia cleanser yang aku guna sekarang

kenapa aku pilih cetaphil? sebab kulit muka aku sangat sensitif.. pantang kena debu sikit mula la gatal gatal.. bukan tu je, kalau silap pakai produk pon muka aku akan jadi gatal gatal.. lepas tu aku garu lepas tu jadi pedih pedih.. setelah beberapa kali try and error dengan bermacam jenis pencuci muka akhirnya kulit muka aku serasi dengan cetaphil ni.. 👏

agak berbulan dah aku pakai cetaphil ni, ok la muka aku dah kurang sensitif.. kalau terkena debu pon takde azab sangat gatal tu macam dulu dulu.. alhamdulillah.. aku suka dengan perubahan ni.. ekeke.. dan aku perasan lepas cuci muka kulit aku jadi lembut je.. 😊

korang guna pencuci muka apa? jom share! oh sebelum terlupa aku nak bagitau cuci muka dengan pencuci muka dua kali sehari je ye iaitu pagi dan malam.. jangan cuci muka dengan pencuci muka lebih dari dua kali sebab akan menyebabkan kulit muka kita jadi kering.. heee ok la tu je..

bye!
xoxo

persediaan sebelum sekolah dibuka

assalamualaikum

semua orang dah sedia maklum tak lama lagi sekolah akan dibuka semula untuk pelajar pelajar tingkatan lima dan jugak tingkatan enam.. sebagai seorang penjawat awam yang bekerja di sekolah harusla aku kena buat persediaan serba sedikit.. boss dah maklum awal awal pasal ni tapi biasala aku ni suka sangat buat kerja last minit.. boss gertak sikit cakap nak datang check kelam kabut aku buat sampai tak cukup kaki tangan.. 😂

jom tengok hasil kerja aku yang kelam kabut tu~ 😁



nak masuk makmal kena patuhi SOP yang ditetapkan jangan main redah je ye nanti akak rotan baru tau! 😆 aku tak pasti la bebudak ni nanti akan belajar dalam makmal atau tak tapi buat jela segala SOP sebagai persediaan awal.. lagi satu aku hanya menurut perintah dah boss suruh buat layan jela.. haha

penjarakan sosial dalam makmal

kalau sebelum ni boleh duduk ramai ramai untuk satu meja, dengan norma baru ni kena jaga jarak ye anak anak jadi satu meja boleh duduk dua orang je.. haaa baru la tak boleh bergosip masa cikgu mengajar kat depan! 😆 so satu makmal boleh muat paling max dua puluh orang sahaja..

jangan lupa guna sanitizer sebelum masuk makmal.. haa gitteww~ 😁

seminggu dua ni aku busy siapkan segala mak nenek ni la sampai tak sempat nak berblogging.. hehe.. nampak simple je aku buat tapi penat jugak la nak ukur tampal tape tu.. label label tu semua buat sendiri je.. alang alang buat biar puas hati..

tak sabar nak jemput bebudak ni guna makmal.. harap diorang semua dapat patuhi SOP yang ditetapkan.. berdebar jugak jadi frontliner ni.. *tiberrr 😂

p/s : nanti aku update lagi journey diet aku ok!

bye!
xoxo

my journey diet - genap setahun

assalamualaikum

aku pernah cakap dalam blog yang aku memang diet tapi secara officialnya aku belum lagi up entry pasal diet aku ni.. sebab aku tak tau nak mula dari mana.. penat jugak fikir idea tapi idea tak kunjung tiba.. so hari ni aku rasa aku dah bersedia nak share pasal cerita diet aku memandangkan esok 19hb Jun 2020 genap setahun perjalanan diet aku.. total lost setakat ni 21.4kg.. alhamdulillah.. aku nak buang lagi 6.6kg untuk capai target.. doakan aku terus istiqomah! 💪

aku taknak karang ayat panjang panjang nanti pembaca akan bosan dan secara tak langsung cerita diet aku macam sia sia bila takde orang baca.. aku ringkaskan kat sini perjalanan diet aku ok..

berat sebelum : 93kg

cara pemakanan : bermula dengan eatclean + diet suku suku separuh (DSSS) dan tukar kepada DSSS secara santai sebab taknak stress dalam diet

permulaan diet : intermittent fasting (IF) selama 16jam, puasa sunat isnin dan khamis, kawal permakanan dan tolak segala jenis air manis

senaman : awal diet dengan berat badan berlebihan aku takde bersenam pon.. badan dah rasa ringan aku mula dengan squat lepastu skipping dan jugak lompat bintang.. joging tu jarang sangat sebab takde masa nak pergi joging.. 😅😁

berat semasa : 71.6kg

gambar belah kiri tu gambar first day aku start diet.. gambar belah kanan tu gambar terkini la.. 😄
amacam? boleh jadi founder ubat kurus tak? kahkahkah ok gurau!

