kisah sedih

assalamualaikum

sedih di sini yang aku maksudkan bukanla sedih beriya sampaikan kena menangis meratapi nasib tapi boleh dikategorikan sebagai sedikit sedih tapi masih sedih.. kisah sedih aku ni terjadi semalam dan jugak hari ni.. jom aku story sikit..

KISAH SEDIH SATU :

pagi semalam ikot suami pergi pasar cari lauk dan jugak makanan untuk breakfast.. saja jela nak tengok dunia luar.. duk dalam kereta je pon suami aku keluar sorang.. aku bagitau suami nak makan nasi kerabu lauk ayam bakar lepas tu tambah solok lada dan jugak telur masin..

*pic from google
sedapnya nasi kerabu 😋

nak dijadikan cerita tu sedih, balik balik rumah cari nasi kerabu tak jumpa.. beli nasi kerabu tapi tertinggal kat kedai pulekkkkkk.. aku tak tau aku patot nangis ke gelak.. 😅 ni la orang kata kalau memang bukan rezeki kita, nak masuk mulut pon boleh terkeluar balik.. anggap jela ni ujian untuk aku.. 😆

KISAH SEDIH DUA :

dah boleh move on dengan nasi kerabu, aku rasa terlebih rajin hari ni.. nak clearkan handphone kononnya aku transfer gambar gambar dalam handphone ke external hard disk.. dah setel semua eh tiber tengok folder "satusyawal2021" takde gambar.. kosong weh.. kosong! cemas sekejap sambil pegang pipi.. mana pergi gambar gambar aku? sampai sekarang menjadi misteri..

nak kata aku terdelete takde pulak dalam recycle bin.. dah belek dalam handphone pon takde jugak.. lepas tu malas nak fikir dah.. lantak lahh kau situ.. 😅 sedih jugak tapi tak nak stress sangat sebab gambar tu ada je aku upload kat instagram, kat blog pon ada kira boleh la tu buat kenangan masa depan.. huu..

pengajaran kat sini, update jela banyak banyak kenangan kat media sosial.. akan datang tak tau handphone nak jadi apa.. tiber jadi peti ais kang hilang semua gambar baru la menangis kat bucu katil.. 😆

bye!
xoxo

6 comments:

  1. Sayaa rasa lucu part tertinggal nasi kerabu tu hahaha sebab saya pernah alami jugakkk. Part gambar tu sedih la jugak sebab menghilang tak tahu ke mana. Kenangan kan, bukan boleh diputar kembali. Bertabahlah akak :D

    ReplyDelete
  2. Aduhaii..tak ada rezeki nak makan nasi kerabu. Orang kedai pun tak perasan agaknya pembeli lupa ambik. Esok kena beli lagi Ezy.

    Ke belum transfer lagi tapi dah delete. Alamak..kalau saya stress dah. mujur lah ada update dalam socmed. Ada gak simpanan

    ReplyDelete
  3. cantik hiasan rak tu sis.. sy duk cari lapik hijau bawah pasu tu.. macam ala2 rumput gitu ..beli kat mane tu sis?eco ke

    ReplyDelete
  4. penah jg jd mcm tu kat sy. dah bli tp tertggl.adehhh...

    part gmbr tu... x leh nk kata apa laa...meraung pn bkn bleh jumpa. i feel u...

    ReplyDelete
  5. pernah gak jadi. aku dulu TERDELETE. sedih betul. dh la gambar2 kenangan.. kalau gambar dengan EX, nak terdelete takpe la

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!