beli dumpling kat kedai eco

assalamualaikum

korang.. aku nak tanya ni, dumpling dan dimsum tu adakah benda yang sama? sebelum ni pernah makan dimsum.. lepas tu semalam makan dumpling.. rasa sama bentuk pon sama.. memang benda yang sama ke macam mana eh? haha.. tolong jawab korang supaya persoalan ni tak bermain lagi di fikiran aku.. 😁

ni packagingnya.. comelnya je kan.. satu pack RM2.10 ada 4 ketul..
aku pilih ayam dan ketam..

hasil lepas dikukus.. so yummy!

nak masak benda alah ni senang je gais.. memula keluarkan dari peti ais lepas tu tak perlu defrost.. terus kukus macam biasa selama 10 minit.. lepas tu tadaa~ dah boleh makan sampai kenyang.. walaupon size comel comel je tapi boleh tahan kenyang jugak makan ni.. rasanya pon sedap! aku makan dengan sos cili thai.. fuhh padu.. boleh la korang cuba.. 😋

close up sikit nak bagi korang terliur.. masalah sekarang aku pon terliur sekali.. 
tak boleh jadi ni.. 😅

bila aku post kat status whatsapp pasal dumpling ni ramai je tak percaya kedai eco ada jual.. haha.. cuba korang cari betol betol.. mesti jumpa! dia menyorok dalam peti.. 😛 selain dumpling, ada jugak kuih pau size comel comel.. aku pernah rasa kuih pau pon sedap jugak! dan banyak lagi la makanan lain.. cari kat bahagian makanan frozen insyaAllah ada selagi tak habis stok.. kehkehkeh

bye!
xoxo

8 comments:

  1. Ehhh, seriouslahhh.. dekat Eco. ado.. hehe.. beza ada beza sikit je... try google...

    ReplyDelete
  2. x pernah tau pun ada kt eco.. hehe. nnti nk cri.

    ReplyDelete
  3. kedai eco macam2 ade ye..

    ReplyDelete
  4. Saya pun rasa benda yang sama hahahahaha, uishh kedai eco pun ada jual jugak yaaaa, hebat nauu hahahaha

    ReplyDelete
  5. Terus nak google apa perezaan dua ni.

    ReplyDelete
  6. syok blh g kedai eco. sini eco ada kat setia alam/bukit raja, tapi ramai orang tak berani nak pegi.

    kedai 2 rgt biasa sini takde jual food.

    btw, ni jimat kan.
    Kalau beli kat kedai 4biji dah RM5 u

    ReplyDelete
  7. Tak pernah beli lagi. Dah lama tak pergi eco. Tapi dulu yang kuih bulan dia akak sempat borong heheh

    ReplyDelete
  8. Saya pun kurang pasti dimsum dan dumpling tu benda yang sama ke x. macam serupa je. Dah macam macam jenis frozen food kedai Eco jual. Sejak COVID ni nak ke kedai ECO pun jadi tak feel. Tak boleh nak membelek sangat. Beli barang dapur pun husband keluar sorang je. Nanti kot g kedai ECO nak membelek gak beli buat stok.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!