sekadar throwback : majlis hi-tea 2020

assalamualaikum

tujuan asal aku berblogging pon sekadar nak buat kenangan akan datang jadi ada baiknya aku abadikan segala kenangan yang tak sempat nak update tu kat blog tercinta ni.. kita mulakan dengan majlis yang selalunya gilang gemilang tapi jadi agak sendu bila majlis tu berlaku di musim covid.. 😅

tarikh kejadian : 15 disember 2020
tempat kejadian : sutra beach resort, setiu
tema kejadian : black and gold

my outfit 😄
tudung : beli kat booth tepi kedai eco RM10
blouse : beli kat ktcc mall lupa harga
skirt : beli kat kedai dalam giant RM45

ni adalah majlis terakhir aku bersama warga SMKP sebab aku kan tukar tempat kerja tahun lepas.. aku agak excited dengan majlis ni sebab tak sabar nak jumpa kawan kawan lama.. macam biasa persiapan memang taknak kalah.. dah tau tema siap google bagai outfit mana yang meletops gojes hot.. sudahnya pakai biasa biasa jugak.. 😆

dia macam "wehh excitednya jumpa geng geng jom bergambar dulu" walaupon tengah panas..

aku tak ingat sangat la perjalanan cerita ni sebab dah lama berlalu kan.. otak kerja keras nak ingat tapi memang tak ingat.. yang aku ingat segala juadah hari tu memang sedap nak nak lagi ada kambing golek.. disebabkan aku terlalu excited dan terlampau suka bergambar, pelbagai menu sedap yang terhidang langsung tak menarik minat aku.. sudahnya perut aku kenyang dengan bergambar je.. kehkehkeh

my bffs~ 😊 ni gambar paling favourite
masa ni orang lain sibuk dengan makanan, kami sibuk dengan gambar 😅

bukan main mendongak kau ye ezy.. haha

ni dah selesai majlis.. pengetua ajak bergambar ramai ramai..
yang sedihnya ada jugak tak masuk sebab balik awal.. huhu

majlis ni agak sendu bagi aku sebab utamanya takde award untuk best outfit.. bukan la cakap aku nak menang sangat tapi sekurang kurangnya hargai la mereka yang berusaha tampil handsome dan cantik ikot tema semata mata nak memeriahkan majlis.. tu jela aku tak puas hati.. haha.. cabutan bertuah tetap ada tapi aku tak bertuah sangat.. dapat set senduk sudip colour pink je.. boleh la buat masak masak.. huhu.. nasib baik dapat colour pink.. ceria sikit hidup aku.. 😆

*pic from google
gini la rupanya.. menawan kalbu jugak la

banyak lagi gambar yang ada tapi patot ke tidak upload semua? jap fikir 5 minit.. 😶

setelah difikir fikir malas pulak nak upload banyak banyak.. takot nanti entry jadi meleret.. bila meleret dah tentu la pembaca naik bosan.. dah la penulisan tak best lepas tu ada hati nak buat entry panjang panjang.. kehkehkeh.. ok la lain lain gambar aku simpan untuk tatapan sendiri.. cukup sekadar entry ni jadi kenangan akan datang..

bye!
xoxo

9 comments:

  1. Akak duk setiu rupanyaaaa, ingatkan duk dekat bandar KT ni hehehe
    Ala letak gambar banyak banyak pun takpe, orang lain boleh tengok gambar gambar akak hehehe

    ReplyDelete
  2. eh bukan2.. majlis ni kat setiu.. akk duk kuala terengganu.. hehe.. di mukim manir yg indah lg permai.. haha

    @atiqah najihah

    ReplyDelete
  3. comey set sudip kaler pink gitu..happy masak guna set tu..shida pun ade heheee..

    ReplyDelete
  4. Ada jugak kenangan walaupun majlis agak sendu time covid ni. Tema dia cantik hitam dan gold. Menyerlah sangat warna gold dan hitam nampak gojes. Patut kena bergambar ramai ramai awal awal masa semua ada. Bertuah juga tu dapat something bawak balik. Mungkin nak ringkaskan majlis kot. atau takde nak provide hadiah, takdelah best outfit.

    ReplyDelete
  5. Cantik ootd tu, berkenan kat set sudip tu juga..

    ReplyDelete
  6. rindu nak makan2 camni kan. amboi bkn main bergambar eh. semua lawa2 tu

    ReplyDelete
  7. Bestnyaaa jumpa kengkawan.. kannn. Borak reramai.. bergambar.. ootd and makan makan semua .. sygnya xde award for best outfit... huhu... Sekarang ni takda dah event gini.. susah nak buat.. takut jadiknya .. Hm

    ReplyDelete
  8. tahun ni rasa rasanya ada x bayang-bayang utk buat hi tea lg?😊

    ReplyDelete
  9. awak tetap bertuah berbanding saya ni kalau bab lucky draw. ada gak menang. btw, cantek wei set senduk pink tu..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!