family day - asfa d'village, kemasik [part two]

assalamualaikum

sambungan dari PART ONE

lepas maghrib malam tu dalam pukul 8.00 kitorang start aktiviti bakar bakar ayam.. aku bahagian fotografi kononnya sibuk mengabadikan kenangan dalam camera handphone.. kehkehkeh.. acah acah terer sangat amek gambar cantik cantik..

geng bapak bapak bahagian bakar ayam..

geng mak mak macam biasala sibuk mengwefie.. 😆
nampak kelibat sofia belakang, tak kisah dah kat mommy sibuk main dengan kawan kawan.. 😅

masa duk sibuk bakar bakar ayam tu, kilat guruh bukan main meriah.. tak sempat nak bakar ayam semua, hujan turun selebat lebatnya.. makan makan la kitorang dalam hujan di bawah kanopi.. ihiks.. kitorang bakar ayam je, nasi goreng pihak asfa dah sediakan.. siap menjamu selera, kembali ke bilik masing masing.. rehat dan tidur!

keesokkan harinya, pukul 8 pagi kitorang breakfast dulu.. breakfast pon disediakan oleh pihak asfa.. siap breakfast, kitorang mulakan aktiviti sukaneka.. masa ni berperang jugak dengan budak budak sebab diorang lagi teruja nak mandi kolam.. 😅

antara aktiviti sukaneka yang sempat buat :
1. rebut kerusi untuk anak anak
2. rebut kerusi untuk mak mak
3. rebut kerusi untuk bapak bapak
4. lari berpasangan
5. makan biskut

acara makan biskut geng jejaka

acara makan biskut geng wanita

yeaa sofia dapat hadiah rebut kerusi walaupon kalah awal awal lagi.. haha

gambar sukaneka tak banyak, aku banyak amek video je tapi enjoy betul, banyak gelak dan paling penting semua sporting.. walaupon family kitorang semua first time jumpa tapi boleh ngam.. kiranya tercapai la objektif family day ni kan untuk mengeratkan silaturahim.. kehkehkeh.. dah settle acara sukaneka, apalagi jom terjun kolammm! 😆

thank you papa sebab jaga sofia.. bagi chance kat mommy enjoy mandi kolam dengan kawan kawan.. 😛

macam cover majalah mangga dulu dulu.. trademark diorang photoshoot dalam kolam..
siapa geng 80an - 90an mesti tau.. 😆

happy!

enjoy!

dah penat berendam masing masing bukan main kelaparan.. ada lebihan ayam malam tadi, mintak tolong pihak asfa gorengkan.. so boleh isi perut lepas enjoy dalam air.. ihiks.. dah kenyang, masing masing bersiap untuk check out.. rasa tak puas je dua hari satu malam.. macam taknak balik je.. haha.. tapi apa boleh buat, kerja menanti.. kena kembali ke rutin asal..

alhamdulillah berakhir sudah family day untuk geng staff.. mak bapak happy, anak anak pon happy.. insyaAllah ada rezeki boleh buat lagi.. mana tau lepas ni ramai lagi yang nak join.. lagi ramai lagi meriah.. hehe.. sebelum pulang ke destinasi masing masing, bergambar secara berjemaah dulu.. ni acara wajib! boleh upload kat socmed lain, eksen dengan kawan kawan yang tak join tu.. haha

thank you semua! 💜

😊😊

bye!
xoxo

family day - asfa d'village, kemasik [part one]

assalamualaikum

weekend yang sangat fun la orang kata, berfamily day bersama geng geng staff kat asfa d'village.. walaupon tak semua yang join, tapi yang ada ni pon dah cukup meriah.. kitorang plan dari tahun lepas lagi, alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. aku bagitau siap siap ye, untuk korang yang berminat nak bermalam kat asfa d'village ni kena booking awal awal okay sebabnya always full! kalau full je sokmo korang faham faham sendiri la tempat ni memang awesome.. haa gittew..

pagi jumaat gerak menuju ke pantai kemasik.. awal ye aku gerak kononnya tak nak la orang menunggu kita, sekali kita pulak kena tunggu diorang tapi okay je boleh la aku tiga beranak amek angin pantai dulu.. sofia bukan main happy dapat main kat palyground di kala matahari terpacak kat atas kepala..

