fenomena pandan coconut

assalamualaikum

benda benda viral ni kalau tak join rasa tak bestla duduk malaysia.. kena join baru la boleh riak kat media sosial.. kehkehkeh.. setelah roti dipandan kelapakan, coklat pon tak ketinggalan untuk dipandan kelapakan sekali.. aku terpengaruh dengan fiza, lantas ke mydin mall demi mencari sesuap coklat pandan coconut.. yang roti tu aku dah rasa, sekali hadap je habis sebungkus.. 😅 dasar pelahap..

angkat angkat kening tanda eksyen dengan korang.. 😆

untuk rasa coklat ni, aku bagi 9/10 memang kena dengan tekak aku.. terasa kelapa tu dalam coklat perghhh nikmat yang tidak boleh digambarkan.. tapi aku tetap tercari cari mana perginya rasa pandan.. adakah disembunyikan oleh rasa kelapa.. 😄 mari sama sama kita fikirkan..

disebabkan aku agak rajin, aku buatla roti coklat.. ala guna roti putih biasa je sebab roti pandan kelapa takde.. asyik sold out je rakyat malaysia ni buat mandi ke hape dengan roti pandan kelapa tu.. 😅 tak kisahla asalkan kau guna roti bukan guna biskut..

hasilnya~ roti coklat yang tak seberapa tapi sedap.. nampak tak kat coklat tu ada kelapa? tu yang sedap sangat tu! hehe

cara buat ni senang sangat la dik non.. kapitkan dua keping roti yang telah diisikan coklat kat dalam tu lepas tu tekap dengan gelas hasilnya akan jadi bulat bulat macam kuih dorayaki.. lepas tu goreng je.. aku goreng tanpa minyak sebab nak garingkan roti kat luar tu sikit dan nak cairkan coklat kat dalam.. takde la goreng beriya sangat ala kadar je.. 😁 then siap! sungguh enak dimakan begitu saja~ baca je takyah nyanyi.. 😜

bye!
xoxo

12 comments:

  1. Kreatif betul resepi dia. Sedap kan bila coklat tu mencair, makan dengan roti. Nyum nyum

    ReplyDelete
  2. akak ada nampak di kedai tapi tak beli lagi, sebab teringat aiskrim pandan kelapa yang terasa tak best di tekak akak... huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. terpanggil terus datang sini. Eh sebut sebut nama kita pulak. Kita tak racun tau awak. Hihi..Dapat gak merasa coklat panda coconut ni. Rasa pandan dia blend sekali dengan coklat tu. Itu yang saya rasa lah.

    Macam best pulak buat roti coklat tu. Melting coklat tu tak tahan tu.

    ReplyDelete
  4. Wah! Kalau begini memang kena cari jugalah nanti coklat pandan coconut ni.

    ReplyDelete
  5. Fuhhh, menggoda betul coklat yang merembes keluar tu!

    ReplyDelete
  6. ada nampak benda2 viral ni, tapi xcuba lagi

    ReplyDelete
  7. Nak kena cuba gak ni sebab dah berapa ramai duk reviewwwww, tapi tak menyempat lagi pi beli hehehe

    ReplyDelete
  8. Tak jumpa pulak cadbury tu.. kena cari tempat lain. Hehe. Roti nampak sedappp

    ReplyDelete
  9. Haha.. kan . Sana sini dah mama nampak pasal pandan. Tgk putu piring batu oerasan lama dh x makan huhhh

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!