breakfast sambil hirup angin laut

assalamualaikum

curi masa sekejap bawak sofia makan makan kat tepi pantai.. nak cakap berpiknik mungkin bukan tapi boleh la panggil breakfast di tepi pantai nan indah.. excited budak tu siap bawak mainan untuk main pasir.. macam la dah bertahun tak jejak pantai tapi budak budak memang selalu excited kan kalau sebut pantai.. hee.. tapau makanan siap siap beli kat gerai tepi jalan, sampai kat destinasi beli air lepas tu bentang tikar dan makan! 😁

syok sebab takde orang.. tiga beranak je terkontang kanting makan kat sini.. haha

family potrait versi tengah makan 😅

aku sempat buatkan pancake je guna tepung yang beli kat kedai eco itu hari.. setelah sekian lama terperuk dalam kabinet dapur akhirnya tepung tu jadi pancake jugak.. 😂 menu lain ada nasi minyak hasil menapau kat gerai dan jugak makanan makanan tak berkhasiat macam nugget, bebola dan sosej.. kalau masak sendiri lagi best kan tapi tu je aku termampu buat.. asalkan perut kenyang sudahhhh.. 😁

budak ni la excited nak main pasir ajak bergambar pon taknak layan dah..

bila matahari dah meninggi bahang panas pon makin terasa, kemas kemas barang lepas tu nak gerak balik.. sofia ni asyik cakap jangan la balik dulu, agaknya tak puas main la tu.. pujuk pujuk cakap lain kali datang lagi baru la dia okay.. nasib baik cepat makan pujuk.. kalau tak jenuh jugak nak ajak balik..

sekali sekala tukar angin datang breakfast kat pantai syok jugak.. boleh la sekadar melepaskan segala stress yang ada.. anak anak pon happy.. 😊

bye!
xoxo

10 comments:

  1. Kalau saya macam Sofia pun tak nak balik. Seronoklah dapat sarapan tepi pantai. Boleh di kira berkelah lah jugak ni kot. Cantiknya pantai, ini yang bertambah rindu nak ke pantai ni.

    ReplyDelete
  2. Seronoknya rumah dekat pantai, boleh datang selalu. Akk ni nak ke pantai kena rentas daerah, rentas negeri bagai :D

    ReplyDelete
  3. bestnya, jeles tengok ezy yang dekat dengan pantai... rindu nya pantai terengganu

    ReplyDelete
  4. Baik2 org ganu tak berbondong2 kat pantai. Kat PD tu alah alah alah

    ReplyDelete
  5. Seronok Sofia yer. Jadi lah kan buat lepas gian nak main pasir & hirup udara tepi laut.

    ReplyDelete
  6. Best jugak breakfast tepi pantai...syokkkk jeee...Tenang

    ReplyDelete
  7. bestnya takde orang, mesti syok sofia nak main dekat situ

    ReplyDelete
  8. setakat ni breakfast belum lagi..
    luncheon dah pernah bkelah hahaaa

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!