muka ketat pehal budak ni.. 😄

dalam pukul 12.30 tengahari macam tu diorang sampai.. kitorang lunch sama sama kat pantai kemasik.. sementara nak tunggu waktu check in pukul 3 petang, ada yang bawak haluan masing masing.. tinggal la aku dengan dua tiga ketul lagi ni menuju ke mesra mall.. sedia maklum kalau hari jumaat semua kedai dan mall tutup ye sampai pukul 2.30 petang tapi kami bernasib baik sebab makcik guard tu bagi masuk.. so melepak la kitorang kat dalam mall sambil sambil sedut angin sejuk dari aircond..

menyempat je mommy mu ni sofia.. 😆

berborak sakan sampai tak sedar waktu berlalu begitu pantas.. sedar sedar je tengok sekeliling orang dah ramai dan kedai kedai kat dalam mall tu pon banyak dah bukak.. so amek kesempatan shopping dulu kejap lepas tu berdesup ke asfa d'village untuk check in.. asfa d'village ni tak jauh pon dari mesra mall.. lebih kurang 10 minit je sampai..

dah dapat bilik masing masing, family potrait dulu untuk kenangan masa depan.. kehkehkeh

sekali tengok macam perumahan je kan tapi ni bilik bilik yang ada.. tak silap aku dalam 20 buah bilik kot.. imagine jela macam rumah panjang.. bilik berderet macam tu.. seronok weh! haha.. parking betul betul depan bilik kita, lepas tu masuk dalam buka pintu belakang fuhhh terus nampak kolam.. bukan anak je teruja, mak budak ni pon sama naik terujanya.. ihiks..

*pic from google
okay dah tak payah imagine.. nah aku belanja gambar culik dari google.. 😜

*pic from google
ni views yang kau dapat bila bukak pintu belakang.. cantik kan.. terbentang kolam depan mata..
maaf gambar kabur.. ni la masalahnya bila aku lupa nak amek gambar sendiri.. maklumla jakuness sikit bila tengok kolam.. 😆
nak senang google je asfa d'village, nahhh bersepah orang review pasal tempat ni.. semua review best best pulak tu.. 

untuk bilik pulak, aku pilih yang ada katil queen.. aku kan tiga beranak je, cukup la tu katil queen sebijik.. gambar bilik pon lupa amek.. apa masalah entah budak ezy ni.. macam mana nak jadi blogger yang berjaya.. kehkehkeh.. itu hari aku banyak update kat instagram story je.. kalau siapa dah follow instagram aku, diorang kira bertuah la tu.. tiberrr..

*pic from google
aku punya bilik macam ni tapi katil tu queen.. yang dalam gambar ni katil single dua bijik..
harga bilik berbeza ikut jenis katil.. 😄

dah settle check in, rehat rehat dulu lepas tu terus terjun dalam kolam.. plan asalnya nak bersukaneka dulu kononnya, tapi budak budak lebih teruja kepada kolam.. ubah plan mandi kolam sampai kecut.. kehkehkeh..

budak paling happy.. 😊

penat mandi kolam, perut pon lapar..
alas perut dulu dengan makanan ringan.. oh ya, dalam ni ada bukak gerai jual makanan ringan ringan macam ni tau.. so boleh la beli..

malam tu ada aktiviti bakar bakar ayam.. tapi yang tu aku update kat part two okay.. dah meleret sangat entry ni.. taip panjang panjang letih jugak.. aku yang menaip pon letih apatah lagi korang yang membaca.. mesti letih jugak.. ihiks.. nanti aku sambung okay..

bye!
xoxo

culik anak keladi.. ihiks

assalamualaikum

sabtu lepas balik kampung suami kejap sofia jenguk atuk dan nenek dia.. sampai sampai je si sofia terus bukak buku mewarna dia, ajak mommy main kaler kaler.. maklumla dia sorang takde kawan, ajak mommy jela main..

