assalamualaikum
sesi throwback kembali lagi untuk kenangan di masa hadapan sebab taknak kisah sedih berulang kembali.. 😅 aku pernah cerita pasal workstation aku, tapi perjalanan makeover workstation tak sempat lagi nak aku coretkan kat sini.. jadiiiiii, hari ni adalah masa yang sesuai untuk aku storykan kat korang.. walaupon views tak gempak tapi takpela, esok esok aku bosan aku sendiri yang baca blog aku.. 😆
ni adalah rupa workstation aku sekarang.. sangat cantik kan? *puji diri sendiri..
nak jadi secantik ni bukan mudah ye tuan tuan dan puan puan..
ni rupa asal tapi tak asli sangat sebab masa ni aku dah tukar alas meja kepada wallpaper.. dah kemas sikit sikit.. rupa sebelum aku lupa nak amek gambar..
perjalanan makeover bermula bila aku cabut notice board yang warna grey kat belakang tu.. cabut je mengucap panjang aku sebab dipenuhi dengan kesan double tape.. urut dada sambil tenangkan fikiran.. 😄 nak taknak memang terpaksa cat dinding belakang tu.. aku beli cat paling murah dan colour putih je sebab malas nak fikir colour lain..
aku memang seorang yang gigih.. 😆
semua aku buat sorang sebab aku suka buat sorang sorang.. 😜
bilik ni luas, lepas tu cat memang tak cukup untuk keseluruhan dinding jadi aku cat dinding depan dan dinding belakang saje.. dinding tepi kiri kanan tak perlu usik sebab tak nampak sangat kesan double tape.. untuk makluman korang la kan bilik ni memang dipenuhi kesan double tape.. sangat sangat tak sedap mata memandang.. solutionnya memang kena cat.. itu sajoooo! 😁
dinding depan sebelum dikerjakan oleh aku..
korang rasa aku ada masa nak tengok je? 😅
hasil selepas beberapa ketika aku bermandi peluh
putih bersih suci murni..
yang aku tak faham sampai ke pintu pon main double tape.. naya pak karim..
maaf kalau entry ni panjang tapi takpe mari kita teruskan.. aku berusaha nak ringkaskan cerita ni.. haha.. pintu pon ada kesan double tape memang tak la aku beli cat kayu.. mahal woiii.. lantas otak ni memberikan idea yang cukup bernas iaitu tampal wallpaper beli kedai eco.. walaupon murah tapi hasil menawan..
pintu sebelum diwallpaperkan.. 😆
pintu selepas diwallpaperkan..
amacam sisturrr? 😎
ruang tengah antara pintu kosong je kan aku tambah hiasan sikit.. aku memang tak suka bunga, lebih tertarik dengan dedaunan.. comel tak aku deco? 😙
okayy kita teruskan.. ni pulak bahagian kiri..
p/s : aircond sekadar hiasan tak berfungsi pon.. 😅
tengok langsir pon sedih! bahagian sini aku just tukar langsir ikot tema iaitu pink lepas tu rak dengan timbunan buku aku alih letak bahagian depan.. buku buku semua tu aku letak dalam almari dalam makmal.. baru la tak serabut..
ihiks.. nak puji diri sendiri lagi la.. comel sangat kenapa? 😂
kain untuk langsir beli yang murah je RM3.50 semeter.. aku lupa la beli berapa meter.. lepas tu gigih mintak tolong umi jahitkan.. just jahit tepi je taknak berbulu bulu nanti.. walaupon ada rel langsir kat situ tapi aku tak guna rel tu.. aku pasang langsir guna dawai je.. jimat cost.. 😅
untuk tingkap tu pulak aku beli wallpaper untuk cermin kat kedai eco.. susah gilerrrr weh nak pasang.. dari jauh nampak smooth je tapi kalau dekat, stress tengok dengan bubble bubble banyak sangat.. sebab aku dah letih jadi malas nak fikir.. lantak kau la bubble.. bahagiala kau kat situ..
lepastu kan rak buku tadi tu pon aku deco.. kata tak suka bunga tapi ada jugak bunga.. yela nak naikkan seri je sikit.. jangan la marah.. 😝
semua ni pon dari kedai eco.. hihik
perjalanan makeover workstation aku ni bukan la amek masa satu hari je.. berminggu jugak nak siapkan semua.. aku buat sikit sikit, lepas tu keluarkan modal sikit sikit bukan beli sekaligus matilanak mana nak carik duit.. haha.. ada duit lebih aku beli dan aku buat..
so far memang puas hati dengan hasil kerja aku.. yela kalau orang lain tak puas hati kisah pulak aku.. yang hadap bilik ni aku jugak bukan orang lain.. 😆 cumanya aku suka keadaan yang kemas dan teratur supaya mood cantik je tiap kali datang kerja.. kalau korang follow aku dari dulu memang korang kenal la aku ni camne.. deco dan ezy berpisah tiada.. 😁
untuk deco deco lain aku story lagi.. banyak sangat deco yang aku buat nanti aku update sikit sikit.. terima kasih sudi baca entry ni sampai ke hujung.. sayang korang! 😘
bye!
xoxo
cantik..baru semangat lebih sikit datang kerja )
ReplyDeleteWhoaa.. comel tema pink memang comel... nice kak! Wallpaper eco pun shantikkkk!
ReplyDeletePerghh mamtap!
ReplyDeletecantik, memang naik seri... kalau dekat akak dah minyak ezy tolong deco kan bilik akak... akak bab deco-deco memang lah fail, entah takde minat dan takde idea hehehhe
ReplyDeletewow..cantik..cikgu ke ni..?
ReplyDeleteKemas tersusun . Baru bersemangat nak kerja
ReplyDeletebila buat sorang2, dan hasilnya seperti yang kita nak, memang puas hati!
ReplyDeletewahhhh cantiknyaaaa makin bersemangatlah nak bekerja ya👍👍👍👍
ReplyDeleteKalau saya pun rimas tengok dinding dengan touble tape tu. Pintu pun terjebak sekali kena kesan double tape. Hebat betul buat kerja sorang sorang deko. Wallpaper kalau guna corak ira kayu nampak pintu kayu. pasang frosted paper tu memang meencabar betul. Bubble tu jenuh nak dilicinkan. Cantik pulak letak deko dedaunan tengah tengah tu. Terbaik Ezy!
ReplyDeleteawak memang gigih kalau bab deco2 workstation awak.. meja belajar awak dulu pun lg vogue dari meja i. hehe
ReplyDeleteCantikkk! Kalau saya pun tak suka bunga, tapi suka daunn nak nak yang berjuntai gitu. Memang cantik. Baru bersemangat nak buat kerja nanti hahaha
ReplyDelete