permulaan nak diet sangat mencabar bagi aku dengan kutukan dan kecaman orang sekeliling.. tapi bila dah nampak hasil, mulut mulut manusia yang tak boleh nak tutup tu akan diam.. aku amek segala kutukan dan kecaman tu sebagai pembakar semangat.. alhamdulillah aku berjaya walaupon belum capai target berat yang aku nak.. 😊

kalau korang berminat nak tau lagi pasal journey diet aku ni komen kat bawah okay! nanti aku update lagi..

bye!
xoxo

skincare routine : make up remover

assalamualaikum

kalau dulu zaman kanak kanak riang aku takde kisah pon pasal make up remover sebab aku tak make up so apa guna pakai make up remover.. dan ternyata itu salah.. agak dah matang sekarang ni, dah tau serba sikit pasal skincare routine baru la aku mengerti yang make up remover jugak penting walaupon hangpa semua tak pakai make up.. selain tugasnya meremove make up, beliau jugak bertindak meremove segala kotoran yang ada kat muka hangpa semua.. dan mungkin akan meremove kisah duka kita.. eh? 😂

untuk korang yang baru nak amek berat pasal penjagaan muka macam aku ni, sini aku nak bagitau satu ilmu.. cuci muka hanya dua kali sahaja dalam sehari iaitu pagi dan malam.. untuk tengah hari ataupon sebelum nak solat tak perlu cuci muka dah diknon oi.. hanya guna make up remover sahaja.. sebab kalau kerap sangat cuci muka akan merosakkan kulit muka kita.. haaa takut tak? kalau takut jangan amalkan lagi.. faham? ewah macam pakar kulit pon ada.. ok kita sama sama belajar.. 😃

satu satunya make up remover yang sesuai dengan kulit aku.. yang lain semua reject sebab kulit aku jadi gatal gatal lepas pakai.. 😌
alang alang dah ternampak frame gambar kat belakang tu boleh bagi idea tak macam mana nak deco guna frame tu selain letak gambar sendiri ataupon gambar family? 😁😁

kulit muka aku sensitif lepas beranakkan si sofia.. salah pilih produk memang akan jadi gatal gatal.. untuk dapatkan produk yang betul betul sesuai dengan kulit muka aku, aku kena try and error di samping terpaksa berkorban duit dan jiwa raga.. kehkehkeh.. dan make up remover yang paling sesuai dengan aku pastinya loreal ni.. mahal sikit tapi nak buat macam mana.. kulit muka pon mata duitan.. 😅

aku akan pakai make up remover ni tiap kali sebelum solat walaupon tak pakai make up.. untuk bersihkan segala kotoran kat muka yang terdedah dengan segala macam debu.. cara pakai mudah je kan, nak aku bagitau jugak ke? ok la aku bagitau, letak kat kapas muka lepas tu tenyeh la kat muka sampai bersih.. siap! 😆

bye!
xoxo

jejak pantai di fasa PKPP

assalamualaikum

tunaikan permintaan anak nak ke pantai katanya.. dah dua tiga hari duk menyanyi nak pergi pantai jadi mommy papa bawakla sofia ke pantai.. sebelum kena kecam aku bagitau siap siap aku cari port yang memang takde orang langsung okayyy demi keselamatan anak aku.. haha

dalam kereta dah teruja tengok pantai.. kesian budak ni tiga bulan berkurung sekali dapat keluar teruja lain macam.. 😆

ini la first time bawak sofia keluar sejak berkurung tiga bulan lepas, sebelum ni pon ada bawak dia keluar tapi duduk dalam kereta je.. tak boleh bawak pergi mall, pergi pantai pon ok dah janji sofia happy..