main kaler kaler sampai dia bosan.. mommy dah naik jemu tengok buku mewarna ni.. 😅

sedang elok sampai sana memang waktu makan tengahari.. isi perut dulu lepas dah kenyang rilex rilex kejap.. si sofia ni mula dah kebosanan terperuk dalam rumah, ajak pulak papa main kat luar.. aku pon tumpang jenguk sekali kat luar cuci cuci mata.. terpandang pokok keladi yang mak mertua tanam.. eh banyak pulak anak pokok ye.. culik satu best jugak.. mak mertua aku cakap amek la.. dia pon tak kisah.. ihiks.. seronok!

cantik kan? mana tak jatuh cinta dibuatnya.. 😍

keladi keladi ni semua asalnya kakak ipar aku jugak yang tanam.. dia bawak balik dari temerloh.. bila dah banyak anak keluar, mak mertua aku asingkan letak kat pasu pasu lain.. makanya berpasu pasu la pokok keladi mak mertua aku ni.. haha

dapat anak keladi.. yeaaa!
ada lagi dua anak keladi yang mak mertua aku bagi, lupa amek gambar..
so total dapat tiga anak keladi.. yea yea yeaa!

bagi aku la, pokok keladi paling senang jaga.. tak perlu gigih sangat siram je selalu lepas tu baja seminggu sekali.. haa macam tu la aku buat.. alhamdulillah segar bugar pokok pokok aku.. hihi.. kalau yang jenis susah jaga aku tak berani lagi nak bela.. nanti kesian pokok mati bawah jagaan aku.. 😅

siapa suka keladi? kita geng!

bye!
xoxo

hari untuk bapak bapak

assalamualaikum

dah dua hari berlalu hari bapa, tapi aku baru sesibuk nak wish.. tapi jangan risau kat social media lain aku dah wish awal awal biasalah blog selalu menjadi pilihan terakhir.. kesian blog.. 😅

DAD..
a son's first hero
a daughter's first love
happy father's day papa sofia! 💜

papa si sofia ni jenis berlembut dengan anak.. selalu la kalah dengan anak dara dia sorang tu.. kalau sofia mintak nak tengok handphone laju je dia bagi.. selalu jugak kena jelingan maut dengan aku.. kehkehkeh.. berbeza dengan aku sedikit tegas.. sofia cakap mommy ni bekeng la.. bekeng bekeng pon mommy tetap cantik kan? *tiberrr.. 😂 bekeng tu maksudnya garang.. ihiks..

semoga papa tetap sabar melayan karenah mommy dan sofia.. we love you papa! 😘

bye!
xoxo

sekadar throwback : majlis pertunangan si anak saudara

assalamualaikum

kadang kadang kalau tak tahu nak update cerita apa, aku buat la sesi throwback ni.. cerita ni memang dah lama sangat masa cuti chinese new year itu hari, kalau makanan dah kira kategori basi tahap empat.. kehkehkeh.. bila dah lama terperam, jalan cerita pon aku tak ingat sangat.. 😅

tanda hadir.. ihiks
berdua dengan sofia je masa ni sebab encik suami ku bekerja..

masa majlis ni kita tak masuk lagi fasa endemik tapi dah boleh merentas negeri.. jadinya adik beradik aku ada yang balik dan dapatla berkumpul kat majlis tunang anak saudara aku ni.. of course la kat rumah kakak kedua aku.. 😄 walaupon tak dapat nak kumpul semua tapi syukur la dapat jumpa yang jauh di mata..

masa entry ni dipublish, anak saudara aku dah selamat jadi isteri orang dah.. majlis kahwin dia masa raya puasa itu hari.. haa pasal majlis tu nanti aku update lain.. memang banyak cerita tertangguh.. tapi akan ku cuba update secara perlahan lahan.. 😆

berseri seri anak saudara i..

nak cerita pasal majlis pon aku dah lupa.. habis tu nak story pasal apa je ni? haha.. cumanya nak cakap alhamdulillah, majlis berjalan lancar seperti yang dirancang.. gambar masa sarung cincin tu aku tak sempat nak snap masa tu rombongan dari pihak lelaki memenuhi ruang.. jadinya tak kuasa la aku nak berhimpit himpit di celahan orang ramai semata mata nak amek gambar..

sofia paling happy dapat jumpa sepupu sepapat dia.. seronok main sampai dah lupa mommy.. 😅

bye!
xoxo

repair cikbibah dan settle hutang!

