assalamualaikum
sambungan daripada kisah renew lesen semalam, suami aku ada temujanji untuk dos kedua vaksin.. dos pertama dapat 5/8/2021 itu hari.. aku tak dapat teman sebab masa tu PKPD.. tak boleh naik dua orang untuk satu kereta.. untuk dos kedua ni dapat la teman walaupon aku menunggu je dalam kereta.. lepas zohor turun dari rumah, singgah amek anak dulu kat rumah pengasuh lepas tu terus ke PPV kat taman tamadun islam.. dekat je dengan rumah sekelip mata sampai.. 😅
amboi dak dak pfizer banyak eksyen eh sekarang.. 😏
dan sekelip mata jugak suami aku setel vaksin dos kedua.. laju sangat tak sempat aku nak bergosip dengan anak dalam kereta.. haha.. alhamdulillah lega rasa hati ni bila suami dah completed vaccine! tunggu habis pantang 14 hari dapat la balik kampung suami.. lama sangat dah tak jumpa abah dan mak mertua.. last jumpa sebelum raya puasa itu hari.. 😕
banyak masa terluang petang semalam bawak la anak ronda ronda bandar.. singgah kat tepi pasar payang untuk amek gambar.. ihiks.. seorang ezy memang suka bergambar.. cari port takde orang kecekak kecekak empat puluh das, setel! jom balik.. 😆
sofia si diva 😘
setakat hari ni takde effect yang teruk lepas vaksin.. suami aku cakap bahu je rasa lenguh dan rasa berat nak angkat.. sama macam aku rasa masa cucuk second dose itu hari.. walaupon vaksin kitorang berbeza tapi effect yang kitorang hadap adalah sama.. ni dikatakan sehati sejiwa.. kehkehkeh.. harapnya suami aku tak demam dan sihat sihat je hendaknya.. kita dah ikhtiar dengan vaksin sekarang tawakal dan doa je harap dengan usaha ni dapat hapuskan covid dari muka bumi.. aamiin! 💗
bye!
xoxo
ammi pun lama tak balik kg husband..nak tunggu husband settle 2nd dose berjanggut. 30/8 nanti br 2nd dose pastu nak tunggu habis pantang lagi
ReplyDeletebln dpn jgk nmpknya baru dpt blk.. huhu.. sabar menunggu
DeleteAlhamdulillah, moga moga takde kesan sampingan yang teruk untuk husband akak. Kena sabar tunggu 14 hari baru la fully vaccinated hehehe
ReplyDeletealhamdulillah.. xsabar nk tgu 14ari.. haha
Deletehusben shida sama shida AZ hehee
ReplyDeletewahh sehati sejiwa.. sy ngn suami xsama.. hehe
DeleteUntunglah tu dapat vaksin kayangan. Dapat gak join sekaki keluar dengan Sofia. Dapat jugak kecekak kecekak beberapa das. Syukurlah tak teruk sangat effeknya kan. Lenguh lenguh tu okay lagilah nak adapt.
ReplyDeletea'ah vaksin kayangan tu yg eksen.. haha.. alhamdulillah.. nsb baik xde effect lain.. mujur sgt dia xdemam..
Deletedak dak pfizer memang nampak suka dah dapat second dose (termasuk saya), hehe. Tapi tak bestnya, katanyaaa pfizer nak ada dos 3 betul ke? Aduh, madah tiap kali vaksin cuti 2 hari. Tak boleh jadi, hahaha.
ReplyDeleteHi Sofea! Hehe... Tahniahhh to ur hubby... complete dah vaccine... niceeee!
ReplyDeleteAlhamdulillah.. tggu nk balik kampung juga nie
ReplyDeleteUntungla dapat vaksin mahal. Sama level dengan menteri. Haha
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDelete