anak nak masuk sekolah dah oi

assalamualaikum

mak mak bila anak first time nak masuk sekolah mesti excited kan.. macam tu la aku rasa.. lepas tu terasa diri ni dah semakin tua.. pejam celik tahun depan umur sofia dah 5 tahun.. itu hari ada apply pra sekolah untuk dia.. alhamdulillah berjaya.. dapat la sekolah dekat dengan rumah.. urusan ambil dan hantar dia sekolah nanti akan aku serahkan kat pengasuh dia.. sebab maknya ni kerja jauh.. lepas tu terus transit ke rumah pengasuh.. rezeki dapat pengasuh baik.. memudahkan urusan aku dan semoga urusan beliau sentiasa dipermudahkan.. 😄

masalah sekarang baru dapat tawaran, tahun baru pon tak masuk lagi aku dah gebang pasal ambil dan hantar anak.. memang pemikiran sentiasa maju ke depan ke camne ni? 😅 ala biasala excited katakan.. semua benda nak gebang awal..

tengok ni pon dah excited.. lagilah nanti nak shopping keperluan sekolah anak.. tak keruan aku dibuatnya.. risau kadang.. 😆

jangan cepat sangat besar sayang.. nanti mommy rindu.. =')

bukan aku jela teruja si sofia ni kalau sebut pasal sekolah bersinar sinar mata.. harapnya nanti rajin la pergi sekolah.. belajar pandai pandai.. jangan nanti dia pulak yang ajar cikgu.. sebab kat rumah kalau aku yang ajar dia, dia akan ajar aku balik.. last last mommy jadi pelajar sofia jadi cikgu.. sabar jela aku dengan budak ni.. 😅

harapnya tak lama lagi boleh la anak anak kita pergi sekolah macam biasa ye.. kesian anak anak.. lama dah tak bersosial.. tak jumpa cikgu cikgu.. tak dapat bermain dengan kawan kawan.. huhu.. sedih la dengan kehidupan kita sekarang ni.. 😌 covid ni jahat betol! 😒

saje update malam malam nak test meja baru beli kat shopee.. nanti nanti la cerita pasal meja.. hewhewhew..

bye!
xoxo

9 comments:

  1. Alhamdulillah, mak2 memang ecxited kalau anak nak masuk sekolah nih.

    ReplyDelete
  2. hahaha selalunya budak2 ni dekat rumah je berani ajar mak, dekat sekolah kemain sopan santun. Semoga dipermudahkan urusan :)

    ReplyDelete
  3. harap covid cepat lenyap dari bumi ni.
    biar fia dan semua budak2 dapat sekolah seperti biasa.
    kesian dorang, kelam kabut sessi sekolah msim2 covid ni.
    harap time fia sekolah nanti dah takde covid.

    Dah less than 6bulan nak masuk tahun 2022, fia dah big girl... Nak sekolah dah ye.

    Makin banyak la mulut dia nnt bila g sekolah. ada je la semua benda nak diceritakan kat mommy dia nanti.

    ReplyDelete
  4. Bila anak dah besar nak masuk sekolah dah, terasa cepat masa berlalu. Kejap je dah besar, ayat cliche tapi itulah hakikatnya kan. Anak semakin membesar, kita pulak semakin tua. Haruslah excited anak nak masuk sekolah. Semoga dipermudahkan segala urusan. Aaminnn....

    ReplyDelete
  5. Harap2 tahun hadapan dah boleh bersekolah seperti biasa

    ReplyDelete
  6. Sekejap je kan masa berlalu, tahu tahu anak dah nak masuk sekolah dah walaupun tadika baru. Mak mak memang macam tu, excited! Hahaha

    ReplyDelete
  7. Moga-moga bila sofia dah start kelas, covid19 ini dah semakin jauh dari Malaysia.. bila first time ini memang keterujaan dia lain macam..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!