bersuka ria dalam mall

assalamualaikum

atok sofia tak berapa sihat minggu lepas, jadinya balik kampung lagi la tiga beranak ni nak menjenguk abah mertua aku.. abah mertua aku ada gastrik, mungkin salah makan ataupon terlambat makan perut dia macam sakit la lepas tu muntah muntah.. dah bawak pergi hospital, dah ambil ubat bagai alhamdulillah sekarang dah sihat.. lega sikit hati ni kan.. 😊


lepas asar gerak pergi ktcc mall sekali dengan abang ipar aku kebetulan dia satu family pon balik kampung.. amek kesempatan jumpa sebab dah lama sangat tak bersua muka.. so bawak anak anak bergembira jela kat pacific funland tingkat atas mall tu.. sofia request nak naik kereta hello kitty tapi tak dapat.. so dapat kereta si jack super wing pon dia happy je.. hehe

main main jugak, mask dan face sheild jangan lupa..
tak nampak rupa dah anak aku.. 😆

lepas dah puas main kereta takde tayar ni, isi perut dulu kat food court.. tengah tengah makan tu la keretapi duk chu chu chu chu lalu lalang depan kitorang.. si sofia ni mula la tak tentu arah ajak naik keretapi.. pujuk pujuk suruh makan dulu lepas tu baru setelkan hal keretapi.. disebabkan dah petang sangat tak sempat la nak bawak sofia naik keretapi tu menangis dia satu mall dengar.. haha

terpaksa umpan dia dengan jajan, alhamdulillah dah berhenti menangis.. hehe.. tak lepak lama pon dengan abang ipar satu family tak cukup masa.. aku kejar nak balik rumah sebelum maghrib.. insyaAllah lain kali boleh jumpa lagi.. tak susah hati sangat kalau duduk satu negeri sebab dah boleh merentas daerah.. ihiks..

bye!
xoxo

9 comments:

  1. Salam ziarah..firstly..dah follow blog ya

    ReplyDelete
  2. Senang bila kampung dalam negeri yang sama. Boleh merentas daerah ni boleh balik selalu tak payah nak surat polis bagai. Dapat jugak Sofia jalan jumpa atok dan jalan jalan Mall.
    Semoga FIL cepat sembuh. aaminn...

    ReplyDelete
  3. wah bestnya dalam jalan2 dalam mall :)

    ReplyDelete
  4. soon katanya dah boleh rentas negeri..ermm tengah congak nak ke mana tapi paling penting nak congak tabung jugak..hehe

    ReplyDelete
  5. benda paling ngeri masa anak kecik adalah lalu kat playland ni..mmg kalau anak tak nampak sanggup pusing jalan jauh sikit hahah

    ReplyDelete
  6. tak nampak rupa xpe..janji patuh SOP hehehee

    ReplyDelete
  7. sekarang ni dah meriah shopping mall...kesian sofia, tak dpt naik ketapi, takpe bole pergi lg...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!