OOTD dulu dengan anak dara..
baju bundle je mommy pakai beli kat shopee
baju sofia pon beli kat shopee..
so aku boleh jadi duta shopee tak? 😆

happynya dia 😍😘

mujurla kat terengganu ni banyak pantai.. pilih je pantai mana nak pergi tak perlu berebut dengan orang ramai.. haha.. pantai yang aku pergi ni namanya pantai seberang takir ala jalan yang menuju ke jambatan hatimu itu.. eh? kehkehkeh.. jambatan angkat tu la.. dapat hirup angin pantai walaupon sekejap je dah puas hati tapi tu la si kecik ni bila dah lama tak keluar, sekali dapat keluar dia taknak balik pulak.. jenuh mommy pujuk ajak balik.. 😅 nasib baik dengar kata nak balik jugak akhirnya.. haha

mommy papa sofia 😄

dah puas lepak pantai bawak sofia ronda ronda kejap lepas tu singgah kedai eco.. agak lama aku tak jejak kedai eco nanti next entry aku buat haul kedai eco ok.. 😁

p/s : sorry ok tak sempat lagi nak singgah blog korang sebab aku busy dengan urusan makmal sikit.. nanti aku blogwalking.. 😘

bye!
xoxo

happy 7th anniversary

assalamualaikum

alhamdulillah dah masuk tahun ke tujuh di alam perkahwinan ni.. dah lepas lima tahun pertama rasa macam dah agak senior tapi jauh lagi perjalanan tu sebenarnya.. dalam masa tujuh tahun ni bab bergaduh tak payah cakap la tapi aku je yang selalu menang.. biasala perempuan mana pernah nak kalah kan? 😂

lapar pulak tengok kek ni..

suami aku bukanla seorang suami yang romantik.. sepanjang tujuh tahun kahwin ni, ini la pertama kalinya dia suprisekan aku dengan sepotong kek.. walaupon hanya sepotong kek ni pon dah cukup buat aku happy.. mudah terhibur aku ni.. haha..

tak cukup dengan itu, dia hadiahkan aku pulak dengan sebijik novel.. dia tau aku memang suka novel dan dia jugak tau sekarang aku dah takde masa nak hadap novel tapi dia hadiahkan jugak aku novel.. so sekarang aku kena fikir macam mana cara aku nak fokus kat novel tu tanda aku menghargai pemberian dia.. 😅

tQ~ encik suami.. 😁

itu jela kisah anniversary kitorang yang ketujuh ni takde nak celebrate makan sedap sedap jalan jalan tempat best holiday ke hape.. simple tapi masing masing happy.. itu sudah memadai walaupon aku tetap berharap dia suprisekan aku dengan hadiah lagi besarrrr.. kahkahkah..

bye!
xoxo

kenapa aku pilih dia?

assalamualaikum

sebelum aku menjawab persoalan kenapa aku pilih dia, elokla kiranya aku bercerita serba sedikit supaya korang tidakla tertanya tanya siapa dia yang aku maksudkan tu.. macam saspen je kan padahal dia yang aku nak cerita ni handphone je pon.. 😅

aku pakai oppo A3s lebih kurang dua tahun dan handphone tu elok je sebenarnya tapi entah la di zaman ekonomi tak berapa stabil ni nak jugak aku tukar handphone.. sebelum tukar handphone memang aku survey dulu handphone mana terbaik dengan bajet tak seberapa aku ni.. dah jatuh cinta dengan redmi note 9s sebab camera dia lawa giler tapi sampai kedai aku beli handphone vivo Y30.. why ezy whyyyyyyy????

*pic from google
so apa menarik sangat dia ni sampai aku sanggup tukar fikiran? dia ni dah bomohkan aku ke?

memang sampai kedai tu aku cakap nak redmi note 9s tapi takde stok.. aku macam frust jugak tapi boleh pulak budak tu promote vivo kat aku.. katanya harga sama why not akak amek vivo je? aku macam eh apeni apeni kenapa aku tertarik dengan vivo? haa sudah.. tak tetap pendirian betul! haha..

kenapa aku pilih vivo Y30? aku sendiri pon takde jawapan untuk soalan ni.. bila aku pertama kali pegang vivo Y30 aku macam eh best jugak handphone ni.. walaupon budak tu ada promote vivo s pro tapi aku nak vivo Y30 jugak..bila dah 3-4 hari duk pakai vivo Y30 ni aku agak kurang puas hati dengan camera nya.. tak secantik redmi note 9s.. tapi tu la dah beli guna jela takkan nak buang.. macam dah kaya lagaknya bawak sedar diri sikit ezy oi.. 😆 bersyukurla masih mampu pakai handphone canggih.. jangan nak banyak songeh sangat.. 😁

akan ku pupuk rasa cintaku kepadamu wahai vivo Y30!

