sambut birthday secara menumpang di majlis orang

assalamualaikum

anak saudara aku ada jemput ke rumah dia hari ni sempena birthday anak sulong dia dan jugak nak meraikan anniversary dia.. memandangkan birthday aku dan umi di bulan september yang indah ni jugak, apa kata kitorang join sambut sekali.. haa senang kerja sis.. sekali harung je kan lagi pon sekadar suka suka.. celebrate kecik kecik anak beranak je pon.. 😄

kek ni sedap tapi muak.. 😁

singgah kat kedai harolds dalam mydin mall je sebelum gerak ke rumah kakak aku.. tak banyak pilihan kek kat kedai ni.. nampak oreo cheese cake paling sedap beli jela.. yang ni size kecik tujuh inci kot, harganya RM55..

sampai sampai je terus bergambar.. 😅
pakat pakat pakai baju hasnuri yang i jual.. thank you korang sudi support i.. kehkeh

menu majlis tadi :
nasi goreng
ayam goreng spicy
keropok
kek
kuih muih
air sunquick

majlis yang simple je cukupla untuk meraikan anak beranak yang dah lama tak bersua muka ni.. alhamdulillah kenyang perot sis membantai nasi goreng yang sangat sedap dan jugak kuih muih yang mabeles.. 😅

family potrait 😍
sofia nak main tapi mommy ajak bergambar.. stress muka budak tu.. 😆

tak berapa nak senyum tapi sempat buat peace.. 😅

siap siap makan lepas tu gerak balik.. tak lama pon kat rumah kakak aku.. nampak langit dah gelap sangat macam nak hujan.. itu yang cepat cepat nak balik risau ribut ke hape tengah jalan.. alhamdulillah hujan je lebat takde ribut bagai.. selamat sampai rumah..

lepas tu kan sampai sampai je kat rumah ada nampak parcel atas tangga.. aku fikirkan tu parcel dari hasnuri sebab ada order baju semalam.. rupanya suprise dari BFFs.. hadoiii! terharu sis sampai berair mata.. nanti aku update lain pasal tu.. ehe..

bye!
xoxo

12 comments:

  1. Memang senang bila buat sekaligus ni, sekali harung terus hahahaha.
    Happy birthday kak! ;) Tak tahu belated birthday ke belum sampai tarikhnya hehehehe. Wish awal awal hehehe.

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Lahir..
    Sekali harung buat majlis..
    Bestnya dapat berkumpul..

    ReplyDelete
  3. Senang sekali harung celebrate ramai ramai. Happy birthday semua September's baby. Semoga semua happy dan sihat selalu. Aaminn...

    ReplyDelete
  4. Niceee.. sekaligus gituu... Happy Birthday kak and semua yang birthday dalam gambar tuu.. Moga Allah lindungi kalian selalu dan dimakbulkan segala doa.. Amin!

    ReplyDelete
  5. Kak nak tanya kek tu sedap tak? Hehe. Amboi kemain ye asal parcel je hasnuri. Berpisah tiada hahah

    ReplyDelete
  6. semoga akak diberi kesihatan yg baik dan sntiasa dlm prlindunganNYA.. amin

    ReplyDelete
  7. Senang celebrate sekali harung. Lebih meriah :)

    ReplyDelete
  8. bestnya boleh jumpa family... aku ni plan Hari Malaysia nanti nak g umah abang aku..
    Tak sabar nk jumpa semua..

    ReplyDelete
  9. Best celebrate sekali macma nie.. meriah..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!