ovochi

assalamualaikum

korang tau tak ovochi tu apa? bukan main nama nak bunyi jepun.. eh pehal aku nak marah.. haha.. okay meh nak explain.. ovochi ni sejenis snek yang menggunakan buah buahan dan sayur sayuran yang dikeringkan menggunakan teknik pengeringan vacum dried.. eceh macam tau sangat padahal aku baru je google tadi sebelum taip entry ni.. 😆 aku kenal ovochi ni dari tiktok lepas tu terus order kat shopee.. kuat meracun betol la dak dak tiktok ni..

ovochi ni macam menarik sangat bagi aku tau sebab dia macam kau nak makan jajan tapi kau nak jajan yang sihat.. ovochi la jadi pilihan.. ke aku sorang je rasa ovochi ni menarik? 😅 disebabkan dah kena racun dengan dak dak tiktok terpaksa aku beli nak merasa jajan mahal ni.. mahal la kot kalau sepaket harganya RM19.90.. masa kecik kecik dulu beli jajan baru harga 20sen.. 😁

kotak je dah menarik.. isi dalam tak tengok lagi ni
link shopee : snek ovochi
harga : RM19.90

haa ni la isi dalamnya.. berwarna warni.. macam mana tak teracun.. 😑

yang aku beli ni jenis mix chips tau campur sayur dan buah.. dalam tu ada bendi, cendawan, terung, kurma, pisang, nangka dan banyak lagi la.. semua sedap dan terpaling aku suka bendi dan pisang.. makan ovochi ni fefeeling kau makan sayur dan buah tapi jenis rangup kruk krak bunyinya.. lepas tu bila dah start makan tak boleh berhenti mengunyah! aku makan kongsi empat orang sekali hadap je habis.. menyesal pulak beli satu je.. nak kena order lagi ke macam mana ni? 😓

aku rasa sangat berbaloi la rasa benda alah ni dengan harga.. so korang kalau teracun jangan lupa check out shopee sekarang.. nampak tak link kat atas tu haa tekan la tunggu apa lagi.. kehkehkeh.. ni bukan review berbayar pon.. saja suka suka nak racun korang.. supaya aku tak keseorangan diracun oleh dak dak tiktok.. ihiks

bye!
xoxo

19 comments:

  1. Tak pernah jumpa lagi bendalah ni
    tentu sedap agaknya

    ReplyDelete
  2. hahahhaa tik tok bahaya la. apa je yang tak meracun nya tu. Huda kekadang teracun tengok diorang set up photo shoot. Walaupun small studio katanya. Berdezupp beli table lamp, kononnya lighthing laaa masa amik gambar haha. acah - acah sangat tau.

    ReplyDelete
  3. Rasa macam ada gaya2 nak teracun jugak ni.. habih laa 😆😂

    ReplyDelete
  4. Woww.. Saya juga nampaknya bagai telah diracun untuk mencubanyaaa . Hahahaha

    ReplyDelete
  5. Salam kenal dah lama follow blog anda ya

    ReplyDelete
  6. Larrr baru tahu nie.. tp okay la sambil2 duk saja pun boleh makan sayur2

    ReplyDelete
  7. Hahahha.. kita selalu teracun dengan tik tokers kan, tapi jika benar berkhasiat, apa salahnya keluar modal lebih sikit kan

    ReplyDelete
  8. banyak dah kena racun dek tiktok ni. Cida pun antara yang terlibat. ni pun silap2 terkena juga racun nya nanti. hehehe

    ReplyDelete
  9. Teringat buah kering apa ntah yg beli kat madinah. Sampai harini ammi taktau buah apa yg ammi makan tp teringat rasa dia. Acaner nak cari tu?

    ReplyDelete
  10. Memang snek sihat ni. Nasib baik saya tak main tik tok. Hihi. Tapi selalu jugak ter racun dengan rakan blogger

    ReplyDelete
  11. Belum cuba lagi pandan coconut tu...

    ReplyDelete
  12. Pernah nampak kat tiktok tapi tengok sekali imbas je camtu. Taklah rasa teracun pulak. Tapi lepas baca entri ni rasa nak p add to cart dulu. Macam sedap pulak nampak vege dan buah dikeringkan dijadikan snack.

    ReplyDelete
  13. Pernah nampak di supermarket, tapi tak teracun nak beli.
    Kalau dah kata sedap, memang racun dah keluar bisalah ni. Nanti nak try jugalah.

    ReplyDelete
  14. Akak bakal teracun ni nampak gayanya :)

    ReplyDelete
  15. First time dengar dan tengok rupanyaaaaa. Tapi in shaa Allah tak terpengaruh sebab tak makan sayur hehehehe :P

    ReplyDelete
  16. nampak sedap ni.. tiktok mmg, geram je bila tngok makanan dkt tiktok, haha

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!