assalamualaikum

cerita minggu lepas jugak sehari sebelum melepak kat Nasken Coffee, aku dan suami ke tempat servis perodua untuk repair cikbibah kesayangan aku tu.. dah booking siap siap hari ahad lepas tu kena hantar kereta pagi, petang baru amek balik.. banyak benda nak kena repair biasala cikbibah dah berusia.. ihiks.. disebabkan hal tu, aku apply cuti sesambil merehatkan diri yang dah penat bekerja.. 😄

suami aku follow naik moto aku bawak cikbibah ke tempat servis.. si sofia tinggal kat rumah pengasuh kejap.. settlekan hal cikbibah untuk check in wad, lepas tu merempit ke bank untuk tanyakan baki pinjaman cikbibah.. ikutkan perjanjian habis dalam bulan september.. terdetik hati nak tanya sebab aku tengok statement macam banyak lagi hutang aku.. sedangkan masa PKP 1.0 tu aku tak amek moratorium.. untuk pengesahan baki pinjaman jawabnya ke bank la kita.. hee

elok elok tau cikbibah jangan nakal nakal.. 😅

sampai kat bank awal sangat, pintu bank elok je tutup lagi.. kengkonon nak isi perut dulu cari cari kedai jumpa satu kedai ni tapi fullhouse pulak.. langsung takde meja kosong.. last last aku cakap kat suami takpe la lepas settle hal kat bank baru fikir pasal makan.. aku dah terbiasa dengan intermittent fasting jadi takde masalah kelaparan.. suami aku pulak memang dah siap siap isi perut kat rumah..

sampai kat bank, tunggu bank bukak lepas tu terus ke bahagian loan.. sekali orang bank tu check baki loan tinggal RM244 jeee.. halah halah aku fikirkan ada lagi dalam RM1k.. teheee.. so aku pon cakap nak settlekan jela terus senang lepas ni tak payah fikir nak bayar kereta dah.. dalam setengah jam lebih kurang berurusan dengan pihak bank, alhamdulillah settle semua! tinggal nanti nak amek geran kereta jela..

bila dah settle hutang ni terus rasa ringan kepala.. rasa macam nak menangis pon ada.. over kan? haha.. sekarang tinggal satu hutang lagi belum settle.. PTPTN! 😪 harapnya aku dapat selesaikan hutang PTPTN tu tahun depan.. doakan aku tau korang.. semoga dipermudahkan segala urusan aku.. aamiin..

bye!
xoxo

mengopi di Nasken Coffee

assalamualaikum

cuti sempena hari Agong baru baru ni berkesempatan jugak aku singgah mengopi kat Nasken Coffee.. dah lama si nasken ni bertapak kat terengganu, aku baru nak merasa.. itu hari tekak tiba tiba nak merasa kopi yang sedap sedap.. cakap kat suami, terus dia bawak pergi ktcc mall.. haa kat situ la ada Nasken Coffee ni..

aku punya biscoff latte, si suami order caramel latte dan untuk sofia aku orderkan air chocolate..

pandan gula melaka mille crepe.. sedap!
dah masuk dalam mulut dua tiga suap baru teringat nak amek gambar.. 😆
order satu slice je kongsi tiga orang makan.. hee

so far memang puas hati mengopi kat sini.. suasana kedai yang sangat okay bagi aku.. banyak lagi menu lain yang ada seingat aku ada nasi lemak kot 😅 lepas tu ada pasta.. aku lupa sebab mata aku duk pandang kek je.. tak amek port sangat pasal menu lain.. haha

happy la dia dapat air chocolate sedap..

masa aku singgah tu tak ramai sangat orang.. tu yang jadi seronok mengopi sambil bercerita.. yang banyak story mestila si sofia.. pasal kereta la, pasal kawan kawan sekolah la, pasal pokok la.. mommy dengar je.. 😄

total untuk tiga jenis air dan seketul kek dalam RM53 macam tu rasanya.. bagi aku mahal la sikit tapi enjoy je mengopi.. ihiks.. sekali sekala boleh kot reward diri dan family makan kat sini.. 😊

bye!
xoxo