yahoo! dah renew lesen..

assalamualaikum

aku ada buat temujanji untuk renew lesen.. temujanji tu pulak pukul 8.40 pagi tadi.. agak kelam kabut bersiap lepas tu tak sempat sarapan kat rumah.. ala biasa la orang cantik selalu bangun lambat.. kehkehkeh.. kebetulan hari ni suami aku cuti dah alang alang tu aku suruh dia temankan aku je.. lepas dah setel lesen, baru la cari sarapan.. malas fikir nak makan apa, drive thru je ke mcd..

cadangnya nak latte ais tapi dah habis.. coklat pon boleh..

makan ni je kongsi dengan suami..
anak kat rumah pengasuh.. kalau tak, banyak ni mana cukup.. 😜

dah lapar sangat kan parking kereta dalam kawasan mcd lepas tu makan je situ.. 😆 dah kenyang terus gerak ke mydin mall.. shopping barang dapur oi peti ais dah kosong.. aku rasa ada la hampir sebulan tak masuk mydin mall.. itu hari pkpd.. lepas tu mydin mall tutup sebab ada kes covid kat situ.. hari ni baru dapat jejak kaki.. boleh la lepas kan rindu kat mydin mall.. *tiberr

siap shopping barang dapur, ajak suami cari port nak ootd kejap.. sis jual baju hasnuri, sis jugak jadi model sebab nak yakinkan customer yang baju sis jual tu elok, cantik, meletopsss.. haaa gittew.. jadinya memang perlu la amek gambar ootd cantik cantik.. sis kena gigih demi sesuap nasi.. jom la support sis beli baju hasnuri dengan sis.. ihiks.. 😚

berdas das jugak suami aku tolong amek gambar tadi tapi cukupla satu je aku letak kat blog.. 😆
orang terengganu mesti kenal tempat ni.. cuba teka kat mana.. 😁

menyanyi nyanyi pulak perot aku tengok gambar takoyaki ni.. cehsss~

dah penat bergambar sakan, singgah la kejap tepi jalan beli takoyaki ni.. boleh tahan sedap jugak la.. kalau makan sorang memang tak habis sebab banyak.. cheese pon melimpah ruah.. isi takoyaki tak kedekut.. memang puas hati! lain kali boleh repeat lagi.. hehe..

kisahnya nak cerita hari ni renew lesen je dah alang alang tu update jela apa aku buat hari ni.. ada jugak modal nak story kat blog.. hehe.. lepas tu kan hari ni suami aku vaksin dos kedua.. pasal tu nanti aku update lain.. baru la sentiasa berupdate blog aku ni.. kalau cerita kat satu entry je esok esok nak update apa? ye tak? jadi blogger kena bijak.. 😜 eh gurau je jangan marah..

bye!
xoxo

8 comments:

  1. Saya orang terengganu tapi tak tahu pantai mana hahahaha >.<

    ReplyDelete
  2. Hahahahaa.. yer.. jadi blogger kena bijakk.. gituuu... Simpan simpan sikit citer.. Kannnn...

    Cantik baju Hasnuri.. simple, murah dan selesa gitu... Moga terus maju jaya kak... Alhamdulillah lesen selamat direnew.. hoho..

    ReplyDelete
  3. Kena tukar tajuk lain ni
    sebab cerita lain yang lebih
    hehehe

    ReplyDelete
  4. Sambil menyelam minum air namanya ni. Alang alang keluar pergi sana sini settlekan apa yang patut. Cantiklah tempat tu. Good idea photoshoot kat situ. Saya bukan orang ganu, tak tahu tempat tu. hihi..tapi of courselah tepi pantai kan.. Takoyaki tak kedekut bahan tu best. Berbaloi membeli.

    ReplyDelete
  5. happy sgt lah tu dapat renew lesen..heheee

    ReplyDelete
  6. untunglah dah renew lesen...rasa kebebasan juga nak merdeka ni hahahahaha

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!