baking kek coklat semudah ABC!

assalamualaikum

cuaca kat sini sejuk je dengan hujan membasahi bumi lepas tu kan semalam basuh kain baju hari ni pon tak kering kering lagi.. hihiks.. lantak dia kat situ.. duk la kat jemuran sampai kering.. nak dijadikan cerita lagi semalam anak aku beriya nak pergi rumah pengasuh.. katanya nak main aku pon hantar jela dari dia bosan main ngn mommy dia ni.. sudahnya aku pulak kebosanan tak boleh bergaduh dengan anak.. 😅

disebabkan tak tau nak buat apa, setel kerja turun dapur ternampak la tepung kek coklat segera yang aku beli kat kedai eco itu hari.. muncul mentol kat kepala tanda idea sudah datang.. dengan kerajinan senipis kulit buah mempelam aku pon membaking la kek coklat itu semudah membaca ABC..

adunan segera ni memang betol betol segera.. tambah bahan bahan yang diperlukan lepas tu bancuh..

manual je noks malas nak keluarkan mixer.. ala segera je kan? 😆

tajuk kat packaging tu kemain kek coklat kukus sudahnya aku malas nak kukus.. masuk je dalam oven.. kenapa kukus malas sedangkan panaskan oven aku rajin? entah la kawan kawan.. sis pon takde jawapan untuk persoalan itu.. 😜

tadaa~ dah siap kek coklat! bukan setakat siap masak, siap potong sekali dah.. tunggu nak ngap je..

jangan risau ye kawan kawan, belakangnya ada disediakan cara cara nak masak kek coklat ni.. just follow je memang auto jadi! yang tak reti masak macam aku ni pon boleh buat apatah lagi mereka yang dah terer.. ihiks.. aku buat ni ejas sikit bahagian gula sebab anak aku memang diva sikit tak suka manis manis.. alhamdulillah sekelip mata je habis kek ni.. pelahap sangat ke? ke kek ni terlampau sedap? 😆

kawan kawan cari je tepung kek ni kat kedai eco ye harganya RM2.10 je.. selamat membaking kek sambil membaca ABC!

bye!
xoxo

6 comments:

  1. Auto jadi tu yang kita nak. Hahah itulah kadang soalan tak ada jawapan. Ikut mood nak guna mana satu kan. Kira boleh rate kek sedap lah ni dengan modal RM2.10 dan bahan tambahan.

    ReplyDelete
  2. wahhh makin advance laa produk noraini ni... dulu pemes dgn kuih raya je

    ReplyDelete
  3. aku biasa buat cupcake guna adunan tepung segera ni. buat kecik2 dlam cupcake kertas, nak makan amik satu. Siap ltk coklat cip kalau nak nampak mewah. jadi la bermewah2 dalam makanan murah2 ni kan

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!