assalamualaikum
begitula digambarkan keadaan di kawasan aku sekarang ni.. dengan masalah bekalan air terputus lepas tu diumumkan pulak menjadi kawasan PKPD.. apakah ni dinamakan tragedi ogos? semoga rakyat di mukim manir sentiasa tabah dan berjaya mengharungi dugaan ni dengan cekal.. tiberr ayat macam skema sangat.. kehkehkeh
pagi isnin lepas air dah mula slow.. sempat la aku dengan sofia mandi kerbau yela siapa suruh bangun lambat? haa padan la muka.. lepas tu air dah stop terus.. bukak paip keluar angin je weh.. pegang pipi tanda gelabah.. macam mana nak masak? macam mana nak basuh pinggan mangkuk? haa kan dah terlampau fikir.. dengan takde notis tiba tiba bekalan air terputus.. siasat punya siasat terjawabla segala persoalan di minda.. rupanya ada paip pecah kat dasar sungai terengganu.. makanya berhuhu la kami meratapi nasib.. melampau tak story aku? 😆
tunggu air tak kunjung tiba, mak saudara aku pon datang bertandang.. katanya boleh amek air perigi rumah dia untuk mandi bagai.. alhamdulillah.. bolehla untuk sementara.. bermula la episod mengangkut air.. wehh boleh sado tak payah pergi gym.. maghrib tu sempat la merasa mandi kat luar rumah dengan air telaga.. mengimbau kenangan masa kecik.. yang paling happy si sofia tu la.. dia ingat kitorang bersuka ria nak mandi kat luar? 😆
ni la tempat kitorang bermandi manda... sebelah tu rumah mak saudara aku.. kat situ ada perigi..
esok harinya dalam pukul 11 pagi macam tu, alhamdulillah.. rumah aku dah kembali ada air.. tapi kat kawasan kampung aku jela.. kampung kampung lain masih struggle nak cari bekalan air.. oh lupa, sempat jugak aku pergi memborong air mineral kat mydin mall.. yela standby dulu risau takde air lama kan.. tapi alhamdulillah kejap je..
episod terputus bekalan air masih belum tamat, kerajaan umum pulak mukim manir dikenakan PKPD.. menangis kat bucu katil.. redha jela nak buat macam mana lagi kan? time tu jugak aku whatsapp pengetua.. nasib baik pengetua memahami, dia suruh aku work from home je sepanjang dua minggu kena kurung ni.. makanya hari ni bermula la episod aku berkurung lagi..
aktiviti sepanjang PKPD? tetap sama.. makan-makan-makan-makan.. kau rasa? 😂 nak menyopping kat shopee dah takde mood.. eh bukan, sebenarnya duit dalam akaun semakin menipis.. tu yang takde mood.. kahkahkah.. lepas dapat tau kena PKPD tu, sempat la aku panic buying kejap.. aku jela panic buying, orang lain masih bertenang macam takde pape yang berlaku.. tehee..
bye!
xoxo
Salam, alhamdulillah rumah mak sedara ada perigi.. Memang susah juga tak da paip tu.. supply air minun tu penting, moga pkpd berakhir segera. InshaAllah
ReplyDeletebaca kat org share takde air, pastu kena PKPD. Kesian weih...
ReplyDeleteSmeoga cepat la berlalu masalah ni
semoga cepat2lah covid ni hilangg
ReplyDeleteJaga diri baik-baik ya, Ezy dan famili. Harap keadaan akan bertambah baik selepas ni. Moga-moga cepatlah PKPD tu diangkat.
ReplyDeletebtul2 mengimbau kenangan masa kecik tu bila dah mandi di luar rumah ^^ susah juga kalau tak ada air kan, sebab air penting untuk mandi dan masakan. btw stay safe ye <3
ReplyDeleteTak ada air atau elektrik memang haru terus. Mujurlah makcik ada perigi. boleh jugak menumpang mandi. Nasib baiklah Sofia tak ajak piknik kat situ sambil main air. hehe..
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur esoknya air ada dah. Dugaan lain pulak muncul. Bertabahlah Ezy. Semoga baik baik je semua orang. Aaminn...
adoiii sakitnya takde air. Nasib baik ada air telaga tu tapi renyah jugak la nak ke sana ke mari angkut air.
ReplyDeleteNasib baik ada perigi kat sebelah rumah
ReplyDeleteNasib baikk ada perigi, kalau tak susahlah nak kencing ke mandi ke apa ke kannn. Boleh la anak akak merasa mandi perigi sekali sekala hahaha
ReplyDelete