first day of school!

assalamualaikum

hai hai dah masuk bulan oktober kita.. ada dua tiga entry yang tertangguh tu kita biarkan dulu sekarang aku excited nak update pasal hari pertama persekolahan.. alhamdulillah sekolah kembali meriah dengan kehadiran pelajar pelajar tingkatan lima.. semoga semuanya baik baik je dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT..

nahhh ootd satu kali!

semangat lain macam hari ni dengan baju baru, tudung baru hadiah daripada kawan dan jugak handbag baru hasil mengepaw suami semalam.. kehkehkeh.. teringat pulak dulu dulu kalau hari pertama sekolah semangat lain macam yela semuanya baru kan.. beg sekolah bau kedai lagi, baju sekolah putih bersih, kasut sekolah pon baru.. lepas seminggu semangat yang membara tu merundum jatuh sebab malas.. nasib baik dah besar jadi manusia berguna.. 😆

close up sikit la handbag baru i ni.. murmur je tapi sebab suami yang bayarkan terasa handbag ni mahal pulak.. mungkin mahal dengan kasih sayang.. 😗

korang kalau nak bagi semangat bekerja tu macam mana? kalau aku macam ni la semua nak baru tapi kalau tak dapat, atleast kena ada satu benda yang baru.. lain orang lain gayanya kan.. terpulang kepada diri masing masing nak bahagiakan diri sendiri.. diri kita bahagia walaupon dengan hal sekecik ni, nak buat kerja pon senang.. takde la badmood je kan.. haa gittew..

bye!
xoxo

17 comments:

  1. Wah...sekolah menengah dah sekolah yer hari ni...Happy Back To School untuk murid dan cikgunya juga..Semoga dimudahkan urusan

    ReplyDelete
  2. Selamat kembali ke sekolah! Saya pun kalau nak bagi semangat, suka melaram gi opis padahal di opis tu boleh pakai smart casual. Kita yang beria berbaju kurung. Jaga diri ya

    ReplyDelete
  3. terengganu dah mula sekolah ya, kat kuala lumpur ni PPKI je yang dah mula sekolah, arus perdana belum mula lagi

    ReplyDelete
  4. Selamat kembali ke sekolah..
    Sha pun akan rasa lebih semangat bila ada barang baru.. hehehe.. Tetibe rasa macam nak belikan diri sendiri beg baru pula.. hahaha..

    ReplyDelete
  5. mesti eksaited nk jumpa anak2 murid ;-)

    ReplyDelete
  6. Happy back to school, ezy! Stay safe and jaga diri tau.

    ReplyDelete
  7. comel beg hasil mengepow ciksuami. selamat bekerja

    ReplyDelete
  8. Wahh semua serba baru. Bagus semangat macam ni. Seronoklah dapat ber OOTD setiap hari lepas ni. Selamat kembali bekerja Ezy. cantik baju cantik handbag.

    ReplyDelete
  9. Kalau saya, saya kena ada coffee yang paling paling sedap haha, kalau takde coffee yang tak sedap kekadang spoil pulak

    ReplyDelete
  10. selamat kembali bertugas, stay safe!!! of coz bersemangat!!!

    ReplyDelete
  11. Selamat bekerja.
    Tak kisahlah murmur janji ikhlas dr sidia

    ReplyDelete
  12. murmur pun kalau cantik dan hadiah dari orang memang jadi special lah. Selamat kembali bertugas :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!