apa la yang busy sangat tu

assalamualaikum

dua tiga menjak ni asyik bergotong royong je aku.. ni baru je settle clearkan stor makmal kitorang.. dapat la berehat sambil mengadap blog kejap.. minggu lepas pon busy bergotong royong dekat asrama.. walaupon penat tapi seronok sebab bekerja dalam satu team yang awesome! 😍

geng geng staff semuanya sporting..
wajib la bergambar sebelum berpeluh sakan.. 😃

gotong royong bukan biasa biasa, angkut tilam rosak, angkat meja kerusi, alihkan perabot, cuci dan bersihkan lantai, memang guna tenaga yang banyak.. lepas tu masing masing mengadu sakit urat la sakit pinggang la.. nasib baik gotong royong hari khamis jadinya jumaat dan sabtu dapat la berehat dan hilangkan segala lenguh lenguh yang ada..

penat tak penat bab bergambar sentiasa onz! dah macam cover album ye.. 😆
pengetua dan penolong kanan turun padang sekali.. 😁

merasa la naik triton duk belakang sambil hirup udara segar.. haha.. tu yang sakan ketawa tu..

bila dah settle bersihkan semua rasa lega yang teramat.. ni antara sebab aku tak dapat nak fokus kat blog sangat.. dah letih kerja balik rumah memang tak bukak laptop langsung la jawabnya.. tergolek macam ikan paus kekenyangan.. 😆

selain gotong royong, aku busy jugak dengan persiapan amali.. cikgu cikgu kejar nak habiskan silibus banyak amali tertangguh.. lepas ni akan busy dengan persiapan amali untuk peperiksaan percubaan SPM pulak.. baru rasa nak bernafas dengan elok, mengah balik.. haha.. tapi takpe, aku suka busy busy macam ni.. dah lama lockdown goyang kaki kat rumah kan, merasa la busy kerja pulak.. dah, jangan merungut! 😜

ada shopee haul nak update tapi tak shoot gambar lagi.. nanti aku update slow slow.. 😊

bye!
xoxo

14 comments:

  1. masa balik kampung pakcik, selalu juga naik kereta camtu duduk belakang. pastu takde can nak rasa tudung lawa sbb sekali dihembus angin, herot semuanya haha. semoga dipermudahkan urusan utk kembali bertugas :D

    ReplyDelete
  2. sekolah Ezy ada asrama ya... ingat sekolah biasa je, yelah dah bila dah gotong royong tu penat sampai tak lalu nk buat apa, tidur paling best

    ReplyDelete
  3. pose pegang penyapu tu mahal tu ehhehe

    ReplyDelete
  4. cikgu sekolah anak2 pun byk buat kelas offline je minggu ni. Sibuk bergotong royong bersih2kan kelas & sekolah nak sambut anak2

    ReplyDelete
  5. enjoynya walaupun sedang bekerja.. gambar mmg wajib ambil kan utk report.. hihihi

    ReplyDelete
  6. Cikgu cikgu sekarang busy lah nak bukak sekolah kan

    ReplyDelete
  7. Sakan mengemas bergotong royong ni. Tapi bergambar tetap onz kan. Hilang penat. seronok masing masing naik belakang triton eh. Busy busy banyak kerja takpe. Jangan busy body :)

    ReplyDelete
  8. Busy busy tapi happy kira puas hatilah kan... gambar pegang penyapu tu paling win! Hehehe

    ReplyDelete
  9. best juga gotong royong ramai ramai macam ni. mesti teringat zaman sekolah dulu dulu,.

    ReplyDelete
  10. bestnya naik triton pekena angin luar. Kenangan manis dapat spend time dengan kawan2 kan

    ReplyDelete
  11. Kerja akan jadi seronok bila ada team yg best kan

    ReplyDelete
  12. Bestnya ber aktiviti dgn opismate...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!