my journey diet - rekod jumping rope tertinggi

assalamualaikum

kalau tengok balik ENTRY NI pasal jumping rope, aku mampu buat 600 kali je.. tapi sekarang tak sangka aku mampu buat sampai 3469 kali.. rasa nak mengeluarkan air mata gembira tapi aku tahan sebab nak nampak macho depan korang..

sejak dapat tali skipping baru ni makin mengganas.. kehkehkeh

kena simpan dalam blog sebagai kenangan akan datang.. nanti boleh cerita kat cucu cicit nenek kau ni terer sangat berskipping.. 😆 dalam journey diet aku ni, aku bukan fokus kat skipping je tau.. makan pon kena jaga tapi tu la musim PKP ni duduk rumah je korang ingat aku ada masa nak fikir pasal menu diet? kejap kejap anak ajak bukak peti ais.. dengan mak sekali join makan.. 😅

cumanya nak cakap kalau kita buat betul betul jumping rope ni kena dengan caranya memang akan mampu buat sampai 5000 kali sekali pon.. tak percaya? cuba try buat.. sebelum tu belajar dulu cara skipping dengan betul insyaAllah awak semua pasti boleh! 😁

sekarang berat aku tak turun dan tak naik.. aku sebenarnya malas dah nak fikir pasal berat sebab aku lebih pentingkan inchloss berbanding berat.. walaupon berat aku sekarang 78kg tapi aku masih mampu pakai baju bersaiz L dan kadang kadang boleh pakai saiz M..

untuk korang yang tengah struggle nak kurus jangan stress sangat kalau berat tak turun.. cuba ukur pulak badan korang mesti ada inchloss.. enjoy je okayyy! 😉

bye!
xoxo

8 comments:

  1. Pergh!! Awesome gila tu.. sha tak sampai lagi 100..
    Ini yang semangat ini..

    ReplyDelete
  2. Sis walaupun 78kg, tapi sis nampak kurus. Sebab sis tinggi la.
    i ni berat 50kg pun nampak gemuk sebab i ni rendahhh bangatttt..

    Sis.. i skipping 100 pun tercirit2 termengah2 dah. hahaha

    ReplyDelete
  3. Pehhh 3k+ lebih ye akak! Tahniah! Saya buat 20 pun semput AHAHAHAHA. Takpe kak, slow slow janji ada flow dia. Fighting! :D

    ReplyDelete
  4. Uiiii dasat ni��������

    ReplyDelete
  5. Hebat betul! Percaya sangat sebab sekarang ni skipping dah jadi trend dan terbukti ramai yang boleh turunkan berat badan dengan hanya buat rutin skipping je. Keep it up Ezy! Idola ni.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!