bye!
xoxo

OOTD mur mur #7 - edisi batik

assalamualaikum

korang pernah tak tengok kain batik viral? pernah tak terfikir nak jadikan kain batik tu sepasang baju? haa kalau pernah maknanya korang sekapal dengan aku.. kehkehkeh.. *tiber ajak naik kapal sama sama.. aku beli kain batik viral ni dengan sepupu aku harganya murah je RM10 sehelai.. so aku beli empat helai untuk jadikan dua pasang baju.. jom tengok hasilnya~



amacam lawa tak model tu? tak maksud aku lawa tak baju baju aku pakai tu? 😆 cantik je kan bila dah jadi baju.. so kat sini aku nak bagitau bahawasanya kain batik pon boleh dijadikan sepasang baju yang super cantik! jadi kalau korang ada kain batik yang tak pakai dalam erti kata lain tak pandai pakai kain batik, boleh la korang jadikan kain batik tu sebagai baju.. takde la kain batik tu terbiar umpama kain buruk di dalam almari.. 😁

kos untuk outfit aku tu cuma RM40 je untuk dua pasang baju.. murah sangat kan? yela upah jahit dah tak payah sebab yang jahit ni pon umi aku sendiri.. haha.. ok jangan marah!

bye!
xoxo

skincare routine : cleansing oil

assalamualaikum

aku nak buat entry skincare routine tapi buat part by part tak buat sekali gus nanti entry akan jadi terlebih panjang.. bila terlalu panjang orang akan bosan nak baca sampai habis.. lagi la kalau entry tu dipenuhi dengan ayat ayat lagha macam entry aku ni haa.. yang rajin membaca je akan baca sampai habis yang tu memang aku respek gilerrr.. 👏👏

so untuk entry pertama pasal skincare routine ni aku nak share cleansing oil yang aku guna.. sebelum ni tak pernah guna cleansing oil pon tapi bila meningkat dewasa ni kena la jaga kulit muka.. bukan setakat jaga kulit muka je tapi hati dan perasaan pon kena jaga.. *tiberrr..

aku guna cleansing oil ni dah masuk botol kedua.. harganya dalam RM50 lebih lebih macam tu.. walaupon agak mahal tapi tahan lama.. aku guna sebotol boleh tahan dalam 5-6 bulan macam tu.. 😊

cara guna :
  • guna sekali sehari sahaja iaitu pada waktu malam sebelum cleanser..
  • guna tanpa air okay! gosok gosok kat muka dalam 10-20 saat lepas tu bilas..
  • picit sikit je kat tapak tangan dah boleh cover satu muka.. sebab tu la cleansing oil ni tahan lama berbulan bulan.. 😅

review ikhlas dari aku :
cleansing oil ni sangat best bagi aku.. first time guna aku dah jatuh cinta.. haa gittew.. serius la kulit muka aku jadi lembut lepas cuci.. walaupon namanya oil tapi tak buat kulit muka berminyak pon.. 😁 dan paling penting kulit muka rasa fresh bebas dari kotoran..

korang guna cleansing oil tak? jom share!

bye!
xoxo

shopping haul - baju anak

assalamualaikum

budak kecik macam sofia memang cepat membesar.. nak tak nak sebulan sekali kena shopping baju baju untuk dia.. kalau keadaan kewangan tak mengizinkan, mommy biar je dulu dia pakai baju senteng.. kehkehkeh.. kesian anak mommy tapi nasib baik jugak sofia tu jenis kecik comel takde masalah kalau pakai baju senteng sikit.. tak nampak sangat pon.. haha..

lepas raya papa dengan mommy ada la shopping sikit untuk dia.. ada beli seluar dengan baju untuk jalan jalan walaupon tak tau bila boleh jalan jalan dengan keadaan sekarang ni.. 😅 dan mommy ada jugak beli baju tidur untuk dia.. jom tengok baju baju sofia~

baju jalan jalan

seluar jalan jalan

dua benda di atas beli dekat manjaku baby mall.. itu semua papa dia yang belikan.. katanya murah sangat harga RM10 setiap satu item.. kemain papa borong sampai lima.. 😄

ni baju tidur beli dekat pasarayaku.. harga RM11.90 je.. cantik baju tidur ni nampak gegirl sangat kan.. 😁

dan last sekali.. ni semua pon baju tidur beli kat zonria.. sebenarnya utk budak laki ni tapi sebab takde pilihan sangat mommy amek jela.. sesuai je kot untuk sofia.. takde la nampak lelaki sangat kan? haha
yang ni pulak harganya RM12 kot setiap item.. lupa dah.. 😁

so itu jela haul untuk kali ni.. maafla background gambar berbunga bunga itu je aku rasa port paling menarik untuk amek gambar.. 😂

bye!
xoxo