jalan jalan isi perut

assalamualaikum

hari jumaat memang digunakan sepenuhnya untuk bawak my diva sofia jalan jalan.. hari hari lain susah sikit sebab papa kerja.. jumaat itu hari bawak la dia jalan jalan tengok pantai, cari kopi mommy, cari makanan dan jugak tengok kuda.. happy sangat sofia dapat tengok kuda walaupon dari jauh je.. ihiks

destinasi pertama : kopi payong.. mommy yang mengidam anak tekak nak try kopi ni.. haha
lokasi kopi payong ni berhampiran je dengan kopi dan kudap..

kopi payong ni betul betul tepi pantai, sesambil tunggu kopi siap boleh la lepak lepak sambil hirup angin laut.. rasa mengantok je bila angin pantai tu menyapa muka.. wahhh gitteww.. 😆 kalau rasa nak mengunyah boleh la order waffle.. makanan pon hadoo tapi tak pasti pulak selain waffle apa lagi yang ada.. aku duk fokus kat kopi je.. 😁

wefie la sementara tunggu kopi.. hehe

i punya hazelnut latte.. yang ni rasanya kaw sikit.. sedap tapi kopi dan kudap lagi kena dengan tekak i la.. hehe..
sofia punya air milo dan suami i punya air cadbury.. takde dalam gambar.. 😅

destinasi kedua : bakeri jalanan

anak saudara aku ada la mention aku pasal ni kat facebook.. nampak menarik untuk diterjah kebetulan lalu nampak gerainya buka.. singgah la beli roti roti yang ada.. bakeri jalanan ni terletak berhampiran balai polis gong badak betul betul tepi bus stop.. senang je nak cari sebab tepi jalan je.. masa aku singgah tu banyak roti dah habis.. so beli je apa yang ada.. 😊

apa benda entah namanya ni.. lupa pulak..
rasanya sedap sangat roti pon gebu gebas.. memang tak menyesal beli lain kali boleh repeat lagi..

sambil sambil makan dalam kereta, minum kopi bagai bawak la sofia pusing pusing.. singgah kat pantai kejap dia nak main bubble.. gambar takde sebab aku tunggu dalam kereta je.. malas pulak nak turun.. haha.. lepas tu gerak ke tempat kuda, terengganu equestrian resort (TER).. memang selalu kat situ jela bawak sofia tengok kuda..

destinasi terakhir : terengganu equestrian resort (TER)
nak bergambar dengan kuda katanya bolehla ni walaupon nampak bayang bayang kuda je kat belakang.. 😆

bertiga.. 💗

suka pergi TER ni sebab tak ramai orang.. takde la kena bersesak sesak semata mata nak tengok kuda.. lagi satu tempatnya sangat sangat lapang dan views pon cantik.. nak amek gambar berdas das pon takpe.. gambar cantik, puas hati.. kehkehkeh.. ada jugak yang datang bawak anak anak naik kuda.. santai santai dengan family seronok layan hujung minggu macam ni kan..

alang alang dah boleh rentas negeri ni kan, jemput la datang bercuti kat terengganu.. banyakkkkkk sangat tempat menarik.. hee.. menyempat je aku promot negeri sendiri.. 😜

p/s : sorry tak sempat nak blogwalking lagi..

bye!
xoxo

11 comments:

  1. fia sonok la blh jln2..
    mommy tumpang sekali kn...hehehe

    ReplyDelete
  2. Betul betul ronda bawa diva Sofia jalan jalan. Syok haihh meengopi tepi pantai. Strategik sangat kedai kopi tu tepi pantai.

    ReplyDelete
  3. Terangganu cantik..orangnya pun baik-baik

    ReplyDelete
  4. memang nak sangat ke Ganu..last pegi 5 tahun lepas

    ReplyDelete
  5. seronoknya dah start bersiar2 hehee..shida masih berkurung utk sesi lgkap dos ^_^

    ReplyDelete
  6. wah seronok lah dak sofia jejalan kan. saya dah lama tak jln2 cari makan. tunggu lah seminggu dua lagi

    ReplyDelete
  7. comeinya both kopi tu...and the coffee...emmm yum yum! seronoknya dpt jenjalan & comei jugak sikecik tu berskirt...

    ReplyDelete
  8. hazelnut latte..sedapp...bestnya jalan2 tepi laut..jeles teman..hehe..

    ReplyDelete
  9. Bukan main happy Sofia ronda-ronda ya. Kopi tu menggodanya!

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!